DIEGO MARADONA MENINGGAL DUNIA
BUENOS AIRES: Pemain bola sepak legenda dunia, Diego Armando Maradona dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Dia yang berusia 60 tahun dimasukkan ke hospital awal bulan ini bagi pemeriksaan perubatan dan pemeriksaan tersebut tidak berkaitan dengan COVID-19.
BERITA kematian legenda bola sepak, Maradona mengejutkan peminat bola sepak seluruh dunia
Maradona, yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dan arak serta tahap kesihatan yang buruk, dianggap berisiko tinggi dijangkiti virus tersebut.
Sebelum ini Maradona pernah mengalami dua serangan jantung dan dijangkiti hepatitis.
Pemenang Piala Dunia 1986 itu yang meraikan ulang tahunnya yang ke-60 hujung Oktober lalu dikuarantin selepas pengawal peribadinya menunjukkan gejala jangkitan COVID-19.
Bekas kapten pasukan Napoli itu bagaimanapun diuji negatif.
Dia yang pernah menjadi jurulatih Argentina sebelum ini dirawat di sebuah klinik di La Plata, yang terletak di selatan Buenos Aires di mana beliau menjadi jurulatih kelab Gimnasia.
Berita kematiannya dilaporkan agensi berita Argentina Clarin dan turut disahkan ESPN Argentina dan TyC Sports.