KUANTAN: Ujian kedua melalui Polymerase Chain Reaction dijalankan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA Koperasi Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah, malam tadi mendapati beliau negatif COVID-19.
Perkara itu dikongsi Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melalui laman sosial Facebook rasmi beliau, sebentar tadi.
“Sukacita saya maklumkan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Nazri Ngah yang dikehendaki menjalani ujian kedua menerusi (PCR) semalam, adalah didapati negatif.
“Ini disahkan oleh Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Hj Bahari Dato’ Tok Muda Che Awang Ngah kepada saya pagi ini,” katanya.
Wan Rosdy berkata, beliau turut dimaklumkan bahawa kesemua mereka yang mempunyai kontak dengan Datuk Nazri sebelum ini, tiada risiko dijangkiti.
Beliau bagaimanapun merayu kepada orang ramai supaya meneruskan amalan disarankan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO) Pahang disahkan negatif ujian COVID-19.
Perkara itu disahkan Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Bahari Awang Ngah melalui kenyataan media di sini, hari ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Sallehudin Ishak dan semua EXCO yang memberikan kerjasama dengan menjalani ujian saringan swab test sebaik berita mengenai seorang daripada ahli EXCO dikesan positif COVID-19.
Bagaimana pun, ujian swab test kali kedua dilakukan terhadap EXCO berkenaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) semalam mendapati beliau juga negatif.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Prestasi dan fizikal Cristiano Ronaldo masih dalam keadaan amat hebat meskipun usia bintang penyerang Juventus itu sudah mencecah 35 tahun.
Bagi kebanyakan pemain bola sepak yang memasuki pertengahan 30-an, mereka akan mula mengalami kemerosotan prestasi, malah ada juga yang mengambil keputusan untuk menggantung but.
Bagaimanapun, bagi Ronaldo, lariannya masih kencang, malah melihat fizikalnya ketika ini, tidak mustahil dia boleh bermain di peringkat tertinggi untuk tiga atau empat musim lagi.
Apakah rahsia yang membolehkan legenda Portugal itu berada pada tahap terbaik?
Jawapannya nampak mudah biarpun tidak mudah untuk memenuhinya – jangan merokok, tidak mengambil minuman keras, disiplin pemakanan yang ketat dan sentiasa bekerja kuat di gimnasium.
“Ketika ini, secara biologinya saya rasa seperti berusia 23 tahun.
“Saya masih punya masa yang panjang dan boleh beraksi sehingga 41 tahun,” kata Ronaldo.
Sumber: AGENSI
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Individu yang diarahkan menjalani kuarantin rumah tapi tidak mempunyai kediaman yang sesuai, boleh memohon untuk menggunakan kemudahan kuarantin kerajaan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah yang bercakap mengenai perkara itu di sidang akhbar mingguan Kementerian Kesihatan mengenai keadaan COVID-19 di Putrajaya hari ini.
“Bagi mereka yang diarah kuarantin kendiri di rumah tetapi tidak mempunyai ruang yang sesuai untuk tujuan itu, mereka boleh membuat permohonan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk dipertimbangkan,” katanya.
Noor Hisham menjawab pertanyaan mengenai apakah individu yang diuji negatif dengan COVID-19 dan tidak memiliki sejarah kontak rapat dengan pesakit positif dapat dimasukkan ke pusat kuarantin yang diwartakan oleh kerajaan.
Ini kerana ada yang menimbulkan kekhuatiran mengenai kuarantin di rumah, terutama mereka yang tinggal bersama orang tua dan anak kecil.
Sabtu lalu, kerajaan mengumumkan bahawa semua individu yang tiba dari Sabah mesti diuji untuk COVID-19.
Noor Hisham mengatakan bahawa langkah itu diperlukan susulan lonjakan kes COVID-19 yang berkaitan dengan indvidu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang disahkan positif COVID-19.
Difahamkan keputusan saringan EXCO berkenan hanya diketahui lewat petang tadi dan tindakan awal sudah diambil dengan membawa beliau ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tujuan pemeriksaan lanjut dan kuarantin.
EXCO terbabit dikatakan pernah ke Sabah ketika tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir Sabtu lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLANG: Polis menafikan dakwaan berlaku kemalangan maut susulan besi dari tapak pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) terjatuh berdekatan Klang Parade hari ini.
Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata hasil pemeriksaan mendapati insiden berkenaan berlaku di Jakarta, Indonesia.
“Selepas disiasat, kami mendapati ia berlaku di Indonesia pada Ahad lalu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Terdahulu, video kemalangan berdurasi 29 saat itu tular di aplikasi WhatsApp dan didakwa berlaku di Klang.
Video berkenaan menunjukkan seorang lelaki terbaring di jalan raya dipercayai maut selepas besi terjatuh dari atas kawasan pembinaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEREMBAN: Perlu ada perbincangan lebih awal antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi mengelak kemelut seperti dalam isu pelantikan Ketua Menteri Sabah.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata kedua-dua pihak perlu mencari titik pertemuan seperti isu pengagihan kerusi termasuk jawatan Menteri Besar yang tidak sewajarnya diputuskan pada saat-saat akhir bagi mengelak salah faham.
“Kalau kita buat awal dan ada semangat hormat menghormati antara satu sama lain, saya rasa perkara ini dapat dielakkan tetapi kalau kita buat kerja saat-saat akhir dan kita pun buat tanpa pengetahuan kawan, itu boleh menimbulkan masalah.
“Tapi saya harap tidak ada pihak luar yang melagakan kita dan kita dapat selesaikan masalah antara UMNO dan PN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sembilan, dekat sini, hari ini.
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan secara mengejut, parti gabungan tidak mempunyai masa yang cukup untuk berunding.
Beliau yakin BN dan PN masih mempunyai masa untuk berunding dalam menghadapi PRU-15.
“Kita bincang elok-elok, (sebagai contoh) negeri ini, parti ini akan jadi Menteri Besar, sekiranya prestasi mereka begitu, ya ia bergantung kepada prestasi juga.
“Jadi saya rasa, Sabah ini ada hikmahnya juga sebab ia menunjukkan bahawa kalau kita tidak buat perbincangan dengan elok, lebih awal, ia menimbulkan macam-macam salah faham,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ALOR SETAR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kesilapan besar dalam karier politiknya apabila mengumumkan sudah memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan baharu.
Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, Anwar membuat percaturan terbesar ketika nama beliau sudah terpinggir daripada senarai calon Perdana Menteri.
Menurutnya, risiko tindakan Anwar itu amat besar terutama apabila dinafikan banyak pihak yang dikaitkan dengan komplot berkenaan, sedangkan sehingga kini ia belum menjadi kenyataan.
“Sehingga kini tiada pertukaran kerajaan, sudah tentu kewibawaan Anwar dan PKR merudum dan sukar dipulihkan kembali.
“Pada masa sama, jika pengumuman itu tidak menjadi kenyataan sekalipun, ia tetap beri impak kepada perkembangan politik negara. Antaranya mencetuskan kecurigaan dalam kalangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap kesetiaan ahli Parlimen UMNO dan BN,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Kamarul Zaman berkata, Anwar sebenarnya telah melakukan 10 kesilapan menerusi Langkah Le Meridien pada Rabu lalu.
“Kesilapan pertama beliau adalah terlalu yakin ketika mengumumkan kerajaan pimpinan Muhyiddin telah tumbang, sedangkan pengumuman sepatutnya dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah melalui proses diperuntukkan Perlembagaan,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Anwar yakin peroleh sokongan untuk jadi Perdana Menteri
Menurutnya, keyakinan Anwar mengumumkan beliau mempunyai majoriti kukuh dan hampir dua pertiga sokongan di Parlimen tanpa memberikan bukti juga sukar diterima banyak pihak.
“Malah Anwar begitu yakin mengumumkan beliau akan membentuk kerajaan baharu tanpa mengambil kira kuasa Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen.
“Kesilapan lain termasuk mengumumkan ahli-ahli Parlimen bersama beliau sedangkan keputusan itu tidak dirunding atau diputuskan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH),” katanya.
Kamarul Zaman berkata, dengan yakinnya Anwar mengumumkan beliau mendapat sokongan Ahli Parlimen BN tanpa memberikan senarai nama individu terlibat, mencetuskan keraguan apabila dinafikan individu terlibat.
“Beliau juga silap percaturan apabila mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tiada bersama beliau dalam kerajaan baharu, sedangkan Dr Mahathir dan pemimpin Pejuang mungkin mampu mempengaruhi ahli-ahli Parlimen lain untuk menolak pembentukan kerajaan baharu itu,” katanya.
Menurutnya, kesilapan lain ialah Anwar membuat andaian Yang di-Pertuan Agong akan menerima perancangan beliau.
Ini kerana, katanya, berdasarkan titah pada pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 lalu, Seri Paduka Baginda mengingatkan pemimpin politik tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik tidak menentu ketika rakyat berhadapan pelbagai masalah akibat COVID-19.
“Anwar kelihatan yakin rakan-rakan lama PH dan rakan baharu yang menyertai beliau boleh menerima antara satu sama lain, sedangkan banyak petanda menunjukkan sebaliknya.
“Beliai juga yakin tiada perubahan boleh berlaku antara tarikh beliau umumkan pembentukan kerajaan baharu dengan tarikh menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan tarikh Seri Paduka Baginda menemu duga semua ahli Parlimen… sedangkan banyak perubahan boleh berlaku,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KANGAR: Dua lelaki lemas selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam tali air ketika dikejar polis di Utan Aji di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, dua suspek berusia 21 dan 25 itu lemas selepas gagal keluar dari kenderaannya.
Menurutnya, suspek yang menaiki kereta Honda Civic sebelum itu bertindak melarikan diri ketika cuba ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Lencongan Dua Kangar menyebabkan mereka dikejar anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
“Ketika melalui laluan tepi tali air, kereta terbabit terbabas dan terhumban ke dalam tali air sebelum tenggelam.
“Orang awam yang melihat kejadian terbabit bergegas ke tali air terbabit bagi mengeluarkan mereka dan ketika dikeluarkan, mereka sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Wari berkata, kedua lelaki itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba pada 11.40 pagi.
“Hasil pemeriksaan mendapati kereta dinaiki mereka adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
“Mayat mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Tiada isu pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati mengenai agihan portfolio Kabinet Negeri Sabah yang baharu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, pemimpin parti terbabit memberikan sokongan penuh kepada pembahagian jawatan yang dibuat.
“Mana ada (spekulasi tidak puas hati)… UMNO ada sini (dalam sidang media),” katanya ringkas dalam sidang media pertama sebagai Ketua Menteri Sabah di Pejabat Ketua Menteri, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi pemimpin UMNO dan BN tidak bersetuju dengan agihan portfolio.
Sementara itu, Hajiji yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah turut ditanya sama ada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baharu.
Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu tidak memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut.
Dalam sidang media sama, Hajiji turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada ADUN yang memberi sokongan kepada beliau untuk memimpin kerajaan negeri.
“Sesungguhnya saya adalah Ketua Menteri kepada kerajaan Negeri yang inklusif dan akan memberikan sepenuh khidmat kepada semua rakyat di Sabah, tanpa mengira perbezaan latar belakang dan pegangan politik.
“Amanah dan tanggungjawab ini amat besar dan mencabar,” katanya lagi.
Sumber: ASTRO Awani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!