JERANTUT: Kira-kira sepuluh daripada 40 khemah perniaga di Ekspo Perniagaan Jerantut runtuh dilanda ribut kencang di tapak letak kereta di Bandar Inderapura, bermula kira-kira jam 7.40 petang, hari ini.
Seorang perniaga, Edy Sitiawan Mazlan berkata, angin bertiup kira-kira setengah jam disusuli dengan hujan lebat.
Edy Sitiawan Mazlan berkata, angin bertiup kira-kira setengah jam disusuli dengan hujan lebat.
“Banyak khemah rosak terutama penjual baju dan peralatan elektronik kerana kedudukan khemah ini terletak di sebelah tepi tempat letak kereta berhadapan sebuah pasaraya di sini.
“Dan terdapat 40 peniaga yang mula berniaga pada hari semalam untuk persiapan orang ramai membeli belah sempena sambutan Aidil Fitri, “ katanya
Seorang lagi peniaga, Muhammad Firdaus berkata, selain khemah runtuh, banyak barang peniaga rosak akibat kerana terkena hujan.
Muhammad Firdaus berkata, selain khemah runtuh, banyak barang peniaga rosak akibat kerana terkena hujan.
“Hujan lebat selepas berlaku angin ribut yang kencang yang amat menakutkan, ini kali pertama mengalami keadaan ribut yang sangat kuat, pernah di tempat lain berlaku tetapi tidak sekuat ribut seperti hari ini, ”katanya.
Tiada kecederaan berlaku di kalangan peniaga dan orang ramai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN: Seramai 643 peserta di tiga rancangan tanah kelompok (RTK) di daerah ini menerima berita gembira apabila bakal mendapat duit raya tidak lama lagi.
Setiap peneroka dijangka menerima RM500 daripada FELCRA sempena kedatangan bulan Ramadan pertengahan bulan ini dan sambutan Aidilfitri bulan depan.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap pada Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik RTK Serambi, Padang Rumbia dan Pulau Rumput di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, di sini, hari ini.
“Ini bermakna semua peserta FELCRA dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Bebar bukan sahaja menerima satu berita gembira dengan menerima suratan hak milik masing-masing hari ini, bahkan pihak FELCRA juga bersetuju untuk memberikan duit raya untuk mereka.
“Sudah pasti semua ini boleh dilaksanakan apabila kita mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan kerajaan negeri yang stabil dan akhirnya setiap apa yang kerajaan dapat, kita boleh kembalikan semula kepada rakyat,” katanya.
Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Pahang, Nor Zahari Zakaria.
Pada majlis itu seramai 470 daripada 643 peserta FELCRA menerima suratan hak milik mereka dan bakinya akan menerima suratan hak milik masing-masing secara berperingkat.
“Untuk hari ini, kita serahkan dahulu kepada 470 peserta dari RTK Serambi, Padang Rumbia dan Pulau Rumput manakala baki peserta yang lain akan menerima suratan hak milik pada 10 April ini yang dijadualkan disampaikan oleh bekas Perdana Menteri yang juga ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.
“Saya difahamkan kebanyakan peserta FELCRA ini sudah menanti kira-kira 14 tahun untuk mendapatkan suratan hak milik dan kita harap dengan majlis penyerahan ini dapat melegakan hati mereka,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Kerajaan negeri yakin pelancong domestik akan terus memilih Pahang sebagai destinasi percutian utama mereka walaupun wabak COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, keputusan kerajaan membenarkan pergerakan melalui inisiatif gelembung pelancongan pada pertengahan bulan lalu dijangka memberi kelebihan kepada negeri ini yang mempunyai pelbagai produk dan destinasi menarik.
“Walaupun pergerakan merentas negeri masih memerlukan kebenaran daripada pihak berkuasa, namun kebenaran bersyarat diumumkan kerajaan sebelum ini dilihat membuka ruang kepada pemain industri pelancongan di Pahang kembali bernafas.
“Mereka (pemain industri pelancongan) berdepan kesukaran sejak tahun lalu dan apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 awal tahun ini, menambahkan lagi tekanan kepada pengusaha, namun kita harap kebenaran ini (gelembung pelancongan) menjadi langkah pertama dan terpenting untuk memulihkan semula ekonomi mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Pemadanan Perniagaan Antara Pemain Industri Pelancongan di perkarangan Menara Kuantan 188, di sini, semalam.
Program disertai kira-kira 100 pengusaha hotel, inap desa dan agensi pelancongan dari dalam dan luar Pahang.
Yang turut hadir Pengurus Besar Tourism Malaysia Pahang, Datuk Ishak Mokhtar.
Mengulas lanjut mengenai cadangan kerajaan Pahang bagi membantu menyegerakan proses pemulihan sektor pelancongan domestik, Mohd Sharkar berkata, kerajaan Pusat wajar memberi pertimbangan untuk menyenaraikan operator atau pekerja yang terbabit secara langsung dalam industri pelancongan sebagai barisan hadapan.
“Mereka ini juga wajar diberikan keutamaan untuk mendapatkan vaksin COVID-19, maknanya selepas petugas barisan hadapan yang lain seperti polis, tentera dan petugas kesihatan, pekerja sektor pelancongan juga perlu diberikan suntikan (vaksin) COVID-19.
“Apabila mereka sudah dapat (suntikan) vaksin, maka bertambah yakinlah pengunjung (pelancong) untuk mendapatkan perkhidmatan ditawarkan… kita kena ingat, industri ini (pelancongan) adalah penyumbang ketiga terpenting untuk ekonomi negara,” katanya.
Beliau turut meminta pemain industri pelancongan di negeri ini meningkatkan lagi promosi makanan tradisional Pahang, memandangkan segmen gastronomic tourism atau pelancongan makanan mempunyai potensi untuk berkembang.
Katanya, selain produk durian Musang King, pelbagai makanan istimewa di Pahang mempunyai peminat tersendiri dari negeri lain dan ia boleh membuka ruang kepada pengusaha makanan tradisional menjadi duta kecil untuk industri pelancongan dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JABATAN PERIKANAN PAHANG SIASAT PUNCA IKAN SANGKAR MATI
LIPIS : Sampel air dan bangkai ikan sangkar yang mati di kawasan sungai berdekatan Kampung Lada, Kg Perias dan Jerantut Feri baru-baru ini telah diambil oleh pihak Jabatan Perikanan Pahang (JPP) untuk menyiasat punca sebenar kematian ikan tersebut, di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abd. Razak berkata, sepasukan pegawai JPP sudah ke tempat kejadian untuk mengambl sampel tersebut selepas laporan media mengenai kejadian kira-kira 200,000 ekor ikan patin dan ikan tilapia mati.
Datuk Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abd. Razak melawat gerai pameran di Program Engagement Agropreneur Muda di Kampung Budu dekat sini hari ini.
Kejadian pertama kali itu menggemparkan kalangan kira-kira 20 orang penternak ikan sangkar termasuk daripada golongan muda di kampung itu mengakibatkan kerugian lebih RM1 juta.
“Saya dimaklumkan kejadian ini berkemungkinan jumlah ikan yang diternak dalam sesebuah sangkar melebihi ruang dalam atau kapasiti (sangkar) menyebabkan terlalu padat dan tidak memperoleh udara.
“Apapun kerajaan negeri masih menunggu laporan penuh daripada JPP mengenai punca kejadian ini dan tidak mahu membuat andaian biarlah kita tunggu siasatan selesai,” katanya selepas perasmian Program Engagement Agropreneur Muda di Kampung Budu dekat sini hari ini.
Katanya, kejadian itu berlaku selepas air Sungai Pahang melimpah dan banjir disebabkan hujan berterusan minggu lalu menyebabkan keadaan air keruh dan berkeladak sehingga ini.
Datuk Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abd. Razak turut meninjau gerai jualan ikan segar
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long; ADUN Cheka, Lee Ah Wong, Timbalan Pengarah Pertanian Pengembangan negeri, Edasuriati Ibrahim dan Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim.
Sementara itu, Mohd Soffi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Benta meminta petani dan pengusaha yang telah berjaya wajar berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka dengan golongan belia di negeri ini yang baharu terbabit dengan usahawan tani.
“Pengusaha dan petani yang telah berjaya selaku ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) wajar memanfaatkan kemahiran dan pengalaman untuk dikongsi dengan belia sama ada melibatkan kursus Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) anjuran Jabatan Pertanian atau hadir ke setiap buah lokasi pertanian berkenaan,” katanya.
Katanya, program myGAP yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian negeri ini sejak 2002 telah pun melahirkan sebanyak 1,770 usahawan tani yang telah berjaya melibatkan pasaran produk makanan serta pulangan pendapatan yang lumayan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ROMPIN: Penanam padi di negeri ini disarankan menggunakan benih padi berkualiti tinggi bagi memperolehi hasil yang lumayan serta meningkatkan hasil pengeluaran padi negeri dan penanam padi bakal memperolehi pulangan yang terbaik.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, benih padi jenis Nuklear NMR 152, boleh menghasilkan sehingga lapan tan beras sehektar berbanding empat tan sehektar dengan menggunakan benih padi biasa.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
“Disarankan penanam padi di daerah ini menggunakan benih padi yang dibangunkan oleh Agensi Nuklear Malaysia.
“Kalau hasilnya lumayan, pastinya penanam padi turut mengecapi perolehan yang besar, secara tidak langsung meningkatkan ekonomi keluarga dan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Pembukaan Rasmi Kilang Padi Iktikaf Sepadu Sdn Bhd di Leban Chondong, hari ini.
Datuk Seri Wan Rosdy melawat sekitar kilang padi tersebut di Rompin, hari ini
Katanya, pembukaan kilang seperti ini turut membuka peluang pekerjaan dan sekali gus meningkatkan taraf hidup kepada penduduk setempat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Pertubuhan kami anak felda malaysia (KAF ) iaitu badan bukan kerajaan (NGO ) berkaitan FELDA, mengadakan kerjasama strategik dengan pusat bertauliah Hani D Unggul Sdn Bhd untuk mewujudkan kolej kemahiran hdusb-kopsk di FELDA Sungai Kemahal, dekat sini, bagi membantu anak-anak peneroka menceburi bidang berimpak tinggi sekali gus memudahkan mereka menjadi usahawan.
Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, program latihan itu adalah yang pertama dilaksanakan di felda dan untuk permulaan, kolej berkenaan mengambil pelajar terdiri daripada masyarakat FELDA sungai kemahal.
’ sememangnya kita mengalakkan lagi latihan latihan kemahiran kepada anak generasi dan pada kali ini terima kasih kepada kaf dan juga mbfm ..Baru kita baru habis latihan dron untuk melahirkan pilot pilot dron dengan aurodun ini adalah perkara yang dilakukan dan akan di perbanyakkan lagi .”
Jelasnya ,ini adalah projek perintis di FELDA yang mana untuk pengambilan pertama, seramai 15 pelajar berusia 16 hingga 45 tahun untuk dilatih selama enam bulan. Malah, kita juga beri elaun kepada pelajar-pelajar ini.
Mereka bukan sahaja diberi latihan kemahiran, malah diajar cara pengurusan sekali gus membolehkan mereka bersedia untuk menjadi usahawan sebaik tamat latihan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyampaian sijil dan elaun kolej kemahiran hdusb-kopsk di rumah rehat temerloh pahang.
Tambahnya, pada masa akan datang, beliau berharap program berkenaan dapat dikembangkan di kawasan penempatan FELDA lain di negara ini.
Kita memberi sokongan selepas tamat kursus, malah kursus ditawarkan juga ialah bidang yang mendapat permintaan tinggi.
Selain itu, kita mengharapkan lebih banyak lagi program seumpama ini diwujudkan dalam FELDA,” katanya.
Sementara itu, Naib Pengerusi KAF Wilayah Mempaga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Hani d Unggul sdn bhd, Mohamad Fairus Mohamad Talhah berkata, pihaknya mengambil inisiatif mewujudkan Kolej berkenaan selepas menyedari beberapa kekangan untuk anak peneroka FELDA keluar dari kampung halaman masing-masing.
Menurutnya, pihaknya mendapati terdapat kekangan untuk mereka keluar dari FELDA bagi menyambung pelajaran atau mengikuti kursus kemahiran di tempat berjauhan daripada keluarga.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Pembabitan pengusaha Bumiputera dalam industri sarang burung walit menyaksikan peningkatan memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Jumlah itu turut menyaksikan pertambahan sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, sekali gus menunjukkan industri ini dijangka terus berkembang dengan lebih baik pada masa hadapan.
Pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Pahang, Datuk Ko Ah Kuan berkata, sebagai industri yang mempunyai potensi besar, sudah pasti pengusaha memerlukan latihan dan pengetahuan bersesuaian bagi memastikan pelaburan besar mereka memberi pulangan yang berbaloi.
“Industri ini adalah satu industri semula jadi dan memerlukan suntikan modal yang besar dan turut bergantung kepada kemampuan mengurus yang bersistematik.
“Pengusaha juga memerlukan rezeki yang baik untuk membantu mereka memperoleh hasil lumayan kerana kebanyakan spesies burung walit hanya hidup dalam ekosistem tropikal,” katanya.
GAMBAR HIASAN
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat persediaan kursus peningkatan produktiviti dan pemantapan Good Animal Husbandry Practices (GAHP) bersama pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Pahang.
Turut hadir Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, veterinar negeri, Dr Kamaliah Ghazali; Ketua Bahagian Pembangunan Industri Penternakan, Dr Hamdan Muhamed Hadi; Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Jerantut, Syarifah Faizah Syed Saidin dan Setiausaha Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Pahang, Lee Chung Seng.
Ah Kuan berkata, industri yang sebelum ini diusahakan oleh pengusaha bukan Bumiputera perlu dirangka semula untuk membangunkan dan memperluaskan lagi pembabitan pelbagai kaum memandangkan industri sarang burung walit mempunyai permintaan tinggi di pasaran antarabangsa.
“Oleh sebab itu jugalah kita perlu menambahkan jumlah penawaran kursus berkaitan industri sarang burung walit kepada pengusaha yang berminat dan mereka yang baru ingin mencuba mengusahakan sarang burung walit secara kecil-kecilan.
“Penganjuran kursus peningkatan produktiviti dan pemantapan Good Animal Husbandry Practices (GAHP) kendalian Jabatan Perkhidmatan Veterinar daerah Jerantut pada 8 April ini adalah satu permulaan yang baik untuk komuniti pengusaha sarang burung walit di Pahang.
“Semua tempat ditawarkan untuk peserta sudah pun penuh dan kita dapat lihat bahawa sambutan baik ini menunjukkan terdapat keperluan untuk menambahkan lagi jumlah penawaran kursus seperti ini pada masa akan datang,” katanya.
GAMBAR HIASAN
Sementara itu, Dr Kamaliah berkata, penganjuran kursus jangka pendek seperti ini sangat membantu pengusaha industri sarang burung walit mendapat maklumat lebih tepat mengenai kaedah sesuai untuk menjalankan perusahaan mereka.
Katanya, satu pameran berkaitan sarang burung walit juga akan diadakan pada hari kursus berkenaan dijalankan, bertujuan mendedahkan kepada peserta kursus mengenai potensi pasaran industri berkenaan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Petaling sedang mencari waris seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan di dalam kotak perlindungan bayi (baby hatch) di Petaling Jaya pada November 2018.
Kanak-kanak tersebut adalah Muhammad Nur Iman yang kini berusia dua tahun.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, P Nithiah berkata, pihaknya telah memohon kepada mahkamah untuk meletakkan kanak-kanak tersebut dalam jagaan penjaga sementara pada 2019 selama dua tahun.
Menurutnya, siaran akhbar dilakukan bagi mengesan ibu bapa atau waris kenak-kanak tersebut memandangkan tempoh jagaan itu telah tamat.
“Keluarga kandung kanak-kanak itu tidak pernah tampil. Usaha mengesan dilakukan untuk memberi maklum balas sebelum Perintah Kebenaran Pengangkatan dikeluarkan oleh mahkamah, ” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai di bahagian Pelindung Kanak-Kanak, JKM Petaling, Nor Asmanizah Ahmad di talian 03-78422584/87.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Warga peneroka dan generasi kedua FELDA perlu merebut setiap peluang disediakan kerajaan melalui dana diperkenalkan FELDA.
Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, tujuan utama pihak FELDA menyediakan dana adalah untuk digunakan warga peneroka mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan masing-masing.
“Adalah menjadi satu kerugian jika semua peluang terhidang ini tidak direbut oleh warga peneroka dan generasi kedua atau ketiga FELDA.
“Kita ingin melihat tahap ekonomi dan taraf hidup semua warga FELDA berada dalam keadaan sangat selesa dan tidak hanya mengharapkan pendapatan melalui hasil ladang sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke FELDA Jengka 8, di sini, hari ini.
Seramai 185 orang hadir terdiri daripada Ketua Peneroka, GPW , MBFM , KAF & seorang dari pengurusan dari 37 buah rancangan Wilayah Jengka.
Idris turut mengingatkan semua pimpinan FELDA agar terus membantu menjayakan hasrat kerajaan untuk meningkatkan imej FELDA supaya terus harum di seluruh dunia.
“Kita ada program Mencari Keberkatan yang diinspirasikan khusus bagi meningkatkan rasa kasih dan bangga dalam kalangan warga peneroka kerana terpilih menyertai serta membangunkan tanah rancangan kendalian FELDA,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, kunjungan Pengerusi FELDA itu sangat dinanti-nantikan dan memberi suntikan semangat kepada semua peserta FELDA Wilayah Jengka.
Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud
Katanya, warga peneroka juga komited untuk memenuhi hasrat pihak pengurusan FELDA untuk memastikan jenama FELDA dapat mencipta sejarah tersendiri di peringkat global menjelang tahun 2040- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
90 PERATUS MAJIKAN GAGAL PATUHI AKTA 446 DI PAHANG
BENTONG: Hampir 90 peratus majikan yang telah diperiksa didapati gagal mematuhi Akta 446 iaitu sebanyak 623 majikan telah diberikan notis pematuhan dan perlu mengambil tindakan segera agar tidak didakwa.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Hussain berkata, daripada 853 majikan itu, hanya 89 majikan sahaja yang mematuhi Akta 446 dan peraturan-peraturan di bawah akta.
Datuk Seri Johari Hussain meninjau antara kemudahan yang disediakan di kawasan ‘perumahan’ pekerja Genting Malaysia Berhad diiringi oleh Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Genting Malaysia Berhad, Datuk Seri Kay Atisha Parasuraman.
Katanya, sebanyak 34 kertas siasatan telah dibuka sepanjang operasi dilaksanakan dalam tempoh tersebut bagi tujuan pendakwaan.
Beliau berkata demikian selepas melakukan Operasi Perakuan Penginapan di Bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang diadakan di Resident Staff Centre (RSC), Genting Highlands Resort, di sini, hari ini.
“Kerajaan Pahang telah melakukan pemeriksaan terhadap 853 premis majikan di seluruh negeri ini bagi tempoh 1 Februari 2021 hingga 23 Mac 2021 pada Ops Perakuan Penginapan Akta 446 dengan melibatkan seramai 36,305 pekerja.
Datuk Seri Johari Hussain turut mencuba peralatan gimnasium yang disediakan di RSC , hari ini
“Tindakan ini bukan bertujuan menghukum mana-mana majikan sebaliknya ingin memastikan majikan dapat menyediakan penginapan yang sesuai dan selamat kepada pekerja serta bebas daripada penularan jangkitan Covid-19,” katanya.
Katanya, majikan yang didapati gagal memohon perakuan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 di bawah Seksyen 24D (3) dan mana-mana penyedia penginapan berpusat boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24D (4), (Akta 446).
Turut hadir, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pahang, Pezman Che Husin, Pengarah PERKESO Pahang, Tarmizi Mukhtar, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) Pahang, Wan Sarimah Awang dan Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Genting Malaysia Berhad, Datuk Seri Kay Atisha Parasuraman.
Katanya, pihak kerajaan Negeri Pahang sangat komited melaksanakan operasi itu apabila negara mencatatkan sebanyak 527 kluster yang membabitkan tempat kerja.
Datuk Johari (tengah), Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pahang, Pezman Che Husin (kanan) dan Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Genting Malaysia Berhad, Datuk Seri Kay Atisha Parasuraman. (kiri)
Beliau berharap agar majikan dapat mengambil tindakan segera dengan menyediakan penginapan pekerja yang selamat, selesa dan kondusif kepada pekerja dan memohon Perakuan Penginapan daripada JTK Pahang dengan kadar segera.
Operasi bersepadu turut melibatkan agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP), Jabatan Perhubungan Perusahaan, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, PERKESO, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!