Challenge makan makanan pedas sudah menjadi trend. Macam-macam makanan pedas yang dijual untuk menarik perhatian netizen dan cuba makanan tersebut.
Tidak dinafikan makanan pedas memang menjadi kegemaran ramai dan pembuka selera. Lebih-lebih lagi orang Malaysia, memang lidah ‘kebal’, tak boleh kalau makanan tak pedas, mesti tak selera.
Tetapi terlalu banyak pengambilan makanan terlampau pedas akan menyebabkan kesihatan terjejas seperti merosakkan sistem penghadaman, usus dan perut.
Memetik daripada thread yang dibuat oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan atau @dr_chaku di Twitternya menjelaskan mengenai isu makan makanan pedas di kalangan orang Malaysia yang semakin menjadi-jadi.
Thread berguna ini mendapat perhatian warganet dengan 21.8 ribu Retweet dan 29.2 ribu Likes.
Mari baca thread berguna ini untuk ketahui informasi yang lebih lanjut.
Kunyah Tidak Sempurna
Daripada salah satu thread beliau, apabila makanan terlalu pedas, kita akan kunyah dengan keadaan laju dan tidak sempurna menyebabkan sistem penghadaman serta pencernaan perlu bekerja lebih. Badan kita juga tidak dapat zat dari makanan sepenuhnya.
Minum Air
Kalau makan makanan pedas, air adalah pengubat segala kepedasan. Menurut @dr_chaku, minum air dengan kuantiti lebih daripada kapasiti perut akan menyumbangkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.
Diingatkan kepada mereka yang mempunyai masalah gastritis, ulser, dan buasir jangan sesekali ikut trend ini. Ia akan membahayakan perut anda. Bukan golongan ini sahaja, anda yang sihat juga jangan makan pedas yang melampau, lama-kelamaan perut anda akan rosak dan mengalami masalah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Selalu dengar golongan yang berumur sakit gout sampai ada yang tak boleh berjalan.
Sebenarnya apa itu sakit gout? Siapa yang berisiko tinggi terkena penyakit gout? Apakah punca sakit gout?
Artikel kali ini, menerangkan sedikit sebanyak mengenai penyakit gout.
Apakah Penyakit Gout?
Gout adalah dikategorikan sebagai penyakit Artritis yang berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi dan tisu lembut yang mengelilingi sendi terutama pada bahagian kaki.
Gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walaupun dikatakan penyakit keturunan, tetapi ramai pesakit gout yang tidak mempunyai sejarah penyakit ini.
Penyakit gout ini menyerang seseorang secara tiba-tiba, mengakibatkan sakit yang teruk pada sendi, kemerahan dan keradangan terutama pada sendi di pangkal jari kaki membuatkan pesakit tidak dapat bergerak bebas.
Apakah Punca Gout?
Biasanya penyakit gout ini berpunca daripada dua faktor iaitu asid urik yang tinggi dalam badan dan asid urik tidak dibuang menyebabkan gout menyerang pesakit.
Asid urik yang tinggi akan menjadi pembentukan kristal seperti jarum pada sendi iaitu punca sakit gout tersebut dan boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang
Gout bukan sahaja menyerang sendi bahagian kaki malah ia juga boleh terjadi pada sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, perlegangan tangan dan jari tangan.
Apabila asid urik berkumpul, ia akan menyebabkan bonjolan kecil pada kulit yang dipanggil ‘tophi’.
Jika gout dalam keadaan serius, tophi akan pecah dan mengeluarkan cecair seperti kapur.
Siapakah Golongan Yang Berisiko?
Selalunya gout ini sering terjadi kepada golongan lelaki yang berumur 30 hingga 50 tahun ke atas tetapi tidak kemungkinan wanita juga boleh terkena penyakit ini lepas mengalami menopause.
Walaupun dikatakan sebagai penyakit keturunan, tetapi pesakit gout ramai datangnya dari punca kesihatan sendiri.
Apakah Punca Gout?
Asid urik tidak seimbang disebabkan faktor keturunan menyebabkan gout dikatakan penyakit dari sejarah keluarga.
Walau bagaimanapun, pengambilan makanan mempunyai zat protein berlebihan, obesiti dan mengambil minum beralkohol secara tidak terkawal dan buah pinggang rosak.
Kekurangan air dalam badan juga menyumbang kepada faktor penyakit gout ini, akhir sekali pengambilan ubat seperti diuretik dan aspirin.
Apakah Tanda-Tanda Gout?
Simptom serangan gout adalah bermula daripada sakit sendi di bahagian ibu jari kaki, pergelangan tangan dan lutut.
Badan pesakit akan panas dan menyebabkan demam, sendi pula akan mengalami sakit dan sangat sensitif apabila disentuh.
Tahap Penyakit Gout
Tahap penyakit gout mempunyai empat fasa:
1) Asimptomatik Tidak menunjukkan sebarang simptom dan gejala
2) Akut Tanda-tanda gout menyerang secara tiba-tiba dengan cepat dan biasanya pada beberapa sendi yang memiliki tisu lembut.
Sakit gout yang menyerang akan hilang dengan kadar yang segera.
3) Interkritikal Serangan gout jarang berlaku tetapi serangan yang akan datang boleh berlarutan sehingga beberapa bulan dan tahun.
4) Kronik Fasa keempat adalah fasa yang agak teruk. Serangan gout boleh berlaku berulang kali yang dipanggil ‘Polyarticular Gout’.
Pesakit akan terasa kejang, sakit yang menyucuk dan kaki akan berlaku perubahan ketara seperti kemerahan, bengkak, panas dan demam.
Jika pesakit mengalami gout yang kritikal, ia akan merosakan ginjal, hipertensi dan batu karang.
Makanan Yang Perlu Dikawal
Untuk elakkan gout datang menyerang, jaga pemakanan dan kawal makanan yang boleh mengurangkan aras plasma asid urik.
Elak makan makanan yang mempunyai purin yang tinggi daripada sumber protein.
Untuk pesakit gout, hadkan pengambilan ikan bilis, sardin dan daging perlu dihadkan kepada satu hidangan sehari.
Selain itu, pesakit gout tidak digalakkan akan organ dalaman haiwan.
Tidak semua jenis sayur boleh dimakan, kurangkan kadar pengambilan sayur asparagus, cendawan, bunga kobis, bayam dan kekacang.
Elakkan minum minuman beralkohol dan banyakkan minum air masak untuk membantu mengurangkan asid urik dalam badan.
Cara Rawatan
Ubat yang sesuai untuk pesakit gout adalah ‘Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)’, Colchicine( kol-chi-sin), atau ‘Glucocorticoids’.
Rawatan jangka panjang dikenali sebagai terapi ‘Anti-hyperuricemik’.
Ujian mikroskopi dijalankan untuk bendalir yang disebut daripada sendiri untuk ujian pengesahan gout.
Pada peringkat awal gout, dapatkan rawatan segera supaya serangan penyakit ini dapat dielakkan dan menjadi semakin serius.
Jangan lupa, mulakan pemakanan yang sihat dan jaga kesihatan secara normal.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW YORK: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak bersetuju dengan pengenalan pasport vaksin kerana menyebabkan masalah akses vaksin kebanyakan negara.
Pengarah Kecemasan Serantau untuk Wilayah Pasifik Barat WHO (WPR), Dr. Babatunde Olowokure mengatakan, mereka memahami kepentingan memulihkan ekonomi pelancongan antarabangsa, tetapi bekalan vaksin global buat masa ini terhad untuk membenarkan pengenalan pasport vaksin.
‘Kekurangan data vaksin dapat mencegah jangkitan dan penularan virus Covid-19 adalah salah satu faktor WHO menolak pengenalan pasport vaksin ini,” katanya.
Beliau berkata, WHO ialah pihak berkuasa negara dan pihak berkuasa perjalanan tidak dapat membuktikan vaksin Covid-19 untuk perjalanan antarabangsa sebagai satu syarat khas untuk perjalanan pelancongan.
Bekalan vaksin yang terhad menyebabkan pengenalan pasport vaksin tidak dibenarkan kepada sektor pelancongan.
Beberapa negara termasuk Malaysia telah membuat pertimbangan vaksin bagi pelancong dan beberapa hospital swasta menyokong cadangan ini.
Walau bagaimanapun, Olowokure memberi amaran kepada optimisme vaksin, mengatakan langkah kesihatan awam seperti menggunakan pelitup muka dan kebersihan perlu diteruskan walaupun sudah mempunyai vaksin.
WHO-WPR mengumumkan untuk mengadakan jaringan pengawasan genom serantau dengan negara-negara anggota Singapura, Jepun dan Australia bagi menyediakan penjujukan genom virus untuk negara yang tidak mampu membuat demikian.
Pengarah wilayah WHO-WPR, Dr. Takeshi Kasai berkata dengan adanya jaringan pengawasan tersebut, akan membantu mengesan varian baharu selain Covid-19, juga penyakit baru yang muncul.
WHO turut mencadangkan negara-negara menggunakan vaksin jenis AstraZeneca-Oxford yang mengatakan kajian menunjukkan vaksin tersebut tidak menyebabkan darah beku dan membawa kematian.
Penyelaras Ubat-ubatan Penting dan Teknologi Kesihatan untuk WHO-WPR, Dr. Socorro Escalante berkata kadar pemantauan dalam kelompok populasi yang diberi vaksin semakin rendah kerana dijangka berlaku secara semula jadi dalam populasi umum, dipetik dari Bernama.
United Kingdom (UK) melaporkan mempunyai tujuh kematian daripada 30 orang yang mengalami pembekuan darah selepas menerima suntikan vaksin jenis AstraZeneca-Oxford dan pada 6 April, 18 juta orang menerima vaksin di negara itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Badan manusia memang memerlukan air yang cukup untuk elak dari terhidrasi atau kering. Sistem badan manusia boleh dikatakan sebahagian besar memerlukan air.
Kegunaan air dalam badan untuk mengawal suhu badan, oksigen, kegunaan nutrien, pelawas bahan buangan dan ngah toksin. Ia juga untuk melarutkan zat dalam badan.
Secara normalnya, orang dewasa perlu lapan gelas atau dua liter sehari. Pastikan air dalam badan cukup tapi bukan berlebihan. Air yang berlebihan akan menganggu sistem badan dan membawa kesan buruk.
Terlebih air boleh menyebabkan hyponatremia yang memberi kesan kepada sel darah dan kekurangan sodium. Selain itu, akan menyebakan serangan jantung dan koma.
Tanda-Tanda Terlebih Air
Air kencing jernih. Air kencing terlalu jernih menandakan bahawa badan mengalami hidrat.
Kerap bangun malam untuk buang air kecil lebih dari sepatutnya.
Buah pinggang tidak sempat untuk proses air terkumpul.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!