KETUA UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said bukanlah nama asing dalam arena politik negara.
Dilahirkan pada September 1965, anak jati Kuala Krau ini mempunyai perjalanan politik penuh warna-warni.
Ismail mula dipilih sebagai ahli parlimen P87-Kuala Krau dalam pilihan raya umum ke-11 dan sejak itu juga, beliau tidak pernah jemu membawa pelbagai perubahan dan pembangunan di kawasan berkenaan.
Wataknya yang serius tetapi mudah mesra menjadi aset penting dalam pembentukan dirinya dan parti UMNO dan Barisan Nasional Pahang.
Ismail pernah bersekolah di Sekolah Menengah Al-Khariah Temerloh sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Islam Klang, Selangor.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan bertugas di pelbagai agensi sebelum menyertai politik.
Kecemerlangan Ismail dan ciri kepimpinan dimiliki menjadikan beliau adalah antara individu disegani kawan dan lawan.
Selepas menceburi politik, beliau memegang pelbagai jawatan penting antaranya dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada tahun 2010.
Ismail seterusnya diberi kepercayaan memegang jawatan lebih penting, sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat antara tahun 2013.
Selepas itu, bintangnya dalam pentadbiran negara semakin menyinar dan dipilih sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2020.
Ismail berjaya mempertahankan kerusi P87-Kuala Krau sehingga pilihan raya umum ke-14.
Namun pada pilihan raya umum ke-15, beliau akhirnya tewas melalui pertembungan tiga penjuru ketika itu.
Ismail menyifatkan kekalahan dalam pilihan raya berkenaan disebabkan permainan persepsi dilakukan pihak pembangkang sepanjang tempoh kempen berlangsung.
“Semua calon yang bertanding tidak seharusnya menyemai politik kebencian semata-mata demi meraih undi.
“Tindakan memburukkan saingan mereka tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang calon wakil rakyat.
“Politik kebencian dan sikap usik peribadi pesaing harus diberhentikan,” katanya yang kini masih setia bersama penduduk di Kuala Krau.
Sepanjang bergelar ahli parlimen Kuala Krau dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri dan Persekutuan, Ismail tidak pernah melupakan kawasan diwakilinya.
Banyak perubahan dan pembangunan dibawa untuk keselesaan dan kesenangan penduduk di situ.
Beliau juga mengakui agak jarang menghebohkan kebaikan dilakukannya dan lebih suka memberi peluang kepada pengundi menilai sendiri apa dilaksanakan sebelum ini.
“Kadang-kadang segala kebaikan dilakukan akan dilupakan hanya kerana satu kesilapan kecil yang kita buat.”
Datuk Seri Ismail Mohamed Said..
“Namun, ia tidak pernah mematahkan semangat untuk saya terus berbakti kepada penduduk di sini,” jelasnya.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Kira-kira 10 tahun lalu, penduduk di sekitar kawasan Kuala Krau hanya mengharapkan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Jerantut atau Jengka apabila berlaku kecemasan di situ.
Kesukaran itu disedari bekas ahli parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan dia berusaha mencari jalan agar sebuah balai bomba dapat dibina di kawasan berkenaan.
Selepas perbincangan dan pertemuan dengan pihak bertanggungjawab, akhirnya usaha dia berhasil selepas kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan pembinaan balai bomba di Kuala Krau.
Projek itu dianggarkan bernilai RM2.8 juta dan dimulakan pada tahun 2019.
Sebaik siap projek berkenaan, Datuk Seri Ismail meneruskan usahanya dengan menggalakkan penduduk mempelajari pengetahuan asas dalam aspek kebombaan.
Maka diwujudkan pula pasukan bomba sukarela, khusus untuk melatih penduduk supaya bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan bencana.
Bukan sahaja latihan mengawal kebakaran, tetapi turut diterapkan adalah operasi pemindahan mangsa banjir.
Balai bomba itu memiliki tiga bot penyelamat dan sebuah jentera yang mampu digerakkan apabila berlaku kecemasan.
Sebelum adanya balai bomba itu, jarak balai paling hampir adalah kira-kira 40 kilometer.
Balai bomba Kuala Krau siap dan mula beroperasi pada tahun 2022.
Ia dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan turut dihadiri Menteri KPKT ketika itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Ini adalah antara kisah yang tidak ramai penduduk Kuala Krau sedari.
Atas daya usaha dan khidmat bakti Datuk Seri Ismail, balai bomba berkenaan bukan sahaja menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk, bahkan meningkatkan imej dan kesiapsiagaan dalam menjamin keselamatan harta benda jika berlaku kebakaran di Kuala Krau.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bekas ahli parlimen Kuala Krau berani tunjuk sikap ‘gentleman’
TEMERLOH – Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 pada awal tahun 2020, pelbagai pihak tampil memberikan bantuan kepada rakyat.
Ketika itu, semua layak menerima bakul makanan – tidak kiralah mereka sokong kerajaan atau pembangkang – tetap tidak dipinggirkan.
Dan semasa COVID-19 ‘menggila’ di kawasan parlimen Kuala Krau, tidak lain tidak bukan, bekas ahli parlimen di situ juga yang sibuk ke sana sini menghulurkan bantuan sewajarnya kepada penduduk.
Itu antara jasa yang dilakukan Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan tidak ramai yang mengetahuinya.
“Dia banyak buat kerja sacara diam-diam.. tak suka hebohkan kepada orang.
“Ramai yang dia bantu ketika itu, pendek kata di Kuala Krau ini.. tidak ada keluarga yang perlu kibar ‘bendera putih’.. bantuan memang sampai,” kata seorang penduduk di situ.
Itulah juga ‘kelemahan’ Datuk Seri Ismail, kerana apabila orang tak tahu apa yang dia pernah buat, maka orang cakap dia tak buat kerja.
Namun, ia adalah bukti jelas bahawa Ketua Pemuda UMNO Kuala Krau bukan seorang pemimpin yang ‘gila publisiti’, tetapi lebih gemar bergerak secara senyap.
Sejak dua hari lalu, pelbagai pihak mengecam tindakan petugas stor simpanan barangan diuruskan Datuk Seri Ismail kerana membuang barangan dapur di tempat tidak sepatutnya.
Dan kesilapan petugas itu menjadi bahan untuk menyerang pemimpin berkenaan.
Sedangkan, semua barangan itu sudah dinyatakan sudah tercemar dan tidak lagi selamat untuk digunakan.
Maka, adakah adil untuk ‘menyerang’ bekas ahli parlimen Kuala Krau itu di atas kesilapan yang tidak dilakukan beliau?
Sedangkan Datuk Seri Ismail bertindak sebagai seorang ‘gentleman’ apabila mengaku kekhilafan pihaknya dalam hal menguruskan sisa barangan dapur terbabit.
“Orang lain mungkin akan pilih untuk berdiam diri.. tetapi bukan bagi Datuk Seri Ismail, dia ambil tanggungjawab dan mengakui kelemahan pihaknya.
“Bukankah itu sudah cukup bahawa dia ikhlas dan berani dalam memperbetulkan persepsi tidak tepat yang sedang disebarkan pihak tertentu,” kata seorang lagi penduduk.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SWCorp siasat isu lambakan barangan dapur di tapak pelupusan sampah
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang sudah memulakan siasatan isu tular sejak semalam membabitkan penemuan lambakan barangan keperluan asas di tapak pelupusan sampah haram dekat Rumpun Makmur, Temerloh.
Pengarahnya, Sharudin Hamid berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672).
Dia turut mengesahkan tapak pelupusan sampah haram itu sudah beroperasi sejak 2014 di atas tanah milik Felcra.
“Keluasan tapak pelupusan sampah itu kira-kira 0.1 hektar dan diuruskan pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Rumpun Makmur,” jelasnya dalam sidang media di pejabat SWCorp Pahang, dekat Kuantan, hari ini.
Sharudin memaklumkan tapak itu juga sudah diarah tutup oleh pasukan penguat kuasa SWCorp pagi tadi dan siasatan lanjut masih dijalankan berkaitan kejadian itu.
Katanya, siasatan turut membabitkan pasukan penguat kuasa daripada Padiberas Nasional (Bernas) dan Majlis Perbandaran Temerloh.
“Walaupun sudah ada pihak mengaku bertanggungjawab dalam kejadian itu, namun siasatan tetap dijalankan dan saya difahamkan satu laporan polis turut dibuat oleh pihak berkaitan.
“Jadi, kita akan ambil tindakan berdasarkan bidang kuasa yang SWCorp ada,” katanya lagi.
Lewat petang semalam, beberapa keping gambar menunjukkan penemuan lambakan beras dan pelbagai barangan keperluan asas tular di laman sosial Facebook.
Lambakan barangan itu dikatakan dikesan di satu lokasi pelupusan sampah yang terletak di laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum, dekat Kuala Krau, Temerloh.
Sementara itu, bekas ahli parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said dalam satu kenyataan media hari ini mengakui lambakan barangan keperluan asas itu adalah dari gudang simpanan dikendalikan pihaknya.
Dia mendakwa barangan terbabit sudah mengalami kerosakan dan tidak selamat untuk diagihkan kepada penduduk sekitar.
“Saya mengambil tanggung jawab penuh terhadap isu pelupusan barangan yang berlaku ini.
“Beras dan barangan dapur ini merupakan stok simpanan yang sentiasa disediakan bagi memenuhi permintaan orang ramai ketika saya menjadi ahli parlimen Kuala Krau.
“Semua barangan ini menggunakan peruntukan peribadi, tidak membabitkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan atau kerajaan Pahang,” katanya dalam kenyataan itu.
Ismail turut menjelaskan punca barangan terbabit dilupuskan adalah disebabkan penemuan bangkai tikus dan beras dicemari bubuk atau kutu beras.
“Pada 5 April lalu, saya menerima aduan daripada jiran mengenai bau busuk dari gudang simpanan barangan terbabit.
“Hasil siasatan di stor simpanan menemui beberapa ekor bangkai tikus dan beras serta barangan dapur ini dicemari bubuk atau kutu beras, dan tidak sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai.
“Sebahagian daripada beras ini sudah diserahkan kepada penternak ayam dan itik di kawasan sekitar… manakala sebahagian lagi dilupuskan,” jelasnya.
Dia bagaimanapun mengulangi permohonan maaf dalam kekhilafan dalam memantau proses pelupusan barangan terbabit.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jambatan Agropolitan Chemomoi masih boleh ditambah baik
BENTONG – Walaupun projek pembinaan jambatan Agropolitan Chemomoi, dekat sini, sudah siap dan boleh digunakan, namun masih ada ruang untuk diperbaiki.
Ia perlu dibuat untuk menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna laluan itu.
ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam berkata, tinjauan dilakukan di situ petang semalam mendapati terdapat kesan lekuk yang agak bahaya jika dibiarkan.
“Saya lihat tadi lekuk pada pangkal dan hujung jambatan ini agak bahaya kalau dibiarkan begitu saja dalam tempoh jangka masa panjang.
“Saya dah berbincang dengan pihak kontraktor untuk menyelesaikan masalah ini.
” Insya-ALLAH semoga ianya dipermudahkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Amizar yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang turut berkongsi kenangan di jambatan itu.
“Kalau musim banjir teruk, sini lah kawasan ‘hot spot’ atau popular nak tengok air banjir.
“Alhamdulillah, jambatan ini telah pun siap dibina dan boleh digunakan oleh orang ramai,” katanya.
Dia turut berseleroh jika tahun depan kalau tiba musim raya nak pasang lampu kelap-kelip di sepanjang jambatan itu.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Puluhan beg beras, sardin dibuang pihak tidak bertanggungjawab
TEMERLOH – Sejak lewat petang tadi, tular di media sosial gambar puluhan beg beras dan tin sardin dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum.
Difahamkan, gambar itu dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial Facebook yang kebetulan melalui jalan berkenaan.
Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan yang dianggap membazir itu.
Namun, berdasarkan maklumat diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai, beras itu dibuang kerana sudah mengalami kerosakan akibat disimpan terlalu lama.
Seorang pengguna media sosial mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh seorang ahli politik yang tewas dalam pilihan raya umum ke-15.
Dakwanya, beras dan sardin berkenaan sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar daerah Temerloh dan Maran pada Januari lalu.
Namun, sehingga malam ini, belum ada pihak tampil mengaku dan menafikan dakwaan berkenaan.– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Sungai Tembeling dekat Kampung Bantal Seberang mula mengering ekoran musim kemarau
50 penduduk Kampung Bantal mengadakan solat istisqa’ di Ulu Tembeling, Jerantut
JERANTUT : Lima puluh orang jemaah penduduk Kampung Bantal menyertai solat sunat istisqa’ dua rakaat dengan diimamkan oleh Kadi Daerah Jerantut, Izzuddin Datuk Abd Mutalib di dataran berpasir, Kampung Bantal Seberang, kira-kira jam 11.30 pagi, hari ini.
Solat tersebut diadakan ekoran musim kemarau yang berlaku hampir kira-kira tiga bulan menyebabkan keadaan sungai tersebut semakin cetek dan menjadi seolah-olah padang pasir.
Kata Izzudin, mereka mengadakan solat sunat itu memohon kepada Allah SWT ampunkan segala dosa dan menurunkan hujan serta rahmat daripadaNya untuk menghindarkan daripada bencana lain
“Kita berikhtiar dan memohon daripada maha esa agar dapat menurunkan hujan khsusunya di Sungai Tembeling setersunya ke Sungai Pahang yang menjadi sumber pendapatan kebanyakan penduduk yang tinggal di persiisran sungai ini.
“Kita memilih lapangan solat sunat istisqa’ di dataran berpasir Sungai Tembeling untuk krana kawasan di daerah ini memandangkan fenomena El-Nino dan cuaca sangat panas berlanjutan hampir tiga bulan di kawasan ini,” katanya ,” katanya selepas menunaikan solat sunat tersebut di Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat sini, hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kontraktor diberi masa tiga minggu siapkan jambatan Bukit Gajah
BENTONG – Sepatutnya jambatan menghubung kampung Bukit Gajah, dekat Pelangai sudah siap dibina.
Namun atas beberapa masalah, ia tertangguh dan menyukarkan urusan harian penduduk di situ.
Sementara menunggu projek jambatan siap, satu laluan alternatif dibina oleh pihak kontraktor dengan kerjasama penduduk.
Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila laluan itu mengalami kerosakan ‘luar jangka’ susulan hujan lebat semalam.
Sebaik menerima aduan mengenai masalah berkenaan, ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam tidak menunggu lama dan terus meninjau permasalahan itu petang tadi.
“Saya mengambil maklum dari satu ‘posting’ yang dibuat mengenai satu ‘kejadian aneh’ di jambatan yang sepatutnya sudah siap dibina di Kampung Bukit Gajah.
“Sementara menunggu jambatan ini siap, satu jalan alternatif sementara telah dibina kerana laluan ini sering digunakan penduduk kampung ke kawasan tanah perkuburan.
“Tapi satu ‘kejadian aneh’ yang berlaku – jalan tersebut telah runtuh akibat hujan lebat.
“Tiada ‘basa-basi’ daripada saya, saya beri tempoh 21 hari mulai sekarang (hari ini) untuk jambatan ini siap dibina mengikut kriteria dan spesifikasi ditetapkan,” kata Amizar melalui satu perkongsian di laman sosial Facebook miliknya.
Dia yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang menegaskan keperluan dan keselamatan penduduk sentiasa menjadi keutamaan.
“Saya akan pantau rapat projek ini.
“Terima kasih kepada pihak kontraktor dan pihak terlibat di atas kerjasama diberikan,” ujarnya lagi.– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Selepas hampir seminggu meluangkan masa di Perlis atas urusan keluarga, Datuk Amizar Abu Adam kembali bertugas sejak malam tadi.
ADUN Pelangai itu menghadiri mesyuarat jawatankuasa penyelarasan jamuan Aidilfitri 2024 anjuran Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Pahang yang diadakan di bandar Bentong.
“Musim raya tak habis lagi, makanya berbincang untuk mengadakan jamuan hari raya Kerajaan Perpaduan peringkat Negeri Pahang nanti.
“Bila semua persiapan selesai nanti kita maklum jemputan yek,” kongsinya melalui satu hantaran di laman sosial Facebook.
Hari ini pula, Amizar selaku Exco FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang menghadiri mesyuarat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri di Bentong.
Sejurus mesyuarat, dia terus masuk pejabatnya di Simpang Pelangai untuk menyelesaikan beberapa perkara tertangguh sejak minggu lalu.
“Abang ni anaknya dapat tawaran ke IPTA, kita bantu apa termampu yek, janji anak dapat belajar dan membahagiakan ibu bapa dan keluarganya akan datang.
“Lepas ni nak terjah ‘kejadian aneh’ di jambatan Kampung Bukit Gajah.
“Standbylah…,” katanya.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kebakaran musnah rumah guru dapat perhatian UMNO Jerantut
JERANTUT – Seorang guru tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya hangus dalam kebakaran di Kampung Damak dekat sini, pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu turut mengorbankan 15 daripada 18 kucing dan 10 ekor burung peliharaannya.
Mangsa, Faridah Majid, 46, berkata, ketika kejadian dia tinggal seorang diri kerana ibunya, Mekalthom Awang, 80, berada di rumah adiknya, manakala seorang rakannya yang tinggal bersama balik ke kampung sempena cuti Aidilfitri.
“Ketika itu, saya nampak asap hitam berkepul-kepul dan apabila pintu bilik dibuka, api sudah marak.
“Saya segera keluar mengalihkan pacuan empat roda dan meminta tolong,” katanya.
Faridah berkata, selain kehilangan haiwan peliharaan, duit simpanan dan barang kemas dianggarkan bernilai RM20,000 juga hangus dalam kejadian itu.
“Buat masa ini, saya menumpang sementara di rumah anak saudara dan kerugian keseluruhan dianggarkan lebih RM100,000,” katanya.
Kejadian menimpa Faridah mendapat perhatian Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah yang diwakili ahli jawatankuasa UMNO bahagian, Razak Daud.
Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank, 556208122812 atas nama Faridah Majid.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!