79 buah kenderaan ditahan di operasi
79 buah kenderaan ditahan di operasi
PADANG BESAR, – Sebanyak 35 notis saman pelbagai kesalahan trafik telah dikeluarkan ke atas 79 buah kenderaan yang ditahan semasa Operasi Penguatkuasaan Trafik.
Operasi dilaksanakan oleh pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Padang Besar, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Saifudin Aslin Abbas memaklumkan, sebanyak 100 individu diperiksa membabitkan pemandu dan kelindan kenderaan perdagangan yang ditahan semasa operasi itu dijalankan.
Operasi berkenaan melibatkan 5 orang anggota yang diketuai Pegawai Penyiasat Trakfik, Inspektor Muzlifah Azmi.
Notis saman yang telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu kenderaan, membawa muatan berbahaya, gagal mempamerkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan pelbagai kesalahan lain.-SAHIH