Pada jam lebih kurang pukul 6 petang saya ternampak duit bertabur di atas Jalan di Kampung Peramu Baru Lorong 5, Tanjung Lumpur berkemungkinan duit ini terjatuh diri motosikal grab.
Jika ada kehilangan duit yang betul betul masih memcari duit beliau yang tercicir boleh hubungi di FACEBOOK SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TIADA ELEMEN CULIK, WARGA EMAS HANYA TUMPANGKAN MANGSA
GOMBAK – Tindakan seorang warga emas berusia 80 tahun membenarkan seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) menumpang kenderaannya telah disalah ertikan apabila dia didakwa cuba menculik gadis tersebut, hari ini.
Terdahulu, video berdurasi 26 saat tular di laman sosial memaparkan seorang wanita yang mengaku ibu kepada remaja tersebut bersama orang awam cuba menghalang kereta yang dipandu warga emas itu termasuk menyerangnya kerana didakwa cuba menculik dan melarikan remaja tersebut.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, berdasarkan siasatan, pengadu (ibu mangsa) yang berumur 54 tahun bersama anaknya (mangsa) yang berusia 16 tahun telah pergi ke sebuah warung di hadapan sebuah bank di Bandar Country Homes untuk membeli sarapan sekitar pukul 9 pagi.
“Sebaik selesai membeli sarapan, pengadu menyedari anaknya telah tiada dan peniaga yang berada di kawasan berhampiran memaklumkan anaknya itu telah mengikut seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna kelabu.
“Hasil siasatan awal mendapati seorang kenalan pengadu telah memuat naik video kejadian yang berlaku ke beberapa kumpulan aplikasi WhatsApp sehingga kenderaan yang membawa anaknya berjaya ditemui orang awam di Saujana Rawang sekitar pukul 12.30 tengah hari, pada hari yang sama.
“Bagaimanapun, pengadu mendapati anaknya dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, siasatan juga mendapati ketika mangsa bersama pengadu di gerai tempat untuk membeli sarapan, mangsa telah berjalan seorang diri tanpa pengetahuan pengadu dan telah menahan kenderaan yang dipandu warga emas itu.
“Warga emas yang menaiki kenderaan tanpa penumpang lain itu berhenti dan membenarkan mangsa menaiki kenderaannya dengan beranggapan remaja tersebut meminta pertolongan.
“Bagaimanapun, warga emas berkenaan tidak pasti arah tuju hendak membawa mangsa kerana mangsa tidak berkata apa-apa sehinggalah ditahan oleh beberapa buah kenderaan dan orang awam di sekitar Saujana Rawang dan menuduhnya cuba membawa lari mangsa,” ujarnya.
Menurut beliau, daripada siasatan yang dijalankan, pihak polis mengesahkan tiada elemen culik atau melarikan dengan cara yang salah sepertimana yang ditularkan, lapor KOSMO online.
“Dalam kes ini, pengadu telah membuat penarikan laporan polis yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kes orang hilang,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PKD MARAN SIASAT GAMBAR SAMBUTAN HARI BAPA TIMBALAN MENTERI
KUANTAN – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Maran sedang menyiasat penularan gambar Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menyambut Hari Bapa, hujung minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, siasatan itu dilakukan seperti arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, selepas gambar Ahli Parlimen Maran yang dipercayai menyambut Hari Bapa di kediamannya, dekat Maran, tersebar sejak malam kelmarin.
“Gambar itu dirakam oleh jurugambar kementerian beliau (Ismail) dan ia kemudiannya menghantar (gambar berkenaan) melalui kumpulan Whatsapp, hanya untuk simpanan mereka.
“Difahamkan, kehadiran pada majlis itu adalah kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Pejabat Parlimen Maran bagi tujuan penyediaan bungkusan barangan sumbangan bantuan mangsa Covid-19 Parlimen Maran serta perbincangan untuk menggalakkan pendaftaran vaksin bagi kalangan masyarakat Orang Asli di bawah Parlimen Maran,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang bentuk majlis atau perhimpunan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Pada Isnin tular di media sosial gambar Ismail bersama sembilan individu dipercayai mengadakan jamuan meraikan Hari Bapa di kediaman pemimpin UMNO itu.
Gambar tersebut dimuat naik seorang pengguna di laman sosial Facebook bersama keterangan ‘Majlis Sambutan Hari Bapa di kediaman YBTM KPKT’ dengan bertandakan lokasi di Sungai Ling, Maran, Pahang.
Netizen memberikan pelbagai reaksi termasuk mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Maran itu mengadakan jamuan dengan melibatkan aktiviti kunjung-mengunjung ketika negara sedang bergelut menangani penularan wabak Covid-19.
Bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada sembilan individu dalam foto tersebut merupakan ahli keluarga timbalan menteri berkenaan dan bila tarikh jamuan serta foto itu dirakam.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG: Di media sosial memaparkan seorang lelaki yang tidak memakai pelitup mulut dan hidung serta memakai “gelang merah jambu” berada di sebuah stesen minyak di Batu 1, Bentong, kira-kira jam 2.00 petang, yang ditularkan hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki warganegara tempatan berusia 25 tahun itu yang sedang mengisi minyak tanpa memakai pelitup mulut dan hidung dirakam gambarnya oleh orang awam.
“Siasatan awal pihak polis, mendapati lelaki terbabit dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bentong untuk memotong gelang pengawasan merah jambu itu.
Gelagat seorang lelaki yang tidak memakai pelitup mulut dan hidung dan memakai “gelang merah jambu” sempat dirakam oleh orang awam di Stesen Minyak Batu 1, Bentong, hari ini
“Namun, kereta yang dipandu lelaki terbabit dipercayai kehabisan minyak dan berhenti di stesen itu untuk mengisi minyak dan sempat dirakam oleh orang awam gelagatnya,” katanya.
Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, perbuatan cuai yang mungkin merebakkan kejangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan Seksyen 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
“Sesiapa yang melanggar, mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini atau mana-mana arahan Ketua Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa melakukan suatu kesalahan dan boleh disabitkan akan denda tidak melebihi RM 50,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-keduanya sekali.
“Orang ramai dinasihatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP), khususnya dalam pemakaian pelitup mulut dan hidung di tempat awam serta menjaga penjarakan fizikal,” katanya.
Katanya, sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang bertentangan dengan SOP boleh disalurkan kepada Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Saujana Utama, 21 Jun 2021 – Bertindak di atas maklumat orang awam, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dan Balai Polis Saujana Utama telah menjalankan Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar Jalan Bukit Cherakah petang semalam.
Bermula pada jam 4 petang dan tamat pada jam 12 tengah malam, seramai 5 Pegawai Kanan Polis dan 28 Pegawai Rendah Polis terlibat dalam operasi tersebut.
Sepanjang operasi, seramai 58 orang dan 51 motosikal telah diperiksa manakala sebanyak 218 keping saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan jalan raya, lapor Polis Daerah sgbuloh.
Selain itu, sebanyak 14 buah motosikal telah disita di atas kesalahan tiada lesen, LKM dan ubah suai motosikal. Manakala 26 kompaun dikeluarkan di atas kesalahan pelanggaran Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON – Seorang pelakon dari Britain mendedahkan telah jatuh cinta dengan makhluk asing selepas dia kononnya diculik oleh sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) pada bulan lepas, lapor akhbar Daily Star semalam.
Abbie Bela mengakui sebelum ini, dia pernah bergurau mengenai keinginannya untuk diculik oleh makhluk asing kerana sudah ‘letih’ dengan lelaki dari Bumi.
“Sejak itu, saya mula bermimpi melihat lampu berwarna putih pada setiap malam. Pada satu malam, terdapat satu suara dalam mimpi saya yang berkata, ‘tunggu di tempat biasa’.
“Pada keesokan malamnya, ketika saya tertidur di tepi tingkap rumah yang terbuka, satu objek muncul dari luar rumah.
“Saya dapat lihat lampu terang berwarna hijau dan secara tiba-tiba saya dibawa masuk ke dalam UFO tersebut,” katanya.
Tambah wanita itu, terdapat lima makhluk asing di dalam UFO tersebut dan mereka mempunyai anggota badan seperti manusia, namun kelihatan amat tinggi dan kurus.
“Satu daripada makhluk asing itu tertarik kepada saya.
“Saya turut merasakan perasaan yang sama. Kata makhluk asing itu, saya perlu bersetuju untuk tinggal bersama mereka, namun saya menolak kerana bimbang akan diculik buat selamanya,” ujarnya.
Bela mendakwa dia dihantar pulang dengan selamat ke rumahnya selepas 20 minit, lapor KOSMO online.
Dia kini berharap agar makhluk asing itu datang kembali dan membawanya tinggal di angkasa lepas.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew (1915-1995) atau dikenali sebagai “Mr Honda” merupakan pengasas Boon Siew Honda. Loh dilahirkan di Hui-An, Daerah Fujian, China. Dia menghabiskan zaman kanak-kanaknya mengumpul najis babi yang berguna sebagai bahan bakar untuk mendapatkan duit. Ketika berusia 12 tahun, dia tiba di Pulau Pinang menaiki sebuah bot kecil dari China.
Dia hanya mampu bertutur dalam bahasa Hokkien. Ketika baru tiba dia bekerja sebagai pelatih mekanik kereta dengan upah 3 ringgit sebulan. Dia tinggal dalam kuarters pekerja ‘kolie keng’ di 4, Katz Street, Pulau Pinang dan dia menambah pendapatan dengan mengambil upah membasuh bas dengan bayaran 10 sen setiap buah.
Ketika berusia 18 tahun, Loh membeli 11 unit bas pertamanya dengan menggunakan simpanan 2,000 ringgit. Dia membaiki bas tersebut dan menjualnya dengan harga 12,000 ringgit. Kemudiannya dia membeli 39 unit bas yang lain.
Pada tahun 1942, kesemua wang hasil keringatnya dirampas oleh tentera penjajah Jepun semasa Perang Dunia ke 2. Tetapi Loh tidak berputus asa, selepas 1945 setelah Jepun kalah, dia mula menjual basikal dan peralatan motorsikal, kemudian dia mengembangkan perniagaannya untuk menjual kereta terpakai dan juga bas.
Pada tahun 1950-an, Loh membuat langkah pertama dalam pembangunan hartanah dengan membina vila di Taman Saw Kit dan Jalan Loh Boon Siew di Pulau Pinang.
Pada tahun 1958, ketika bercuti di Jepun Loh melihat motosikal Honda Super Cub sangat mendapat sambutan.
Dia percaya bahawa mesin berkos rendah pasti akan mendapat pasaran yang meluas di Malaysia yang sedang membangun. Loh mengatur perjumpaan dengan Mr. Soichiro Honda kerana menyedari potensi besar Honda. Sebagai tanda ikatan kepercayaan dan hormat yang semakin mendalam, Japanese Honda Motor Co Ltd kemudian melantik Boon Siew sebagai pengedar tunggal motorsikal Honda di negara ini pada ketika itu, 50 unit Honda 4-stroke cub dibawa masuk ke Malaysia.
Beberapa tahun kemudian kilang dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motosikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub menjadi motosikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk motosikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Perkataan Kapcai berasal dari Honda Cub yang bermaksud motosikal kecil, sumber FB
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SAFIEY CERITA KISAH DIPENJARA BANGGA TAK TUMBUH MISAL
KUALA LUMPUR – “Saya ditahan bersama Fifi (@pipinatasha), kami tak nampak tahanan ang lain, hanya dengar suara saja. Rasanya tak sampai 10 orang. Seksa tau lima hari dalam lokap. Tidur atas lantai simen je, tak ada selimut atau bantal. Berbantalkan lengan saja. Makan macam gelandangan sikit, tapi okeylah tak ada masalah pun. Kami diberi makan tiga kali sehari iaitu pukul 8 pagi, 2 petang dan 6 petang.
“Mujur ada juga pegawai polis yang baik hati berkongsi makan ayam penyet dan sardin yang isteri bekalkan. Sebagai balasan saya tolong cuci pinggan. Sepanjang lima hari itu juga kami tak mandi sebab nanti nak kena basuh sambut. Cuma, muka itu cucilah pagi-pagi macam biasa. KIta tetap kena pose,” cerita usahawan komestik dan penyanyi, Safiey Illias.
Safiey mengakui sudah dibebaskan selepas ditahan reman selama lima hari. Kongsi Safiey menerusi sesi siaran langsug pada Rabu, dia memaklumkan mendapat layanan yang baik sepanjang berada di lokap. Tambah Safiey, dia ditahan di kediamannya di Pahang sebelum dibawa ke balai polis Bangi untuk siasatan.
“Saya dibawa menaiki kenderaan polis dari Pahang ke Bangi, saya faham dan tiada masalah pun saya menberikan kerjasama. Keluar dari rumah, saya hanya membawa barang dengan beg plastik sahaja dan tak pakai bra pun. Sebab nanti selepas keluar dari lokap pun sayakena buang bra sebab bawa malang. Mujurlah saya juga bukan orang senang tumbuh bulu, jadi saya tak keluar dengan bermisai dan tiada masalah sepanjang tahanan.
“Perkara yang saya risaukan adalah layanan polis, saya takut hak asasi saya dicabuli. Selagi mereka (polis) berlembut, saya tiada masalah. Kalau ada, saya sudah laporkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Pengguna Malaysia (Suhakam). Kita bukan pondan-pondan tak cerdik,” katanya.
Safiey memberitahu dia sebelum ini pernah tiga kali ditahan di lokap namun tempoh itu hanya sehari, berbanding kali ini hingga reman dilanjutkan menjadi lima hari. Kata Safiey, dia tetap memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat untuk melanjutkan tempoh tahanan reman kerana enggan kedaulatan undang-undang negara di perlekehkan masyarakat.
“Kali ini saya bagi muka. Saya tak nak timbul spekulasi negatif masyarakat dan kasihankan pihak polis berdepan tohmahan negatif masyarakat. Berhubung apa tindakan selanjutnya selepas saya dibebaskan itu terserah kepada pendakwaan sama ada saya akan didakwa atau tidak.
“Mereka melepaskan kami sebab tiada keputusan dan mereka tak boleh dakwa di mahkamah. Jadi mereka tak boleh reman lagi sebab sudah maksimum. Oleh itu, reman saya ditolak dan saya tak perlu keluarkan duit untuk keluar. Sepatutnya reman saya cuma tiga hari, tapi dua hari selanjutnya saya beri muka. Jadi, saya sudah memberikan kerjasama selama lima hari, jika harapnya tiada lagi isu berbangkit,” ujarnya.
Kata Safiey, dia sudah bersedia selepas tular video rakaman siaran langsung bersama dua lagi kanak-kanak bawah umur minggu lalu. Ditanya tentang keadaannya bergari dan tidak berselipar, kata Safiey dia hanya memenuhi impian netizen untuk melihatnya dalam keadaan sedemikian. Lima hari berada di dalam tahanan memberikan sedikit sebanyak kesedaran kepada Safiey dan temannya, Fifi.
“Kes saya bukan kes jenayah. Ini cuma kes biasa. Apabila tak melibatkan jenayah saya tak perlu ditangkap, tapi apabila mendapat panggilan itu saya berikan kerjasama penuh. Apabila kes saya viral, ramai nak tengok ratu pakai baju purple, jai saya nak sedapkan hati masyarakat saya turutkan. Kenapa kena gari? Kenalah ‘in’ nant tak nampak macam kena tahan. Kalau saya lari juga, nanti orang persoalkan polis tak buat kerja.
“Lima hari yang berbaloi, saya patuh pada siasatan… Itu dah merit. Bukan sombong tapi kebanggaan supaya orang nampak kita bagi kerjasama kepada polis. Apapun, ia bukan bayangan drama, kami okey dalam tu. Aku pun dah biasa tidur di lantai jadi tak pelik.. Sekurang-kurangnya boleh mengimbas semula zaman kanak-kanak dahulu dan kehidupan orang yang susah,” jelasnya, lapor artis Malaysia fb
Safiey dan Fifi ditahan pada 10 Jun lalu bagi membantu siasatan berhubung kes membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur menerusi Instagram Live. Laporan polis turut dibuat oleh pensyarah universiti tempatan berdasarkan tiga kesalahan berkaitan akta dan peraturan di Malaysia.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PULAU PINANG: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati tiga keping wang kertas bernilai RM50 mempunyai nombor siri yang sama apabila mengeluarkan wang tersebut daripada sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM) di sebuah bank, di sini, hari ini.
Mata wang kertas bernilai RM50 yang dikeluarkan daripada mesin pengeluaran automatik di sebuah bank di Pulau Pinang mempunyai nombor siri yang sama.
Lelaki itu terkejut apabila menyedari wang kertas itu mempunyai nombor siri yang sama.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Rakaman video tular yang memaparkan kelibat seorang nenek melintas jalan di Jambatan Binjai Manis Ketereh, Kelantan pada jam 3 pagi baru-baru ini akhirnya terjawab apabila individu tersebut disahkan manusia biasa.
Perkara itu didedahkan pengendali laman Facebook Hello Kelantan yang memuat naik gambar warga emas tersebut hari ini namun maklumat seperti nama, umur dan mengapa dia berjalan bersendirian tidak diketahui.
“Ini mak cik yang dipercayai ditemui pada pada jam 3 pagi di kawasan Jambatan Binjai Manis Ketereh yang tular di media sosial baru-baru ini sehingga menimbulkan pelbagai persepsi.
“Bahaya berjalan seorang diri malam-malam. Semoga Allah panjangkan usia dan permudahkan urusan mak cik,” tulis kapsyen hantaran tersebut.
Video dengan muzik latar yang agak menyeramkan itu sebelum ini menarik perhatian netizen yang kebanyakan mereka menyifatkan warga emas berkenaan sebagai jelmaan makhluk halus.
“Mungkin mak cik ini ada penyakit nyanyuk atau sebagainya. Tolonglah pantau kasihan dia,” kata seorang pengguna media sosial bernama Nur Nunu.
“Bahaya mak cik awal-awal pagi lintas jalan dalam gelap. Kereta laju-laju semua bimbang jika jumpa penyamun, haiwan buas. Kami doa mak cik sihat dan kalau hendak keluar bawa lampu suluh,” tulis netizen bernama Ayzoll AZ.
“Biasanya kalau jumpa jam 2 pagi hingga 5 pagi itu mungkin orang kampung hendak pergi menoreh getah. Orang dulu-dulu memang hati kental,” ulas seorang lagi netizen. – K! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!