JERANTUT : Sebuah rumah termasuk dua buah motosikal hangus dijilat api di Kampong Paya Rajin dalam kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira jam 6.55 petang, hari ini
Kejadian berlaku ketika hujan lebat disusuli guruh dan kilat. Rumah mangsa yang dikenali Pok Soh Mandur terbakar dengan pantas.
Walau bagaimana, semua ahli keluarga rumah itu selamat. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Stor menyimpan fail di Tingkat Empat, Hospital Kuala Lumpur terbakar malam tadi sehingga menyebabkan beberapa pesakit terpaksa dipindahkan ke kawasan lapang.
Komander Operasi Kanan PBK II Hamzah Mohd Isa, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.07 malam dan bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, serta pasukan forensik dengan kekuatan lapan anggota.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan stor yang menyimpan fail berkeluasan 8 x 12 kaki persegi.
“Kemusnahan dianggarkan 10 peratus namun tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati beberapa pesakit dipindahkan ke kawasan lapang bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
Sehingga jam 1.10 pagi ini, pesakit sudah kembali ke wad masing-masing, selepas pasukan Bomba dan Penyelamat selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BELURAN: Rumah calon BEBAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, musnah dalam kebakaran di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran Rastam Keladi berkata rumah Abdul Rahman Kongkawang, yang juga penyandang kerusi DUN Labuk, di Kampung Muanad 3 di sini musnah dalam kejadian pada kira-kira jam 2.30 petang.
“Balai Bomba dan Penyelamat Beluran menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 2.35 petang tadi dan sepasukan bomba bergegas ke tempat kejadian, yang terletak kira-kira 8 kilometer dari balai.
“Kejadian melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal iaitu berstruktur kayu. Api berjaya dikawal daripada merebak sejam kemudian,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Rastam berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.
-BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Satu blok Sekolah Menengah Agama Majlis Darul Ehyail Maarip (SMAMDEM), Ulu Cheka, Jerantut yang membabitkan asrama, dewan dan dua buah kelas terbakar kira-kira jam 9.15 pagi, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Tuan Mohamad Zulkifli Mohamad Zainal, berkata setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.21 pagi, pihak terus ke lokasi kejadian dan mendapati api sedang marak.
“Blok yang terbakar itu terdapat asrama, dewan dan kelas dan pihak bomba dalam proses pemadaman menggunakan dua aliran salur bagi memadamkan api.
“Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Damak turut memberi bantuan dan api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira jam 10.00 pagi dan tidak melibatkan kemalangan jiwa 61 pelajar dan 15 tenaga pengajar berlaku, punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
Seorang kakitangan sekolah yang enggan nama disiarkan berkata, pada ketika itu beberapa orang murid berada di kelas berdekatan berteriak menyatakan kebakaran bermula dari asrama.
“Saya menjerit mengarahkan semua murid tingkatan tiga dan lima yang berada di blok sama keluar menyelamatkan diri termasuk pelajar di kelas blok bersebelahan ke tempat selamat.
“Di asrama itu hanya dihuni 14 orang pelajar lelaki dan terdapat sebuah dewan serbaguna yang kosong sebelum penempatan dua buah kelas yang terbakar,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!