Runtuhan tebing berlaku dekat Kolej Vokasional Lipis
Runtuhan tebing berlaku dekat Kolej Vokasional Lipis
Foto atas: Petugas Jabatan Kerja Raya dan anggota bomba sedang memantau runtuhan tebing di Jalan Bentong ke Gua Musang berdekatan Kolej Vokasional Kuala Lipis, Lipis, Pahang hari ini. – FOTO BBP Lipis
LIPIS – Pengguna diharap berhati-hati kerana laluan Jalan Bentong ke Gua Musang melalui Benta berdekatan Kolej Vokasional Kuala Lipis berlaku runtuhan tebing setinggi tujuh meter dan lebar enam meter serta panjang 60 meter.
Jurucakap Jabatan Kerja Raya Pahang berkata, laluan hanya dibuka untuk satu lorong sahaja kepada semua kenderaan.
Sementara itu, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), mengenai laluan dari Gombak ke Karak sudah boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Pengurus Besar Kanan Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata, bagaimanapun pengguna perlu berhati-hati di laluan kontra, iaitu di KM 77.1 hingga KM 77.8 dan KM 77.03 hingga KM 68 menghala ke arah timur.
“Pengguna yang hendak masuk ke Pekan Karak perlu membuat pusingan ‘U’ sebelum Tol Plaza Karak, bagi yang hendak susur keluar ke Temerloh dan perlu membuat pusingan ‘U’ sebelum Tol Plaza Karak.
“Untuk makluman, Jalan Chenor ke Karak masih tidak boleh dilalui oleh kenderaan berikutan ada kawasan yang ditenggelami air,” katanya dalam kenyataan hari ini.-SAHIH