Tenaga pengajar ditipu RM23,514.70 tawaran kad Touch n Go
Tenaga pengajar ditipu RM23,514.70 tawaran kad Touch n Go
KUANTAN – Seorang tenaga pengajar vokasional terpedaya dengan iklan penjualan kad TNG NFC murah melalui laman sosial Facebook, semalam.
Mangsa berusia 55 tahun, berurusan dengan suspek kononnya menyamar sebagai ejen jualan kad tersebut.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian penipuan melalui atas talian atau internet semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pahang telah menerima laporan polis dari daerah Jerantut berkenaan seorang mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM 23,514.70 kerana mempercayai tawaran TNG NFC Card murah pada 4 Januari 2023.
“Mangsa telah berminat dengan tawaran ‘Family Package’ iaitu empat keping kad TNG NFC bernilai RM32.00 dan telah menekan pautan yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp.
“Mangsa telah mengisi maklumat akaun bank seperti username dan password untuk memproses pembayaran tetapi tidak berjaya. Kemudian mangsa mendapati wang dalam akaun telah lesap tanpa pengetahuannya, “katanya katanya melalui kenyatan media, hari ini.
Katanya, orang ramai diingatkan berhati-hati jangan mendedahkan sebarang butir-butir perbankan peribadi kepada pihak ketiga ataupun ke dalam sebarang aplikasi daripada pautan (link) yang meragukan.
“Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak muat turun aplikasi yang tidak berkaitan serta jangan dedahkan butiran perbankan kepada pihak ketiga ataupun di dalam sebarang aplikasi daripada pautan yang mencurigakan,” katanya.-SAHIH.