ELLY DAPAT KAKI BARU
Anak gajah betina bernama Elly yang kudung kaki akibat terkena perangkap samar menerima kaki palsu yang keempat sumbangan EXIM Bank dengan kerjasama Syarikat Bioapps Sendirian Berhad, bernilai 10 ribu ringgit.
Elly berusia 4 tahun telah ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang dan tmula menerima kaki palsu yang pertama, sejak 2018.
Pegawai Perhilitan PKGK, Nazrul Mohamad berkata, penukaran kaki palsu Elly perlu dibuat 6 bulan sekali, berikutan pertambahan usia dan saiz badan yang meningkat.
Katanya, pada permulaan diberi kaki palsu, Elly sangat sukar untuk memberi kerjasama sehingga memerlukan 6 orang penjaga untuk memujuknya.
Namun,kini anak gajah tersebut sudah serasi dan mudah untuk memberikan kerjasama.
“kita tengok disini anak gajah hilang kaki depan sebelah kanan puncanya dia kena jerat dawai ..jadi kami selamatkan dan di pusat ni sebagai tempat rehabsitasi bagi ..yang kami kita dapat sumbangan dari bioapp kali keempat pertukaran kaki palsu disebabkan anak gajah “.katanya.
Prosthetist dan Orthotist Syarikat Bioapss Sendirian Berhad, Saiful Shauzan Mohd Fadzil berkata, bagi membantu Elly mendapatkan kaki palsu yang selasa, satu kumpulan telah ditubuhkan dengan kerjasama Prosthetist dan Orthotist Universiti Malaya sejak 2018.
“kita terpaksa ukur setiap tahun untuk perningkatan tinggi gajah jadi setiap tinggi kita akan tambah ketinggian tersebut dalam kaki palsu ini ..untuk kaki gajah setakat ini kita tengok setiap enam bulan kita akan buat satu kaki gajah yang baru untuk gajah tersebut ..sebab bila gajah tersebut membesar acuan atau pun kaki palsu yang ada tidak akan dapat mengembang mengikut kaki mereka. “katanya.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu adalah satu daripada mereka untuk membantu pemeliharaan dan pemuliharaan gajah di negara ini.
Elly adalah gajah kedua yang menerima kaki palsu daripada EXIM Bank selepas seekor gajah betina bernama `Selendang’ yang turut menerima kaki palsu di PKGK pada 2017.
#SAHIH
#PASTINYASAHIH