PEMUDA PN BUAT LAPORAN POLIS FILEM NAMEWEE
PEMUDA PN BUAT LAPORAN POLIS FILEM NAMEWEE
KUALA LUMPUR: Pemuda Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee, berkenaan poster filem terbaharunya yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum.
Laporan polis itu dibuat Ahli Unit Penerangan Pemuda PN Wilayah Persekutuan, Mohammad Azwan Azmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada 11.07 pagi.
BH Online melaporkan, Mohammad Azwan laporan polis dibuat kerana poster filem itu mengandungi perkataan kesat.
“Penghinaan dan provokasi ini dilihat amat keterlaluan dan merupakan satu tindakan kurang ajar serta biadap, dibimbangi menimbulkan ketegangan antara kaum di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
Beliau berkata pihaknya turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat kandungan berkaitan filem tersebut daripada diakses oleh rakyat Malaysia melalui Facebook, Youtube dan Instagram miliknya.