KUALA LUMPUR: Ini berita baik buat semua pelanggan Astro!
Sebagai menghargai kemenangan Astro baru-baru ini di Putra Brand Awards 2020, Astro berbesar hati melanjutkan preview percuma saluran filem terpilih di TV dan Astro Go untuk semua pelanggan bermula 11 hingga 21 Februari.
Pelanggan Astro akan dapat menikmati hiburan tanpa henti dari filem blockbuster terbesar di HBO (CH411 HD / CH431), FOX Movies (CH413 HD / CH433), FOX Action Movies HD (CH415), FOX Family Movies HD (CH414), CINEMAX ( CH412 HD / CH432) dan Filem tvN HD (CH416).
Ini termasuk blockbuster Hollywood yang popular seperti Birds of Prey and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn, Spiderman:Far From Home di HBO; Bad Boys for Life dan Little Women di Fox Movies.
Kanak-kanak boleh menonton animasi popular Despicable Me 2 dan filem aksi komedi Sonic The Hedgehog di saluran HBO.
Peminat filem Korea pula akan dapat melihat bintang-bintang sensasi di tvN Movies termasuk Train to Busan, Penisula, Okay! Madam dan Tazza:The High Rollers and Love+Sling.
Digelar sebagai People’s Choice Award, Putra Brand Awards mengiktiraf pembinaan jenama sebagai pelaburan perniagaan dan diukur berdasarkan pilihan pengguna, Astro AWANI.
Di samping itu, pelanggan Astro juga dapat menikmati tontonan percuma dari semua saluran Pek Kanak-kanak dan Berita (kecuali SKY News) hingga 18 Februari dan HITS Movies HD (CH401) yang memaparkan blockbuster dari tahun 60-an hingga 90-an seperti Jaws 3D, Edward Scissorhands dan Back to the Future di TV dan Astro GO hingga 21 Februari 2021.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Detoks adalah salah satu cara untuk menyingkirkan bahan toksin dalam badan atau membuang bahan yang tidak diperlukan. Walaupun dalam tubuh manusia mempunyai organ yang membuang toksin secara semulajadi, detoks membantu memaksimumkan kesan yang baik.
Detoks minuman jus yang memastikan sistem penghadaman bebas daripada bahan kimia dan bahan makanan tiruan. Selain minum air masak secukupnya, anda boleh minum minuman detoks untuk melegakan usus. Di sini beberapa resepi untuk minuman detoks hijau yang anda boleh cuba. Cara penyediaan pun senang, anda kisar semua bahan-bahan dan boleh terus nikmati minuman yang sihat ini.
Epal Hijau + Daun Ketumbar
2 biji epal hijau 2 batang saderi 2 helai daun kobis hijau 1/2 lemon, dibuang kulit 1/2 batang timun 1/4 daun ketumbar
Minuman jus ini mempunyai kalsium, zat besi dan vitamin K yang menguatkan tulang serta sembuhkan luka dengan cepat. Lemon adalah vitamin C untuk menyerikan kulit, hasilkan kolagen dan awet muda.
Timun + Daun Selasih
1-2 helai daun selasih 1 batang timun 1 limau nipis, dibuang kulit 1 biji epal hijau
Daun selasih terkenal dengan membantu sistem pencernaan lebih aktif. Ia mengandungi minyak anti-keradangan yang membantu meredakan sakit perut.
Timun + Parsley
1 batang timun 1 biji buah pear 1-2 helai daun parsley 1-2 daun bayam 1/4 daun pudina
Daun pudina mambantu masalah bau mulut. Timun membantu hidrasikan badan. Buah pear membantu masalah keradangan hempedu, usus dan gout.
Epal Hijau + Jintan Manis
2 biji epal hijau 2 sudu jintan manis 1 batang timun 1/2 lemon, dibuang kulit 1/4 sudu daun dill
Jintan manis kaya dengan antioksidan untuk mengatasi keradangan dalaman. Selain itu, ia juga sumber serat dan mempunyai potassium tinggi. Daun dill dalam minuman membantu sistem pencernaan supaya lebih lancar.
Oren + Bayam
2 biji oren 2 biji lemon, dibuang kulit 1 1/2 daun bayam 1 biji epal hijau 1 biji limau nipis, dibuang kulit 1 batang saderi 1/2 inci halia
Buah yang masam dicampurkan dengan sayuran hijau menghasilkan kebaikan yang sangat banyak seperti buah oren. Buah yang rasanya masam mempunyai kandungan anthocyanins yang tinggi. Ia berfungsi untuk menghasilkan pelbagai nutrien untuk mengawal obesiti dan kesihatan jantung dan membantu mencegah kanser.
Sebenarnya banyak lagi resepi yang boleh anda cuba. Nanti kita share dan cuba sama-sama!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
The Queen’s Gambit adalah drama bersiri di Netflix. Drama yang berdasarkan novel Walter Tevis 1983 yang menceritakan kisah pembukaan catur. Drama bersiri arahan Scott Frank dan Allan Scott Scottini mendapat sambutan hangat. Lakonon oleh Anya Taylor-Joy, Bill Camp, Marielle Heller dan ramai lagi.
Dengan inspirasi dari The Queen’s Gambit, hotel yang dekorasi seperti catur di The Harmon Room 21c, Lexington, Kentucky, Amerika Syarikat.
Siapa yang sudah menonton drama bersiri ini mesti tahu konsep penceritaan ini. Jom tengok hotel yang bertemakan Queen’s Gambit!
Keseluruhan konsep bilik retro. Marble dan aksesori yang padan dengan retro catur. Hiasan catur di siling bilik juga buatan tangan.
Kombinasi warna hijau dan putih menghiasi bilik yang menaikkan seri.
Wallpaper yang digunakan juga bermotifkan buah catur kuda. Cantik sangat!
Bukan konsep bilik sahaja catur, tak lupa papan catur lengkap dengan buah disediakan untuk pengunjung. Memang feeling Queen’s Gambit!
Majalah yang disediakan dalam bilik pun pasal catur. Edisi majalah Chess Review pun ada yang menjadi rujukan Beth. Book holder pun catur buah kuda. Bestnya!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KHAS UNTUK ISTERI UNTUK KEKAL CANTIK SELEPAS BERBELAS TAHUN KAHWIN
Masa bercinta wanita sangat gigih untuk bercantik-cantik untuk teman lelaki, sampai tak nampak cacat celanya. Tapi bila dah kahwin berbelas tahun, sudah kenal luar dalam. Wanita mula ‘malas’ dan tiada masa untuk menguruskan diri sendiri.
Jangan macam tu! Sebagai wanita anda kena terus cantik untuk suami. Suami pun memainkan peranan tau. Bukan tahu nak yang cantik je, suami juga perlu sediakan keperluan untuk isteri. Tapi untuk perkara asas, si isteri kena kekalkan kecantikkan.
Rambut
Rambutkan mahkota setiap wanita. Bagi yang bekerjaya mungkin sibuk dengan aktiviti luar. Anda boleh cuba buat potongan gaya rambut pendek. Tahu tak rambut pendek boleh menampakkan anda lagi muda, lincah dan aktif! Mungkin juga ada yang simpan rambut panjang, tak salah tapi kena rajin jaga.
Syampu
Tidak kira rambut panjang atau pendek, syampu rambut anda sekurang-kurangnya tiga minggu sekali. Pakai perapi sekali! Suami suka bau rambut isteri tau, tak rugi kalau anda rajin cuci rambut.
Uban
Walaupun dah berbelas tahun berkahwin, segala baik buruk dah diharungi bersama. Tapi sebaiknya, sembunyikan rambut putih atau uban anda. Pakai pewarna rambut yang halal atau inai untuk menampakkan rambut anda masih sihat dan muda. Tak salahkan?
Bersolek
Eh sekali-sekala dating dengan suami. Janganlah biarkan muka tu terlalu original. Dekat rumah tak makeup, keluar berdua cuba tepek sikit bedak, mascara, eyeliner, blusher dan lipstick. Barulah berseri-seri.
Minyak wangi
Pakai minyak wangi! Suami lalu sebelah terus tercium bau wangi manis-manis macam tu. Kalau suami datang jemput di pejabat pun, masuk kereta terbau wangian isteri terus rasa segar.
Losyen
Sebelum tidur, sapu dulu losyen pada tangan dan kaki. Amalkan setiap malam. Bukan anda je rasa selesa, suami pun seronok bila nak tidur. Bukan itu je, kulit anda akan jadi lembut.
Eyebag
Kadang-kadang dengan tak cukup tidur sampai menyebabkan eyebag. Eyebag tu membuatkan muka anda tidak sihat dan sentiasa penat. Rawat eyebag dengan menggunakan timun. Atau paling mudah beli je dekat drugstore, gel lingkaran gelap mata.
Bibir Kering
Minum air masak banyak-banyak! Atau sapu pelembap pada bibir. Anda boleh buat sendiri mask bibir untuk tanggalkan kulit mati pada bibir.
Eksfoliasi Muka
Sama seperti skrub muka sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sekali. Muka anda akan sihat dan bersih.
Urut
Ambil sedikit masa pergi ke spa untuk buat urutan. Inilah masanya anda dan suami meluangkan masa bersama dan memanjakan diri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuantan, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik sebagai penaung Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang pertama sejak persatuan itu ditubuhkan pada tahun 1993, berkuat kuasa 1 Februari lepas.
Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim menyifatkan pelantikan Tengku Azlan sebagai satu anugerah berharga buat penggiat industri kreatif bagi melonjakkan industri itu dalam menghadapi cabaran 2021 di tengah krisis ekonomi berikutan pandemik COVID-19, lapor Bernama.
“FDAM tidak menyangka Tengku Azlan menerima pelawaan persatuan dalam masa yang singkat sebaik sahaja saya dan Ketua Sekretariat FDAM Mohamad Zaini Hassan mengadakan kunjungan hormat ke pejabat beliau bagi mempersembahkan surat undangan secara rasmi awal minggu ini.
“Kami menyanjung tinggi keikhlasan Tengku menerima pelawaan kami. Rupa-rupanya Tengku seorang yang prihatin terhadap nasib anak seni.
“Dalam kesibukannya sebagai ahli perniagaan dan tokoh korporat, Tengku masih ada masa mengikuti perkembangan industri seni negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Azlan, 72, yang juga adinda kepada Almarhum Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Jerantut selama tiga penggal dari 1999 hingga 2013 dan Timbalan Menteri Pengangkutan dari 2004 hingga 2008.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DIHARAP GEMILANG 60 RTM DIIKTIRAF OLEH MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBOR) – THE FIRST ORCHESTRA TO CELEBRATE 60TH ANNIVERSARY
KUALA LUMPUR: “Diharapkan Gemilang 60 RTM mendapat pengiktirafan daripada MBOR sebagai The first Orchestra to Celebrate 60th Anniversary dan doakan saya panjang umur dan diberi kesihatan yang baik kerana 22.02.22 adalah tarikh akhir saya sebagai penjawat awam,” kata Pengarah Muzik Radio Televsiyen Malaysia (RTM).
Pengarah Muzik (RTM) itu, Datuk Mokhzani Ismail telah bersama ORTM selama 29 tahun dan mengalami pelbagai kenangan dan perubahan serta turut mengukir sejarah peribadi dan ORTM bersama sehingga sekarang.
Pengarah Muzik (RTM) itu, Datuk Mokhzani Ismail
Beliau anak jati negeri Perlis, bermula sebagai guru lulusan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPIK), Cheras, Kuala Lumpur pada tahun 1980-1981, di usia 20-an sudah menjadi guru terlatih di negeri kelahirannya, malah hati dan jiwa gurunya tetap ada.
Kemudian beliau ditawarkan biasiswa pada tahun 1986 untuk melanjutkan pengajian muzik peringkat ijazah di Berklee College of Music, Boston.
Datuk Mokhzani semasa menuntut di Boston
“Selepas tamat belajar di Amerika Syarikat, bermulalah perjalanan baharu saya di RTM, pada 1993 buat julung kali diberi tugasan memimpin Orkestra RTM di Konsert Senada Seirama dari Medan Indonesia.
“Konsert demi konsert sehingga tahun 1996, saya menjadi pengurus orkestra dan mengetuai Jazz band RTM ke Thailand International Jazz Fest dan sempat bertemu Sergio Mendes, Dave Valentine, Benny Carter, David Sanborn dan ramai lagi pemuzik handalan,” katanya .
Katanya, 29 tahun bersama ORTM dan orkestra ini terus melangkah ke depan, pada 1998 beliau ditawarkan ke Ambang Klasik TV3 tapi atas sebab tertentu beliau tidak dapat menerima tawaran itu.
“Tahun 1999 di usia 37 tahun saya diberi rezeki dilantik ke jawatan Pengarah Muzik RTM dan tahun yang sama Kerajaan Negeri Perlis menganugerahkan Dato Panglima Putra Jamallulail (DPPJ) membawa gelaran datuk.
“Tahun 1999 kerajaan persekutuan turut mengurniakan bintang Kesatria Setia Mahkota (KSM), 2003 sekali lagi rezeki untuk saya menerima anugerah dari kerajaan Pahang serta menerima bintang daripada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong,” katanya.
Mokhzani berkata, pada tahun 2006, turut mengadakan Konsert Malam Simfoni Irama Malaysia bagi merealisasikan impian Menteri Penerangan ketika itu, Tan Sri Zainuddin Maidin.
MBOR telah mengiktiraf Simfoni Putrajaya ORTM sebagai konsert simfoni terbesar yang mengadakan persembahan secara langsung di pentas terbuka yang diadakan pada tahun 2007.
ORTM tidak menoleh ke belakang dan terus melangkah ke hadapan bersesuaian dengan usianya yang semakin matang, pada 2009, 2010, 2011 dan 2012 membawa orkestra RTM ke Java Jazz Festival, selain itu beliau mengalas tugas untuk Konsert Gemilang 50 tahun pada tahun 2011.
MBOR turut mengiktirafkan ORTM sebagai The Longest Running Orchestra iaitu orkestra yang masih bergerak aktif sehingga sekarang.
“Pada tahun 2011, saya diberi peluang untuk memimpin Malaysia Philhamonic Orchestra (MPO) untuk Concert Chris Botti World Tour di Dewan Filharmonik, peluang yang diberi untuk berkerja bersama pemuzik professional.
“Saya bangga menjadi pemuzik ORTM dan rakyat Malaysia, pada 2015 saya memegang dua rekod Malaysia sebagai pemuzik pertama menjadi Endorsee (duta) jenama antarabangsa dan juga pemain piano pertama membuat persembahan secara langsung (live) dari Great Wall, “katanya.
Semasa mengadakan persembahan secara langsung di China
Katanya, album pianonya, The Great Wall Comes Alive diterbitkan pada 2016, beliau juga turut menerima Anugerah Icon Leadership Award daripada Brand Laurreate, tahun 2017 dilantik sebagai profesor pelawat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Beliau turut menerima anugerah Icon Leadership Award daripada Brand Laurreate
Pada tahun 2015 sehingga 2018, Mokhzani menjelajah untuk Masterclass dan Konsert Hagspiel di Luizhou Shenzen, Guanzhou Zhongshan, Shanghai , Beijing , Herbei , Tianjin dan Inter Mongolia.
Mokhzani berkata, pandemik Covid-19 melanda pada tahun 2020, semua aktiviti muzik turut mengikut norma baru, beliau sempat berkerjasama mengadakan persembahan secara maya bersama artis Singapura dan Indonesia termasuk Dato Shake di Paris, Perancis.
Beliau sempat mencipta dan mengubah lagu untuk petugas Frontliner “Satukan Jiwa” dan juga melakar sejarah menggabungkan 3 orkestra Malaysia Philhamonic Orchestra (MPO) , National Symphony Orchestra (NSO) dan ORTM untuk memainkan lagu tema Hari Kebangsaan “Malaysia Prihatin”.
Seterusnya Konsert Bangkit Malaysia pada Ogos 2020 dan pada tahun ini (2021), beliau bakal meneraju untuk meraikan Gemilang 60 ORTM sempena orkestra RTM ke-60 tahun dan diharapkan dapat memberi kepuasan kepada semua dan mencipta sejarah tersendiri.
Beliau pernah memenangi Skor Muzik Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 untuk filem Embun dan menulis lagu untuk artis-artis terkenal seperti Jamal Abdillah, Saleem, Azharina, Adibah Noor dan Mawi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bukan perempuan je susah nak lupa lelaki. Lelaki pun ada juga yang susah nak lupakan perempuan. Lagi-lagi perempuan yang hadir dalam hidup mereka membawa seribu makna.
Lelaki pun bukan semua memandang paras rupa dan penampilan, ada juga yang mementingkan sifat dalaman dan peribadi yang diperlukan oleh lelaki. Nak tahu tak apa ciri-ciri perempuan yang susah dilupakan oleh lelaki? Mungkin korang salah seorang daripadanya?
Ada Passion
Tak kira passion sebagai hobi atau pekerjaan. Yang pasti perempuan yang ada passion ini membuatkan lelaki lebih suka sebab ada pandangan dan kehendak tersendiri. Kalau nak tahu, seseorang yang ada passion ni boleh memberi inspirasi dan positive vibe kepada orang sekeliling.
Jujur
Bukan setakat jujur rasa sayang je tapi dari segi emosi dan pemikiran. Kalau sedih, cakap sedih. Kalau marah, cakap marah. Senang lelaki nak pujuk atau berbincang. Kalau jenis mulut muncung tapi bila tanya kenapa, cakap tak ada apa-apa. Haa..
Pemberi Semangat
Lelaki suka dapatkan perhatian dengan cara pasangan mereka memberi semangat. Masa mereka sedang down atau mengalami masalah besar, perempuan sentiasa ada untuk mendengar dan memberi kata-kata yang membuatkan mereka yakin untuk melakukan sesuatu.
Berdikari Dan Berani
Ada lelaki suka perempuan yang berdikari dan berani mencuba. Perempuan berdikari mampu menyelesaikan masalah sendiri. Lelaki dapat melihat impian pasangan dia, usaha yang dibuat dan keinginannya.
Perangai ‘Gila-Gila’ Dan Seronok
Perempuan yang mempunyai kelainan pada dirinya, sense of humour yang tinggi. Memang susah lelaki nak lupa. Ada perangai ‘gila-gila’ atau ‘masuk air’ membuatkan momen yang tak dapat dilupakan dan akan dirindukan. Sebab perempuan yang macam ni lebih banyak melakukan aktiviti yang best!
Percaya Pada Diri Sendiri
Salah satu perkara lelaki tertarik pada perempuan adalah keyakinan diri seorang perempuan. Lelaki lebih suka kepada perempuan yang tahu kemampuan diri mereka dan berkongsi pengalaman bersama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Nak makeup tapi tak reti nak sorok blackheads, jerawat dan parut. Ada cara paling senang nak sorok semua masalah korang ni dengan menggunakan makeup. Selain daripada penjagaan kulit yang rapi, dengan gunakan teknik makeup yang betul juga akan membuatkan muka korang flawless tanpa orang tahu ada blackheads!
Senang je, ikut empat langkah mudah di bawah. Korang akan cantik sepanjang hari!
Selamat mencuba!
Langkah #1: Primer
Seperti biasa, sebelum memulakan makeup gunakan primer untuk pastikan makeup tahan lama, menutup pori-pori kulit dan hilangkan garis halus pada permukaan muka. Picitkan sedikit primer dah ratakan pada seluruh muka korang. Dari dahi sampailah ke dagu.
Langkah #2: Concealer
Lepas ratakan primer, lapiskan dengan concealer untuk menutup kesan parut, jerawat dan bintik hitam. Tips untuk cover blackheads korang, sapukan concealer di bahagian yang bermasalah dengan cara bulatan menggunakan berus makeup.
Langkah #3: Foundation
Selesai menutup jerawat dan blackheads, sapukan foundation. Foundation pula berfungsi untuk makeup tahan lama dan mencerahkan warna kulit. Pastikan warna foundation sekata dengan warna kulit korang tau, kalau tak nanti muka jadi kelabu asap pula!
Tips tambahan, kalau ada ternampak lagi blackheads, lapiskan dengan concealer pada kawasan tersebut campurkan sedikit dengan foundation.
Langkah #4: Mulakan Bersolek
Dah siap sorok blackheads, jerawat dan parut, korang dah boleh start makeup. Gunakan setting spray makeup untuk elakkan makeup korang jadi cakey, tidak berminyak dan tahan lama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Selalunya barang makeup yang cepat habis mesti lipstik atau lipmatte. Yelah, lepas makan tambah lipstik, lepas solat tambah lipstik, bibir kusam tambah lipstik.
Sebab tu cepat habis. Lagi-lagi jenis liquid.
Bila lipmate habis, jangan buang dulu! Sebenarnya ada cara lain untuk korang korek-korek botol lipmatte tu, sekurang-kurangnya boleh pakai beberapa kali lagi.
Untuk hack makeuplipmatte ni, hanya gunakan dua bahan je. Ketip kuku dan lipmatte yang dah habis.
Ikut steps ini!
Buka penutup botol lipmatte
Guna pengetip kuku untuk ketip stopper plastik yang ada dalam botol lipmatte.
Keluarkan stopper tersebut mesti ada lipmatte lebihan dalam botol tu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Penyanyi Kau Ratnaku, Roy, 57, disahkan bebas positif COVID-19 selepas seminggu dirawat dan menjalani tempoh kuarantin di Hospital Sungai Buloh.
Menerusi entri yang dimuat naik dalam laman Facebook (FB), Roy meluahkan rasa syukur apabila pulih daripada jangkitan virus berbahaya itu, petang ini.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
“Alhamdulillah, saya sudah keluar hospital dan bebas COVID-19 tahap empat. Sebelum ini, saya berada tahap kedua yang bahaya, selain mengalami jangkitan kuman pada paru-paru sebelah kiri.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat FB di mana sahaja kerana sudi mendoakan kesejahteraan serta kesembuhan saya.
“Saya terharu atas doa ini, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka,” tulisnya, lapor BH Online.
Menurut Roy, pengalaman bergelar pesakit COVID-19 membuka matanya untuk lebih menghargai kesihatan.
“Saya sudah rasa dan hampir putus nyawa. Perkara ini boleh berlaku bila-bila masa dan di mana mana.
Justeru, saya harap anda semua dapat menjaga diri sebaik mungkin supaya tidak dijangkiti. Jika dijangkiti, ia mendatangkan masalah yang besar.
“Saya panjatkan doa untuk kesejahteraan dan keselamatan anda semua,” luahnya.
Selain Roy, isteri, dua cahaya mata dan adik ipar yang menetap bersamanya turut disahkan positif COVID-19, minggu lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!