Sultan Pahang tegas perangi ajaran sesat
Sultan Pahang tegas perangi ajaran sesat
TEMERLOH – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta Kerajaan Negeri memantau operasi Maahad Tahfiz, pondok serta Madrasah yang dibangunkan secara persendirian, berkaitan aspek tenaga pengajar, keselamatan mahupun silibus pengajaran mereka.
Titah baginda, ia bagi mengelakkan penyebaran fahaman dan aliran songsang atau bertentangan dengan Islam yang sebenar serta menjurus kepada politik.
“ “ lebih lebih lagi ajaran ajaran yang meragukan dan sesat yang boleh merosakkan membatalkan akidah seperti ajaran si hop ,ajaran marifat ,ismail ariffin atau lepat ,,ajaran nilah abrham ,ajaran masitah ..Perjalanan mimpi yang terakhir dan yang terkini ada berita seolah ajaran ayah Pin mula di kait semula di terengganu ,pahang dan selangor saya ingin maklumkan pdrm sedang membuat siasatan yang lanjut dan saya berharap rakyat saya di negeri pahang tidak terpengaruh dengan ajaran ajaran salah ini..
Tambah baginda, silibus pembelajaran di institusi berkenaan termasuk sekolah beraliran agama perlu didedahkan dengan silibus pengajian moden selain agama seperti teknikal dan vokasional (TVET), serta Artificial Intelligence (AI) yang boleh diserasikan dengan Islam.
Baginda bertitah demikian ketika bercemar duli merasmikan Masjid As-Salam Kampung Kelibang di Temerloh, Pahang.
Turut berkenan berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Dalam pada itu, baginda menegaskan bahawa Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah mesti diamalkan oleh semua umat Islam di negara ini.
Ia selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam yang bersidang pada 5 Mei 1996 dan juga menjadi pegangan akidah umat Islam di negeri Pahang. – SAHIH