BERA – 50 ribu pelajar lepasan SPM bagi tahun 2016 sehingga 2021 yang kurang bernasib baik dan tidak berkemampuan bakal memperoleh peluang kedua untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Menerusi Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022 (JPKM) yang sedang berlangsung, pelajar-pelajar berkenaan digalakkan hadir untuk memohon terus kepada institusi pendidikan terlibat.
Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, jelajah yang akan berlangsung 50 lokaliti di seluruh negara selama 2 bulan ini harus dimanfaatkan sepenuhnya penduduk pendalaman dan luar bandar.
Menerusi kesinambungan program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) yang lalu itu, pihaknya turut mengalukan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan mahupun swasta untuk turut menyumbang dan menaja pelajar-pelajar berkenaan.
Menurut beliau, program ini sekaligus turut membantu pelajar berkelayakan mempunyai masalah permohonan sebelumnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) peringkat negeri Pahang yang berlangsung di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Pahang.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Dato Seri Dr Shahidan Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato Mohd Aizuddin Ghazali.
Dalam majlis berkenaan, turut diadakan penyerahan Cek Replika Tajaan Bantuan Pendidikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 4 juta ringgit, Universiti Antarabangsa UNITAR dan Yayasan Petronas masing-masing 1 juta ringgit biasiswa pendidikan kepada PRIHATIN.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN – Keputusan pilihan raya negeri (PRN) Johor membuktikan rakyat negeri itu yakin dengan kemampuan Barisan Nasional (BN) melaksanakan agenda pembangunan dan kestabilan negara.
Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, kemenangan besar itu juga adalah isyarat jelas bahawa rakyat sudah bijak dalam membuat pilihan.
“Tahniah kepada semua calon BN yang menang besar dan mendapat mandat rakyat untuk menerajui negeri Johor.
“Setinggi penghargaan kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada BN demi kestabilan masa depan negeri Johor dan negara,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pimpinan UMNO serta jentera parti yang bekerja keras sepanjang tempoh kempen PRN Johor.
“Berbaloi segala usaha saya dan juga barisan jentera yang saya bawa dari Maran untuk bersama-sama membantu dalam siri jelajah kempen di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akhirnya membuahkan hasil.
“Semoga kemenangan ini kemenangan yang diberkati untuk kita semua menabur bakti,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bandar Bursa turut dikenali “Green Bursa”, memberi gambaran yang menarik bukan sahaja dengan udara segar sebaliknya mempunyai dua masjid bersejarah.
Ruang solat utama Masjid Hijau
Kebanyakan tempat bersejarah di bandar ini bermula sejak zaman awal Uthmaniyyah dan antaranya Masjid Hijau (Green Mosque) atau Yesil Cami-Bursa yang terkenal mencerminkan gaya budaya Wilayah Seljuk.
Masjid Agung Bursa atau Grand Mosque (Bursa Ulu Camii) ialah sebuah lagi masjid bersejarah di Bursa, Turki telah dibina antara 1396 dan 1399 oleh Sultan Uthmaniyyah Bayezid I bagi memperingati kemenangan besar baginda di Pertempuran Nicopolis.
Ruang solat utama Masjid Agung
Bursa satu ketika dahulu berperanan sebagai ibu kota pertama Empayar Uthmaniyyah bermula pada tahun 1326 setelah ditawan dari kerajaan Byzantine.
Tahun 1365, ibu kota pentadbiran berpindah ke Edirne kerana pada masa itu kerajaan kesultanan di wilayah itu mula mengalihkan perhatian mereka ke Eropah.
Bursa, bandar ke-4 terbesar di Turki ini turut terkenal dengan industri tekstil, buah pic, buah berangan, sutera serta pelbagai jenis industri lain.
Bagi peminat tekstil khususnya wanita yang mementingkan gaya dan stail, di sini boleh membeli-belah ke bazar yang dipenuhi sutera.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Program Sarapan Kasih sokong aspirasi Keluarga Malaysia
Semangat permuafakatan serta menyokong aspirasi konsep Keluarga Malaysia antara guru dan ibu bapa diteruskan melalui Program Sarapan Kasih (PSK) anjuran Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn 2 (SMKBTHO2), baru-baru ini.
Program yang sudah dilaksanakan lebih enam tahun itu adalah bermula dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hasil daripada ilham guru Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tun Hussein Onn 2 (SKBTHO2) dengan mendapat sokongan Guru Besarnya, Zainuddin Mohd Ali.
PSK diwujudkan bagi meringankan bebanan keluarga di samping memberi keselesaan serta keselamatan kepada pelajar dalam mengharungi peperiksaan ketika itu dan tidak dihentikan apabila negara ditimpa pula bencana pandemik Covid-19.
Ketua Biro KSIB, Adibah Sukir, berkata pemantauan guru SKBTHO2 sebelum pandemik Covid-19 melanda negara ketika itu mendapati calon yang menduduki UPSR keluar waktu rehat peperiksaan yang pendek dan tidak sempat membeli sebarang makanan di kantin kerana terpaksa beratur panjang bersama-sama pelajar lain.
Hal demikian itu menurutnya, sebahagian calon tadi terpaksa memasuki dewan peperiksaan dalam keadaan perut kosong yang sudah pasti menganggu tumpuan mereka untuk menjawab kertas soalan apabila berasa tidak selesa kerana lapar.
Jelasnya, ekoran itu satu perbincangan diadakan dengan PIBG SKBHTO2 diketuai Yang Dipertuanya, Mohd Faisal Mohd Noor yang bersetuju dengan saranan Biro KSIB untuk mewujudkan program berkenaan demi membantu kecemerlangan pelajar dalam UPSR ketika itu.
“Apabila mendapat maklum balas yang positif daripada pelbagai pihak khusus dalam kalangan guru dan ibu bapa SKBTHO2 program itu diteruskan di SMKBTHO2 yang terletak bersebelahan apabila mendapat persetujuan Yang Dipertua PIBGnya, Datuk Mohd Halim Rahmat Ali kira-kira lima tahun lalu.
“Pada ketika itu menjadi cabaran kepada ahli Biro KSIB untuk bekerjasama serta bertungkus lumus menyediakan makanan berkhasiat di bawah program berkenaan untuk calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.
Adibah berkata, ahli Biro KSIB tidak mengenal erti penat apabila pandemik Covid-19 melanda negara program berkenaan tetap diteruskan hingga sekarang walaupun hanya untuk menyediakan makanan bagi calon SPM sahaja berikutan dua peperiksaan UPSR dan PT3 ditangguhkan.
“Dibantu oleh sukarelawan dalam kalangan ibu bapa ahli KSIB serta guru bertugas akan membawa makanan tersebut ke dewan peperiksaan dan pelajar hanya dibenarkan mengambil makanan yang disediakan di atas meja masing-masing.
“Sebagai langkah meminimumkan risiko jangkitan virus Covid-19 pengagihan makanan sama ada sarapan dan makan tengah hari tidak dihidangkan sebaliknya dibungkus dalam paket dan di letak atas meja untuk diambil sendiri oleh pelajar,” katanya.
Katanya, program ini bukan sahaja menjadikan ukhwah antara ibu bapa dan sekolah terjalin, sebaliknya pelajar mendapat nutrien yang lengkap apabila hanya menu sihat dihidangkan bagi menjadikan mereka lebih fokus menjawab soalan peperiksaan.
“Tanpa membezakan antara mereka pelajar dalam kalangan keluarga asnaf dan kurang berkemampuan turut menikmati makanan yang sama kerana kami ingin memastikan mereka juga perlu berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jutawan dari Terengganu, Muhammad Azlan Abdullah@Ali bayar denda pemandu lori
ALOR SETAR- Seorang pemandu lori treler didenda Rm4000.00 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu sebuah lori treler dengan tidak cermat dan bertimbang rasa, 10 tahun lalu.
Hukuman dijatuhkan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif kepada Nor Azam Mat Saman, 44 tahun di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi, 17 Ogos 2012 di Jalan Pendang ke Kobah, Nor Azam, yang memandu sebuah lori treler sedang membuat pusingan U.
Bagaimanapun sebuah motorsikal yang datang dari arah Pendang ke Kobah melanggar lori treler berkenaan menyebabkan penunggangnya meninggal dunia.
Tertuduh kemudian didakwa dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333 pindaan 1999-A1065) kerana memandu sebuah lori treler dengan tidak cermat dan bertimbang rasa.
Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM4000.00 dan tidak lebih RM10,000.00 dan penjara tidak lebih 12 bulan.
Pendakwaan diwakili Inspektor Ahmad Shukri Saadon (Inspektor Perundangan/Pendakwaan), Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Setar
Manakala Nor Azam diwakili peguam, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.
Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif menjatuhkan hukuman denda 4 ribu ringgit dan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.
Denda tersebut bagaimanapun telah dibayar oleh seorang jutawan dari Terengganu, Muhammad Azlan Abdullah@Ali yang bersimpati dengan kesusahan hidup pemandu lori berkenaan.
Kos guaman turut ditanggung Muhammad Azlan yang turut hadir di Kompleks Mahkamah Alor Setar, pagi tadi.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JKKP Perlis siasat kes lelaki maut tersepit roller conveyor tidak bermotor
KANGAR – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perlis telah mengerakkan sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan ke atas kes kemalangan maut.
Kejadian dilaporkan berlaku pada 8 Mac lalu di sebuah kuari di Mukim Titi Tinggi, Padang Besar lebih kurang 3.30 petang.
Menurut Pengarah JKKP Perlis, Amree Ghazi dalam kenyataannya, kemalangan yang berlaku melibatkan seorang pekerja lelaki warganegara Malaysia yang maut akibat tersepit pada bahagian Roller Conveyor tidak bermotor.
Susulan daripada siasatan tersebut, JKKP Perlis telah mengeluarkan satu Notis Larangan serta-merta bagi pengunaan semua operasi mesin yang terlibat di tempat kerja.
Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca-punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut.
JKKP Perlis akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahu pun orang awam.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Cameron Highlands – Sepasang suami isteri ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik di dalam bilik air di Taman Pucak Tringkap, Brinchang, Cameron Highlands, pagi tadi.
Ketua Polis Pahang Datuk Ramil Mohamed Yousuf ketika dihubungi berkata, pihaknya
menerima panggilan daripada orang awma kira-kira jam 9.45 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian.
Setibanya ditempat kejadian pihaknya mendapati kedua-dua mangsa terbaring di bilik air tingkat 2 pangsapuri berkenaan.
Pihaknya mendapati arus elektrik masih ada, dan menghubingi pihak Tenaga nasional Berhad (TNB) bagi mematikan arus elektrik berkenaan.
Siasatan awal mendapati terdapat kesan terbakar di tapak tangan isteri dipercayai terkena arus elektrik ketika cuba membantu suaminya yang sedang mandi menggunakan pemanas air semasa kejadian.
Beliau berkata, menurut saksi iaitu anak mangsa yang berusia 10 tahun, ketika kejadian ibunya meminta pertolongan anaknya mengambil sebatang kayu sebagai penebat untuk membantu suaminya yang terkena renjatan elektrik.
Siasatan lanjut yang dilakukan mendapati, mangsa yang berasal dari Sarawak dan bekerja sebagai buruh kebun dan mempunyai 3 orang anak.
Kedua-dua mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah hajjah Kalsom untuk bedah siasat.
Manakala ketiga-tiga anak mangsa diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan urusan kebajikan.
Tiada unsur jenayah dilaporkan, dan siasatan lanjut masih dilakukan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BINTULU : Seorang pemandu kereta pacuan empat roda tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Nissan Almera di Jalan SGP, Samalaju pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.45 pagi.
Pasukan Bomba yang tiba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada pihak Ambulans untuk tindakan selanjutnya.
Manakala pemandu kereta Nissan Almera dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
SUMBER: Bilik Berita CATS
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TikTok mengumumkan menggantung perkhidmatan di Rusia susulan daripada undang-undang baru berita palsu (fake news) Rusia.
Individu yang menyebarkan berita palsu akan dihukum penjara oleh pihak berkuasa negara itu.
Laporan daripada Daily Mail, Tiktok bukanlah syarikat media sosial yang pertama menggantung perkhidmatan di Rusia.
Pihak TikTok berkata platform ini bertujuan untuk menghasilkan kreativiti dan hiburan untuk mengeratkan hubungan manusia.
‘Ugutan Rusia yang mendakwa TikTok adalah medium penyebaran berita palsu membuatkan pihak kami tidak mempunyai pilihan selain menggantung perkhidmatan di negara itu’, katanya.
Syarikat Netflix juga mengambil langkah yang sama pada awal minggu ini.
Netflix menghentikan perkhidmatan semenatara waktu di Rusia selepas menilai kesan pencerobohan Moscow terhadap Ukraine.
Netflix tidak bercadang untuk saluran kerajaan kepada perkhidmatan di Rusia walaupun terdapat beberapa peraturan yang diperlukan untuk mengedarkan saluran yang disokong kerajaan.
‘Memandangkan keadaan semakin buruk, pihak kami membuat kepurusan untuk menghentikan seketika perkhidmatan di Rusia,’ kata jurucakap Netflix.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Hospital Mesra Ibadat, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, Pahang, sedang mengemas kini semula program keagamaan selepas kelonggaran diberikan dalam aktiviti bersemuka khusus kuliah agama mingguan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pandemik Covid-19.
Timbalan Pengerusinya, Dr Ehsan Fadli Affandi, berkata berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik Covid-19 yang ketat sebelum ini menyebabkan pelbagai program keagamaan terpaksa ditangguh dan Pusat Islam hospital juga terpaksa ditutup kepada orang ramai.
Dr Ehsan Fadli Affandi (tengah) menerima infak al-Quran bagi pihak Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.
Menurutnya, beberapa bulan lalu pusat itu dibuka semula kepada orang ramai untuk membolehkan mereka menunaikan solat khususnya di samping menelaah buku agama yang tersedia sementara berehat menunggu waktu untuk berurusan dengan pihak hospital dan sebagainya.
“Apabila program keagamaan diaktifkan semula kami amat berharap orang ramai yang mengambil peluang mendengar ceramah mingguan yang diadakan umpamanya mematuhi SOP yang tetapkan serta peraturan lain seperti penggunaan pelitup muka dan jarak ketika bersolat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis ringkas menerima infak al-Quran yang dianjurkan oleh Pusat Jagaan Mahmudah (PJMM), Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), dari Semenyih dan Beranang, Selangor serta Sahabat Kelas al-Quran, Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras, Selangor, baru-baru ini.
Majlis infak al-Quran itu adalah program kedua ‘Kasihku Tertumpah di Pahang’ apabila PJMM dan PJNH berkenaan terus menerima derma serta infak daripada orang ramai dan pelbagai pihak mahukan naskhah al-Quran diagihkan kepada pusat agama, tahfiz, masjid serta surau yang terjejas banjir pada awal tahun 2022 ini.
Pusat berkenaan sudah mengagihkan 600 naskhah al-Quran, kelengkapan solat dan barangan makanan keperluan asas kepada pusat tahfiz dan keluarga yang terjejas dalam banjir serta mengagihkan lebih 200 naskhah lagi al-Quran, surah Yasin dan buku agama yang diinfak orang ramai.
Dr Ehsan menyifatkan infak al-Quran yang diterimanya itu sebagai dorongan untuk mempergiatkan program keagamaan di Hospital Mesra Ibadat berkenaan terutama apabila umat Islam akan menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi.
“Bersama barisan ahli jawatankuasa, saya akan membuat perancangan yang sebaik mungkin terutama untuk manfaat semua pihak di samping mengambil kesempatan kelonggaran dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang,” katanya.
Mudir Madrasah Ribat At Taufiq, Kampung Pantai, Chenor, Pahang, Ahmad Rujhan Sulaiman (tiga dari kanan) menerima infak al-Quran dari PJMM dan PJNH, baru-baru ini.
Sementara itu Mudir Madrasah Ribat At Taufiq, Kampung Pantai di Chenor, Pahang, Ahmad Rujhan Sulaiman melahirkan rasa bersyukur kerana menerima infak al-Quran dan sumbangan daripada orang ramai.
Menurutnya, al-Quran yang diinfakkan itu akan digunakan pelajar madrasah berkenaan bagi menggantikan al-Quran yang rosak digenangi banjir apabila mereka menyambungkan semula pengajian tidak lama lagi.
Wakil ibu bapa Surau An Nur, Sekolah Kebangsaan (SK) Chenor, Pahang, Nur Hafizah Mahamad, berkata surau itu turut terkesan dengan banjir lalu menyebabkan banyak bahan bacaan rosak digenangi air.
Nur Hafizah (tengah) mewakili ibu bapa menerima infak al-Quran untuk Surau An Nur, SK Chenor.
“Infak al-Quran ini akan dimanfaatkan oleh murid untuk mendalami ilmu membaca al-Quran dengan betul disamping memahami maksud setiap ayat apabila disertai terjemahan lengkap,” katanya.
“Saya akan meneruskan amanah mereka yang menginfak al-Quran bagi memastikan ia digunakan oleh semua murid dan berharap dapat melahirkan ramai hafazan pada usia muda sebelum mereka melangkah pada peringkat menengah,” katanya.
Pengerusi bersama program infak al-Quran itu, Mohiadin Bahado, berkata mereka masih lagi menerima infak al-Quran dan terpaksa dimasukan dalam perancangan untuk diagihkan kepada pusat tahfiz, masjid atau surau di daerah lain pula khusus yang terjejas dalam banjir.
“Kami berterima kasih kepada semua pihak terutama dermawan sama ada secara berkumpulan atau persendirian yang sudi membantu dalam program infak al-Quran ini, membekalkan kelengkapan solat serta barangan keperluan makanan asas,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!