TEMERLOH: Satu kawasan agrotourism yang dilengkapi dengan kebun durian, mini zoo, chalet dan rumah atas pokok akan dibuka di Kampung Ketam, Temerloh pada Februari tahun depan.
Pengunjung boleh bermalam di Sarang Naga Agro Farm itu, disamping menikmati 15 spesis durian seperti duri hitam dan MusangKing serta mini zoo.
Pengurus Sarang Naga Agro Farm, Shaiful Ridzuan Abu Bakar berkata, kawasan di atas tanah seluas 15 ekar itu ditanam dengan 600 pokok durian dan mini zoo yang dipenuhi dengan 15 spesis ayam seperti ayam kampung, dan 10 spesis termahal seperti ayam Onagadori dari Jepun.
Terdapat juga pelbagai spesis burung seperti burung merak dan burung kuang di samping pelbagai jenis itik seperti itik air, itik angsa dan itik serati.
Selain itu, terdapat juga haiwan eksotik seperti landak, rusa dan kancil yang mendapat lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (PERHILITAN).
Katanya lagi, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti luar seperti flying fox dan berkayak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi baharu, iaitu dua di Seberang Perai, Pulau Pinang dan satu di Sandakan, Sabah.
Lokasi itu membabitkan Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Seberang Perai, Sungai Jawi di Seberang Perai Selatan serta Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, Taman Sandakan, Sabah.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD di Penjara Seberang Perai akan berkuat kuasa, esok hingga 4 November depan, manakala di PPR Harmoni pula bermula Jumaat ini hingga 5 November depan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Seorang lelaki warga Thailand dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas didapati bersalah memiliki dua ekor burung Murai Batu dan dua ekor burung Lang Hindek, tanpa permit.
Dia ditahan pada 12 Oktober lalu dalam OperasiBersepaduKhazanah oleh penguatkuasa daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 60(1) (b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan seksyen 68(1) (b).
Dalam serbuan di kediaman tertuduh di Temerloh pada tarikh sama, pihak PERHILITAN turut menemui satu unit tanduk Seladang, satu unit tanduk rusa dan satu laras senapang angin.
Sumber: PERHILITANPahang
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NIBONG TEBAL: Seorang lagi kakitangan Penjara Seberang Perai disahkan positif COVID-19 menjadikan tiga kes membabitkan kakitangan penjara itu yang dijangkiti wabak berkenaan setakat ini.
Pengarah Penjara Seberang Perai, Zulkifli Abdul Manah, berkata kakitangan berkenaan tidak bergejala dan disahkan positif COVID-19 pada Isnin lalu.
“Dia kini menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Ahli keluarga serta semua kontak rapat kakitangan itu juga sudah menjalani ujian saringan dan masih menunggu keputusan,” katanya di sini, hari ini.
Sehingga kini, Kluster Penjara Seberang Perai merekodkan 86 kes.
Semalam, Kerajaan Pulau Pinang mengemukakan cadangan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Seberang Perai untuk mengekang penularan COVID-19.
Sementara itu, Zulkifli berkata, pihaknya mengalu-alukan sumbangan peralatan pakaian perlindungan diri (PPE) daripada individu prihatin untuk kakitangan penjara yang semakin menyusut ekoran ia perlu digunakan setiap hari bagi berurusan dengan banduan.
“Setakat ini, stok simpanan PPE di Penjara Seberang Perai mampu bertahan untuk tempoh dua minggu lagi.
“Sebelum ini kita antara penjara yang hasilkan set lengkap PPE namun pada masa ini terpaksa hentikan pengeluaran PPE ekoran terdapat kes COVID-19 di sini,” katanya.
Jelasnya, Penjara Seberang Perai juga dijangka menerima bantuan PPE dari ibu pejabat dalam tempoh terdekat.
Sumber: BHOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak mengambil tindakan lanjut ke atas Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali berhubung keingkarannya mematuhi perintan kuarantin kendiri wajib COVID-19.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata selepas kertas siasatan dirujuk kepada AGC, polis menerima arahan agar tiada tindakan lajut diambil.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Huzir Mohamed
“Kertas siasatan telah rujuk ke pejabat peguam negara dan arahan untuk kes ini (ialah) nofurtheraction… NFA, atas alasan menteri tak diserahkan dengan borang 14b di bawah seksyen 15 (1) akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.
“Berdasarkan keterangan tersebut, maka AGC memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan memandangkan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Pada 7 Oktober lalu, Malaysiakini melaporkan pihak polis sudah menyerahkan semula kertas siasatan membabitkan Khairuddin ke AGC.
Untuk rekod Khairuddin pernah dikenakan denda maksimum RM1,000 kerana mengingkari peraturan kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki.
Dia kemudian tampil memohon maaf dan berikrar untuk menyumbang gajinya bermula Mac kepada tabung COVID-19.
Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali
Kegagalan kerajaan mengambil tindakan terhadap Khairuddin telah menimbulkan kecaman warganet yang rata-ratanya tidak berpuas hati.
Malah, bekas perdana menteri Najib Razak turut mencadangkan agar Khairuddin diheret ke mahkamah bagi mengelak daripada terus menjadi sasaran pembangkang.
Huzir berkata, AGC berpendapat tiada keterangan kukuh bagi pendakwaan terhadap menteri berkenaan.
Ditanya mengenai siasatan yang dijalankan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Huzir berkata ia masih dalam tindakan.
“Masih dalam siasatan dan (akan) serah (hasil siasatan) kepada pihak pendakwaan,” katanya.
Pada 17 Oktober lalu, polis mengesahkan sedang menyiasat Anwar berhubung enam kes termasuk penyebaran senarai nama anggota parlimen yang didakwa menyokongnya dan kes liwat.
Sumber: Malaysiakini
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GOMBAK: Tindakan seorang pelakon wanita bersama rakannya berbasikal merentasi sempadan di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah, pada 18 Oktober lalu, mengundang padah apabila mereka ditahan polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu apabila melihat hantaran dimuat naik artis wanita terbabit di akaun Instagram pada 3.14 petang semalam.
“Kami melihat ada satu gambar dimuat naik pada hantaran itu yang memaparkan dua wanita sedang berbasikal.
“Gambar itu diambil secara swafoto oleh pemilik akaun berkenaan yang juga artis wanita terbabit berusia 29 tahun itu.
“Berdasarkan gambar berkenaan, kami mengesyaki pemilik akaun berkenaan merentas negeri tanpa kebenaran pihak polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Arifai berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua wanita berkenaan bergerak dari rumah di Dutamas ke sebuah restoran berhampiran Hospital Orang Asli Gombak dan meletakkan kereta di kedai terbabit pada 7.45 pagi pada 18 Oktober lalu.
Beliau berkata, mereka kemudian berbasikal melalui jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah pada 8.30 pagi.
“Selepas berbasikal kira-kira 10 kilometer, mereka berpatah balik ke kenderaan dan bergerak ke Kuala Lumpur.
“Kedua-dua wanita terbabit ditahan ketika tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 8 malam tadi sebelum dibebaskan dengan jamin polis,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 11 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No 8) 2020.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.
Sumber: BH Online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG : Ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak polis mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di laluan keluar dan masuk Plaza Tol Gombak serta Rawang yang dikuatkuasakan sejak Rabu minggu lalu hingga 27 Oktober ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata hanya mereka yang mempunyai urusan penting seperti hal kecemasan dan pekerja di sektor perkhidmatan penting diberi kebenaran untuk melalui lebuh raya Karak menghala ke timur dan juga ke utara.
“Orang ramai yang tinggal di sekitar daerah Gombak atau perlu menggunakan dua laluan itu bagi tujuan penting dinasihatkan mendapatkan surat kebenaran merentas daerah atau negeri daripada ketua balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
“Bagi pekerja di sektor perkhidmatan penting hanya perlu menunjukkan pas pekerja atau surat pengesahan daripada majikan untuk merentasi daerah yang melalui laluan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262 240 atau 03-61262 247 untuk sebarang aduan atau pertanyaan.
Sementara itu, tinjauan SAHIH di Plaza Tol Bentong dan Lebuh Raya Karak samada menghala ke Kuala Lumpur atau sebaliknya kelihatan kenderaan berat seperti lori yang berada di atas lebuh raya dan beberapa buah kenderaan persendirian sahaja.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki ditemui lemas dipercayai ketika mengutip bunga teratai yang tumbuh meliar dalam kawasan tasik bekas lombong di Taman Muhibbah Jaya, di sini, pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mayat M Lurouthusamy Jayasingam, 51, ditemui kira-kira jam 10.15 pagi tadi selepas dikatakan terjatuh tasik berkenaan.
Katanya, panggilan diterima jam 8.27 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dikejarkan ke lokasi.
“Sejurus tiba di lokasi kejadian, bomba dimaklumkan bahawa mangsa terjatuh ke tasik lombong terbabit oleh seorang saksi yang juga rakan mangsa.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan kaedah carian di permukaan (surfacesearching) dengan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kuala Kangsar,” katanya hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KAJANG: Seorang wanita tergamak bersekongkol dengan adiknya untuk membunuh suaminya bagi mendapatkan harta dianggarkan berjumlah lebih RM2 juta.
Malah, wanita berusia 45 tahun itu sanggup mereka cerita kononnya suaminya yang buta disamun ketika berada di hadapan rumah mereka di Kampung Baru Sungai Chua, di sini, pada 1 Oktober lalu.
Bagaimanapun, helah itu terbongkar selepas mereka ditahan polis pada Sabtu lalu sebelum direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mangsa berusia 59 tahun disahkan meninggal dunia pada 10 Oktober lalu ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan dibuat suspek kononnya suaminya disamun penjenayah yang melarikan rantai leher mangsa di hadapan rumah mereka.
Beliau berkata, mangsa dipukul di kepala dengan menggunakan tukul dan senjata digunakan dalam kejadian itu dirampas polis.
“Dalam kejadian itu, mangsa parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.
“Siasatan awal mendapati suspek merancang membunuh mangsa dengan berkomplot dengan adik lelakinya berusia 42 tahun untuk mendapatkan harta mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, adik beradik itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang, esok atas kesalahan merancang dan membunuh mangsa untuk mendapatkan harta.
Menurutnya, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 akta sama.
Difahamkan suspek mahu mendapatkan harta suaminya yang juga pengusaha perniagaan lori serta besi buruk membabitkan aliran tunai lebih RM2 juta dan insurans kematian mangsa berjumlah RM800,000.
Sumber: HarianMetro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Frank Lampard mengakui dia gembira memungut satu mata dan tanpa bolos selepas Chelsea seri tanpa jaringan dalam saingan pembukaan Liga Juara-Juara berdepan Sevilla selepas banyak kritikan terhadap pertahanannya.
Edouard Mendy kembali daripada kecederaan untuk menggantikan Kepa Arrizabalaga di gawang namun pemain antarabangsa Senegal jarang berdepan masalah pada perlawanan itu berbanding awal saingan Liga Perdana.
Ketika itu Chelsea seri 3-3 sebanyak dua kali dalam lima perlawanan pembukaan mereka termasuk di laman sendiri berdepan Southampton ketika mereka mepersia-siakan dua kali kelebihan dimiliki.
Skuad TheBlues hanya menang dua daripada enam saingan kempen kali ini tapi tampak lebih kukuh dengan kehadiran Thiago Silva di bahagian pertahanan dengan dia memasukkan lima pemain baharu dalam kesebelasan utama itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!