Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengeluarkan notis melalui Facebook dan mengambil keputusan untuk menutup buat sementara waktu Taman Negara Pahang kepada pengunjung mulai hari Selasa (6 Oktober 2020) sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Keputusan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi semua pihak memandangkan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini ,keputusan itu berdasarkan laporan dan maklumat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempertingkatkan langkah pencegahan serta memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan terutama di tempat-tempat tumpuan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERTANDINGAN SEMPENA HARI POTENSI PERINGKAT NEGERI
JERANTUT: KEMAS Parlimen Kuala Krau muncul juara keseluruhan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Negeri Pahang 2020 selepas muncul juara dalam empat daripada lapan acara dipertandingkan.
Pengarah KEMAS Negeri Pahang, Zamri Muhammad, berkata pertandingan Hari Potensi Tabika KEMAS 2020 Peringkat Negeri Pahang diadakan secara livestreaming memandangkan keadaan semasa gejala COVID-19 yang semakin membimbangkan.
“Peserta yang muncul juara dalam acara masing-masing akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan yang bakal diadakan pada bulan depan,” katanya.
Beliau mengumumkan keputusan itu melalui laman sosial Facebook, hari ini.
Bagi acara bercerita lelaki, Mohd Naufal Mohd Ridwan (Kuala Krau) muncul juara diikuti Mohd Izzat Mohd Faizul (Kuantan) tempat kedua dan tempat ketiga diperoleh Mohd Syazwan Shukri (Lipis).
Untuk acara bercerita perempuan pula dimenangi Nur Sofya Mohd Rahmat (Kuala Krau); diikuti tempat kedua, Ami Syarah Mohd Hidli (Pekan) dan ketiga, Nur Zahirah Mohd Nizam (Temerloh).
Acara Story Telling lelaki dimenangi Nik Aish Nik Mohamad Irsyad Afifi (Jerantut); kedua, Wan Firash Wan Kamarul (Temerloh) dan tempat ketiga Putra Muhammad Khalish Asri Mohd Zairi (Pekan).
Acara sama untuk kategori perempuan pula dimenangi Isha Mohd Aris (Paya Besar); kedua, Arissa Nur Sofiya Shahzrul (Kuantan) dan ketiga Zahra Nur Imani Mohd Lofti (Rompin).
Acara pidato lelaki dimenangi Musriq Muhammad Mohd Azwan (Kuala Krau); kedua, Muhammad Amsar Muhd Shahrul (Rompin) dan tempat ketiga, Muhammad Aiqil Firqan M Hamli (Paya Besar).
Acara pidato perempuan disandang oleh Nur Hajia Raina Hanif Akhbar (Kuala Krau); kedua- Qurratun Ainur Mat Jais (Paya Besar) dan ketiga diperoleh Nur Auni Aisha Azwatul Faiz (Indera Mahkota).
Kategori Hafazan dan Terjemahan lelaki, pertama, Muhammad Aqil Idham Muhammad Yusri (Rompin); kedua Muhammad Amir Irsyad Romdzi (Raub) dan tempat ketiga, Muhammad Azfar Muhammad Ramli (Jerantut).
Bahagian perempuan pula dimenangi wakil dari Lipis, Nur Farhana Mohd Fauzi; kedua – Nur Izyina Hana M Idzlan (Kuala Krau) dan ketiga Nur Darina Adra Saifullah (Jerantut).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menambah kakitangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 untuk menjalankan saringan kepada individu yang tiba dari Sabah.
Ia susulan peraturan baharu yang mewajibkan semua individu yang tiba dari Sabah, disaring di pintu masuk domestik dan antarabangsa bermula hari ini hingga 10 Oktober.
“Kementerian Kesihatan sudah menambah kakitangan di KLIA dan klia2 untuk menjalankan ujian saringan kepada semua pengembara dari Sabah yang tiba di pintu masuk antarabangsa dan domestik.
“Peraturan baharu itu bermula hari ini dan mereka dipakaikan gelang kuarantin dan diwajibkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO),” jelas kementerian itu menerusi Twitter, hari ini.
Terdahulu, sejumlah individu dari Sabah, khususnya yang terbabit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, memaklumkan terpaksa menunggu sehingga enam jam untuk menjalani ujian calitan (swab test) COVID-19.
Beberapa video juga tular di media sosial menunjukkan ratusan individu terpaksa beratur panjang serta duduk di atas lantai di KLIA dan klia2 bagi menunggu giliran melakukan ujian saringan.
Beberapa wartawan yang membuat liputan PRN Sabah turut memaklumkan terpaksa menunggu beberapa jam sebelum tiba giliran untuk membuat ujian berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PELABUHAN KLANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor merampas 2,376 kilogram (kg) brokoli dipercayai sudah berkulat, di Pelabuhan Barat, di sini, kelmarin.
Pengarah MAQIS Selangor, Dr Tarmisal Alimin, berkata brokoli yang dipercayai dibawa masuk dari China itu dirampas hasil pemeriksaan rutin dilakukan pihaknya.
“Dagangan brokoli itu ditahan oleh pihak MAQIS kerana dipercayai ada kulat pada sayuran berkenaan.
“Nilai dagangan untuk 2,376kg brokoli yang dirampas itu dianggarkan berjumlah RM15,684.46,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan BH hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua duanya sekali.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Berikutan adalah keputusan bagi perlawanan pertama saingan English Premier League (EPL) malam ini.
Southampton vs Tottenham Hotspurs
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Berikut adalah keputusan perlawanan English Premier League (EPL) pada 19 September 2020
Leeds United vs Fulham
Everton vs West Bromwich Albion
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Nasib seorang wanita bekerja sebagai peniaga sayur-sayuran di pasar pagi dekat Petaling Jaya, yang dikesan mengidap penyakit kanser kulit atau ‘Melanoma Cancer’ sejak awal tahun ini, mendapat perhatian syarikat pengurusan dana dan pelaburan, Winner Dynasty Group (WDG) dan Yayasan Winner Global Sedunia.
Pengerusi WDG, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee berkata, pihaknya dengan kerjasama Yayasan Winner Global Sedunia menderma RM60,000 bagi membantu Liew Koon Eng yang kini berusia 49 tahun, menjalani rawatan awal bagi mengatasi penyakit berkenaan.
“Sumbangan (derma) ini adalah bagi Puan Koon Eng mendapatkan suntikan imunisasi untuk mengurangkan risiko sel kanser kulit itu merebak lebih cepat ke bahagian anggota badan yang lain.
Peniaga sayur-sayuran, Liew Koon Eng, 49, menghidap penyakit ‘Melanoma Cancer’ sejak awal tahun ini.
“Saya dimaklumkan, dia perlu mendapatkan suntikan setiap tiga minggu sekali dan kos bagi setiap kali suntikan yang diimport dari luar negara itu mencecah RM12,000… untuk setahun pula, dia perlukan kira-kira RM220,000 untuk suntikan itu sahaja, belum termasuk kos (perubatan) lain.
“Jadi, melalui sumbangan RM60,000 daripada pihak kami, kita harap ia dapat membantu dia dan keluarganya… kita juga berharap semuanya (keadaan kesihatan) kembali pulih selepas setahun rawatan (melalui suntikan) ini dijalankan,” katanya.
Koon Eng yang sebelum ini mampu memperoleh pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan hasil jualan sayur-sayuran di pasar pagi, kini berdepan masalah kehilangan punca pendapatan sejak pandemik koronavirus (COVID-19) melanda negara, awal tahun ini.
Lebih menyukarkan keadaan, suaminya, Huang Wei Xiong, 50 tahun, turut mengalami serangan angin ahmar yang membataskan pergerakan dan tidak mampu melakukan kerja berat sejak lapan tahun lalu.
“Keadaan keluarga ini amat sukar… sebelum COVID-19, mereka mampu memperoleh sehingga RM4,000 sebulan, sekarang (pendapatan) sangat merosot… ada kalanya hanya dapat RM800 sahaja (sebulan),” katanya.
Sementara itu, Koon Eng berkata, sumbangan pihak WDG dan Yayasan Winner Global Sedunia sangat dihargai dan ia jelas menunjukkan sikap prihatin Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dalam membantu mereka yang berada dalam kesulitan.
Datuk John Lee (dua dari kanan) mewakili Pengasas Winner Destiny Global, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee menyampaikan sumbangan RM60,000 untuk Liew Koon Eng menjalani rawatan akibat penyakit ‘Melanoma Cancer’.
“Saya sudah hampir putus asa apabila memikirkan masalah (penyakit) ini… dengan punca pendapatan semakin merosot, kami perlu fikirkan juga kos pelajaran untuk anak kami yang kini berusia 14 tahun.
“Sumbangan (Datuk Seri) Nicky (Liow Soon Hee) sudah tentu dapat meringankan sedikit bebanan yang keluarga kami pikul… saya harap ia dapat memberi semangat kepada saya, suami dan anak kami untuk terus tabah berdepan ujian ini,” katanya yang turut meminta bantuan Persatuan Kebajikan Amal Da Ai Malaysia untuk mengutip derma bagi menampung kos perubatan bagi penyakit dihidapinya.
tamat
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Sebaik selesai proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam, maka di tangan rakyat Sabah untuk memilih siapa sebagai pemimpin mereka.
Bagi UMNO Pahang, PRN Sabah adalah peluang terbaik kepada pengundi di negeri berkenaan membuat keputusan bagi menentukan hala tuju pembangunan Negeri Di Bawah Bayu itu.
Ketua Penerangan UMNO Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kesempatan mengadakan program bersama sebahagian pengundi di Sabah malam tadi, membuka ruang kepada semua pihak mendapat maklumat sebaiknya mengenai isu berbangkit di peringkat negeri dan Persekutuan.
“Secara umumnya, peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang sangat baik, itu pun jika kita bijak mengatasi pelbagai isu dan gangguan yang berlaku sebelum ini.
“Berkaitan isu siapa layak dilantik sebagai Ketua Menteri jika BN menang, itu hak orang Sabah… orang luar tak perlu masuk campur, biarlah mereka tentukan siapa yang mereka mahu pilih sebagai Ketua Menteri.
”Kalau boleh, semua petugas jentera BN menjalankan tugas dengan baik dan tersusun bagi memenangi hati pengundi… ini paling penting kerana kita mahu BN menang dengan selesa bagi memudahkan perancangan seterusnya untuk terus memakmurkan Sabah,” katanya melalui catatan status di laman sosial Facebook rasmi beliau malam tadi.
Berdasarkan catatan itu, Syed Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Hal Ehwal Agama Pahang, berada di Sabah bersama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi memberi sokongan moral kepada calon BN yang bertanding pada PRN Sabah.
Syed Ibrahim juga meminta semua pihak akur dengan keputusan pucuk pimpinan BN, terutamanya dalam isu membabitkan calon Wanita yang dikatakan tidak memenuhi permintaan sayap Wanita parti komponen BN.
“Ini adalah keputusan yang sukar dan ia sudah dinilai oleh pucuk pimpinan sebelum memutuskan siapa yang patut bertanding dan siapa yang perlu memberi laluan… sasaran kita adalah untuk menang dan jika ia dicapai, pimpinan sayap Wanita daripada parti komponen boleh memainkan peranan mereka dengan lebih baik,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penduduk Felda Jengka 24 bergotong royong mengacau bubur asyura dengan berpakaian bertema kemerdekaan memberi satu kelainan yang menunjukkan jati diri yang tinggi bersempena Hari Malaysia yang disambut pada bulan ini .
Penganjuran mengacau bubur asyura secara gotong royong menguatkan ukhwah sesama penduduk selain menonjolkan kemeriahan dan keceriaan penduduk yang terus diamalkan di situ yang diadakan saban tahun.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia sambutan bubur asyura tahun ini lebih berseri dan berwarna-warni apabila penduduk yang hadir memakai pakaian bertemakan kemerdekaan “Oleh kerana program seperti ini diadakan setiap tahun, penduduk di tanah rancangan ini menjadikan sebagai satu acara sambutan yang dinanti-nantikan dan kebetulan pula jatuh pada bulan kemerdekaan.
“Sebanyak 14 kawah bubur asyura di masak pada tahun ini, 10 kawah daripada setiap blok tanah rancangan di sini dan masing-masing satu kawah daripada askar wataniah, golongan guru, kakitangan pejabat Felda dan Majlis Belia Felda Malaysia Jengka,”katanya, di Perkarangan Masjid Felda jengka 24, hari ini.
Katanya, gotong-royong memasak bubur Asyura itu mengambil masa selama tujuh hingga sembilan jam dan bubur diagihkan kepada peserta yang mengambil bahagian selain turut diedarkan kepada penduduk rancangan dan kampung berdekatan.
Turut hadir, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Siti Hajar Mubin yang juga Ketua Wanita UMNO Pahang Sementara itu, Pengurus Felda Jengka 24, Mohd Tamrin Zakaria berkata, pihak pengurusan Felda berterima kasih kepada semua yang terbabit bertungkus lumus membantu menjayakan program ini.
“Pek bubur asyura turut diagihkan kepada peneroka di tanah rancangan ini dan penduduk berhampiran seperti Kampung Bukit Nikmat Hulu, Kampung Bukit Nikmat Hilir, Kampung Durian Hijau, Jengka 25 dan Jengka 13,”katanya.
Program itu juga memberi peluang kepada penduduk untuk menikmati bubur asyura yang dimasak menggunakan resepi peneroka yang berasal daripada pelbagai negeri masing-masing.
“Secara tidak langsung ia dapat menyemarakkan lagi sambutan awal Muharram dan bulan kemerdekaan di kalangan masyarakat dengan aktiviti memasak bubur asyura yang diadakan setahun sekali,”katanya.
#sahih
#yangpastisahih
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Anak gajah betina bernama Elly yang kudung kaki akibat terkena perangkap samar menerima kaki palsu yang keempat sumbangan EXIM Bank dengan kerjasama Syarikat Bioapps Sendirian Berhad, bernilai 10 ribu ringgit.
Elly berusia 4 tahun telah ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang dan tmula menerima kaki palsu yang pertama, sejak 2018.
Pegawai Perhilitan PKGK, Nazrul Mohamad berkata, penukaran kaki palsu Elly perlu dibuat 6 bulan sekali, berikutan pertambahan usia dan saiz badan yang meningkat.
Katanya, pada permulaan diberi kaki palsu, Elly sangat sukar untuk memberi kerjasama sehingga memerlukan 6 orang penjaga untuk memujuknya.
Namun,kini anak gajah tersebut sudah serasi dan mudah untuk memberikan kerjasama. “kita tengok disini anak gajah hilang kaki depan sebelah kanan puncanya dia kena jerat dawai ..jadi kami selamatkan dan di pusat ni sebagai tempat rehabsitasi bagi ..yang kami kita dapat sumbangan dari bioapp kali keempat pertukaran kaki palsu disebabkan anak gajah “.katanya.
Prosthetist dan Orthotist Syarikat Bioapss Sendirian Berhad, Saiful Shauzan Mohd Fadzil berkata, bagi membantu Elly mendapatkan kaki palsu yang selasa, satu kumpulan telah ditubuhkan dengan kerjasama Prosthetist dan Orthotist Universiti Malaya sejak 2018.
“kita terpaksa ukur setiap tahun untuk perningkatan tinggi gajah jadi setiap tinggi kita akan tambah ketinggian tersebut dalam kaki palsu ini ..untuk kaki gajah setakat ini kita tengok setiap enam bulan kita akan buat satu kaki gajah yang baru untuk gajah tersebut ..sebab bila gajah tersebut membesar acuan atau pun kaki palsu yang ada tidak akan dapat mengembang mengikut kaki mereka. “katanya.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu adalah satu daripada mereka untuk membantu pemeliharaan dan pemuliharaan gajah di negara ini.
Elly adalah gajah kedua yang menerima kaki palsu daripada EXIM Bank selepas seekor gajah betina bernama `Selendang’ yang turut menerima kaki palsu di PKGK pada 2017.
#SAHIH
#PASTINYASAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!