Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun dari jambatan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun dari jambatan
Foto atas : Lelaki itu di peringkat awal terjun ke sungai itu, hari ini.
KUANTAN – Seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Sungai Sri Damai, di Kampung Sri Damai, Kuantan tengah hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP, Wan Zahari Wan Busu berkata, mangsa Mohd Firdaus Supiardi, 26 tahun dikatakan menunggang motosikal ke lokasi sebelum bertindak terjun ke sungai berkenaan.
“Menurut saksi, lelaki itu yang menunggang motosikal ke jambatan itu memberhentikan motosikalnya dan terus terjun ke dalam sungai, mangsa dilihat cuba berenang ke tebing sungai tetapi gagal kerana arus begitu deras.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani memaklumkan seramai 15 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Ppenyelamat (BBP) Taman Tas dan Kuantan terlibat dalam operasi berkenaan.
“Operasi mencari dan menyelamat itu (SAR) itu turut dibantu Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).
“Operasi SAR itu yang melangkaui sejauh 3 kilometer dari tempat kejadian ditangguhkan pada jam 6 petang atas faktor cuaca,” katanya.-SAHIH.