Pelajar berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas tamat waktu persekolahan
Pelajar berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas tamat waktu persekolahan
BENTONG – Seorang remaja berusia 15 tahun dan juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari, dekat sini dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan pada jam 4.41 petang, hari ini.
Ketua Polis Bentong, Suprintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, polis telah menerima aduan daripada ibu saudara pelajar tersebut, Pavitra a/p Pogelselvan telah tidak menaiki van sekolah pada 10 Februari selepas waktu belajar tamat.
“Hasil siasatan polis, mangsa tidak pulang ke rumah selepas waktu belajar dan juga berasaskan aduan ibu saudaranya yang berusia 48 tahun semalam.
“Mangsa dipercayai tinggal bersama ibu saudaranya hampir setahun lalu berikutan kedua ibu bapanya menetap di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, bapa remaja tersebut turut dimaklumkan oleh seorang pemandu van lelaki berusia 60 tahun berkaitan anaknya tidak menaiki van sekolah selepas tamat waktu belajar.
“Polis akan meneruskan usaha mencari remaja berkenaan dan berharap rakan mangsa dan orang ramai yang mengetahui maklumat kehilangan pelajar ini bolehlah menghubungi IPD Bentong menerusi talian 09 2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan.-SAHIH.