269 MANGSA, 7 KELUARGA DIPINDAHKAN KE 4 PPS
269 MANGSA, 77 KELUARGA DIPINDAHKAN KE 4 PPS
ALOR STAR: Mangsa banjir seramai 269 orang dan 77 keluarga dipindahkan ke 4 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Kota Setar setakah pada jam 8 malam, hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah, Lt. Kol. (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata, kebanyakan rumah mangsa berhampiran dengan sawah padi telah dinaiki air.
“Oleh itu, anggota penyelamat APM daerah Kota Setar telah diarahkan bergegas ke kawasan untuk memberi bantuan segera.
“Malah, sepasang warga emas telah terperangkap dan pasukan telah memberi bantuan segera dan memindahkan ke PPS berdekatan,” katanya. -SAHIH
Sumber : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia