KUALA LUMPUR: Astro menggantung program realiti nyanyian, All Together Now Malaysia berikutan siasatan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, berkata nasib program yang menampilkan 50 juri itu akan diketahui selepas siasatan KKMM selesai.
“Rakaman All Together Now Malaysia dilakukan Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Produksi menjalankan ujian calitan ke atas semua individu yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula.
“Hanya individu berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Raqim berkata, set bertingkat menempatkan selebriti dibina mengikut spesifikasi penjarakan fizikal iaitu 1.6 meter antara juri dengan setiap seorang dipisahkan penghadang lutsinar.
Tambahnya, proses rakaman program berkenaan dipantau pihak berkuasa merangkumi wakil agensi keselamatan.
Sejak episod pertama All Together Now Malaysia disiarkan Ahad lalu, netizen mendakwa berlaku perlanggaran SOP dalam program itu berikutan selebriti dilihat tidak memakai pelitup muka.
Terdahulu, BH Online melaporkan, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohd Rabin Basir mengarahkan siasatan dilakukan atas sebuah rancangan hiburan terbitan syarikat penyiaran swasta atas dakwaan melanggar SOP.
Mohd Rabin dilaporkan berkata, KKMM akan mengambil tindakan wajar jika mengenal pasti berlakunya pelanggaran SOP seperti didakwa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Baru-baru tular di media sosial menyatakan air rebusan ketum menjadi khasiat untuk mencegah wabak Covid-19. Kononnya ia amat berkesan dalam menyembuhkan pesakit ini.
Pokok ketum atau pokok biak dan juga dikenali kratom atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa adalah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di negeri-negeri sebelah utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia dan mengandungi bahan aktif mitragynine, iaitu sejenis alkaloid psikoaktif.
Pokok ketum mudah tumbuh di Malaysia.
Ia hidup subur di kawasan bertanah lembap yang mempunyai kandungan humus yang tinggi. Kebanyakannya ditemui tumbuh secara liar di kawasan-kawasan hutan dan persekitaran kampung.
Tetapi, tiada pun bukti saintifik ataupun kajian makmal membuktikan air ketum mampu melawan Covid-19. Biasanya, sekiranya ujian makmal berjaya, ia akan diadakan ujian ke atas binatang dan seterusnya manusia bagi membuktikan kemujaraban dan keselamatan sesuatu ubat.
Dr. Thamrin Usman, Universiti Tanjungpura, Indonesia menyatakan minuman air ketum mampu mencegah penyakit Covid-19
Memang tidak dinafikan ketum mempunyai ciri-ciri analgesik, iaitu dadah atau ubat bagi mengurangkan sakit, sebagaimana morfin digunakan sebagai penahan sakit di hospital seperti dilaporkan dalam jurnal penyelidikan bertajuk, Mitragyna speciosa: Balancing potential medical benefits and abuse pada 2017.
Memang, minum air ketum telah dijadikan amalan orang tua dahulu antaranya khasiat daun ketum sebagai penawar diabetis, herba ubatan alternatif untuk mengawal kadar gula dalam darah
Terdapat dua jenis daun ketum yang boleh dibezakan melalui warna daun, bentuk kedua-daun lebih kurang sama. Satu adalah berwarna urat daun hijau dan satu lagi mempunyai urat daun berwarna merah yang boleh dilihat dengan jelas belakang daun.
Gambaran virus Covid-19 seperti bunga ketum.
Masyarakat tradisi mengunakan daun ketum untuk membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja. Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.
Walau begitu, satu kajian khusus perlu dilakukan bagi mengesahkan produk daripada ketum boleh dijadikan uat alternatif dalam penyembuhan penyakit seperti Covid-19. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mesti korang ingat cerita Pendekar pukul 7 ptg.. 😁😁
KERISHITAMBERSEPUHEMAS
Eman Manan -Bitara
Zamberi Osman – Sang Guna/ Pendeta Ariff
Ebby Yus – Agam
Ruzaidi Abd Rahman – Adijaya
Razak Mahat – Sali
Fathil Dani – Jempol
Abd Halim Abd Rahim – Perkasa
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sejak McDonald’s keluarkan BTS Meal, ramai peminat K-POP beratur untuk mendapatkan set menu yang menjadi pilihan boyband yang digilai ramai itu.
Sehingga bungkusan makanan yang dikatakan edisi terhad peminat-peminat BTS simpan untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.
Set BTS Meal adalah McNuggets Ayam 10 keping, kentang goreng saiz sederhana dan air berkarbonat. Istimewa menu ini adalah sos yang diilham dari McDonald’s Korea Selatan iaitu cili manis dan sos perisa Cajun.
Bekas bungkusan makanan BTS Meal menjadi rebutan sehinggakan ada individu yang menjual semula dengan harga yang tinggi berbanding harga asal set yang dijual.
Lain pula dengan personaliti media sosial, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal atau akaun Instagramnya @faizdickievp yang menghasilkan lukisan dengan menggunakan bungkusan makanan menu popular itu.
Faiz Dickie telah berkongsi hasil lukisannya di akaun Instagram pada 1 Jun lalu dan mendapat tontonan sebanyak 130 ribu.
Tajuk lukisan tersebut Army of The Galaxy mendapat sambutan yang tidak dijangka terutama daripada peminat setia BTS.
Perancangan awal Faiz akan menjual lukisan tersebut kepada Army BTS dengan harga serendah RM50 hingga mencapai harga bersesuaian dan bercadang untuk menyalurkan hasil jualan kepada mereka yang memerlukan.
Walau bagaimanapun, Faiz bertukar fikiran tidak menjual hasil seni BTS malah memberikan lukisan tersebut secara percuma kepada salah seorang pengikutnya di Instagram.
Idea ini tercetus apabila memandangkan pada musim pandemik setiap orang memerlukan wang ringgit dan tidak boleh menggunakan ke arah perkara yang tidak penting.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sebelum anda pergi mendapatkan suntikan vaksinasi Covid, sila lakukan perkara berikut
Makan sebagaimana biasa dan Jangan pergi dengan perut kosong.
Minum air suam sekurangnya 250cc. Cara ini akan mengurangkan ketidakselesaan, kesan sampingan akibat suntikan.
Ingat, jangan minum minuman sejuk samada sebelum atau selepas suntikan. Prosedur ini sangat penting untuk suntikan ke-2 kesan ketidakselesaan, kesan sampingan dari suntikan ke 2 lebih banyak berbanding dengan suntikan pertama.
Pakai baju yang senang nak selak bahu. Baju loose di lengan. Terutama utk wanita.
Seluar berpoket supaya senang nak reach for your handphone. Handphone please fully charge sebab banyak sangat checkpoint and semua guna phone.
Naik grab/minta orang hantarkan sebab banyak sungguh kereta. Nanti takyah pening2 cari parking.
Sila check siap2 dimana station anda dalam mysejahtera app sebab semua kena beratur ikut station.
Mask on! (Additional face shield is good too- double ). Bawak hand sanitizer, spray , tisu.
Paling penting PEN. Ada kena isi form dan takkan nak share pen dengan org lain pulak. elak pinjam drp org lain. Ataupun kalau org pinjam pen kita, bg jela terus.
Dah bawak sanitizer dgn spray tu sila guna sebab mmg terlampau ramai manusia. SELEPAS DI *VAKSINASI,
Dah balik tu jangan lupa mandi/basuh tangan/tukar baju. Sebab kita jumpa ramai sangat orang dan dengan case sekarang ni ramai yg takda simptom pun. Be extra careful!
Jangan lupa selfie , saya telah divaksinasi ni #oneforthememorie
13 . Setelah vaksinasi, ketika berehat, minum lagi secawan air suam bersuhu bilik (250cc) lagi.
Tidak berjalan / bersenam selama 5 hari berikutnya. Rehatlah sepenuhnya di rumah.
Vaksinasi akan memberi kesan yang sebenarnya setelah 2 minggu selepas dos kedua, kerana itu jangan bersikap ambil mudah dan jangan berada di luar rumah. Oleh itu, berhati-hatilah dan sebaiknya tinggal sahaja di rumah sehingga 2 minggu lebih untuk dos kedua.
Akan ada sedikit demam selepas vaksinasi, tetapi jika demam berlanjutan hingga hari ke-3 … maka segeralah dapatkan rawatan di hospital. Saya tidak pasti sama ada kebanyakan warga emas telah mengetahui mengenai dos dan perkara yang tidak boleh dilakukan selepas vaksinasi ini (seperti mesti berehat dan jangan bersenam). Sila kongsikan maklumat ini untuk kebaikan warga emas yang akan mendapat vaksin.
CnP dari Frontliner Kita.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pengarah Kesihatan Malaysia bercakap masa sidang media, “Maaf, saya undur diri. Saya surrender.” Sambil tolak mikrofon.
Lepas tu doktor-doktor pun follow, “Maaf kami undur diri. Kami surrender. Sambil buka PPE. Lepas tu semua frontliners (Nurse, MA, PPK, kakitangan makmal , semua medical staff) pula ikut. “Maaf kami semua undur diri”. Surrender. Sambil buka PPE.
Lepas tu polis pun follow, maaf kami undur diri. Surrender. Sambil kemas kon, kemas khemah.
Lepas tu anda sakit. Simptom macam Covid. Batuk, selsema, sakit tekak, berair hidung. Anda pun pergi ke hospital.
Dia orang cuma cakap, ” Haa OK. Awak berehatlah dulu. ICU sudah penuh, wad pun loaded, pusat kuarantin juga padat. Awak balik la rumah dulu…”
Mereka surrender. Habis habisan. Nak jadi apa, jadilah. Resource sudah habis. Staff sudah penat. Exhausted. Burn out. Mental koyak.
Sebab? Sebab KITA. Segelintir dari KITA yang over sangat tak dengar arahan. Tidak kira merak kayangan atau gagak di rimba. Kita semua sudah gagal. Jika masa itu berlaku, kita akan menyesal tidak sudah.
Kita akan jadi seperti India sekarang. Iaitu nyawa ditentukan oleh doktor muda yang menjaga.
“Awak banyak co-morbid, old age. Oxygen not pick up despite intubation. Announce DIL (Death In-Line). No active resuscitation for him. “
Saya tidak pernah mengharapkan perkara di atas berlaku dan saya minta jauh daripadanya.
80 peratus kakitangan kerajaan sudah boleh Work From Home (WFH) tapi staff Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terkecuali.
Tetapi selagi Datuk Noor Hisham masih ada, kami akan terus berjuang.
Oleh itu, gunakanlah sebaiknya peluang ini dan seterusnya kerana harapan masih ada. Kerana apa yang saya ceritakan hanyalah sebuah “KALAU” yang paling saya takuti.
“Perjuangan belum selesai”
Yang masih bertahan – FRONTLINER
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Akhirnya kita lockdown semula. Maka ramai yang mula menggunakan hashtag: kerajaan gagal. Namun bak kata orang-orang Melayu lama, satu jari menuding orang lain, 4 jari akan berbalik kepada diri sendiri.
Saya katakan saya gagal. Saya mengendalikan pesakit-pesakit, ibu-ibu, memberikan vaksin kepada bayi-bayi namun saya gagal mendidik mereka dan suami mereka serta ahli keluarga mereka tentang vaksin, misalnya.
Sehinggakan reaksi masyarakat terhadap vaksin adalah seolah-olah ini pertama kali mereka berhadapan dengan vaksin. Seolah-olah mereka tidak biasa dengan anak-anak mereka demam, sakit di tempat suntikan untuk tempoh sekejap.
Vaksin turut dipertikai oleh bukan di kalangan bukan pakar. -Foto hiasan
Saya gagal. Guru-guru gagal menerangkan tentang kepentingan vaksin walaupun ia subjek wajib tingkatan 5 dan masuk di dalam SPM. Kementerian pendidikan gagal kerana pendidikan yang berfokus kepada peperiksaan gagal memandaikan masyarakat walaupun mereka skor A semua subjek. Kerajaan gagal membina suatu bangsa malaysia yang beradab.
Kita gagal dalam membentuk masyarakat yang mempunyai sistem nilai yang benar. Gagal dalam membentuk masyarakat yang boleh berfikir rasional dan matang yang boleh membuat keputusan yang benar. Kita gagal membentuk masyarakat yang boleh berfikir dengan saksama.
Pendidikan diberi namun masih ada yang pertikai.-Foto hiasan
Masyarakat kita gagal untuk faham tentang situasi yang kita hadapi sehingga mereka rasa seperti hero kerana dapat rentas negeri dan balik beraya. Kerajaan tidak gagal bersendirian. kerajaan gagal bersama-sama kita sekalian pun gagal.
Bagaimana kita boleh jadi begini? Majikan-majikan gagal meyakinkan staf untuk tidak rentas negeri. Guru-guru gagal. Imuwan, professor gagal menterjemahkan teori di atas kertas supaya dapat difahami oleh masyarakat akar umbi.
Agamawan gagal untuk menerangkan konsep tawakkal sebenar di dalam Islam sehingga masyarakat kita seakan-akan menganut fahaman sesat jabbariah, tawakkal tanpa usaha. Bahkan ada agamawan sendiri yang menentang segala bentuk perubatan moden.
Kita gagal mendidik masyarakat bagaimana menilai sebuah kajian, mana kajian yang diyakini dan mana kajian yang sampah sehingga masyarakat percaya bulat-bulat semua berita, bahkan yang tiada asas sains langsung!
Maka bertebaranlah tips itu dan ini sebagai rawatan Covid. Semua ini kerana asas pemikiran kritikal, logik dan saintifik tidak terbentuk. Di mana sepatutnya ia terbentuk? Di sekolah, di universiti? dari rumah? dari media?
Media menyumbang kegagalan paling besar. Sekiranya media dari dulu bertujuan memandaikan manusia, tentu tidak sesusah sekarang. Filem2 picisan mengarut yang dihidangkan setiap hari sehingga merosakkan akal yang sihat.
Adakanlah filem2 yg bijak sikit yang mendidik. Tolonglah. Filem yang meningkatkan motivasi yang patriotik, filem sci-fi, dokumentari dan lain-lain. Anda lebih tahu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga gagal. Gagal meyakinkan rakyat mereka adalah antara yang terbaik dunia. Semalam saya berseminar secara online bersama pelajar-pelajar saya tentang tajuk Perinatal infection. Jangkitan mikro-organisma kepada wanita mengandung. Termasuk Covid dan HIV.
Malaysia telah berjaya menghampiri nilai 0 untuk jangkitan ibu HIV kepada bayi yang dikandungnya. Bermula dari saringan ibu mengandung untuk mengesan HIV, pemberian ubat kepada ibu, melahirkan ibu melalui pembedahan,diikuti dengan ubat kepada bayi dan prosedur-prosedur khusus.
Sehingga Alhamdulillah, bayi tidak terjangkiti. Tapi siapa yang tahu. KKM dan orang-orang yang terlibat saja yang tahu. Masyarakat tidak tahu kejayaan-kejayaan ini.
Begitu juga kejayaan vaksin menghapuskan polio, batuk kokol, cacar smallpox, kecacatan disebabkan rubela sudah hampir tidak didengari.
Bila kita tidak berusaha memandaikan masyarakat, berkongsi info-info perubatan, masyarakat jadi tidak yakin dan syak pada hospital dan KKM secara keseluruhannya.
Dalam keadaan kita tidak menguasai media sosial, maka juak-juak anti-vaksin, pro-supplement, pro-all natural menguasai gelanggang. It’s all a recipe for disaster.
Ahli politik baik pembangkang atau parti yang memerintah, ini bukan masa untuk mencari mileage. Ini masa untuk meletakkan di bawah semua perbezaan dan sama-sama menyinsing tangan membantu menyelamatkan negara. Jangan duduk bergembira melihat kapal dimasuki air sampai lupa kita berada di atas kapal yang sama.
Anda ada cyber-war team yang bagus, manfaatkanlah untuk didik masyarakat di waktu kritikal ini.
Saya boleh katakan dengan keyakinan 100 peratus jika kerajaan bertukar tangan sekali pun tetap akan gagal kerana masyarakat ini adalah masyarakat yang sama.
Selagi kita, apa pun posisi kita, sebagai ibu atau bapa, sebagai guru, sebagai majikan, sebagai artis, ustaz atau apa-apalah, tidak berusaha membina masyarakat kita ini supaya mempunyai sistem nilai dan pertimbangan yang benar, selagi itu kita akan gagal.
Ditulis oleh, Dr. Ariza Mohamed – Pakar Obstetric and Gynaecologist
Pandangan ini bukan pandangan SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sakit contraction atau sakit sebelum bersalin akan berlaku kepada setiap wanita. Tapi tahap kesakitan bergantung pada individu itu sendiri.
Kepada ibu-ibu bakal bersalin, jangan takut pula dengan sakit contraction ni. Sakit ini memang normal, bersyukurlah kalau tak ada sakit sebelum bersalin.
Di sini, ada tiga tanda awal sakit contraction yang bakal ibu wajib tahu.
Tanda Awal
Jangan panik jika berlaku keluar darah pekat atau cecair likat dari lubang faraj. Kejadian ini berlaku kerana dinding rahim semakin nipis dan pangkal rahim bersedia untuk proses kelahiran.
Tidak perlu ke hospital jika anda tidak mengalami contraction yang kerap.
Ada sesetengah wanita, tanda awal ini tidak semestinya terus bersalin, ada yang selepas seminggu baru dapat timbang cahaya mata.
Tapi sekiranya tanda awal ini meyusul dengan sakit contraction, anda perlu cepat ke hospital.
Sakit Contraction
Pastikan anda sudah bersedia dengan beg dan barang yang diperlukan. Bila berlakunya sakit contraction, seeloknya tanda pada buku atau aplikasi khas untuk ibu mengandung. Tanda sekerap mana contraction berlaku.
Apabila sakit semakin kerap, anda perlu terus ke hospital dan bersedia untuk bersalin.
Air Ketuban
Ini adalah tanda paling jelas. Air ketuban pecah seperti air kencing tapi bukan air kencing ya! Anda perlu bersalin. Berdoalah dan minta suami teman.
Lain pula hal yang berlaku pada seorang ibu mengandung yang viral di Tiktok.
Semasa menahan sakit contraction wanita ini sempat merakam video di aplikasi itu.
Dimuatnaik oleh @borupane1, kelihatan wanita tersebut menahan sakit beberapa kali.
Video mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan mendoakan agar proses bersalin berjalan lancar.
Semoga ibu dan anaknya baik-baik saja.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Cakap je style tudung jenis apa, kebanyakkan wanita mahir menggayakannya. Fesyen tudung bukan lagi fesyen yang di ketepikan malah pemakaian tudung sudah sampai ke fesyen antarabangsa.
Tahu tak, style pemakaian tudung pun boleh tahu personaliti seseorang. Apa style tudung kegemaran korang? Jom tengok!
Tudung Bawal
Tudung bawal adalah tudung legend! Siapa je tak suka tudung bawal? Macam-macam jenis tudung bawal dah ada sekarang. Pelbagai material, pelbagai corak dan warna. Gadis tudung bawal selalunya seorang yang klasik. Suka menampakkan dirinya kemas dan profesional. Apa-apa pun bawal for life!
Tudung Sarung Atau Tudung Instant
Ini adalah tudung paling mudah dipakai. Lagi-lagi waktu emergency, abang posmen datang ke, jiran nak bagi lauk ke, nak angkat baju masa hujan turun ke. Tapi tudung sarung bukan sahaja pakai di rumah tapi boleh juga pergi berjalan. Macam-macam tudung sarung dah ada.
Kepada yang suka pakai tudung sarung atau tudung instant ni, mereka jenis yang sangat simple dan lebih kepada mencari keselesaan. Yela, tak perlu pakai jarum atau lilit pun. Sarung terus jadi cantik.
Shawl
Shawl memang menjadi pilihan ramai terutama kepada gadis-gadis. Melilit tudung pun kena ada skill tau. Bukan boleh main lilit suka hati, nanti tak jadi pula. Untuk yang suka pakai shawl, mereka adalah seorang yang mempunyai sifat romantik dan feminin. Perasan tak gadis yang pakai shawl selalu nampak sweet je!
Turban
Satu ketika dulu, turban menjadi fesyen yang luar biasa. Hanya artis, selebriti atau golongan influencer je berani pakai. Tapi sekarang, sesiapa sahaja boleh menggayakan style turban ni. Lagi-lagi waktu raya. Ramai betul yang pakar buat turban. Gaya ini menunjukkan individu tersebut kreatif, bijak bergaya dan berani.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kalau pasangan bergaduh, yang paling banyak bercakap mesti perempuan. Oh, mungkin ada lelaki yang suka bercakap juga tapi golongan seperti ini teramatlah sikit. Tak kiralah pasangan bercinta atau yang sudah berkahwin, kalau gaduh lelaki mesti banyak diam.
Sebenarnya kenapa lelaki berdiam diri kalau bergaduh dengan pasangan? Malas layan? Lagi suka mendengar dari bercakap? Atau bagi peluang perempuan lepaskan marah? Haa, jom tengok kenapa lelaki suka berdiam diri ketika bergaduh dengan pasangan.
Tak Tahu Punca
Betul ke perempuan selalu betul? Tak pernah salah? Tahu tak salah satu sebab kenapa lelaki mendiamkan diri masa bergaduh adalah mereka tak tahu apa punca sebenar. Kadang-kadang gaduh pasal benda lain, tapi cerita pasal benda lain. Untuk tidak menambah kemarahan pasangan, mereka diam untuk cuba memahami.
Buat Bertambah Marah
Bayangkan si isteri tengah marah, si suami pun sama naik marah. Tak ke haru biru rumah tu nanti. Sebab itulah para suami akan mendiamkan diri masa isteri marah. Tak nak keruhkan lagi keadaan, nanti kalau dah buka mulut takut isteri menangis pula. Lebih baik diam jela, kan?
Pendam Rasa Hati
Lelaki akan pendam dulu perasaan diorang. Diorang takkan marah atau tinggikan suara sehingga sampai satu tahap. Jangan buat sampai tahap lelaki marah, nanti menyesal!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!