Foto atas : Sebahagian AJk UMNO Jerantut bergambar di Felda Kemasul, semalam.
AJK UMNO Bahagian Jerantut berkampung di Felda Kemasul
BENTONG – Seramai 45 jentera UMNO Bahagian Jerantut telah berkampung di kawasan Pilihan Raya Kecil (PKR) Pelangai untuk memastikan kemenangan calon BN, Datuk Amizar Abu Adam sejak dua minggu sebelum hari penamaan calon Sabtu lalu.
Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jerantut, Razak Daud berkata, 15 AJK bahagian, 10 orang AJK sayap wanita, 10 pemuda dan 10 orang pergerakan puteri.
Razak Daud (berdiri 2 dari kanan) menyantuni seorang penduduk Felda Kemasul.
Katanya, UMNO Bahagian Jerantut telah menyusun pelbagai program di kawasan Felda Kemasul melibatkan pelbagai peringkat usia penduduk setempat.
“Antaranya telah melakukan ziarah kasih penduduk yang dianggap memerlukan bantuan.
“Selain itu akan diadakan sukan rakyat di situ serta Alam Cintai Rasul sempena hari Mulidur Rasul,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam, bertekad meningkatkan akses dan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, jika diberikan mandat oleh rakyat kawasan itu, 7 Oktober ini.
Beliau mahu melihat aspek pendidikan menjadi asas kepada masyarakat Orang Asli di situ, sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan mendapat pekerjaan baik bagi mengubah nasib keluarga.
“Saya ada bertanya kepada beberapa anak muda, ada yang berumur 14 dan 15 tahun, tetapi mereka kurang mendapat pendidikan.
“Hasrat saya untuk menambah nilai tahap pendidikan sehingga menjadi asas masyarakat Orang Asli di sini,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni penduduk Orang Asli Ulu Semei.
Beliau berkata, kerajaan Pahang tidak pernah meminggirkan keperluan masyarakat Orang Asli dan sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup mereka setanding kaum lain di negara ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM12.32 juta tahun ini bagi meningkatkan taraf kehidupan komuniti Orang Asli dalam pelbagai aspek di Pahang.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Biarlah orang Pelangai sendiri tentukan nasib kami di sini
BENTONG – Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam sentiasa yakin bahawa penduduk dalam kawasan DUN Pelangai sudah matang dalam membuat keputusan.
Katanya, apa sahaja yang berlaku di Pelangai, hanya penduduk setempat sahaja lebih memahami.
“Orang luar boleh cakap macam-macam dan mereka boleh terus bercakap, tidak ada sesiapa nak halang mereka bercakap.
“Namun, walau apa pun yang dikatakan oleh orang luar, pastinya tidak akan berjaya merobek kuatnya semangat kekeluargaan antara kita di Pelangai,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.
Beliau turut menegaskan bahawa orang luar hanya ‘datang dan pergi’ dan mereka tidak akan faham apa yang penduduk di sini perlukan.
“Kita tahu apa yang terbaik untuk tempat kita, kita tahu siapa yang betul-betul membantu kita.
“Ini Pelangai kita, kita sendiri yang akan bantu kita semua,” katanya lagi.
Sepanjang hari ini, Amizar meluangkan masa berkempen di kawasan Agropolitan Chemomoi dan bertemu jentera di situ.
Beliau juga sempat menunaikan solat Zohor berjemaah di surau Agropolitan itu bersama jentera parti.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tidak betul berhubung pemilihan calon oleh Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (PRK) Pelangai.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, kenyataan dikeluarkan Haslihelmy adalah mengelirukan dan tidak tepat sama sekali.
“Dia (Haslihelmy) cakap punca dia bertanding sebab kecewa, kononnya saya patut jadi calon BN.
“Perkara itu tidak betul, ia satu fitnah yang berniat jahat dan menjejaskan reputasi saya sebagai pemangku ketua Bahagian,” katanya.
Mohamad Zaini turut menegaskan tidak pernah berhubung atau berbincang dengan Haslihelmy.
Katanya, tindakan bekas ahli UMNO Cawangan Kampung Sum-sum, Janda Baik itu adalah keputusan peribadi.
“Saya tak pernah dihubungi oleh dia untuk berbincang mengenai tindakan menjadi calon Bebas.
“Itu keputusan peribadi dia, tidak ada kaitan dengan saya dan saya tidak menaja dia untuk masuk (bertanding) dalam PRK,” katanya lagi.
Haslihelmy ketika ditemui media semalam mendakwa punca dia menawarkan diri untuk bertanding disebabkan kecewa selepas BN memilih Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kempen bermula, Amizar dekati golongan muda Kemasul
BENTONG – Sebaik selesai penamaan calon bagi N36 Pelangai semalam, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam mula turun padang menyantuni penduduk dan pengundi di kawasan itu.
Walaupun dengan jadual kempen yang padat, Amizar tetap meluangkan masa bertemu golongan muda dan belia untuk memahami keperluan mereka.
“Ini adalah hari pertama kempen dan banyak lagi sesi bersemuka dengan golongan muda dan belia akan diatur.
“Saya cuba untuk memahami apa kehendak mereka, harapan mereka terhadap kawasan Pelangai yang sangat berpotensi ini.
“Kebanyakan golongan muda ini memiliki kemampuan untuk menilai apa yang terbaik untuk mereka dan saya akan menjadi pemudah cara bagi memastikan impian mereka ini dapat dilaksanakan,” katanya.
Amizar meluangkan masa hingga lewat malam tadi untuk bersantai dengan anak muda di sekitar FELDA Kemasul.
Terdapat tiga tanah rancangan FELDA dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Pelangai.
Amizar adalah anak jati FELDA Chemomoi dan sudah lama melakukan kerja di kawasan Pelangai melalui NGO Kami Anak FELDA (KAF).
Selain FELDA Kemasul, dua lagi FELDA adalah Chemomoi dan Kemahal.
Semalam, proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul menyaksikan pertembungan tiga penjuru.
Amizar akan dicabar calon Perikatan Nasional, Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.
Kerusi DUN Pelangai adalah antara kubu kuat BN sejak tahun 1986.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pilih Amizar untuk teruskan legasi Allahyarham Johari
BENTONG – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pengundi di Pelangai memilih calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) ini bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan penyandang sebelum ini, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.
Jika calon BN diberi mandat, Pengerusi BN itu berkata, pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk warga Pelangai termasuk penduduk sekitar kawasan berkenaan.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kerjasama menerusi keserasian terbentuk antara parti komponen Kerajaan Perpaduan lain berupaya memastikan kerusi kubu kuat UMNO itu kekal menjadi milik parti berkenaan.
“BN menaruh penuh harapan calon kita pilih ini sangat terkenal dalam kalangan orang Pelangai dan beliau juga adalah anak FELDA.
“Tentunya lebih sikit 16,000 di Pelangai ini sangat mengharapkan kesinambungan perkhidmatan sebagaimana dilakukan oleh Allahyarham Datuk Seri Johari.
“Kita berterima kasih kerana rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan ini termasuk (Presiden AMANAH) Datuk Seri Mohammad Sabu dan rakan yang lain… satu keserasian yang terbentuk, khususnya di (dalam PRK) di Johor, kami membantu mereka dan di sini (Pelangai) mereka pula membantu kita.
“Tambahan pula, keyakinan saya agak tinggi kepada Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Pengerusi BN Pahang dan beliau juga dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pelangai.
“Tentunya Pelangai masih sangat perlukan beberapa kemudahan sebagaimana yang saya dapati data-data keperluan mereka.
“Insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik,” katanya ketika ditemui di perkarangan Pusat Penamaan Calon PRK DUN Pelangai di Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul di sini, hari ini.
PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian Johari dalam nahas pesawat di bandar Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Amizar komited teruskan legasi Allahyarham Johari di Pelangai
BENTONG – Datuk Amizar Abu Adam menyatakan komitmennya untuk meneruskan segala perancangan dibuat Allahyarham Datuk Seri Johari Harun diteruskan jika terpilih sebagai wakil rakyat.
Dia yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Pelangai sedia meneruskan legasi ditinggalkan Johari, demi kebaikan penduduk di kawasan itu.
Amizar turut menyedari penduduk dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Pelangai dibahagikan kepada tiga segmen utama.
“Tiga elemen itu adalah kepelbagaian kaum, komuniti kampung tradisional dan kawasan tanah rancangan FELDA.
“Semua elemen ini memerlukan kemudahan sama, sistem perhubungan jalan raya yang baik dan selesa,” katanya.
Amizar berkata demikian ketika ditemui media di kediaman keluarganya di FELDA Chemomoi, dekat sini, hari ini.
Pada PRK Pelangai yang selesai proses penamaan calon pagi tadi, Amizar adalah calon ‘Nombor Tiga’ dan akan berdepan dua lagi calon iaitu calon Perikatan Nasional (PN), Kassim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.
Dia turut melihat keperluan mendesak untuk menyediakan jaringan jalan raya lebih sistematik untuk merancakkan kegiatan ekonomi di Pelangai.
“Insyaa Allah yang ini saya nampak membantu kepada anak-anak ulang alik pergi ke Bentong, pergi ke Negeri Sembilan, jadi inilah jalan utama supaya dapat diperbaiki dengan lebih sempurna,” katanya lagi.
Amizar juga berharap jentera BN dapat bekerjasama bagi menyekat ‘gelombang hijau’ daripada memasuki kawasan Pelangai yang menjadi kubu kuat BN sejak 1986.
Penyandang DUN Pelangai, Johari menang kerusi dengan majoriti 4,048 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menyediakan 10 pusat mengundi dengan 31 saluran membabitkan sembilan pusat mengundi biasa yang mengandungi 30 saluran dan satu pusat mengundi awal.
Tarikh mengundi awal adalah pada 3 Oktober manakala hari mengundi pula ditetapkan pada 7 Oktober.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan jentera parti itu untuk terus bekerja keras tanpa rasa selesa di Pelangai.
Katanya, walaupun kerusi itu dilihat sebagai ‘selesa’ di atas kertas, namun ia bukan bermakna jentera BN terlalu yakin akan memenangi kerusi dewan undangan negeri (DUN) berkenaan.
“Jangan pernah ambil mudah, dulu Allahyarham Datuk Seri Johari Harun dapat majoriti 4,000 lebih dan calon PH (Pakatan Harapan) dapat 2,000 lebih, atas kertas jumlahnya memang melebihi 6,000.
“Tetapi jangan pernah terlalu yakin sebab pihak lawan telah bermukim di sini dan menggunakan pendekatan tidak melakukan ceramah besar-besaran.
“Apa kita lakukan mesti mengambil langkah antaranya mendekati dan merapati pengundi di Pelangai,” katanya ketika ditemui media di pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul, Bentong.
PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian Johari dalam nahas pesawat ringan di bandar Elmina, dekat Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 September sebagai hari penamaan calon dan 7 Oktober sebagai hari mengundi.
Pada pilihan raya umum lalu Johari memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri (PH)(2,031 undi) dan Isa Ahmad (Pejuang) (65 undi).
PRK kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon BN, Datuk Amizar Abu Adam, calon PN Kasim dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.
Sementara itu, Ahmad Zahid menaruh keyakinan penuh BN dapat mempertahankan kerusi itu, apatah lagi calon dipertaruhkan adalah anak tempatan dan diterima baik masyarakat di kawasan itu.
“BN menaruh penuh harapan agar calon kita pilih ini sangat terkenal dalam kalangan orang Pelangai dan beliau juga adalah anak FELDA.
“Tentunya lebih sikit dan 16,000 pengundi di Pelangai sangat mengharapkan agar dilakukan kesinambungan perkhidmatan sebagaimana dilakukan Johari.
“Kita berterima kasih kerana rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, termasuk Datuk Seri Mohamad Sabu rakan-rakan yang lain, ini satu keserasian yang talah terbentuk.
“Di Johor kami membantu mereka dan di sini mereka pula membantu kita,” katanya lagi.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Calon Barisan Nasional (BN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul, dekat sini, sebentar tadi.
Dia ditemani pimpinan tertinggi parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Amizar diapit Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Lokasi penyokong BN§berhimpun kira-kira 500 meter dari Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul, yang menjadi pusat penamaan calon.
Ia menjadi hentian atau ‘pit stop’ buat penyokong BN termasuk beberapa penyokong Pakatan Harapan (PH) sebelum berarak ke pusat berkenaan.
Penyokong Perikatan Nasional (PN) pula kelihatan tenang dan dihadiri lebih 1,000 orang.
Difahamkan kedua-dua penyokong hadir seawal jam 6.30 pagi untuk berarak menyokong calon parti masing-masing.
Sementara itu, calon BEBAS, Haslihelmy DM Zulhasli tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai, Felda Kemasul kira-kira jam 9.05 pagi.
Beliau adalah bekas ahli UMNO Kampung Sum-Sum, dekat Janda Baik, Bentong. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Pegawai dan anggota polis, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengamal media mula berkumpul di Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul, Pelangai sebelum proses penamaan calon bagi PRK Pelangai, membuka tirai.
Pusat penamaan calon dijadualkan dibuka jam 9 pagi dan semua calon mempunyai tempoh sejam – sehingga 10 pagi, untuk menyerahkan borang pencalonan mereka.
SPR sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 3 Oktober manakala 7 Oktober sebagai hari pengundian.
Kempen PRK itu ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini hingga jam 11.59 malam, 6 Oktober.
Barisan Nasional menamakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong Datuk Amizar Abu Adam, 50, sebagai calon bertanding di kerusi DUN itu manakala Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bentong, Kasim Samat, 62, bakal mewakili Perikatan Nasional.
Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang yang juga dikatakan ahli UMNO Kampung Sum Sum, Haslihelmy DM Zulhasli, 36, pula dijangka turut bertanding pada PRK kali ini.
Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK Pelangai, termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
PRK Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, akibat nahas pesawat terhempas dekat bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!