DUA WARGA TEMPATAN DITAHAN KERANA MEMBURU
DUA WARGA TEMPATAN DITAHAN KERANA MEMBURU
TANGKAK: Dua orang warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam jenayah pemburuan haram serta memiliki senjata api di daerah Tangkak, Johor pada 13 Februari lalu.
Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui satu bangkai hidupan liar disyaki landak, satu laras senjata api, 24 butir peluru dan empat bilah parang menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di bawah 𝐵𝑖𝑜𝑑𝑖𝑣𝑒𝑟𝑠𝑖𝑡𝑦 𝑃𝑟𝑜𝑡𝑒𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑎𝑛𝑑 𝑃𝑎𝑡𝑟𝑜𝑙𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑚𝑚𝑒 (BP3).
Operasi ini melibatkan sepuluh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kebenaran dan dokumen sah dari PERHILITAN untuk memburu dan menyimpan hidupan liar tersebut.
Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kebun Baru, Tangkak manakala senjata api dirampas diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Tangkak.
Barang kes yang lain pula dibawa ke Jabatan PERHILITAN Daerah Kluang untuk tindakan selanjutnya.