KOTA KINABALU – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian di pantai sebuah pusat peranginan di Karambunai pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa Yusuf Suhaibon, 19, dikatakan bersama dua lagi rakannya sedang mandi di pantai terbabit.
Bagaimanapun, ombak deras melanda pantai berkenaan secara tiba-tiba dan menarik mangsa serta rakannya ke kawasan laut dalam.
Dua rakan mangsa dipercayai sempat menarik tangan mangsa namun arus deras mengakibatkan mereka gagal menarik mangsa ke tempat selamat.
Kedua-dua rakan mangsa difahamkan berjaya berenang ke tepi pantai sebelum meminta bantuan orang awam untuk menghubungi pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada pukul 8.58 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Polis Manggatal bergegas ke lokasi kejadian.
K! Online melaporkan, Operasi mencari dan menyelamat turut disertai pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas masih diteruskan oleh pihak berkuasa.
“Polis juga sudah mendapatkan maklumat mangsa daripada kedua-dua rakan dan pengadu kejadian ini,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN : Jenazah seorang lelaki terpaksa dibawa menggunakan bot selepas jalan menghubungkan kediaman mangsa di FELDA Jengka 3, di sini, terputus.
Menurut sumber, jenazah Azudin Ali yang merupakan seorang peneroka, meninggal dunia di Hospital Bandar Jengka pada 6 pagi tadi dan dibawa pulang ke kediamannya menggunakan bot.
Difahamkan, jenazah bekas imam masjid Jengka 3 tersebut terpaksa dibawa pulang menggunakan bot kerana jalan persekutuan Bandar Jengka- FELDA Ulu Jempul dinaiki air.
“Jenazah tersebut menaiki bot bermula di jalan Jengka berhampiran Bukit Gajah untuk ke seberang.
“Apabila tiba di Ulu Jempul, jenazah kemudian dibawa menaiki kenderaan jenazah ke kediamannya di FELDA Jengka 3, sepanjang enam kilometer,” katanya kepada SAHIH hari ini.
Sebelum itu, urusan membawa pulang jenazah agak berbahaya ekoran arus air yang deras.
Jenazah berkenaan bagaimanapun berjaya dibawa pulang ke kediamannya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jengka 3 selepas solat asar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ANGGOTA BOMBA BANTU DUA ORANG WARGA EMAS TERPERANGKAP KERANA RUMAHNYA DINAIKI AIR
JERANTUT: Khidmat bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Jerantut turut digunakan untuk membawa keluar warga emas itu yang terperangkap kerana rumahnya di Kampung Temin mula ditenggelami air sedalam kira-kira 1.2 meter akibat hujan tidak berhenti sejak petang semalam.
Anggota bomba memindahkan warga emas ke tempat selamat
Hujan berterusan sejak petang semalam, beberapa laluan keluar dari bandar Jerantut mula digenangi air dan menjejaskan perjalanan pengguna yang mahu balik ke destinasi masing-masing selepas bercuti panjang hujung minggu sempena cuti tahun baru, hari ini.
Antara laluan yang dinaiki air, Jalan Jerantut-Temerloh pula, air mula membanjiri seluruh permukaan jalan utama berdekatan jalan masuk ke Taman Wawasan dan Taman Saujana Putra, kenderaan kecil diharap berhati-hati.
Jalan utama Jerantut-Temerloh digenangi air di laluan masuk ke Taman Wawasan dan Taman Saujana Putra
Air turut naik di Kampung Temin berhampiran Giat Mara, terdapat beberapa kenderaan terperangkap di kawasan tersebut.
Sementara itu, Seorang penduduk Taman Inderapura, Jerantut, Abd Kasim Abd Rahman berkata, beliau menerima penggilan abang dan kakak iparnya yang uzur dan menggunakan kerusi roda memohon untuk berpindah kerana rumahya mula ditenggelami air.
Khidmat bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Jerantut turut digunakan untuk membawa keluar warga emas yang terperangkap kerana rumahnya di Kampung Temin mula ditenggelami air sedalam kira-kira 1.2 meter.
Manakala Jalan Jerantut-Benta, air naik di hadapan Klinik Cure and Care, tetapi masih boleh dilalui kenderaan
Dilaporkan Jalan ke di Felda Gelanggi 1 dan 3 termasuk beberapa jalan dalam kawasan Felda turut dinaiki air. Jalan dari Simpang Jengka Lapan ke Felda Sungai Tekam termasuk Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) turut dinaiki air.
Jalan ke Felda Gelanggi
Ketika laporan ditulis, hujan masih belum reda.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN : Seorang pemuda nyaris maut selepas motosikal yang dinaiki dibawa arus banjir di Jengka 3,di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya, lalu di bawa arus deras, bagaimana pun dia berjaya menyelamatkan diri dengan memaut pada ranting belukar sebelum naik ke tebing jalan.
Motosikal mangsa ditemui semula selepas keadaan banjir reda kira-kira jam 12 tengahari tadi dan dibawa naik ke tempat selamat dengan bantuan penduduk kampung.
Fenomena banjir di kawasan tanah rancangan felda terutama di Jengka 3, jarang berlaku kerana berada di kawasan tinggi, namun kejadian banjir kali ini menyebabkan beberapa tanah rancangan Felda Jengka turut dinaiki air secara mendadak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
4 PENDUDUK DITEMPATKAN DI PPS DEWAN JKKR JENGKA 24
JERANTUT: Empat penduduk dari satu keluarga di FELDA Jengka 24, di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), awal pagi tadi.
Mereka yang berusia antara 14 hingga 68 tahun itu tinggal di Blok 11 tanah rancangan berkenaan, kini ditempatkan di Wisma Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR) FELDA Jengka 24.
Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud ketika dihubungi berkata, kira-kira 3,000 penduduk di kawasan tanah rancangan itu kini terputus hubungan apabila laluan masuk dan keluar dari FELDA Jengka 24 tidak dapat dilalui kenderaan.
“Keadaan paras air semakin meningkat sejak lewat malam tadi berikutan hujan lebat masih belum berhenti.
Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud.
“Pihak berkuasa dengan kerjasama pasukan petugas khas banjir peringkat FELDA Wilayah Jengka, Majlis Belia FELDA serta Gabungan Peneroka Wanita (GPW) dan ahli Kami Anak FELDA sempat membawa keluar lima wanita yang sarat mengandung menggunakan kenderaan pacuan empat roda malam tadi, ” katanya.
Razak berkata, bantuan awal kepada penduduk ditempatkan di PPS sudah disalurkan dan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA, APMM sedang memantau situasi semasa.
Katanya, penduduk di kawasan rendah juga diingatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa dan sedia untuk berpindah ke PPS jika paras air terus meningkat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAKYAT MALAYSIA AKAN DISUNTIK VAKSIN COVID-19 BULAN DEPAN
KOTA TINGGI – Kira-kira satu juta rakyat di negara ini akan disuntik vaksin Pfizer-BioNTech pada fasa pertama bermula bulan depan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, petugas barisan hadapan merupakan individu yang pertama akan menerima suntikan itu sebelum diikut golongan rentan.
Menurutnya, golongan rentan merupakan individu yang mudah mendapat penyakit dan pesakit kronik seperti bauh pinggang, jantung, paru-paru dan diabetes.
“Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 negara akan bermula bulan depan dengan sejuta vaksin dari Pfizer-BioNTech akan diagih dan disuntik pada fasa pertama.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham BBaba.
“Fasa seterusnya sebanyak 6.2 juta vaksin pada April dan Mei tahun ini. Kerajaan akan beri vaksin percuma kepada semua rakyat untuk sasaran 80 peratus penduduk atau 26 juta individu,” katanya.
K! ONLINE melaporkan selepas pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Bahagian Tenggara 2020 di Bandar Tenggara di sini hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU – Bencana banjir yang memasuki hari kedua melanda negeri ini mencatatkan 1,780 mangsa banjir daripada 500 keluarga melibatkan lima buah daerah setakat pukul 8 malam hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan secara mendadak berbanding 1,000 mangsa banjir yang direkodkan pada pukul 4 petang tadi.
Beliau berkata, peningkatan jumlah tersebut menyaksikan bilangan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka meningkat dua kali ganda kepada 28 PPS di Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Kulai dan Batu Pahat.
“Kesemua mangsa banjir yang dipindahkan itu datangnya daripada 39 buah kampung yang terjejas bencana banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan.
“Daerah Kluang terjejas teruk akibat bencana banjir apabila seramai 698 mangsa daripada 206 keluarga dipindahkan ke 12 PPS di daerah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Vidyananthan berkata, daerah Johor Bahru merekodkan seramai 690 mangsa banjir daripada 189 keluarga diikuti Kota Tinggi melibatkan 286 mangsa daripada 66 keluarga, Kulai dengan 99 mangsa daripada 25 keluarga dan Batu Pahat membabitkan tujuh mangsa daripada empat keluarga.
Beliau berkata, taburan PPS yang dibuka setakat ini ialah 12 di Kluang diikuti Johor Bahru (6), Kota Tinggi (7), Kulai (2) dan Batu Pahat (1).
“Punca banjir melanda negeri ini berpunca daripada hujan sederhana lebat yang berpanjangan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air
K! Online melaporkan, bencana banjir tahun ini merekodkan satu kes kematian dipercayai disebabkan lemas di Kampung Contoh, Kahang, Kluang.
“Sementara itu, sebuah laluan di Jalan Pengerang-Kota Tinggi terpaksa ditutup sementara setelah ditenggelami air akibat banjir,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERLU BINCANG ISU GANGGUAN PROJEK ECRL: AHLI PARLIMEN TINJAU ADUAN PENDUDUK
MARAN: Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib cuba menyelesaikan masalah yang timbul daripada rungutan penduduk yang tinggal berdekatan dengan tapak projek menanam cerucuk projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang dilaksanakan di Kampung Bak-Bak, di sini, hari ini.
Katanya, sebagai pemimpin setempat aduan dan rungutan tersebut perlu ditangani dengan baik demi kesejahteraan penduduk yang terlibat dan juga memberi manfaat semua pihak yang terbabit dalam situasi menang-menang.
Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail melawat kawasan terbabit
“Rungutan mereka ada asasnya kerana kedudukan rumah mereka dekat dengan tempat projek penanaman cerucuk, pastinya bunyi dan debu mengganggu kehidupan harian mereka serta kalau tidak berhati-hati boleh mengundang masalah yang tidak dijangka.
“Saya akan berbincang dengan semua pihak yang bertanggung jawab berkaitan dengan projek pembinaan ECRL yang melalui kampung ini yang menghubungkan pantai barat ke pantai timur semenanjung yang semua pihak sudah sedia maklum,” katanya ketika meninjau kawasan tersebut.
Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail turun padang ke tapak projek di Kampung Bak-Bak, hari ini
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata , mungkin isu seperti ini ada berlaku di tempat lain sepanjang jajaran landasan ECRL dibina tapi rungutan dan aduan yang berbeza mengikut keadaan setempat
Penduduk Kampung Bak-Bak, Zakiah Abd Aziz berkata, projek pembinaan jambatan landasan ECRL yang jarak 10.1 meter dari rumah kediaman dan kilang miliknya menyebabkan dia dan anggota keluarganya mengalami gangguan bunyi keterlaluan dan pencemaran debu sejak sebulan lepas.
Zakiah Abd Aziz
“Gangguan bunyi melampau mengakibatkan seorang warga emas 61 tahun terpaksa dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS),Temerloh kerana mengalami tekanan perasaan dan turut bimbang bayi berusia 18 bulan mengalami gangguan yang sama.
“Kami bukan menolak pembangunan projek ECRL, tetapi projek mega ini telah mengakibatkan pencemaran bunyi yang dasyat kepada tiga keluarga dan pekerja kilang di sini ,” katanya.
Sementara itu seorang penduduk rumahnya bersebelahan projek itu, Noriah Abu Samah berkata bunyi yang sangat kuat daripada jentera dan bunyi hentakan cerucuk mengganggu mereka terutama ketika kerja menanam cerucuk dijalankan.
Noriah Abu Samah
“Kerja projek dijalankan mulai jam 6.30 pagi sehingga 10.30 malam malah kadang-kala melebihi had waktu yang boleh mengganggu ketenteraman kehidupan harian kami.
“Dinding rumah saya juga turut retak kesan hentakan dari tapak projek yang sedang dijalankan, bimbang juga kalau serius boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ELAK AKTIVITI PESISIR PANTAI: FENOMENA AIR PASANG ANCAM KESELAMATAN PENGUNJUNG
KUALA NERUS: Jangan jadikan kawasan pantai sebagai tapak ‘pesta’ untuk bersantai melihat fenomena air pasang besar dan mengambil swafoto (selfie).
Ombak kuat dan angin kencang yang melanda pantai di negeri Terengganu ini dikhuatiri boleh mengancam keselamatan pengunjung.
GAMBAR HIASAN
Itu antara amaran daripada Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din kepada orang ramai yang masih mendekati kawasan pantai khususnya di Pantai Seberang Takir atau lebih dikenali dengan nama Pantai Miami.
Susulan itu, pihaknya telah meningkatkan kawalan dan pemantauan di lokasi pantai tumpuan ramai di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Memetik laporan ASTRO AWANI, selain rondaan, laluan dari arah Pantai Teluk Ketapang ke Jambatan Angkat turut ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula Jumaat hingga Ahad ini.
“Orang ramai dinasihatkan tidak menjadikan fenomena ni sebagai satu pesta keluar beramai-ramai untuk melihat keadaan ombak besar yang boleh membahayakan diri mereka.
“Pihak polis akan membuat pemantuan rondaan di kawasan ini 24 jam sehingga keadaan cuaca telah kembali reda dan keadaan baik,” ujar beliau.
Abdul Rahim berkata, jika masih ada individu yang ingkar dan berterusan menghampiri kawasan pantai, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang bersesuaian seperti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
GAMBAR HIASAN
Fenomena air pasang besar yang melanda Terengganu membuatkan orang ramai turut mengambil kesempatan untuk menyaksikannya secara dekat khususnya di Pantai Seberang Takir.
Ombak besar berketinggian lebih dua meter beserta angin kencang telah menyebabkan limpahan air laut sehingga ke atas jalan raya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!