Siapa rajin baca research perubatan doktor-doktor mengenai wabak yang tengah melanda dunia? Susah nak faham, panjang pulak tu. Mungkin ada tapi tak ramai.
Siapa yang rajin baca semua research tu, korang memang power! Jangan pula anggap yang tak suka membaca ni tak ada ilmu, sebenarnya ada banyak cara lain untuk dapatkan informasi yang sahih.
Kenal tak Dr. Malar? Dr. Malar ni adalah salah satu doktor yang memberi informasi mengenai kesihatan dan mesej perubatan dengan cara yang menarik dan mudah faham.
Ramai yang suka mendengar keterangan Dr.Malar yang sangat bersahaja, ringkas, mudah faham dan penggunaan bahasa santai.
Melalui Tweet Dr.Malar, @celotehdrmalar memberitahu Dewan Bahasa dan Pustaka telah memilih dia menjadi wajah hadapan majalah edisi September.
My FIRST ever magazine cover – Dewan Bahasa dan Pustaka edisi September !! 😇😇 Terima kasih kepada @DBPMalaysia kerana memilih saya. Terharu bila niat saya nak kongsi ilmu secara santai, sebenarnya menarik perhatian beberapa pihak, sesungguhnya saya tak sangka langsung. pic.twitter.com/6AqeTA3YhN
Dalam Tweet tersebut, Dr.Malar melahirkan rasa terharu kerana niatnya hanya ingin berkongsi ilmu secara santai tetapi telah mendapat perhatian beberapa pihak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Duduk diam-diam tiba-tiba bunyi perut. Alamak! Malunya! Lagi-lagi kalau tengah mengambil peperiksaan dalam dewan, terdengar kruk-kruk bunyi perut tapi tak lapar pun!
Siapa pernah jadi macam ni? Apa perasaan korang? Apa tindakan korang? Sedangkan sebelum keluar rumah, korang dah makan kenyang.
Tak semestinya perut berbunyi menandakan korang tengah lapar tau dari segi Sains, kejadian tersebut dipanggil borborygmus yang bukannya datang dari perut tapi usus.
Menurut pakar, bunyi tersebut disebabkan gas berlebihan yang bergerak di dalam usus.
Kenapa perut berbunyi walaupun korang dah makan? Jom baca!
Tapi kalau memang tengah lapar, perut berbunyi korang pergilah cari makanan supaya perut korang diam.
Kerengsaan Usus
Ada sesetengah orang perut tidak menerima produk tenusu seperti keju atau susu. Kalau termakan atau terminum produk tenusu akan menyebabkan cirit-birit atau sembelit yang merangsang usus besar.
Kurang Sukrosa
Kekurangan gula dalam darah juga punca perut berbunyi tanpa sebab. Jika berlakunya kurang sukrosa dan enzim yang memecahkan gula dalam badan akan menyebabkan perut berbunyi.
Jadi, korang perlu makan makanan seimbang supaya sistem dalam perut dapat memproses nutrisi dengan baik.
Makan Gelojoh
Pernah tak korang terlalu lapar, dapat je makanan terus makan tanpa berfikir.
Makan terlalu cepat menyebabkan gula dalam darah rendan dan usus tidak dapat memproses nutrisi yang cukup daripada darah.
Udara yang berlebihan tidak diserap dengan baik, usus akan mengumpul banyak gas.
Sebab itu kita kena kunyah makanan sebaik mungkin untuk elak gas terkumpul dalam usus.
Mengalami Tekanan
Stress pun boleh buat perut berbunyi tau! Perut boleh berbunyi apabila seseorang itu dalam keadaan cemas atau tertekan.
Tekanan menyebabkan otot perut dalam keadaan menguncup. Gas dan cecair pencernaan akan memerah dalam usus kecil dan menyebabkan perut akan lapar cepat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Selalu dengar golongan yang berumur sakit gout sampai ada yang tak boleh berjalan.
Sebenarnya apa itu sakit gout? Siapa yang berisiko tinggi terkena penyakit gout? Apakah punca sakit gout?
Artikel kali ini, menerangkan sedikit sebanyak mengenai penyakit gout.
Apakah Penyakit Gout?
Gout adalah dikategorikan sebagai penyakit Artritis yang berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi dan tisu lembut yang mengelilingi sendi terutama pada bahagian kaki.
Gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walaupun dikatakan penyakit keturunan, tetapi ramai pesakit gout yang tidak mempunyai sejarah penyakit ini.
Penyakit gout ini menyerang seseorang secara tiba-tiba, mengakibatkan sakit yang teruk pada sendi, kemerahan dan keradangan terutama pada sendi di pangkal jari kaki membuatkan pesakit tidak dapat bergerak bebas.
Apakah Punca Gout?
Biasanya penyakit gout ini berpunca daripada dua faktor iaitu asid urik yang tinggi dalam badan dan asid urik tidak dibuang menyebabkan gout menyerang pesakit.
Asid urik yang tinggi akan menjadi pembentukan kristal seperti jarum pada sendi iaitu punca sakit gout tersebut dan boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang
Gout bukan sahaja menyerang sendi bahagian kaki malah ia juga boleh terjadi pada sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, perlegangan tangan dan jari tangan.
Apabila asid urik berkumpul, ia akan menyebabkan bonjolan kecil pada kulit yang dipanggil ‘tophi’.
Jika gout dalam keadaan serius, tophi akan pecah dan mengeluarkan cecair seperti kapur.
Siapakah Golongan Yang Berisiko?
Selalunya gout ini sering terjadi kepada golongan lelaki yang berumur 30 hingga 50 tahun ke atas tetapi tidak kemungkinan wanita juga boleh terkena penyakit ini lepas mengalami menopause.
Walaupun dikatakan sebagai penyakit keturunan, tetapi pesakit gout ramai datangnya dari punca kesihatan sendiri.
Apakah Punca Gout?
Asid urik tidak seimbang disebabkan faktor keturunan menyebabkan gout dikatakan penyakit dari sejarah keluarga.
Walau bagaimanapun, pengambilan makanan mempunyai zat protein berlebihan, obesiti dan mengambil minum beralkohol secara tidak terkawal dan buah pinggang rosak.
Kekurangan air dalam badan juga menyumbang kepada faktor penyakit gout ini, akhir sekali pengambilan ubat seperti diuretik dan aspirin.
Apakah Tanda-Tanda Gout?
Simptom serangan gout adalah bermula daripada sakit sendi di bahagian ibu jari kaki, pergelangan tangan dan lutut.
Badan pesakit akan panas dan menyebabkan demam, sendi pula akan mengalami sakit dan sangat sensitif apabila disentuh.
Tahap Penyakit Gout
Tahap penyakit gout mempunyai empat fasa:
1) Asimptomatik Tidak menunjukkan sebarang simptom dan gejala
2) Akut Tanda-tanda gout menyerang secara tiba-tiba dengan cepat dan biasanya pada beberapa sendi yang memiliki tisu lembut.
Sakit gout yang menyerang akan hilang dengan kadar yang segera.
3) Interkritikal Serangan gout jarang berlaku tetapi serangan yang akan datang boleh berlarutan sehingga beberapa bulan dan tahun.
4) Kronik Fasa keempat adalah fasa yang agak teruk. Serangan gout boleh berlaku berulang kali yang dipanggil ‘Polyarticular Gout’.
Pesakit akan terasa kejang, sakit yang menyucuk dan kaki akan berlaku perubahan ketara seperti kemerahan, bengkak, panas dan demam.
Jika pesakit mengalami gout yang kritikal, ia akan merosakan ginjal, hipertensi dan batu karang.
Makanan Yang Perlu Dikawal
Untuk elakkan gout datang menyerang, jaga pemakanan dan kawal makanan yang boleh mengurangkan aras plasma asid urik.
Elak makan makanan yang mempunyai purin yang tinggi daripada sumber protein.
Untuk pesakit gout, hadkan pengambilan ikan bilis, sardin dan daging perlu dihadkan kepada satu hidangan sehari.
Selain itu, pesakit gout tidak digalakkan akan organ dalaman haiwan.
Tidak semua jenis sayur boleh dimakan, kurangkan kadar pengambilan sayur asparagus, cendawan, bunga kobis, bayam dan kekacang.
Elakkan minum minuman beralkohol dan banyakkan minum air masak untuk membantu mengurangkan asid urik dalam badan.
Cara Rawatan
Ubat yang sesuai untuk pesakit gout adalah ‘Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)’, Colchicine( kol-chi-sin), atau ‘Glucocorticoids’.
Rawatan jangka panjang dikenali sebagai terapi ‘Anti-hyperuricemik’.
Ujian mikroskopi dijalankan untuk bendalir yang disebut daripada sendiri untuk ujian pengesahan gout.
Pada peringkat awal gout, dapatkan rawatan segera supaya serangan penyakit ini dapat dielakkan dan menjadi semakin serius.
Jangan lupa, mulakan pemakanan yang sihat dan jaga kesihatan secara normal.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bila nampak orang senyum lepas tu ada lekuk dekat pipi, automatik terus hati jadi cair.
Tak semua orang ada lesung pipit, sangat bertuah siapa yang ada daya penarik macam ni.
Ramai yang sudah tahu lesung pipit ini adalah kecacatan genetik tapi walaupun ia dikatakan ‘cacat’, ramai yang nak lesung pipit sampai yang ada ‘tambah’ sendiri.
Kejadian lesung pipit ini disebabkan otot wajah iaitu Zygomaticus Major terbelah dua dan mengakibatkan otot tersebut jadi lebih pendek dari orang normal.
Lesung pipit pula tak semestinya ada pada kedua-dua belah pipi, ada orang yang lekuk hanya salah satu pipi sahaja.
Kenapa best ada lesung pipit? Apa istimewanya lesung pipit ni pada seseorang? Jom tengok!
Nampak Muda
Perasan tak, siapa ada lesung pipit muka dia nampak lembut, manis je atau senang cakap baby face.
Ada kajian mengatakan kelebihan mempunyai lesung pipit selalu nampak muda walaupun usia semakin meningkat.
Senyuman
Senyuman tuan yang ada lesung pipit ni manis je.
Kalau dia senyum mesti orang lain tertarik dan akan balas senyuman tu.
Orang sekeliling pun rasa bahagia je bila dia senyum dengan adanya lesung pipit terserlah.
Tak Semua Ada
Tahu tak, kurang daripada 30% manusia dalam dunia yang ada lesung pipit ni.
Haa, special kan? Itulah, walaupun dikatakan cacat, tapi semua orang nak ada lesung pipit untuk menjadi yang istimewa, unik dan comel.
Added Value
Maknanya, siapa yang ada lesung pipit ni, mereka sentiasa ada extra look.
Kena senyum paksa pun masih nampak sweet dan cantik, mood tengah tak okay ke, rasa nak marah ke, tengah makan atau minum ke mesti ada menyerlah lesung pipit tu.
Itulah kelebihan ada lesung pipit ni, daya penarik yang tak akan pernah berhenti.
Cuba tengok artis yang ada lesung pipit, mesti nama senang nak naik sebab ada added value pada muka.
Boleh Hilang
Eh, mesti ramai tak tahu lesung pipit ni boleh hilang, kan?
Mungkin ia jarang-jarang berlaku tapi ia juga bergantung pada faktor berat badan, proses penuaan dan stuktur muka.
Boleh Diwarisi
Yes! Nama pun kecacatan genetik tapi mungkin ada juga anak yang tak dapat lesung pipit.
Jika ibu dan ayah mempunyai lesung pipit, potensi anak dapat lesung pipit adalah tinggi iaitu 50% hingga 100%.
Manakala, jika salah seorang pasangan yang mempunya lesung pipit, potensi anak untuk dapat lesung pipit juga adalah 20% hingga 50% sahaja.
Tapi janganlah sedih dan kecewa kalau anak tidak dapat warisi lesung pipit tu, janji anak sihat dan ceria.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Orang dulu-dulu banyak petua kecantikan menggunakan bahan semula jadi sebab itu mereka mempunyai kulit yang bersih dan mulus.
Air cucian beras juga menjadi salah satu petua mereka untuk mengekalkan kecantikkan tapi zaman sekarang petua ini kurang digunakan mungkin kerana banyak produk baharu di pasaran.
Sebenarnya air cucian beras mengandungi khasiat tersendiri yang membantu penjagaan kulit dan dalam pada masa yang sama menjimatkan duit.
Jom tengok apakah khasiat petua air cucian beras ini jika diamalkan setiap hari.
Pencuci Muka
Sekarang banyak produk pencuci muka yang dijual dengan bahan-bahan yang sudah diproses malah, ada juga produk yang menawarkan air cucian beras yang sudah dijadikan pencuci muka untuk memudahkan pengguna.
Tapi kalau anda mahukan khasiat dari keaslian air cucian beras, anda juga boleh buat sendiri di rumah.
Air cucian beras yang pertama akan menjadi putih dan pekat, simpan dalam bekas atau botol penyembur untuk mudah digunakan.
Jadikan sebagai rutin harian menyembur atau lap muka dengan air cucian beras untuk mencerahkan dan menganjalkan kulit anda.
Kulit Muka Bersih Dan Lembut
Air cucian beras dapat bantu menghilangkan kotoran, debu dan menyegarkan kulit.
Caranya adalah, gunakan air cucian beras yang pertama dan rendam kapas dalam air cucian tersebut, lap pada seluruh muka anda.
Jadikan sebagai rutin harian untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Kecilkan Liang Pori
Jika anda mempunyai masalah liang pori besar dan sukar untuk hilangkan, anda boleh cuba dengan air cucian beras kerana ia memberikan kesan yang sangat positif kepada liang pori dan akan menyegarkan kulit.
Sangat mudah kerana anda hanya perlu rendam kapas dalam air cucian beras dan lap pada bahgian yang mempunyai liang pori bermasalah.
Urut muka anda secara perlahan dan biarkan air cucian beras meresap ke dalam kulit. Lakukan setiap pagi dan malam.
Kurangkan Jerawat
Setiap orang mempunyai masalah kulit yang berbeza tetapi jerawat antara masalah terbesar kepada semua orang.
Selain cuba menggunakan produk kosmetik di pasaran, air cucian beras juga boleh mengurangkan jerawat.
Kurangkan penggunaan bahan kimia pada muka dan cuba cara tradisional ini untuk menghapuskan jerawat dan jeragat.
Air cucian beras ternyata dapat membantu mengurangkan masalah kulit secara semula jadi dan efektif.
Topeng Muka
Air cucian beras juga boleh dijadikan sebagai topeng muka dengan cara gunakan kain bersih dan rendamkan dalam air cucian beras selama 10 minit.
Biarkan kain yang direndam dengan air cucian beras tadi pada muka selama 15 minit atau tunggu hingga kering.
Anda akan rasakan kesegaran dan kulit menjadi lebih lembut selepas memakai topeng air cucian beras yang pertama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sukan Olimpik yang berlangusng empat tahun sekali dan kali ini diadakan di Tokyo.
Sepatutnya temasya musim panas ini diadakan pada tahun lepas tapi memandangkan penularan virus COVID-19 semakin tinggi, sukan yang diminati ramai ini terpaksa ditunda pada tahun ini.
Banyak persiapan tuan rumah untuk menyambut atlet-atlet yang datang dari lebih 200 negara yang bersedia memperjuangkan kemahiran dan kehebatan dalam acara masing-masing.
Sepanjang persiapan, sudah ramai yang menjangkakan kehebatan Tokyo menyediakan kemudahan kepada tetamu dengan meilhat proses yang dilakukan sebelum acara perasmian bermula.
Jom tengok fakta best Tokyo yang menjadi tuan rumah kali kedua dalam sukan Olimpik musim panas.
Sukan Olimpik Ditunda
Sepatutnya sukan Olimpik di Tokyo dijadualkan antara 24 Julai dan 9 Ogos 2020.
Namun terpaksa ditunda kerana menularan COVID-19 di seluruh dunia semakin meningkat.
Tarikh baru diumumkan antara 23 Julai dan 8 Ogos 2021 membuatkan sukan Olimpik pertama kali ditunda sejak 124 tahun berlangusng.
Walau bagaimanapun, suka Olimpik yang diadakan ini tidak membenarkan penonton hadir menyaksikan semua sukan yang dijalankan untuk memastikan langkah pencengahan dan protokol kesihatan dilaksanakan secara ketat demi keselamatan atlet dan bagi mereka yang terlibat.
Tuan Rumah Kali Kedua
Bukan sekali bandar Tokyo, Jepun menjadi tuan rumah sukan Olimpik, malah pada tahun ini Tokyo menjadi tuan rumah kali kedua.
Kali pertama Tokyo menjadi tuan rumah sukan Olimpik pada tahun 1964.
Pada tahun 1972 dan 1998, bandar Sapporo dan Nagano menjadi tuan rumah untuk temasya Olimpik musim sejuk.
Stadium National Tokyo
Stadium National Tokyo yang direka oleh arkitek tempatan, Kengo Kuma bertemakan bumi dan alam sekitar.
Kuma menggunakan motif kayu-kayuan dalam pembinaan stadium yang memerlukan lebih 70,000 kaki kayu balak yang datangnya dari 47 wilayah.
Kapasiti stadium tersebut boleh mencecah 60,000 tempat duduk penonton dan menjadikan lokasi acara perasmian dan penutupan sukan Olimpik.
Pingat
Apa yang lebih mengujakan adalah pingat anugerah sukan Olimpik dan Paralimpik sepenuhnya dihasilkan dari sisa elektronik yang dikitar semula.
Pertandingan reka bentuk pingat dijalankan pada tahun 2017 dan dimenangi oleh Junichi Kawanishi.
Reka bentuk pingat disiapkan pada 24 Julai 2019 yang memerlukan lapan tan logam dikumpul untuk menghasilkan pingat.
Katil Kadbod
Kemudahan yang pelbagai disediakan oleh tuan rumah untuk keselesaan para tetamu.
Konsep yang bertemakan bumi dan alam sekitar diketengahkan untuk mengurangkan pembaziran selepas temasya tamat.
Katil kadboad juga boleh dikitar semula dan katil kukuh menampung berat hingga 200 kg.
Podium
Podium dihasilkan menggunakan plastik post-consumer yang boleh digunakan semula selepas sukan Olimpik berakhir.
Dikatakan 100% daripada tenaga boleh baharu untuk menghasilkan podium kitar semula.
Robot Di Lapangan Terbang
Jepun memang pakar mencipta robot, sukan Olimpik kali ini menyediakan pelbagai teknologi canggih untuk digunakan sebagai penyambut tetamu dari seluruh dunia.
Tetamu yang sampai di lapangan terbang akan menggunakan peranti pengesan muka yang lengkap dengan kamera dan mikrofon.
Untuk memudahkan atlet, alat pembantu membawa bagasi turut disediakan.
Selain itu, kereta tanpa pemandu digunakan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.
Perkara yang membuat orang ramai terpegun adalah pada majlis pembukaan, Jepun melancarkan hujan meteor buatan manusia yang membuatkan ramai kagum dengan kehebatan teknologi mereka.
Sukan Baharu Dipertandingkan
Sukan besbol tidak disenarai dalam acara sukan Olimpik pada tahun 2012 dan 2016.
Jepun mempunyai pasukan besbol yang sangat bagus dan rekod kajayaan yang banyak menyebabkan negara itu memutuskan untuk kembalikan acara tersebut dalam senarai sukan yang bakal dipertandingkan.
Sukan Olimpik di Tokyo menampilkan 33 rekod dan 399 acara.
Lima sukan baharu akan dipertandingkan di temasya ini termasuk bola keranjang, karate, papan selaju, sukan memanjat dan sukan luncur.
Pasukan Pelarian
Kali pertama pasukan pelarian menyertai sukan Olimpik pada tahun 2016 di Rio, Brazil.
Kini Pasukan pelarian seramai 29 atlet menyertai 12 acara sukan temasya ini mewakili pasukan IOC Refugee Olympic (EOR).
Penyertaan Jantina Seimbang
Buat pertama kali penyertaan atlet wanita dan lelaki seimbang.
49% atlet wanita menyertai sukan Olimpik pada kali ini.
Pada Hari Wanita Antarabangsa, IOC peruntukan kuota penyertaan atlet wanita dan menjadikan penyertaan atlet sukan pertama yang disertai oleh kedua-dua jantina dengan adil.
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) mewajibkan sekurang-kurangnya setiap acara diwakili seorang atlet lelaki dan seorang atlet wanita.
Selain itu, NOC perlu mewakilkan seorang atlet lelaki dan seorang atlet wanita untuk membawa bendara negara masing-masing semasa majlis perasmian dijalankan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pisang adalah antara buah yang sedap dan tidak perlu tunggu musim untuk makan.
Mesti ada je orang jual di tepi jalan atau supermarket.
Banyak resepi yang boleh dibuat menggunakan pisang seperti kek, kuih, pencuci mulut dan sebagainya.
Pisang banyak khasiat pada badan kita tapi selalunya kalau kita makan pisang, kulit pisang akan dibuang.
Betul ke kulit pisang tidak ada manfaat langsung? Atau kita tak tahu kebaikan kulit pisang.
Bahagian dalam kulit pisang dikatakan banyak fungsi bukan sahaja pada badan kita malah untuk benda lain pun boleh.
Petua ini mungkin dari turun temurun, tapi tak salah mencuba, kan?
Kalau ada petua tambahan, anda boleh share, okay?
Memutihkan Gigi
Gosok secara putaran menggunakan bahagian dalam kulit pisang selama dua ke tiga minit. Anda boleh amalkan setiap hari selepas gosok gigi. Hasilnya akan membuatkan gigi anda sihat dan cerah.
Hilangkan Kegatalan Dan Ruam
Sapu bahagian dalam kulit pisang pada kawasan yang gatal, ruam atau kemerahan. Ia membantu mengurangkan rasa gatal dan keradangan kulit anda. Amalkan hingga kulit pulih.
Ubatkan Luka Kecil
Gosok kulit pisang bahagian dalam pada luka secara perlahan. Luka akan cepat kering dan sembuh. Pastikan guna kulit pisang yang segar.
Tegangkan Kulit
Guna bahagian dalam kulit pisang, gosok pada kulit anda. Biarkan sekurang-kurangnya 45 hingga 60 minit. Basuh hingga bersih. Amalkan dua hingga tiga kali seminggu.
Kurangkan Kemerahan Jerawat
Gunakan bahagian dalam kulit pisang, gosok pada jerawat dengan perlahan. Selepas gosok, biarkan 10 hingga 15 minit, kemudian bersihkan dengan air.
Kilatkan Barang Perhiasan Perak
Eh, kilatkan barang perhiasan pun boleh tau! Caranya adalah, kisar kulit pisang dengan sedikit air, jadikan seperti pes tapi jangan terlalu cair. Gosok pes pisang pada barang perhiasan perak di rumah anda selama beberapa minit hingga anda puas hati. Barang perhiasan anda akan kelihatan berkilat, cantik dan antik!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Stress atau tekanan adalah desakan yang dihadapi oleh individu melalui peristiwa yang berlaku pada mereka.
Tekanan yang dihadapi mampu mengancam mereka dari segi emosi dan juga fizikal.
Ia juga merupakan cabaran emosi dalaman yang tidak dapat dikawal dari kehidupan individu tersebut.
Jika tekanan secara berlebihan akan membahayakan kesihatan indivisu dari segi emosi, tingkah laku dan mengalami perubahan personaliti.
Keadaan yang tidak terkawal boleh merisikokan mental dan fizikal individu yang menyebabkan sakit jantung, angin ahmar (strok) dan kemurungan.
Setiap individu yang mengalami tekanan mempunyai masalah yang berbeza.
Ada juga yang tidak boleh mengawal perasaan hingga memudaratkan diri sendiri.
Sebuah universiti di Scotland membuat kajian tekanan yang melampau boleh memberi kesan kepada kulit wajah seseorang.
Masalah tekanan mempunyai kaitan dengan hormon.
Stress akan membebaskan hormon kortisol dengan jumlah yang banyak dan menyebabkan wajah menjadi berkedut, kusam pucat dan tidak sihat.
Apabila hormon kortisol dikeluarkan dengan jumlah yang tinggi, ia akan memberi kesan kepada kesihatan individu.
Antara kesan tekanan yang membuatkan seseorang nampak lebih tua dari usia sebenar adalah :
Lingkaran Gelap Bawah Mata
Eye bag atau mata panda memang mengganggu raut wajah seseorang.
Ia berpunca daripada saluaran kapilari bawah mata yang meninggalkan kesan hitam yang boleh menunjukkan individu tersebut mempunyai beberapa penyakit selain daripada mengalami tekanan.
Menopause
Tahukah anda, terlalu stress menyebabkan proses menopause menjadi cepat?
Hormon kartisol menyebabkan estrogen dalam badan semakin merosot dan mempercepatkan proses menopause.
Selain itu, ia juga mengganggu kitaran haid menjadi tidak normal atau haid tidak teratur.
Kulit Berkedut
Terlalu emosi mengendalikan sesuatu masalah seperti terlalu cemas, cepat marah, selalu menangis dan kurang tidur.
Individu yang stress juga akan mengerutkan dahi dan menimbulkan garis halus pada dahi menyebabkan wajah cepat berkedut dan menimbulkan garisan muka.
Garisan muka lebih jelas di kawasan mata, bibir, dahi dan sudut-sudut muka.
Rambut Rosak
Rambut rosak akibat terlalu stress disebabkan terlalu banyak berfikir, cemas dan tidak tenang.
Ia mengganggu pertumbuhan folikel rambut dan terus melemahkan akar rambut menyebabkan rambut gugur dengan jumlah yang banyak.
Jerawat
Jerawat sering dikaitkan dengan tekanan fikiran.
Ya, apabila stress badan akan mengalami ketegangan dan ganggu pembentukkan hormon badan.
Secara amnya, jerawat akan pulih dan hilang dengan sendirinya apabila emosi dan badan individu beransur tenang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kalau bercakap mengenai cara nak dapatkan perhatian pasangan, mesti macam-macam tips dan idea keluar dari fikiran.
Tapi semua tu bergantung pada pasangan masing-masing. Ada yang suka cara ini, ada yang suka cara itu.
Ada yang buat macam ini terus jadi, ada juga sebaliknya. Jadi macam mana?
Apa kata korang try cara ini pula, manalah tahu memang menjadi ke. Jom!
Senyum
Senyum ni memang membawa kebaikan kepada semua orang. Kalau senyum pada orang tak kenal pun boleh membuatkan hati kita senang, kan?
Jangan asyik muncung je, kesian pasangan korang mesti rasa stress.
Senyum juga boleh mengubah mood seseorang, dari badmood terus jadi goodmood bila nampak pasangan tersenyum.
Senyumkan tanda gembira dan senang hati. Takkan tak gembira bila bersama pasangan.
Jangan lupa senyum hari-hari, okay?
Selalu Peluk
Aww, setiap hari peluk pasangan mesti rasa gembira.
Kalau tengah gaduh, nak pujuk tu dengan peluk je dah boleh turunkan darah panas tu.
Tak salahkan kalau peluk pasangan, dua-dua rasa dekat dan rasa saling disayangi.
Yakin
Yakin ni bukan untuk pasangan je, untuk diri sendiri pun penting.
Baju dah cantk, muka dah on point, badan dah wangi tapi tak ada keyakinan. Tak best pula, kan?
Korang kena berjalan dengan yakin. Posture badan tu kena betul, tegak dan tegap.
Jangan jalan menunduk atau membongkokkan bahu, nampak tak semangat dan tak confident langsung!
Jalan je acah-acah model, baru nampak menyerlah.
Janggut & Jambang
Satu kajian dijalankan pada 2013 di University of New South Wales mengatakan lelaki berjambang dan berjanggut lebih menatik.
Kebanyakkan lelaki berjambang kemas dan jaga dengan rapi nampak lebih maskulin, seksi dan wow!
So, kepada lelaki yang tak pernah cuba simpan jambang, cuba simpan. Waktu PKP ni, mungkin isteri lebih tertarik. Hehe
Pakai Baju Merah
Eh, kenapa? Apa kena mengena baju merah? Dan kenapa warna merah?
Warna merah sinonim dengan sifat garang dan seksi.
Mungkin disebabkan itu, warna merah boleh menambahkan rasa sayang dan dapat perhatian yang extra dari pasangan.
Siapa yang tak ada baju merah tu, dah boleh beli dah, okay?
Makan Bawang Putih
Makan bawang putih dengan jumlah yang terkawal mampu mengurangkan bau badan.
Menurut kajian sebuah universiti di Republik Czech, United Kingdom makan bawang putih menghasilakn bau badan yang menyenangkan dan mampu menarik perhatian pasangan.
Emm, betul ke ni? Ada siapa-siapa dah cuba?
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perkara normal apabila manusia berkumuh atau bernyahtinjaan atau lebih mudah buang air besar dan kecil.
Ia adalah hasil bahan buangan daripada badan manusia .
Proses ini mengeluarkan najis, air kencing, peluh dan karbon dioksida.
Bahan buangan ini merupada bahan makanan yang tidak dapat dicerna, lalu akan dibuang melalui proses tadi.
Sebuah universiti di Korea Selatan, Ulsan National Institute of Science and Technology (UNIST) mencipta tandas mesra alam yang mampu menghasilkan biogas dan baja menggunakan bahan kumuhan.
Tandas tersebut dinamakan BeeVi yang menggunakan pam vakum untuk menghantar najis ke tangki bawah tanah yang tidak menggunakan jumlah air yang banyak.
Melalui tangki tersebut, sisa buangan menjadi metana sekali gus dijadikan sumber tenaga untuk bangunan universiti dan kemudahan pelajar.
Sumber yang diambil dari Reuters, seorang profesor Kejuruteraan Bandar Dan Alam Sekitar, Cho Jae-Weon berkata, najis memiliki nilai tinggi dalam penghasilan tenaga dan baja, dengan ciptaan tandas mesra alam najis yang dibuang disalurkan ke peredaran ekologi.
Cho menjelaskan manusia membuang air besar sekitar 500 gram sehari yang boleh ditukarkan kepada 50 liter gas metana untuk menghasilkan elektrik 0.5kWh atau pemanduan boleh mencapai 1.2 kilometer (0.75 batu).
Selain itu, profesor berkenaan juga mencipta Ggool iaitu mata wang digital hasil daripada menggunakan tandas BeeVi.
Pelajar boleh menggunakan mata wang Ggool untuk membeli barang keperluan di kampus seperti kopi, buah-buah, buku atau mi segera dengan mengimbas kod QR untuk membeli.
Untuk pelajar yang menggunakan tandas BeeVi akan memperoleh 10 Ggool sehari dan boleh menggunakan wang digital tersebut untuk keperluan seharian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!