BENTONG – Kerajaan Negeri Pahang menggesa semua pihak lebih beretika dalam penggunaan media sosial bagi memastikan keharmonian negara dapat dikekalkan.
Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata ia adalah antara perkara dititik beratkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Saya mewakili Menteri Besar dan beliau menitipkan beberapa perkara antaranya penggunaan media sosial yang dititik beratkan oleh Datuk Seri Wan Rosdy.
“Penggunaan ini (media sosial) hendaklah dikawal dan tidak boleh menjejaskan keharmonian dan juga perpaduan di antara kaum di negeri dan negara ini.
“Kita harus ambil perhatian mengenai penggunaan media sosial yang tidak terkawal, tanpa sempadan sehingga menyebarkan kebencian, persepsi serta sentimen yang boleh memecahbelahkan perpaduan yang telah kita bina selama ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Pahang di Dataran Bentong.
Turut hadir, Penasihat Undang-undang Pahang, Datuk Seri Saiful Edris Zainuddin; Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim dan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man.
Amizar turut menyeru pengguna media sosial untuk menyemak semula kesahihan sebarang berita diterima sebelum membuat sebarang hantaran bagi mengelakkan kes buli siber berlaku.
“Kita tidak mahu kes buli siber terjadi seperti sebelum ini dan ini adalah antara mesej yang dititipkan oleh Menteri Besar.
“Dan bahawasanya kemerdekaan perlulah kita ertikan dalam diri anak muda.
“Kemerdekaan bukan sahaja bebas dari segalanya dan selamanya tetapi juga kita bebas dari pengaruh negatif yang berlaku pada hari ini,” katanya. – sahih
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Keluarga mangsa ambil tindakan terhadap pengendali syarikat pesawat
BENTONG – Pihak keluarga bekas Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun bercadang mengambil tindakan terhadap pengendali syarikat pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos tahun lalu.
Tragedi tersebut menyebabkan Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai ketika itu dan sembilan yang lain turut terkorban.
Anak Allahyarham, Muhammad Shafieq Hafizilman Johari, 30, memberitahu, tindakan itu akan diambil selepas hasil laporan akhir dikeluarkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) pada membabitkan pesawat Beechraft pada Jumaat disahkan berpunca daripada kehilangan kawalan semasa penerbangan disebabkan masalah protokol yang tidak disengajakan.
“ masih lagi ..masih lagi walaupun dalam setahun berada dalam keadaan yang masih bersedih ditambah pulak dengan report yang telah dikeluarkan seolah olah ialah tidak orang kata sop tidak diperketatkan jadi kita pun masih terkejut dengan report tu juga dan macam saya cakap tadi kita menunggu apa pihak kerajaan malaysia kan bantu lah kami sekeluarga dan kelearga keluarga yang terlibat.
Menurutnya pihak keluarga mungkin akan ambil tindakan terhadap pengendali syarikat terbabit. “Difahamkan ada waris mangsa yang lain akan buat tindakan sama..cuma menunggu masa,” kata anak sulung daripada lima beradik itu.
Beliau ditemui selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat Allahyarham Johari dan kesemua mangsa yang terlibat di Kampung Sum Sum dekat Janda Baik di Bentong .Pahang Majlis yang dihadiri ahli keluarga, waris mangsa turut dihadiri Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Amizar Abu Adam yang juga ADUN Pelangai mewakili kerajaan negeri.
Ujar Muhammad Shafieq lagi, mereka sekeluarga menerima dengan hati terbuka dan reda walaupun mengakui masih terkejut dengan hasil laporan yang dikeluarkan oleh .
Hasil laporan penuh yang dikeluarkan ia berpunca berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak diguna pakai secara elok supaya dapat menjamin keselamatan rakyat yang ingin menggunakan penerbangan khususnya secara peribadi,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pemergian Allahyarham yang telah genap setahun, beliau mengakui mereka sekeluarga masih bersedih hingga kini.
“Sejujurnya kami masih bersedih selepas setahun..banyak perkara perlu diselesaikan malah masih mencari kenalan arwah
“Dan seperti apa yang saya cakap, kami menunggu tindakan kerajaan untuk membantu kami serta semua waris yang terlibat agar mendapat pembelaan yang sewajarnya,” tambahnya.
Jelas beliau, buat masa ini keluarganya juga tidak ingin mendengar rakaman perakam suara kokpit milik pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), N28V tersebut itu kerana tidak mahu menambahkan kesedihan yang dihadapi mereka.
Secara jujurnya, kami tidak merancang untuk mendengar rakaman suara tersebut,” akuinya.
Mengulas pemilihan lokasi majlis itu, beliau menjelaskan sebagai tanda penghargaan dan hasrat ayahnya yang ingin mengadakan majlis di tapak tersebut selepas dilantik sebagai Exco Pahang .
“Dua minggu selepas kejadian ada perancangan, sudah ada tarikh nak buat majlis di sini tapi tidak kesampaian selain ia adalah kawasan kampung ayah,” katanya.
Sementara itu, Amizar mengakui turut terkilan selepas mengetahui hasil laporan akhir tragedi tersebut yang disifatkan boleh mengundang tekanan dan kegusaran kepada rakyat Malaysia yang ingin mengambil penerbangan udara
ada sedikit kegusaran ini lah antaranya kita memohon kepada pihak yang berwajib untuk sekali lagi menyeru supaya mereka berhati hati dan mencari cara terbaik dan juga memberikan perkhidmatan yang seratus peratus sebab ini melibatkan nyawa manusia itu lah antaranya kekecewaan juga yang yang telah diwartakan hasil suiasatan tersebut ada sedikit kekecawaan pada kami
Tegasnya, sentuhan dan keperibadian Allahyarham sangat memberi impak serta sejuta sentuhan buat warga Bentong khususnya di DUN Pelangai.
“Kami akan sentiasa mengingati kebaikan-kebaikan yang telah dilaksanakan serta disumbang oleh Allahyarham dan ini amat memberi makna kepada warga Bentong dan Negeri Pahang,” jelasnya.
Tragedi yang berlaku pada 2.48 petang Khamis itu menyaksikan sebuah pesawat peribadi terhempas mengorbankan enam penumpang dan dua kru pesawat selain dua pengguna jalan raya masing-masing seorang pemandu e-hailing dan penunggang motosikal p-hailing.-SAHIH
Tamat
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pekerja sambilan RTM tidak dibayar sejak Jun, dakwa sumber
PEKERJA sambilan di stesen penyiaran awam Radio Televisyen Malaysia (RTM) belum dibayar gaji sejak Jun, dakwa sumber.
Sumber mendakwa terdapat lebih 700 pekerja sambilan seumpama itu di seluruh negara yang diupah untuk melakukan pelbagai tugas secara sedikit demi sedikit.
Mereka mendakwa telah diberitahu bahawa RTM sedang menunggu dana daripada kerajaan untuk membayarnya.
“Saya telah bekerja dengan RTM selama bertahun-tahun dan ini kali pertama saya menghadapi isu sebegitu.
“Bukan saya seorang sahaja. Ramai lagi yang diupah secara sedikit demi sedikit tidak dibayar selama hampir dua bulan sekarang,” kata sumber kepada The Malaysian Insight. Sumber itu tidak mahu dikenali kerana bimbang menghadapi tindakan dalaman.
Sumber itu berkata beberapa lagi pekerja yang terjejas oleh kelewatan itu takut untuk mendedahkan isu berkenaan kepada umum kerana bimbang akan kesannya.
Sumber itu menambah, ketua pengarah (KP) penyiaran dan ketua jabatan menyedari keadaan itu, tetapi mendakwa mereka sedang menunggu dana daripada Kementerian Kewangan (MoF).
“Kami tidak pasti apa yang berlaku di peringkat lebih tinggi tetapi mereka pasti tahu sesuatu yang mereka tidak beritahu kami.
“Namun, walaupun tiada gaji, ketua jabatan memberitahu kami untuk terus bekerja seperti biasa dan memberi jaminan bahawa isu itu akan diselesaikan.
“Untuk bulan Jun, kami menerima bayaran separa, yang dibayar pada bulan Julai.
“Sejak itu, kami tidak menerima bayaran untuk baki bulan Jun, Julai dan kini dalam keadaan semasa, malah gaji Ogos adalah keraguan yang besar,” kata sumber itu.
Individu itu berkata mereka tidak diberi sebarang maklumat terkini berhubung gaji mereka tetapi hanya diberi jaminan lisan daripada ketua jabatan bahawa “ia akan dibayar”.
“Walaupun kami bekerja sedikit demi sedikit, gaji itu amat bermakna bagi kami.
“Sesetengah daripada kami, malah mereka yang bekerja sebagai pekerja sambilan, bergantung sepenuhnya pada gaji,” kata sumber itu.
Satu lagi sumber mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insight, mengesahkan bahawa mereka secara sedikit demi sedikit belum dibayar.
Sumber itu mengesahkan beberapa rakan sekerja menghadapi masa sukar tanpa dibayar.
Sumber itu juga mendakwa bahawa terdapat contoh mereka diminta berhenti kerja jika mereka tidak berpuas hati.
“Seorang kawan saya diberi dua pilihan. Sama ada terus bekerja tanpa gaji atau berhenti kerja,” kata sumber itu.
Sumber itu berkata, pada minggu lalu, mereka menerima mesej WhatsApp, mendakwa bahawa dokumen pembayaran telah sampai ke peringkat akhir dan setiausaha agung telah menandatangani dokumen tersebut.
“Mesej itu mengatakan ketua setiausaha telah menandatangani dokumen dan ia telah diserahkan kepada kementerian kewangan.
“Pembayaran gaji dijangka dibayar selewat-lewatnya pada awal September tahun ini,” kata sumber itu, memetik mesej yang dimajukan.
Sumber itu bagaimanapun berkata tiada hitam putih diberikan kepada mereka untuk mengesahkan pembayaran gaji.
The Malaysian Insight telah menghubungi Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk mendapatkan komen tetapi tidak menerima sebarang maklum balas.
Pada 2021, sepanjang kepimpinan Muhyiddin Yassin, seramai 308 pekerja sambilan RTM dilantik sebagai pegawai kontrak. – 19 Ogos, 2024.-SAHIH
Sumber berita – The Malaysian Insight
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Permodalan Risda Berhad sasar 152 PBT pasang lampu jalan LED solar di seluruh negara.
JERANTUT – Permodalan Risda Berhad (PRB) sebuah syarikat Kumpulan RISDA Holdings mensasarkan sebanyak 152 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara untuk menggantikan lampu jalan biasa kepada lampu jalan jenis Light-Emitting Diode (LED) solar.
Pemasangan lampu jalan jenis (LED) ini bagi setiap unit dapat menjimatkan sebanyak RM 17,280 berbanding RM 36,000 seunit bagi lampu jalan jenis biasa sebulan dalam tempoh 12 tahun.
Pengerusi PRB, Datuk Lokman Noor Adam
Pengerusi PRB, Datuk Lokman Noor Adam berkata, dua PBT iaitu Bandaraya Ipoh dan Majlis Daerah Teluk Intan telah menyatakan persetujuan untuk memasang lampu jalan LED solar di sana.
“Bandaraya Ipoh bersetuju untuk memasang sebanyak 10,000 lampu dan Majlis Daerah Teluk Intan sebanyak 1,700 lampu yang bakal dipasang tidak lama lagi.
“Dalam tempoh konsesi selama 12 tahun pemasangan lampu jalan itu, pihak PRB akan turut menyelenggara semua lampu jalan tersebut sekiranya berlaku kerosakan atau berlaku vandalism terhadap lampu tersebut,” katanya di Pejabat Majlis Daerah Jerantut, dekat sini.
Katanya, pemasangan lampu itu dapat mengurangkan dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 50 peratus wang kerajaan selain tahan lasak dan kecerahan yang maksimum.
“Selain itu PRB akan penyelenggara dan menukar lampu jalan setiap enam tahun dengan menggunakan lampu teknologi terkini dan PBT terbabit tidak terlibat dalam kos penyelenggaraan ini.
“PRB juga akan berusaha membantu pihak lain dalam langkah penjimatan tenaga elektrik di bangunan kerajaan,” katanya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Penduduk di sepanjang Jalan Batu Embun-Kuala Tembeling bersyukur jalan di FT 234 telah dinaiktaraf demi keselesaan pengguna laluan itu.
Penyelaras DUN Pulau Tawar, Haris Salleh Hamzah (berbaju putih).
Penyelaras DUN Pulau Tawar, Haris Salleh Hamzah berkata, kerja-kerja menaiktaraf sepanjang tiga kilometer itu dilakukan oleh Roadcare Maran dan Roadcare Jerantut.
“Terima kasih pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Jerantut dan kerajaan Pahang atas keprihatinan ini.
“Namun, semua penguna adalah diingatkan agar berhati-hati dijalan raya dan patuhi had laju yang telah ditetapkan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Gua Musang – Calon Barisan Nasional, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memenangi kerusi DUN Nenggiri selepas memperoleh 9,112 undi berbanding calon PAS Mohd Rizwadi Ismail yang meraih 5,741 kemenangan dengan majoriti 3,355 undi.
Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad ketika ditemui di Dewan Perdana mengakui bahawa PRK yang diadakan di Negeri Kelantan sangat mencabar buat Barisan Nasional.
“Namun, inilah UMNO, pantang undur sebelum berjuang, UMNO berkempen bukan cara berkempen sindir- menyindir, perli- memerli dan maki hamun.
“Selain faktor calon, tak lain dan tak bukan, ini adalah berkat kerja keras semua jentera BN, saya sendiri bersama jentera juga telah berkampung dan memulakan gerak kerja seawal hari Penamaan Calon lagi,” katanya.
Abdul Rahman berkata, strategi BN dengan berjumpa sendiri akar umbi di bawah untuk menyelami sendiri hasrat dan denyut nadi rakyat Nenggiri akhirnya menyebelahi mereka apabila menang dengan majoriti yang besar.
“Mungkin kami tiada siri ceramah mega seperti pasukan lawan. Namun Jentera BN ini, sewaktu berkempen, celik sahaja mata, terus turun berjumpa rakyat. Balik ke “homestay” lewat malam selepas selesai tugasan di PDM.
“Inilah yang dilakukan BN sekian lama dan selaku sebahagian kerajaan perpaduan hari ini,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia berpendapat bahawa rakyat hari ini bijak menilai samada parti yang hanya tahu berceramah sahaja atau parti yang mempunyai visi dan tekad untuk selesaikan masalah rakyat.
“Selaku Timbalan Menteri Sumber Manusia saya akan teruskan gerak kerja kementerian untuk bersama dengan pemimpin setempat bagi memperkasa agenda TVET di luar bandar seperti Nenggiri dan teruskan usaha untuk tingkatkan kesedaran masyarakat luar bandar untuk mempunyai perlindungan keselamatan sosial,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Mairoszalifah Ismail (tiga dari kiri) merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020
NCIA, UPSI raikan pelajar SPM cemerlang
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, meraikan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk pelajar empowerNCER Akademik 2023, baru-baru ini.
Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Majlis Daerah Tanjong Malim, Mairoszalifah Ismail bertujuan memberikan pengiktirafan kepada mereka yang mencapai kejayaan akademik selain menjadi platform menginspirasi pelajar lain untuk berusaha lebih keras dalam akademik dan pembangunan diri.
Pengurus empowerNCER Akademik Tanjong Malim, Perak, Nazratul Ishmah Lokman (tengah) bersama-sama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2023.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Behrang 2020 (SMKBB2020), Rafidah Mohd Ghazali, berkata program empowerNCER Akademik 2023 sangat membantu dan berjaya melahirkan pelajar yang mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.
“Program empowerNCER Akademik merupakan program NCIA bertujuan memberikan pendidikan holistik kepada murid daripada keluarga B40 dengan prestasi akademik yang lemah.
“Program empowerNCER Akademik di Perak dianjurkan dengan kerjasama UPSI dan turut mendapat sokongan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),” katanya.
Katanya, bagi menghargai pencapaian cemerlang pelajar, Majlis Hari Anugerah dianjurkan secara bersama dengan 31 sekolah daripada sembilan daerah di Perak.
“Kerjasama antara pelbagai pihak itu memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai matlamat yang diinginkan,” katanya.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Murid dan Alumni) UPSI, Prof Dr Norkhalid Salimin, berkata program empowerNCER Akademik sudah berhasil mencapai matlamat untuk memberikan akses sama rata terhadap pendidikan berkualiti kepada golongan yang memerlukan.
Sementara itu, Ketua Eksekutif NCIA, Mohamad Haris Kader Sultan, berkata pencapaian cemerlang pelajar program empowerNCER Akademik di Perak akan mendorong mereka untuk berjaya pada masa hadapan, sekali gus berpotensi meningkatkan taraf kehidupan diri dan keluarga yang sebahagian besarnya daripada golongan B40.
“SMK Bawong, yang majoritinya pelajar Orang Asli, berjaya mencatatkan pencapaian yang membanggakan dengan kadar lulus SPM 100 peratus.
“Kejayaan ini tidak hanya mencerminkan komitmen yang tinggi daripada pihak sekolah dan guru dalam memberikan pendidikan berkualiti, tetapi juga menunjukkan potensi yang besar dalam kalangan pelajar daripada komuniti Orang Asli untuk mencapai kecemerlangan akademik,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Kakitangan dan pelatih Cality Care Malaysia Sdn Bhd melakukan aktiviti senaman ringan bersama-sama warga emas dalam membantu memulihkan kecergasan.
Menjelang 2030 lebih 15.3 peratus daripada populasi di negara ini yang akan lebih berusia 60 tahun dengan corak kesihatan yang baik dan rakyat Malaysia dijangka hidup lebih lama.
Penduduk yang semakin menua menunjukkan peningkatan dalam kelaziman keadaan kesihatan kronik seperti demensia, strok, penyakit jantung dan kanser. Keadaan itu memerlukan jumlah sumber penjagaan yang besar.
Majoriti warga emas Malaysia melaporkan bahawa mereka mahu kekal di rumah mereka sendiri. Secara tradisinya, menjaga orang tua kita dianggap sebagai tugas ahli keluarga, namun pada zaman ini, pandangan itu sudah berubah.
Ramai warga emas ingin mengekalkan kemerdekaan mereka lebih lama dan ramai ahli keluarga difahamkan tidak berpengalaman untuk menjalankan tanggungjawab penjagaan bagi keadaan seperti demensia. Oleh itu, terdapat keperluan semasa dan masa depan untuk penjaga terlatih secara profesional.
Hizlan Hasanuddin dan Zul Mawardi (belakang, tengah) bersama-sama sebahagian 25 pelatih yang menamatkan latihan program penjagaan warga emas.
Ketua Pegawai Integriti, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad), Zulkifli Mawardi (Zul Mawardi), berkata KPS Berhad melihat perkara itu sebagai satu peluang untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan meningkatkan kesediaan negara ke arah menyokong dan melindungi penduduk yang semakin menua di Malaysia.
Katanya, sebagai menyempurnakan peluang itu pada 2019, KPS Berhad mula memperkenal inisiatif KPS ‘Caregiver Program’ (Program Pengasuh KPS) dan peserta program berkenaan dipilih dengan teliti daripada dalam kalangan masyarakat berpendapatan rendah dan asnaf.
Tambahnya, secara ringkasnya objektif program inisiatif itu adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan warga emas dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya generasi muda dan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan asnaf untuk mendapatkan latihan teori serta praktikal tahap piawaian penjagaan Australia Cality Care.
“Ia juga bagi menyediakan peluang kerjaya kepada golongan berpendapatan rendah dan asnaf untuk bekerja dalam sektor penjagaan warga emas dengan melaksanakan program pengambilan pekerja mampan yang sesuai dengan falsafah tanggungjawab sosial korporat (CSR) KPS Berhad.
“KPS ‘Caregiver Programme’ ini juga untuk meningkatkan taraf ekonomi sosial belia Selangor yang menganggur dan menawarkan pengalaman menimba ilmu yang unik dalam industri,” ujarnya ketika kepada pemberita pada Majlis ‘Social Investment KPS Caregiver Initiatives 2024 di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih, Selangor, pada 8 Ogos lalu.
Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Penjagaan Cality Care Malaysia Sdn Bhd, Hizlan Hasanuddin; Pengurus Operasi Cality Care Malaysia Sdn Bhd, Azlan Abdullah; Pengerusi PJMM, Azman Rasman; Penasihat PJMM, Mohiadin Bahado; Pengurus serta Setiausaha PJMM, Sadali Mohiden; dan Muhammad Syafiq Mohiadin.
Pada majlis itu turut diadakan penyampaian sijil kepada 25 pelatih yang menamatkan latihan program penjagaan warga emas, serta menjalankan aktiviti melukis poster serta senaman ringan bersama-sama warga emas, dan penyerahan sumbangan barangan asas keperluan harian kepada PJMM.
Zul Mawardi berkata, KPS Caregiver Program ialah skim perintis yang mewujudkan peluang kepada peserta daripada golongan berpendapatan rendah dan asnaf untuk berjaya memperoleh pekerjaan serta peluang perniagaan yang bermakna sebagai pengasuh dalam industri penjagaan warga emas.
Jelas beliau, peserta program itu dipilih dengan teliti daripada golongan berpendapatan rendah serta asnaf dan dalam tempoh lima tahun sejak 2019, seramai 245 peserta berjaya menamatkan latihan dan menerima pensijilan dalam penjagaan warga emas.
Setakat ini, 80 peratus daripada jumlah peserta program berkenaan mampu menjana pendapatan melebihi RM1,500 sebulan sebagai pengasuh bebas.
Tambahnya, mengenai komponen di bawah modul latihan inisiatif program berkenaan, adalah berdasarkan Australia’s Certificate III in Individual Support (Ageing).
“Latihan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Cality Care Malaysia selama lapan bulan secara keseluruhan yang merangkumi teori serta penjagaan praktikal dengan pelanggan sebenar,” ujarnya.
“Berdasarkan pengalaman KPS Berhad dalam menjayakan inisiatif pelaburan sosial, KPS Caregiver Program merupakan antara inisiatif disambut baik dalam kalangan golongan sasaran dan jelas memberi impak Social Return on Investment (“SROI”) yang tinggi,” katanya.
Sementara itu, Hizlan berkata, dalam tempoh lima tahun itu, Cality Care Malaysia Berhad begitu komited menjayakan program berkenaan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab bagi membantu golongan B40 dan asnaf yang mendapat bantuan zakat meningkatkan taraf ekonomi dan hidup.
Menurutnya, dengan dana yang disediakan KPS Berhad, Cality Care Malaysia Berhad sentiasa meningkatkan usaha serta pembaharuan dalam latihan yang diberikan pelatih supaya mampu menjadi tenaga mahir dalam penjagaan warga emas.
“Mereka juga akan bertindak sebagai pemudah cara dengan menjadi tempat rujukan warga emas yang memerlukan penjagaan atau bimbingan bagi meneruskan kehidupan seharian untuk mengelak terabai tanpa pengurusan yang betul.
“Dalam perkara sedemikian pelatih yang berada di lapangan juga memerlukan kerjasama serta sokongan masyarakat setempat untuk menjayakan misi penjagaan atau pengurusan warga emas supaya dapat disantuni dengan sebaik mungkin,” katanya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mengakui agak terkejut apabila dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan pada masa sama berasa takut diberi kepercayaan serta tanggungjawab yang disifatkannya amat berat dan mencabar.
Melalui sebuah video yang tular di laman Tiktok, dirinya menceritakan bagaimana Perdana Menteri melantiknya sebagai Ketua Setiausaha Negara(KSN).
“Nama saya tiada pun dalam senarai KSN, selepas itu nombor saya yang ke 26 tetapi 2 minggu sebelum diumumkan itu nama saya dah bermain dalam carta.”
“Dua minggu sebelum Perdana Menteri mengadap YDP Agong saya dah nombor 4, tapi ini semua kuasa Allah SWT”.
Shamsul turut memanjatkan syukur kerana laluan untuknya mudah dan dia juga memberitahu tidak pernah melobi untuk jawatan ini.
“Saya tidak pernah melobi, saya tidak pernah meminta kerana bagi saya jawatan Ketua Setiausaha Negara terlalu besar”.
Rakaman itu dipercayai di sebuah masjid yang tidak diketahui lokasinya selepas Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini.
Beliau dilahirkan pada 27 Januari 1969 di Pekan, berkelulusan dari Universiti of Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat dan Universiti of Cambridge United Kingdom European Institute of Business Administration (INSEAD)
Sebelum dilantik KSN, beliau menjawat jawatan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Sejarah nasi kebuli menjadi hidangan istimewa ketibaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah bersama 60 orang pengikutnya yang mudik ke pekan Kuala Lipis dan berhenti di Kuala Kenong ketika itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Ganding dekat sini, Nadzri Kamaludin (56) berkata, mengikut sejarah Nasi Kebuli diperkenalkan pada tahun 1944 oleh seorang penduduk dari Kampung Kenong dikenali Hussin.
Katanya, apabila Almarhum Sultan Mahmud Shah berhenti di Kuala Kenong, baginda bertemu dengan Hussin dan menyatakan hasrat ingin makan nasi berlaukkan ayam kampung.
“Hussin setelah menerima titah baginda mula memikirkan jenis masakan untuk dihidangkan kepada baginda.
“Setelah memikirkan jenis masakan dan mahukan masakan nasi yang berbeza dengan kampung lain sebagai kenangan buat baginda, maka tercetuslah masakan atau resepi nasi kebuli yang ketika itu belum ada nama.
Katanya, bermula sejak itu, nasi kebuli yang berasal dari Kampung Kenong menjadi hidangan istimewa penduduk di sini tetapi mula tersebar ke kampung berdekatan dalam Mukim Cheka dan juga daerah berdekatan di negeri ini.
“Nasi kebuli sering menjadi hidangan majlis kenduri kahwin, sambutan hari raya atau program tertentu sebagai satu hidangan istimewa,” katanya.
Salah seorang tukang masak nasi kebuli di program sambutan rombongan Tengku Mahkota Pahang baru-baru ini, Norlaila Sani (55) dari Kampung Kenong berkata, bahan-bahan masakan untuk nasi kebuli sangat mudah didapati.
Katanya, antaranya, beras wangi sekilogram (4 pot) , seekor ayam kampung, dua sudu lada hitam, dua sudu ketumbar, 10 ulas bawang merah, dua inci halia, tiga batang serai, dua inci lengkuas dan satu inci kunyit hidup.
“Selain itu, empat biji bawang merah, sebiji bawang besar, dua sudu kecil serbuk kunyit, dua sudu lada hitam, dua sudu jintan manis dan satu sudu besar garam dan tiga cawan air.
“Hiris halus bahan-bahan tersebut kemudian masukkan kesemuanya ke dalam periuk bersama lada hitam, ketumbar, jintan manis, serbuk kunyit, lada hitam dan garam serta tiga cawan air.
Kata Norlaila, masukkan ayam yang siap dicuci bersih dan biarkan ayam mendidih kira-kira 20-30 minit dan padamkan api, biarkan ayam terperap di dalam air rebusan, lagi lama lagi sedap.
“Panaskan minyak kelapa untuk menggoreng ayam yang diperap, jangan terlalu lama. nampak kuning saja boleh diangkat ayam tersebut dan tinggalkan anggaran satu senduk minyak goreng ayam tadi.
“Kemudian goreng beras yang siap dibasuh dan ditoskan selepas itu .goreng hingga beras nampak macam retak dengan menggunakan air rebusan ayam,’ katanya.
Katanya, daun tutor berperanan untuk menaikkan aroma wangi nasi dan juga membungkus nasi tersebut untuk dijadikan bekalan dan boleh tahan sehingga kira-kira tiga hingga lima hari dan tidak basi.
“Rasa nasi kebuli tidak sama dengan nasi minyak walaupun nampak sama berwarna kekuning-kuningan kerana tidak menggunakan bahan yang sering digunakan untuk menyediakan nasi minyak. Kini, ada resepi nasi kebuli diubahsuai mengikut kesesuaian majlis dan setempat.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!