‘MAKHLUK ASING HITAM’
‘MAKHLUK ASING HITAM’
Lelaki ini habiskan masa bertahun-tahun ubah suai wajah termasuk buang hidung, telinga.
SEORANG lelaki menghabiskan masa bertahun-tahun melakukan proses ubah suai pada wajahnya, semata-mata mahu memenuhi impian menjadi ‘makhluk asing hitam’
Untuk tujuan berkenaan, Anthony Loffredo bukan sahaja mencacah tatu dan bertindik, malah dia melakukan beberapa prosedur pembedahan yang sangat menyakitkan.
Minggu ini, lelaki kelahiran Perancis berusia 32 tahun itu menjalani prosedur pembedahan membuang hidung.
Daily Star melaporkan, prosedur yang dikenali sebagai ‘rhinotomi’ itu akan membuatkan Anthony memiliki lubang yang ‘ternganga’ di wajahnya.
Sebelum ini, Loffredo membuang kedua-dua telinganya.
Lelaki ini juga menjalani prosedur menyakitkan untuk membelah lidah serta mencacah tatu di kedua-dua bola matanya sungguhpun ia berisiko menjadikan seseorang buta.
Dia juga memasukkan implan di bawah lapisan kulit untuk mendapatkan tekstur muka yang seolah-oleh mempunyai benjolan.