Pelajar luar negara luang masa kenali Pahang
Pelajar luar negara luang masa kenali Pahang
TEMERLOH – Program Mobiliti anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diadakan di Mentakab, dekat Temerloh, baru-baru ini.
Pelajar dari China, Iran, Palestin, Jordan dan UAE itu didedahkan dengan pelbagai keunikan budaya di negeri Pahang.
Objektif utama penganjuran program itu adalah untuk pertukaran budaya dan akademik.
Turut diadakan sesi bersama Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam di D’Coconut Agro Farm Mentakab.
Dalam sesi itu, Amizar berkongsi mengenai keistimewaan negeri Pahang yang mempunyai kepelbagaian budaya serta mempunyai lokasi yang indah dan terbaik di Malaysia.
“Kita juga memiliki antara Bandar Paling Bahagia di dunia selain pembangunan ekonomi yang dirancang dengan baik.
“Selain itu, promosi eko dan agro pelancongan turut giat dilaksanakan di negeri Pahang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Turut hadir dalam program itu adalah Penyelaras DUN Kuala Semantan, Datuk Ridzuan Hazimin dan wakil dari UKM. – SAHIH