Ikon ibu, sebagai semangat lakar Rekod Asia
Ikon ibu, sebagai semangat lakar Rekod Asia
KUALA LIPIS – Pelatih kecergasan, K Jey Prabakaran Thevar, atau lebih dikenali Dr Kjey sekali lagi melakar satu lagi rekod Asia selepas mencatatkan tempoh 13 jam tanpa henti senaman kardio dan angkat berat di Kuala Lipis .
Beliau yang sebelum ini pernah mencipta rekod dalam Influencer Book of World Records dan Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya melakukan senaman kardio dan angkat berat selama 12 jam tanpa henti, pada 23 Julai lalu.
Memulakan senaman tersebut pada petang Selasa, anak jati Pahang kelahiran Lipis menamatkannya pada jam 10.30 pagi di sebuah gimnasium di Kuala Lipis , Pahang .
Kejayaan tersebut menerima pengiktirafan Asia Book of Record yang disampaikan oleh presidennya, Selvarani Muthiah.
Ujar Kjey, persediaan rapi bagi rekod terbabit telah dibuat sejak Februari lalu dengan dorongan ibunya sebagai ikon beliau yang sentiasa memberi semangat untuk terus mencipta rekod yang lebih mencabar .
“Saya ikon sukan tiada dalam hidup saya ialah mak saya saya sentiasa tengok mak saya selalau memberikan saya sapport selalu.
Menurut beliau sebenarnya ingin melakukan rekod ini pada April namun terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu .”
Rasa gembira dan bersyukur kerana dapat sekali lagi melakukan rekod ini sekaligus dapat mengharumkan nama Malaysia dan Pahang sendiri.
Ditanya perancangannya selepas ini, beliau ingin melakar rekod Dunia untuk Guinness World Record pada September depan
Next target say akita nak buat Guinness bookrecod selama 15 jam tanpa henti benda yang sama iaitu kita nak buat pada bulan 9 tahun ni persiapn kita dah start traning
Sebelum ini, pada 23 Julai lalu, anak jati Pahang kelahiran Lipis itu berjaya mencatatkan tempoh selama 12 jam tanpa henti, sekali gus melakar rekod dalam Influencer Book of World Records dan Malaysia Book of Records (MBOR).-SAHIH