KUANTAN – Pembinaan jajaran Central Spine Road (CSR) Simpang Pelangai adalah antara projek pembangunan yang mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkunjung ke Pahang semalam.
Dalam taklimat berkaitan pembangunan di Pahang, projek CSR Karak-Simpang Pelangai adalah antara projek kritikal yang perlu diberi perhatian khusus oleh Kementerian Ekonomi dan kementerian lain yang berkaitan.
Dalam pada itu, ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam melalui hantaran di Facebook miliknya berharap taklimat berkenaan akan membantu mempercepatkan lagi semua projek pembangunan di Pahang.
“Semoga dengan taklimat khas dibawakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan daripada Kerajaan Persekutuan.
“Sokongan ini amat penting demi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Pahang Darul Makmur,” katanya.
Amizar yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, sentiasa berharap supaya projek CSR Karak-Simpang Pelangai menjadi kenyataan supaya memberi limpahan pembangunan yang lebih sistematik di kawasan DUN Pelangai.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jangan politikkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) negeri Pahang.
JERANTUT – Jangan politikkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Kerajaan Pahang di bawah Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada kira-kira 16,800 orang murid sekolah menengah dan rendah di negeri ini bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Kumpulan B40.
Ketua UMNO Jerantut yang juga wakil Menteri Besar Pahang, Haris Salleh Hamzah berkata, bantuan ini tidak wajar dilihat dari aspek politik kerana kerajaan negeri sememangnya bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyat khususnya nasib kumpulan B40 terbela khususnya perbelanjaan keperluan peralatan persekolahan.
“BBP ini berkonsepkan kongsi rezeki melibatkan 29 kluster dan tetap diteruskan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada tahun ini untuk meringankan beban keluarga B40 yang dikenalpasti di seluruh negeri.
“Inisiatif seperti ini juga berasaskan kestabilan politik dan ekonomi kerajaan negeri yang mana pada tahun lalu sahaja berjaya mengutip hasil cukai sebanyak RM1.08 billion dan hasil itu dikembalikan semula kepada rakyat melalui konsep berkongsi rezeki,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan BAP Pahang tahun ini peringkat Parlimen Jerantut di Felda Padang Piol dekat sini, semalam.
“Memang tiada ada unsur politik dan janganlah diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk menjerat pemikiran rakyat kerana sememangnya hasrat kerajaan negeri ingin meningkatkan mutu pendidikan dan melahirkan generasi yang pintar bagi mendepani cabaran pembangunan negeri ini pada masa akan datang.
“Pada hari ini seramai 215 pelajar menerima BAP dan merupakan sebahagian daripada 16,800 orang murid di negeri ini melibatkan inisiatif peruntukan bernilai RM1.5 juta daripada Yayasan Pahang,” katanya.
Di program itu, Haris Salleh telahpun menyampaikan bantuan berupa beg sekolah, alat tulis, dan botol air kepada seramai 215 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Padang Piol, SK Felda Sungai Retang, SK Pasir Durian, SK Chebong, manakala pelajar dari dua buah sekolah menengah, iaitu SMK Felda Padang Piol dan SMK Felda Sungai Retang di dalam kawasan DUN Tahan.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut mengagih kira-kira 1,000 bungkus bubur lambuk kepada penduduk di bandar ini di perkarangan balai polis, di sini, semalam.
Superintenden Azman Mat Kamis
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, dana untuk menyediakan juadah itu daripada sumbangan pegawai dan anggota IPD di sini bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang mesra antara Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan orang awam.
“Program penyediaan bubur lambuk sebagai serampang dua mata menjalinkan kerjasama erat antara pegawai dan anggota balai serta dengan komuniti setempat bagi membantu pencegahan jenayah serta jaminan kesejahteraan dan keselamatan.
“Pasukan memasak bermula pada jam 10 pagi hari ini melibatkan enam kawah bubur lambuk dilakukan secara bergotong-royong oleh 50 orang ketua bahagian, pegawai kanan, anggota rendah serta ahli Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Jerantut,” katanya selepas mengagihkan bubur Asyura di sini , semalam.
Azman berkata, seramai 30 orang pegawai serta anggota yang sama terlibat mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk yang berkenderaan yang melalui perkarangan balai polis di bandar lama Jerantut mulai pada jam 4 petang.
Seorang penerima bubur lambuk, Ismail Saad (47) berkata, program seperti ini sangat baik dan perlu diadakan secara tahunan bukan sahaja PDRM, sebaliknya semua agensi kerajaan dan swasta bagi mengimarahkan bulan Ramadan.
“Selain itu, ibarat berkongsi rezeki antara penyumbang dengan orang ramai, walaupun sekadar bubur lambuk tetapi sangat bernilai dari sudut sedekah terutama di bulan mulia ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Nikmati selera Pantai Timur di Shahzan Hotel Kuantan
KUANTAN – Saban tahun, nikmat berbuka puasa di Kafe Puteri Teja, Shahzan Hotel Kuantan di sini, tak pernah mengecewakan.
Sempena Ramadan kali ini, hotel ini menyediakan juadah yang pasti membuatkan tetamu ‘kecur air liur’ dengan pelbagai menu makanan masyarakat Pantai Timur yang menyelerakan.
Nasi Arab, Serawa Durian, Kambing Bakar, Gulai Udang Kelantan, Sup Kambing , Nasi Kerabu, Bingkai Ubi dan Laksa Terengganu antara juadah yang tersedia.
“Tidak lupa juga makanan dan lauk-pauk enak dari negeri ini antaranya, Patin Masak Tempoyak dan Opor Daging,” kata Pengurus Besar Shahzan Hotel Kuantan, Charles Peter.
Tambahnya, bufet Ramadan ini bermula 12 Mac lalu hingga 8 April ini dan boleh dinikmati dengan harga RM85 untuk dewasa dan RM45 (kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun).
Selain itu, katanya, Shahzan Hotel Kuantan menawarkan Promosi Bilik Ramadan untuk musim perayaan tahun ini.
“Kita menawarkan bilik standard pada harga RM208 seorang dan RM298 (berdua) untuk semalam yang mana tetamu turut dijamu dengan sahur dan iftar.
“Tawaran ini hanya boleh ditebus secara tempahan langsung atau menerusi laman web kami mulai 12 Mac hingga 9 April nanti,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tradisi Geng Mangkuk Tingkat diteruskan di Pelangai
BENTONG – Sudah menjadi tradisi setiap kali ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam balik kawasan, dia akan menyantuni seberapa ramai penduduk yang sempat ditemui.
Kunjungan itu lebih bermakna ketika bulan Ramadan dengan konsep Geng Mangkuk Tingkat yang diperkenalkannya.
Melalui hantaran di Facebook miliknya, Amizar memaklumkan dia meluangkan masa sebelum berbuka puasa dengan ‘berjalan-jalan’ di sekitar Kampung Shafie, dekat Simpang Pelangai.
“Macam biasa lah, juadah berbuka serba sedikit dalam mangkuk tingkat, barangan asas dan sumbangan ikhlas daripada saya kepada rumah-rumah yang saya sempat ziarah tadi,” katanya.
Amizar kemudiannya ke Masjid Kampung Shafie untuk bersama kariah dan jemaah berbuka puasa.
“Kita buat konsep ‘pot luck’ sebab Kampung Shafie ini memang terkenal, makanan semuanya sedap belaka.
“Konsep ‘pot-luck iftar’ ini saya bawakan dengan niat cuma satu, nikmat yang dikongsikan bersama membawa keikhlasan dan kesederhanaan dalam makanan membawa keberkatan.
“Hujungnya kita mahukan pahala dan ukhwah yang tiada tolok bandingnya… lagi-lagi dalam bulan suci Ramadan ni,” katanya lagi.
Selain itu katanya, konsep ‘pot luck’ juga dapat menyelami suasana Ramadan di Palestin, di mana saudara seagama kita menjalani ibadat puasa dengan serba sederhana.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Satu sesi libat urus antara pihak ibu pejabat FELDA bersama Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam diadakan, hari ini.
Sesi itu berlangsung di pejabat Exco di Wisma Sri Pahang, dekat bandar raya Kuantan.
Berkongsi mengenai sesi berkenaan, Amizar berharap ia dapat membuka jalan untuk mempermudahkan urusan antara kerajaan Pahang dan FELDA.
“Hari ini saya dikunjungi wakil Jabatan Pengurusan Aset dari Ibu Pejabat FELDA dan pembekal.
“Ia bagi membincangkan beberapa perkara berkenaan pelan kerja FELDA dan Kerajaan Negeri Pahang.
“Semoga dipermudahkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Sejurus sesi libat urus itu, Amizar meneruskan program rasminya sebagai ADUN Pelangai dengan menghadiri satu pertemuan bersama penduduk di Kampung Shafie, dekat Simpang Pelangai, Bentong.
Difahamkan pertemuan itu yang turut dihadiri wakil dari pejabat veterinar Bentong, adalah bagi berbincang berkaitan tindakan segelintir pemilik lembu membiarkan ternakan mereka ‘lepas-bebas’ hingga mengakibatkan kemalangan.
“Banyak perkara dibincangkan mengenai isu lembu dan haiwan ternakan berkeliaran di jalan raya.
“Isu dah lama, selalu berlaku dan tidak pernah selesai.
“Kita buat keputusan hari ini, selesai hari ini juga,” katanya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN – Peralihan monsun sejak awal bulan ini yang membawa cuaca panas dan kering menyaksikan kawasan Sungai Pahang berdekatan Kampung Pesagi, Maran berubah menjadi beting pasir.
Keadaan itu menimbulkan masalah kepada penduduk di sepanjang jajaran sungai berkenaan yang kebanyakannya mencari rezeki sebagai nelayan sungai dan menternak ikan sangkar.
Mohd Yusuf Mat Amin, 63, berkata ketiadaan air di alur sungai itu memaksanya mudik ke hilir Sungai Pahang untuk menangkap ikan.
“Kejadian air kering di alur sungai ini sudah biasa berlaku, cuma setiap tahun ia makin teruk.
Mohd Yusuf Mat Amin…..
“Macam tahun lepas pun ada juga (berlaku), tapi dalam bulan Julai atau Ogos.
“Tahun ini awal lagi dah jadi begini, susah sikitlah untuk kami yang cari rezeki di sungai,” katanya.
Dia memaklumkan terdapat kira-kira 20 penduduk di situ yang menjadi nelayan sungai dan berdepan kesukaran untuk mendapatkan hasil tangkapan.
“Benda ini berlaku setiap tahun, sejak awal tahun 2000 kalau tak silap saya, tapi belum nampak lagi usaha nak atasi masalah ini.
“Kalau boleh saya harap kerajaan Pahang korek pasir di sini, di bahagian sungai yang dah jadi beting pasir supaya bolehlah air sungai mengalir ke kawasan sebelah sini,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Setafar Chek, 65, pula memberitahu alur sungai yang kering itu merangkumi keluasan hampir tiga kilometer dan mendakwa ramai pengusaha ikan sangkar mengalami kerugian puluhan ribu ringgit setiap kali fenomena itu berlaku.
Katanya, jajaran sungai berkenaan merentasi Kampung Pesagi, Kampung Sanding dan Kampung Sawah yang menempatkan puluhan sangkar ikan patin dan tilipia diternak penduduk setempat.
“Minggu lepas ada pemilik sangkar menjual secara lelong ikan ternakan kerana tak sanggup menanggung kerugian.
Setafar Chek…
“Sangkar mereka dah terapung atas pasir, air semua dah kering jadi macam mana nak simpan lagi ikan.
“Daripada rugi baik dia jual murah-murah, kalau dibiarkan memang mati semua ikan sungai itu,” katanya.
Dia juga bersetuju jika kerajaan Pahang mengambil pasir di kawasan berkenaan untuk tujuan mendalamkan semula alur sungai itu.
“Seberang (sungai) sana ada orang korek (lombong) pasir, jadi sebelah sana air tak kering macam di sini.
“Aktiviti itu mencipta lubuk ikan dan membantu kami nelayan sungai meningkatkan hasil tangkapan.
“Kalau sebelah sini pun boleh korek juga pasir, rasanya adalah air di alur sungai kampung kami,” katanya.
Ditanya sama ada aktiviti melombong pasir di sungai bersebelahan menjadi punca alur sungai kering itu, Setafar menafikan fenomena berkenaan ada kaitan dengan aktiviti berkenaan.
Katanya, kejadian alur sungai kering itu berpunca daripada cuaca panas melampau dan ketiadaan hujan untuk tempoh lama.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Kesibukan sejak dilantik sebagai exco tidak menghalang Datuk Amizar Abu Adam daripada menyantuni penduduk di FELDA Kemasul, dekat sini.
Beliau mencuri peluang hujung minggu lalu untuk singgah di FELDA berkenaan dan bertemu dengan warga peneroka dan generasi kedua.
“Saya ronda ziarah peneroka dan anak peneroka FELDA Kemasul pagi tadi.
“Dalam kesempatan itu, saya ziarahi mereka yang uzur, pesakit terlantar dan penghidap sakit kronik.
“Sedikit sumbangan turut disampaikan kepada mereka dan berharap semua yang menghadapi masalah kesihatan akan segera diberi kesembuhan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Amizar yang juga anak jati FELDA Chemomoi menganggap peluang diberikan kepadanya sebagai wakil rakyat kawasan DUN Pelangai adalah satu amanah berat.
Namun katanya, kepercayaan diberikan pengundi menjadi pembakar semangat untuknya memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua penduduk di situ.
“Selepas dua hari di Pelangai, saya akan ke Lipis untuk dua program rasmi bersama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Kita jumpa lagi selepas ini warga Pelangai Kita,” katanya.– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bazar Ramadan Cashless di Sungai Koyan yang pertama di Pahang
LIPIS – Bazar Ramadan Cashless di Sungai Koyan di sini yang pertama di Pahang menjadi indikator untuk dilaksanakan di seluruh Bazar Ramadan secara berperingkat-peringkat seluruh negeri akan datang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif dengan kerjasama Agrobank itu dalam usaha memperkasakan penjaja-penjaja kecil menguasai perniagaan transaksi tanpa tunai.
Menurutnya, Agrobank telah menganjurkan 19 buah Bazar Ramadan Cashless di seluruh negara termasuk enam Bazar Ramadan membabitkan daerah Temerloh, Lipis, Bentong, Bera, Jerantut dan Sungai Koyan.
“Bazar Ramadan ini yang pertama, Koyan yang pertama lah untuk bazar Ramadan disyorkan kita buatlah atau diminta tengok keadaan sambutan bagus kita akan laksanakan di Pahang dan akan bekerjasama dengan Agrobank untuk melaksanakan Bazar Ramadan di seluruh negeri pada masa akan datang kerana ternyata memberi kebaikan dalam urusniaga.
“ Pelanggan tidak perlu membawa wang tunai dalam membelanja membeli juadah berbuka puasa tetapi hanya melalui paparan kod QR yang selari norma baharu dunia perniagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran Program Cashless Agrobank – Bazar Ramadan Cashless di Dataran Perniagaan FELDA Sungai Koyan ,Lipis Pahang
.
Tegas Menteri Besar, inisiatif Cashless Bazar Ramadan merupakan platform yang ideal bagi penjaja tempatan untuk menggiatkan penggunaan bayaran digital.
Bazar Ramadan Cashless adalah salah satu langkah proaktif untuk meningkatkan pendedahan kepada peniaga bazar Ramadan kepada transaksi tanpa tunai (cashless) termasuklah kemudahan perkhidmatan DuitNow QR, katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Harga juadah yang dijual di 82 lokasi bazar Ramadan seluruh Pahang boleh dikategorikan sebagai amat berpatutan dan murah.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, keunikan itu telah menarik ramai pengunjung bukan sahaja umat Islam tetapi pelbagai kaum dan bangsa berkunjung ke bazar bagi membeli aneka makanan dan minuman.
Di Pahang kita ada 3, 630 peniaga dan 4,510 tapak perniagaan membabitkan 82 lokasi dibawah anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak swasta.
“Dapat lihat dan memantau hari pun saya turun di baazar jelai setakat ini semalam dan satu perkara yang unit bazar ramadan negeri pahang ni harga amat berpatutan ada yang tersangat murah ada yang harga biasa ….kita seperti biasa kementerian dah ada platfrom untuk buat aduan dan kita bersama dengan kerajaan negeri pahang untuk kita buat aduan ..,,jangan viral facebook kita berbincang tengok apa sebab nya buat saja cerita rupanya cerita palsu. ” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Program Cashless Agrobank – Bazar Ramadan Cashless yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di tapak Bazar Ramadan Felda Sungai Koyan di Lipis ,Pahang
Dalam pada itu, Amizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai berkata, walaupun penguatkuasaan telah dijalankan bermula dari awal Ramadan namun sehingga kini tiada tindakan atau kompaun dikeluarkan kepada para peniaga bazar.
“Setakat ini tidak ada tindakan penguatkuasaan diambil kerana di dalam PBT kita telah maklumat dan taklimat awal kepada peniaga berkaitan kebersihan dan lain-lain kecuali peniaga yang tidak berdaftar dengan PBT.
“Walau bagaimanapun peniaga yang tidak berdaftar kita tidak saman tetapi nasihatkan mereka untuk bersama dalam program bazar Ramadan di peringkat Negeri Pahang,” jelasnya.
Beliau berkata, setakat ini juga tiada aduan daripada pengunjung berkaitan bazar Ramadan dan pihaknya yakin para peniaga akan mengekalkan prestasi dan mutu makanan mereka.
Tambah beliau, selain aduan, rakyat Pahang juga diseru memberi pandangan supaya dapat sama-sama menyumbang idea dan kebaikan sempena Ramadan ini.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!