KUANTAN – Sejak 12 tahun lalu, Ayu Norehan Saleh sudah belajar cara membuat kuah bagi Laksa mengikut selera penduduk di Utara Semenanjung.
Selepas itu, dia mula mengamalkan resepi dipelajari daripada ibu saudara suaminya tiap kali mengadakan rumah terbuka Aidilfitri dan majlis hari lahir.
Tahun ini, Ayu Norehan diuji apabila dia mengalami patah kaki akibat terjatuh dari tangga di rumahnya.
Dia adalah kakitangan kerajaan berstatus kontrak dan tidak mempunyai pendapatan sejak empat bulan lalu.
Jadi, dengan kepakaran dimiliki dalam membuat laksa utara, dia dibantu suaminya, Norazly Nordin memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah mereka di Taman Impianku, dekat sini.
Norazly berasal dari Kangar, Perlis dan memang peminat laksa utara .
Menggunakan jenama ‘Laksa Utara Teloq Sebijik’, menu itu berjaya memikat hati penggemar laksa di sekitar Kuantan.
“Kami mula berniaga sejak awal tahun, namun lepas seminggu berniaga, saya diuji apabila terjatuh dan patah kaki.
“Jadi, terpaksa berehat seketika dan selepas keadaan kaki saya bertambah baik, kami mulakan kembali jualan laksa utara.
“Alhamdulillah, sambutan diterima amat menggalakkan… bukan sahaja pelanggan dari Kuantan, ada kalanya mereka datang dari daerah lain juga,” katanya.
Dia berkata, setiap bungkus laksa utara dijual pada harga RM6 dan gerai mereka dibuka bermula jam 3.30 petang hingga jam 6.30 petang.
“Tapi kami cuma berniaga dari Isnin hingga Jumaat sahaja… buat masa ini belum ada perancangan untuk berniaga pada hujung minggu,” katanya.
Ditanya mengenai jenis laksa digemari orang Pahang, Ayu Norehan yang berasal dari FELDA Bukit Kuantan berkata, seni dalam menikmati laksa adalah pelbagai.
“Kalau nak kira, laksa Pahang kuahnya lemak dan lebih pekat… tapi orang Pahang dah boleh terima menu laksa utara.
“Yang penting proses membuat kuah… kita guna ikan Selayang atau pelaling untuk membangkitkan rasa ala-Utara kepada peminat laksa,” katanya. – sahih
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Nikmati selera Pantai Timur di Shahzan Hotel Kuantan
KUANTAN – Saban tahun, nikmat berbuka puasa di Kafe Puteri Teja, Shahzan Hotel Kuantan di sini, tak pernah mengecewakan.
Sempena Ramadan kali ini, hotel ini menyediakan juadah yang pasti membuatkan tetamu ‘kecur air liur’ dengan pelbagai menu makanan masyarakat Pantai Timur yang menyelerakan.
Nasi Arab, Serawa Durian, Kambing Bakar, Gulai Udang Kelantan, Sup Kambing , Nasi Kerabu, Bingkai Ubi dan Laksa Terengganu antara juadah yang tersedia.
“Tidak lupa juga makanan dan lauk-pauk enak dari negeri ini antaranya, Patin Masak Tempoyak dan Opor Daging,” kata Pengurus Besar Shahzan Hotel Kuantan, Charles Peter.
Tambahnya, bufet Ramadan ini bermula 12 Mac lalu hingga 8 April ini dan boleh dinikmati dengan harga RM85 untuk dewasa dan RM45 (kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun).
Selain itu, katanya, Shahzan Hotel Kuantan menawarkan Promosi Bilik Ramadan untuk musim perayaan tahun ini.
“Kita menawarkan bilik standard pada harga RM208 seorang dan RM298 (berdua) untuk semalam yang mana tetamu turut dijamu dengan sahur dan iftar.
“Tawaran ini hanya boleh ditebus secara tempahan langsung atau menerusi laman web kami mulai 12 Mac hingga 9 April nanti,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
30 pasukan sertai kejohanan gasing pangkah tradisional
JERANTUT – Sebanyak 30 pasukan mengambil bahagian dalam Kejohanan Gasing Pangkah Tradisi di FELDA Kota Gelanggi, dekat sini.
Kejohanan julung kali itu dianjurkan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dengan kerjasama warga peneroka FELDA Kota Gelanggi 1.
Perasmian kejohanan dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Keindahan dan Landskap/Pelancongan MDJ, Datuk Abdullah Lebai Din.
Kejohanan itu bertujuan memeriahkan dan menghidupkan kembali sukan tradisional yang semakin dilupakan generasi muda.
Turut hadir pada majlis perasmian kejohanan itu adalah Pengurus FELDA, Aswadi Hassan; wakil pengarah FELDA Wilayah, Mohd Faizal Mat Jusoh dan Ketua Peneroka FELDA Kota Gelanggi, Abd Rahman Ghani.
Hadir sama setiausaha MDJ, Kasri Abdullah; Pengerusi GPW FELDA Wilayah Jengka, Zariah Haron dan Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud.
Program itu berjaya mencapai matlamat apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada generasi muda.
Selain itu, ia turut menarik kunjungan peminat sukan gasing tradisional dari dalam dan luar daerah Jerantut.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Izinkan aku memberi sedikit luahan dan pandangan sebagai seorang guru sempena tahun ke-10 perkhidmatan.
TL;PR (Too Long; Please Read)
1. Sebelum ni kita ada LINUS. Di hujung penilaian, mesti lepaskan semua budak. Tak boleh budak tak lepas semua konstruk.
2. Datang menteri baru, hapuskan LINUS. Cubaan memperkasa PBD.
3. Datang menteri baru lain pulak, hapuskan UPSR terus. Masih mahu memperkasa PBD, meletakkan PBD sebagai satu-satynya instrumen utama dalam penilaian murid.
4. PBD pun ada pincangnya. Secara dasarnya, memang boleh letak deskripsi sekian TP sekian tahap yang harus dicapai oleh murid.
5. Tapi, pengisian data oleh setiap panitia pun berbeza.
6. Contoh, dalam BM takde kolum nilai dan sikap murid. Dalam MT ada.
7. Makna kata, sungguh pun budak tu tak pandai dan menguasai kemahiran kognitif, asalkan sikapnya bagus dalam kelas dan menyiapkan kerja rumah yang diberi dengan tekun, mash boleh dinilai dengan TP yang tinggi pada kolum nilai dan sikap tersebut.
8. Tapi harus dingat, tak semua panitia ada kolum tersebut dalam penilaian dan pengisian data.
9. Datang menteri baru lagi, kita dihidangkan dengan UASA, instrumen tambahan untuk menilai kognitif murid.
10. Sebelum ni, alasan yang diberi semasa pemansuhan UPSR adalah taknak melahirkan generasi yang exam oriented.
11. Sudahnya, generasi yang lahir bukan sekadar tidak exam oriented, malahan adab dan akhlak mithali yang ingin dicapai dengan pelaksanaan PBD pun semakin sayup dari pandangan.
12. UASA hadir bersama idme. Pengisian data dalam idme terbahagi kepada PBD dan UASA.
13. PBD mengikut TP, dan UASA mengikut jumlah markah yang dimasukkan oleh guru mata pelajaran per 50.
14. Apa yang kita tak tahu adalah, markah per 50 tadi rupa2nya ditukarkan menjadi TP (yang tidak dimaklumkan langsung tentang julat penggredan) pada dashboard guru kelas.
15. Makna kata, guru mata pelajaran nampak sebagai markah yang dimasukkan, tapi guru kelas akan nampak sebagai TP.
16. Persoalannya, apa rasional menjadikan markah tersebut dalam TP yang sangat subjektif untuk difahami? Kenapa tak boleh kekalkan je markah tersebut dalam bentuk angka?
17. Sungguh begitu, dalam segala macam kekalutan, orang atasan di langit ketujuh nun sana pula hadir dengan keinginan dan kemahuan data yang cantik.
18. Cuba kita fikir sejenak. Cerita nak data cantik ni dah zaman berzaman pun. Tak pernah berubah. Data yang sampai pada orang atasan semuanya data yang cantik yang telah diubah mengikut selera mereka supaya sekolah tidak dipersoalkan dan guru tidak dipersalahkan.
19. Tapi sampai bila kita nak hidup dalam kepura-puraan? Data yang cantik tidak akan dapat menafikan masalah anak2 kita di peringkat akar umbi.
20. Cikgu2 tersepit, antara integriti sebagai seorang guru dan kepatuhan sebagai seorang pekerja.
21. Bayangkan, kalau kita sentiasa nak hidangkan data yang cantik pada orang awam dan orang atasan, bukankah maknanya kita sebenarnya menipu?
22. Jadi cikgu ni katanya pekerjaan yang mulia, tapi kalau dah sampai menipu data, mana letaknya maruah dan integriti kita sebagai seorang guru?
23. Bila cikgu2 mengeluh dengan sikap sambil lewa pelajar sekarang, kononnya satu jari tuding orang empat jari tuding diri sendiri.
24. Pusing punya pusing, cikgu jugak yang salah bila anak murid malas dan tak pandai.
25. Orang pernah tahu tak struggle yang cikgu tu hadapi? Orang pernah berhadapan tak dengan murid yang kita sentiasa kena suap dengan jawapan untuk setiap soalan?
26. Benar, peperiksaan bukanlah satu2nya instrumen untuk menilai tahap kognitif murid.
27. Tapi, kita tak boleh nafikan peperiksaan adalah instrumen yang paling berkesan dalam menilai tahap kognitif murid.
28. Nak nilai adab, sahsiah apa semua tu jangan campur adukkan dengan penilaian kognitif.
29. Benar, bukan semua gajah boleh diuji berenang, bukan semua ikan boleh diuji terbang.
30. Tapi, pada aku, sebenarnya semua memang ikan dan boleh berenang cuma mungkin ada yang berenang laju, ada yang berenang perlahan, ada yang power berenang kuak lentang, ada yang berenang kupu-kupu . Semua pun ikan dengan tahap kemahiran yang berbeza.
31. Yang penting, kita kena buat sesuatu dengan keadaan pendidikan kita yang semakin membimbangkan. Kalau perlu U-Turn pada sistem. SAHIH.
Sumber : FB
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Juri Gegar Vaganza memualkan, juri Famili Duo menyampah
Sebagai seorang penonton program Gegar Vaganza (GV), Astro Awani mula memualkan dengan gaya seorang juri yang seolah-olah mahu membuka kelas vokal.
Apabila juri wanita tersebut buka mulut, selain memberi ulasan, beliau turut seolah-olah mengajar peserta JV cara menyanyi dengan betul dan baik.
“Malah, beliau mahu gaya nyanyian peserta perlu mirip sepertinya menyanyi, selain mengambil masa, sehingga mahu peserta mahu ulang semula nyanyian.
“Bagus kalau beri ulasan atau komen ringkas samada bagus atau tidak, tidak perlu sambil mahu ‘buka kelas’ pula,” kata penonton tersebut.
Penonton itu berkata, perkara itu pada mulanya menarik tetapi lama kelamaan menjemukan penonton dan dipercayai peserta turut tidak selesa, ini dapat dilihat dari riak wajah muka peserta seolah-olah tidak gemar komen yang menjela-jela daripada juri itu.
Diharap pihak Astro memberi ‘bisikan’ kepada juri tersebut jangan melampau memberi komen seperti mahu buka kelas vokal.
Selain itu, seorang juri Wanita dalam program Famili Duo terbitan TV3 yang memberi ulasan atau komen dalam keadaan menengking dan meninggikan suaranya.
“Adakah cara itu bagus dan menunjukkan juri itu professional? Saya rasa tidak ke mana hebatpun juri itu, tahun hadapan Astro jemput juri itu serta Gegar Vaganza pula.
“Peserta adik-beradik daripada kumpulan lawak, pastinya mereka bersifat komedi, telah ditengking oleh juri itu, bagi saya tidak perlu menengking, sebab itu TV3 memasukan peserta lawak itu kerana memberi kekuatan kepada program ini, ” katanya.
Penonton Setia Astro Awani dan TV3
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Aizuddin juara tangkap ikan baung ekor merah seberat 19.38 kilogram
JERANTUT – Seorang nelayan sungai Kampung Pedah di sini, Mohd Aizuddin Rahimi berjaya menangkap seekor ikan baung ekor merah seberat 19.38 kilogram dan membawa pulang hadiah berjumlah RM3,000.
Manakala, Mohd Nor Fariz Ady dari Kampung Gintong menangkap spesies yang sama seberat 14.10 kilogram di tempat kedua dengan memperoleh hadiah RM1,500 dan tempat ketiga, Khairul Anuar Osman dari Kampung Tebing Tinggi dengan ikan yang sama seberat 13.89 kilogram (RM1,000).
Sebanyak 50 ekor ikan pemangsa, iaitu baung ekor merah (Hemibagrus wyckioides) seberat 296.23 kilogram ditangkap oleh seramai 170 orang peserta dalam tempoh 24 jam sempena pertandingan Moh Buru Baung Ekor Merah di Jerantut Feri di sini hari ini.
Selain itu, bagi kategori tangkapan ikan baung ekor merah terbanyak dimenangi oleh Rosli Aziz Chan dari Kampung Jerantut Feri dengan hadiah bernilai RM2,000 memperoleh sebanyak 18 ekor dan seramai tujuh orang peserta memenangi hadiah sagu hati masing-masing bernilai RM300 dalam pertandingan yang menawarkan keseluruhan hadiah bernilai RM7,800.
Hadiah kepada pemenang telah disempurnakan penyampaiannya oleh Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang turut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Muhammad Nur Ashri Bassari.
Pertandingan itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Jerantut dan Jabatan Perikanan Pahang bersempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini berlangsung selama 48 jam dengan hanya membenarkan peserta menangkap ikan baung ekor merah di kawasan perairan utama, iaitu Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah ini.
Pememang pertama, Mohd Aizuddin berkata, dia memasang sebanyak 40 batang tajur dengan umpan anak ikan keli di tebing Sungai Pahang berdekatan Kampung Pedah sejak pertandingan bermula pukul 11 pagi semalam.
“Pada mulanya saya tidak mengharapkan memperoleh ikan baung ekor merah seberat ini memandangkan sebelum ini cuma dapat menangkap spesies pemangsa ini di Sungai Pahang cuma seberatnya kurang 10 kilogram.
“Lebih kurang 10 jam memasang tajur, saya kembali semula ke tepi sungai ini dan terkejut mendapati seekor ikan yang besar meronta di permukaan air di sebatang alat tangkapan ini,” katanya di Jerantut Feri dekat sini.
Katanya, setelah ikan tangkapannya ditimbang oleh penganjur termasuk hasil tangkapan peserta lain, ikan saya paling berat sekali, iaitu 19.38 kilogram sekali gus diisytiharkan sebagai pemenang pertama,” katanya.
Pemenang tangkapan ikan terbanyak, Rosli Aziz Chan berkata dia dan sahabatnya memasang 190 tajur dengan mengikat pada ranting pokok di tepi sungai berdekatan Kampung Tebing Tinggi, dekat sini selain tajur biasa memperolehi 18 ekor ikan.
“Saya teruja apabila mengetahui pertandingan memburu ikan baung ekor merah yang ganas dan agresif berasal Sungai Mekong, Vietnam sebagai pemangsa dan makan ikan asal tempatan di sungai di sini.
“Bagus juga pertandingan ini diadakan untuk menghapus atau menggurangkan jumlah ikan yang memusnahkan ikan seperti patin, temoleh, jelawat, kerai, lampam, ikan kenerak dan lain-lain spesies ikan asal,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Orang ramai awas dengan lembu berkeliaran di jalan
KUALA KRAU – Pengguna jalan raya di laluan Jerantut- Temerloh perlu berwaspada kerana terdapat haiwan ternakan berkeliaran di atas jalan raya terutama di waktu malam.
Kemalangan jalan raya telah berlaku di jalan itu awal pagi ini berdekatan Kampung Kuala Mai melibatkan sebuah kereta dengan sekumpulan lembu.
Kereta tersebut mengalami kerosakan teruk manakala seekor lembu mati.
Penternak haiwan itu dikehendaki mengurung haiwan mereka dan jangan dibiarkan berkeliaran kerana boleh meragut nyawa pengguna laluan itu dan juga kerosakan kenderaan terbabit.
Sumber/Gambar: Mohd Arif
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Daya ketahanan, ketajaman, kecekapan dan kepantasan akan semakin berkurang apabila usia meningkat. Selalu terlupa, selalu tertinggal barang, tidak ingat sesuatu perkara dan macam-macam hal lagi.
Tetapi sebenarnya ada senaman ringan dan mudah dapat bantu memelihara kemampuan otak walaupun umur semakin meningkat.
WAKTU TIDUR
Kesihatan otak bergantung pada penjagaan waktu rehat seperti tidur. Jika anda tidur lewat, waktu tidur tidak menentu atau tidur terlalu lama juga akan menjejaskan kesihatan otak. Tetapkan waktu dengan betul dan sesuai dengan aktiviti seharian. Otak juga perlu berehat dan bersedia untuk menjalankan aktiviti pada esok hari.
BERHENTI MENGGUNAKAN SEARCH ENGINE
Internet menjadi sebahagian dalam kehidupan seharian kita. Mudah, cepat dan tepat segala informasi yang kita perlukan. Tetapi ada kelemahan jika sering menggunakan search engine untuk mencari maklumat. Membaca adalah salah satu cara untuk mengasah otak lebih tajam dan fokus, Untuk hal-hal yang mudah, cari cara manual seperti buku, surat khabar, majalah dan sebagainya.
BAHASA KETIGA
Selain bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, apa kata belajar bahasa ketiga. Dapat juga keistimewaan dan kelebihan. Proses pembelajaran mempengaruhi aura positif untuk otak secara keseluruhan. Belajar perkara baru dapat merangsang perkembangan otak di hippocampus dan cerebral cortex. Bahagian ini adalah kawasan yang menyimpan memori seseorang.
JALAN KAKI
Rajinkan diri untuk lebih banyak berjalan kaki berbanding naik kereta atau motor. Contohnya, pergi ke masjid atau surau selalu naik motor, apa kata tukar pula jalan kaki. Selain dapat kebaikan lebih banyak, otak juga akan sihat dan tetap fokus.
MAKAN MAKANAN SIHAT
Pemakanan yang baik bukan sahaja untuk tubuh badan, malah akan memberi kesihatan kepada otak. Makan makanan yang memberi nutrisi secara menyeluruh termasuk otak. Sebagai contoh, makan makanan yang mengandungi Omega-3 dan kekacang yang mengandungi vitamin E.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Nescafe, kopi, teh atau kopi moden yang sering tular memang menjadi pilihan ramai orang tidak kira pada waktu pagi atau petang, malah malam juga menjadi minuman untuk berehat.
Air yang menjadi kegemaran ramai ini mengandungi kafein menyebabkan ketagihan hingga menyebabkan masalah kesihatan.
Apakah kesan kafein terhadap badan jika ambil dalam jumlah yang banyak dan berlebihan.
Risiko berlaku ‘caffeine induced cardiac arrest’ iaitu kegagalan jantung berpunca daripada kafein.
Serangan jantung mengejut dan menyebabkan kematian.
Minuman berkafein bukan tidak elok tetapi perlu mengambil dalam jumlah yang betul. Jika ambil secara betul, kafein memberi khasiat.
Ia menjadi ‘pembunuh’ jika diambil secara tidak terkawal dan melebihi keperluan badan.
Menurut sumber, laporan yang dikeluarkan daripada World Health Organization (WHO), kafein boleh diambil 400mg sehari.
Satu kajian dalam Journal of Analytical Toxicology, 51 kes kematian berpunca daripada kafein berlebihan, individu minum dengan 30 cawan kopi dalam masa yang singkat.
Setiap individu perlu tahu jumlah kafein yang diambil dan jarak masa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Raja buah mula ‘menimbun’ di sekitar bandar ini kerana buah durian mula gugur sejak awal minggu ini.
Seorang peniaga berkata, buah popular ini akan habis dalam tempoh sebulan.
Buah durian yang datang dari daerah ini seperti Kampung Damak, Batu Balai dan Jerangsung, tidak lama lagi pula durian premium kampung dari Ulu Cheka akan turut meluruh.
Harga durian masih berpatutan seperti jenis IOI berharga RM25 sekilogram (kg), musang king RM 28 dan durian kampung antara RM8 hingga RM10 satu kilogram. Durian ‘longgok’ turut dijual sekitar RM40.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!