RAKYAT MALAYSIA AKAN DISUNTIK VAKSIN COVID-19 BULAN DEPAN
KOTA TINGGI – Kira-kira satu juta rakyat di negara ini akan disuntik vaksin Pfizer-BioNTech pada fasa pertama bermula bulan depan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, petugas barisan hadapan merupakan individu yang pertama akan menerima suntikan itu sebelum diikut golongan rentan.
Menurutnya, golongan rentan merupakan individu yang mudah mendapat penyakit dan pesakit kronik seperti bauh pinggang, jantung, paru-paru dan diabetes.
“Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 negara akan bermula bulan depan dengan sejuta vaksin dari Pfizer-BioNTech akan diagih dan disuntik pada fasa pertama.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham BBaba.
“Fasa seterusnya sebanyak 6.2 juta vaksin pada April dan Mei tahun ini. Kerajaan akan beri vaksin percuma kepada semua rakyat untuk sasaran 80 peratus penduduk atau 26 juta individu,” katanya.
K! ONLINE melaporkan selepas pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Bahagian Tenggara 2020 di Bandar Tenggara di sini hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU – Bencana banjir yang memasuki hari kedua melanda negeri ini mencatatkan 1,780 mangsa banjir daripada 500 keluarga melibatkan lima buah daerah setakat pukul 8 malam hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan secara mendadak berbanding 1,000 mangsa banjir yang direkodkan pada pukul 4 petang tadi.
Beliau berkata, peningkatan jumlah tersebut menyaksikan bilangan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka meningkat dua kali ganda kepada 28 PPS di Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Kulai dan Batu Pahat.
“Kesemua mangsa banjir yang dipindahkan itu datangnya daripada 39 buah kampung yang terjejas bencana banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan.
“Daerah Kluang terjejas teruk akibat bencana banjir apabila seramai 698 mangsa daripada 206 keluarga dipindahkan ke 12 PPS di daerah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Vidyananthan berkata, daerah Johor Bahru merekodkan seramai 690 mangsa banjir daripada 189 keluarga diikuti Kota Tinggi melibatkan 286 mangsa daripada 66 keluarga, Kulai dengan 99 mangsa daripada 25 keluarga dan Batu Pahat membabitkan tujuh mangsa daripada empat keluarga.
Beliau berkata, taburan PPS yang dibuka setakat ini ialah 12 di Kluang diikuti Johor Bahru (6), Kota Tinggi (7), Kulai (2) dan Batu Pahat (1).
“Punca banjir melanda negeri ini berpunca daripada hujan sederhana lebat yang berpanjangan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air
K! Online melaporkan, bencana banjir tahun ini merekodkan satu kes kematian dipercayai disebabkan lemas di Kampung Contoh, Kahang, Kluang.
“Sementara itu, sebuah laluan di Jalan Pengerang-Kota Tinggi terpaksa ditutup sementara setelah ditenggelami air akibat banjir,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PAYA RUMPUT : Seorang warga emas berusia 68 tahun maut apabila dirempuh sebuah Perodua Myvi di Jalan Krubong, di sini.
Mangsa Lee Yoke Loy, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, lapor BH ONLINE.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang sedang menunggang motosikal di lorong kiri cuba mengubah haluan ke lorong kanan, sebelum dirempuh kenderaan yang dipandu wanita berusia 28 tahun.
“Akibat kemalangan, mangsa telah telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 dikeluarkan untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya.
Hasan berkata, siasatan masih diteruskan dan kenderaan terbabit akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
CAMERON HIGHLANDS: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan tiada keperluan untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bertanding di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen di negeri ini pada PRU15.
Menteri Besar Pahang itu menyatakan pendirian UMNO Pahang selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Cameron Highlands hari ini, dipetik dari saluran YouTube MyKMU NET.
“Di negeri Pahang ada 42 kerusi (DUN), 25 adalah (milik) BN.. jadi apabila kita dalam Perikatan Nasional, ada parti BERSATU.. jadi saya fikir, disebabkan BERSATU tidak ada kerusi di Pahang jadi seharusnya mereka (BERSATU) tidak perlu bertanding di Pahang lah.
“Itu di peringkat (kerusi) ADUN.. begitu juga di Parlimen.. kita ada sembilan (kerusi Parlimen) Barisan Nasional.. lima lagi Perikatan Nasional, termasuk satu Indera Mahkota.. kemudian empat lagi kita dah bincang untuk parti-parti dalam Barisan Nasional.
“Sebelum ini pun BERSATU tidak ada kerusi Parlimen di Pahang ini.. jadi saya fikir BERSATU tidak perlu bertanding di Pahang lah.. eloklah mereka pergi (bertanding) di tempat yang mereka ada kerusi.. itulah pendirian UMNO Pahang,” katanya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Wan Rosdy yang juga Ketua Bahagian UMNO Cameron Highlands turut menyampaikan amanat kepada ketiga-tiga kepimpinan sayap UMNO Cameron Highlands.
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO PAHANG, WAN ROSDY WAN ISMAIL
Dalam ucapannya, beliau mengingatkan kepada perwakilan agar sentiasa bersiap-siaga menghadapi segala kemungkinan pada PRU15.
Beliau turut menyeru agar perwakilan membantu menambahkan bilangan penyertaan keahlian UMNO dan mendaftar sebagai pengundi bagi menghadapi PRU15.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PASIR SALAK: Pengarah Pilihan Raya UMNO, Tajuddin Abdul Rahman hari ini ‘memberi peringatan’ kepada PAS yang menjadi parti rakan mereka mengenai perlunya menghormati janji dan tidak memungkirinya.
Kenyataan itu juga dilihat membuktikan bahawa PAS – di sebalik persefahaman dimeterai dalam Muafakat Nasional – membuat keputusan sendiri menyertai Perikatan Nasional (PN).
“Saya nak ingatkan kepada pemimpin PAS apa hukum berjanji. Janji mesti ditunaikan.
“Mereka sertai PN bersama PPBM (BERSATU) itu tanpa persetujuan kita,” katanya seperti dilaporkan Free Malaysia Today hari ini.
Tajuddin ditemui media selepas dia merasmikan mesyuarat tahunan UMNO Pasir Salak dan sayap parti itu di Pasir Salak hari ini.
UMNO dan PAS memeterai piagam bersama untuk membentuk Muafakat Nasional ketika kedua-dua parti terbabit masih berstatus pembangkang.
Selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan melalui Langkah Sheraton, BERSATU membentuk kerajaan baru melalui kerjasama dengan beberapa parti lain termasuk UMNO dan BN.
Ia kemudian menyaksikan munculnya PN yang disertai PAS sebagai salah satu parti komponen manakala UMNO dan BN kekal berada di luar gabungan tersebut.
Ia menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin UMNO yang menyatakannya sama ada secara terbuka atau berkias.
“Janji ikrar pada masa itu (sebelum Muafakat Nasional) kita berdua (UMNO dan PAS) akan membentuk satu kerjasama politik bagi menghadapi musuh politik, termasuk BERSATU pada masa itu, sebelum terbentuknya PN,” kata Tajuddin Abdul Rahman.
Pada 30 Disember lalu, Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah dilaporkan berkata tiada mana-mana parti mampu menghadapi PRU akan datang secara bersendirian.
Oleh itu kata timbalan menteri besar Kelantan itu, BN dan PN perlu bekerjasama untuk mencapai kemenangan.
Kenyataan itu dijangka menimbulkan masalah kerana sebahagian besar pemimpin UMNO mahu parti itu kekal bertanding di kerusi tradisi mereka.
Ia termasuk kerusi yang memang dimenangi BERSATU pada PRU lalu atau dimenangi UMNO pada asalnya namun wakil rakyat terbabit melompat ke BERSATU kemudian.
Kata Tajuddin selepas menyertai PN, PAS sendiri berdepan kesukaran
“Sekarang mereka sudah terikat dalam keadaan begitu rupa dan menimbulkan kesulitan,” katanya.
Justeru ahli parlimen Pasir Salak itu meminta PAS menyelesaikan segera segala kesulian yang berlaku ekoran penyertaan mereka dalam PN ketika UMNO kekal dengan kesetiaan pada janji yang diikrarkan sebelum ini.
Walaupun tidak diperincikan dengan lebih lanjut, dipercayai kesulitan dimaksudkan Tajuddin berkaitan isu pembahagian kerusi untuk menyertai pilihan raya umum yang dijangka boleh dijalankan tidak lama lagi.
“Janji ikrar pada masa itu (sebelum Muafakat Nasional) kita berdua (UMNO dan PAS) akan membentuk satu kerjasama politik bagi menghadapi musuh politik, termasuk BERSATU pada masa itu, sebelum terbentuknya PN,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SAYA BUKAN PONDAN POLITIK: UMNO BOLEH BUAT APA SAHAJA KEPUTUSAN
KOTA BHARU: UMNO boleh buat apa sahaja keputusan, sama ada untuk menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional, atau pun menyokong DAP mahu pun Anwar Ibrahim, asal sahaja keputusan itu dibuat mengikut saluran yang betul.
Pesan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Setiausaha Agung BN, Annuar Musa kepada ahli-ahli UMNO, berbincang biarlah bertempat, dan platform FACEBOOK dan kumpulan sembang bukanlah tempat yang sesuai bagi membincangkan keputusan parti.
Membayangkan ada suara-suara daripada parti yang mahukan UMNO menarik balik sokongan daripada PN, kata Annuar, kalau itu yang dimahukan, biarlah ia diputuskan oleh parti sendiri, bukan menerusi cakap-cakap yang bukan di saluran sepatutnya.
AHLI PARLIMEN KETEREH, ANNUAR MUSA
“Tapi saya nak tanyalah, keluar tu nak pergi ke mana? Keluar nak jadi pembangkang ke? Keluar nak sertai DAP ke? Keluar nak bergabung dengan Anwar Ibrahim ke? Kalau itu jalan nak keluar, ayuh kita bincang dulu.
“Nak bincang di mana? Kita bincang di tempat sesuai, bukan dalam FACEBOOK, bukan dalam grup WhatsApp. Parti boleh buat apa saja keputusan, tapi bincang biar bertempat.
“Sesama ahli Majlis Tertinggi (MT), berapa kali nama saya dibedal oleh sama-sama ahli MT. Sampai hari ini saya pilih untuk tak menjawab. Sebab bukan kelasnya kita duduk dalam Majlis Kerja Tertinggi, (tetapi) bedal sesama sendiri.
“Cara orang lain saya tak tahu, tapi bukan cara saya. Tapi saya bukan pondan. Saya bukan pondan politik,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh 2020 hari ini, lapor MALAYSIAKINI.
Sebelum ini, Annuar dibidas beberapa rakan di dalam UMNO kerana dikatakan sering menyebelahi BERSATU terutamanya dalam isu kerjasama PN yang memang dari awal tidak disenangi oleh sebahagian ahli UMNO .
UMNO bersekutu dengan BERSATU- parti serpihannya sendiri – pada hujung Februari lalu bagi menjayakan Langkah Sheraton yang menyingkirkan kerajaan PH daripada kerajaan pusat, di bawah payung PN bersama PAS dan parti-parti lain.
Kerjasama dua parti itu awal-awal lagi menempuh jalan sukar apabila sebahagian pemimpin UMNO berasa parti mereka dianaktirikan pentadbiran presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin, malah tidak kurang juga yang menggesa ahli UMNO menarik balik sokongan kepada perdana menteri.
Apatah lagi, UMNO hilang banyak kerusi kepada BERSATU apabila ramai ahli parlimennya yang melompat parti selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.
Annuar yang merupakan menteri Wilayah Persekutuan di dalam kabinet Muhyiddin, dituduh seolah-olah menjadi jurucakap BERSATU berbanding UMNO, antaranya oleh Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Puad Zarkashi.
Malahan, Puad menempelak Annuar yang dikatakan suka mendahului presiden dalam isu dasar dan taktikal parti.
“Cara orang lain saya tak tahu, tapi bukan cara saya. Tapi saya bukan pondan. Saya bukan pondan politik,” kata Annuar Musa dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh 2020 hari ini.
Bagaimanapun, Annuar mencabar pihak-pihak yang menuduhnya untuk membuktikan dakwaan mereka.
“Sebut satu perkara yang saya mendahului presiden. Sebut dengan saya satu perkara yang saya katakan bukan keputusan parti.
“Cuma bezanya kadangkala, benda diputuskan oleh parti, semua berdiam tak nak bercakap, bila setiausaha agung (BN) sebut, orang kata sayalah yang mendahului presiden.
“[…] Masalah kita, yang kita bincangkan, kadang-kadang tak sampai ke akar umbi. Di atas kita bawa satu rentak, di bawah, kita bawa satu rentak yang lain. Ini yang menjadikan masalah.
“Sekarang saya tak tahu, rentak mana yang betul,” katanya lagi.
Annuar turut membidas pihak yang menyindirnya sebagai jurucakap BERSATU, dan memberi amaran tegas agar kesetiaannya di dalam UMNO jangan sekali-kali dipertikaikan.
Katanya, dia bukan ahli yang taksub dengan individu, apatah lagi untuk menjadi pemimpin yang terhegeh-hegeh untuk mendapatkan jawatan dan politik atau berebut-rebut kedudukan.
Katanya, sejak menjadi ahli UMNO pada 1978 hingga sekarang, pelbagai perkara telah ditempuhinya: kalah dan menang berkali-kali, menjadi menteri dan tidak menjadi menteri, diberikan pangkat, mahupun tanpa sebarang pangkat.
Malah katanya, mudah-mudahan, dia akan dapat memperjuangkan dan mendukung perjuangan UMNO sehinggalah ke penghujung nyawanya.
“Saya ingin mencabar mereka-mereka itu, yang belum kenal perjuangan saya yang telah menjadi ahli (UMNO) nombor 00124 daripada 3.4 juta. Saya ahli Umno yang ke-124 yang bersama menghidupkan semula UMNO sewaktu UMNO diharamkan.
“[…] Malah saya seharusnya bersyukur, Allah telah memberikan lebih daripada yang selayaknya kepada saya.
“Menteri sudah, ketua bahagian sudah, menteri kampung sudah, menteri bandar sudah. Di atas sudah, di bawah sudah. Menang sudah, kalah sudah. Apa lagi yang Annuar Musa mahu?
“Cuma satu perkara. Jangan mencabar kewibawaan saya tentang kesetiaan saya kepada parti. Belum tentu orang lain yang mencabar saya punya rekod yang lebih baik dalam kesetiaan (berbanding) saya,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERLU BINCANG ISU GANGGUAN PROJEK ECRL: AHLI PARLIMEN TINJAU ADUAN PENDUDUK
MARAN: Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib cuba menyelesaikan masalah yang timbul daripada rungutan penduduk yang tinggal berdekatan dengan tapak projek menanam cerucuk projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang dilaksanakan di Kampung Bak-Bak, di sini, hari ini.
Katanya, sebagai pemimpin setempat aduan dan rungutan tersebut perlu ditangani dengan baik demi kesejahteraan penduduk yang terlibat dan juga memberi manfaat semua pihak yang terbabit dalam situasi menang-menang.
Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail melawat kawasan terbabit
“Rungutan mereka ada asasnya kerana kedudukan rumah mereka dekat dengan tempat projek penanaman cerucuk, pastinya bunyi dan debu mengganggu kehidupan harian mereka serta kalau tidak berhati-hati boleh mengundang masalah yang tidak dijangka.
“Saya akan berbincang dengan semua pihak yang bertanggung jawab berkaitan dengan projek pembinaan ECRL yang melalui kampung ini yang menghubungkan pantai barat ke pantai timur semenanjung yang semua pihak sudah sedia maklum,” katanya ketika meninjau kawasan tersebut.
Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail turun padang ke tapak projek di Kampung Bak-Bak, hari ini
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata , mungkin isu seperti ini ada berlaku di tempat lain sepanjang jajaran landasan ECRL dibina tapi rungutan dan aduan yang berbeza mengikut keadaan setempat
Penduduk Kampung Bak-Bak, Zakiah Abd Aziz berkata, projek pembinaan jambatan landasan ECRL yang jarak 10.1 meter dari rumah kediaman dan kilang miliknya menyebabkan dia dan anggota keluarganya mengalami gangguan bunyi keterlaluan dan pencemaran debu sejak sebulan lepas.
Zakiah Abd Aziz
“Gangguan bunyi melampau mengakibatkan seorang warga emas 61 tahun terpaksa dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS),Temerloh kerana mengalami tekanan perasaan dan turut bimbang bayi berusia 18 bulan mengalami gangguan yang sama.
“Kami bukan menolak pembangunan projek ECRL, tetapi projek mega ini telah mengakibatkan pencemaran bunyi yang dasyat kepada tiga keluarga dan pekerja kilang di sini ,” katanya.
Sementara itu seorang penduduk rumahnya bersebelahan projek itu, Noriah Abu Samah berkata bunyi yang sangat kuat daripada jentera dan bunyi hentakan cerucuk mengganggu mereka terutama ketika kerja menanam cerucuk dijalankan.
Noriah Abu Samah
“Kerja projek dijalankan mulai jam 6.30 pagi sehingga 10.30 malam malah kadang-kala melebihi had waktu yang boleh mengganggu ketenteraman kehidupan harian kami.
“Dinding rumah saya juga turut retak kesan hentakan dari tapak projek yang sedang dijalankan, bimbang juga kalau serius boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ELAK AKTIVITI PESISIR PANTAI: FENOMENA AIR PASANG ANCAM KESELAMATAN PENGUNJUNG
KUALA NERUS: Jangan jadikan kawasan pantai sebagai tapak ‘pesta’ untuk bersantai melihat fenomena air pasang besar dan mengambil swafoto (selfie).
Ombak kuat dan angin kencang yang melanda pantai di negeri Terengganu ini dikhuatiri boleh mengancam keselamatan pengunjung.
GAMBAR HIASAN
Itu antara amaran daripada Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din kepada orang ramai yang masih mendekati kawasan pantai khususnya di Pantai Seberang Takir atau lebih dikenali dengan nama Pantai Miami.
Susulan itu, pihaknya telah meningkatkan kawalan dan pemantauan di lokasi pantai tumpuan ramai di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Memetik laporan ASTRO AWANI, selain rondaan, laluan dari arah Pantai Teluk Ketapang ke Jambatan Angkat turut ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula Jumaat hingga Ahad ini.
“Orang ramai dinasihatkan tidak menjadikan fenomena ni sebagai satu pesta keluar beramai-ramai untuk melihat keadaan ombak besar yang boleh membahayakan diri mereka.
“Pihak polis akan membuat pemantuan rondaan di kawasan ini 24 jam sehingga keadaan cuaca telah kembali reda dan keadaan baik,” ujar beliau.
Abdul Rahim berkata, jika masih ada individu yang ingkar dan berterusan menghampiri kawasan pantai, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang bersesuaian seperti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
GAMBAR HIASAN
Fenomena air pasang besar yang melanda Terengganu membuatkan orang ramai turut mengambil kesempatan untuk menyaksikannya secara dekat khususnya di Pantai Seberang Takir.
Ombak besar berketinggian lebih dua meter beserta angin kencang telah menyebabkan limpahan air laut sehingga ke atas jalan raya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
OPERASI BESAR-BESARAN MOTOSIKAL: TUMPU KESALAHAN LALU LINTAS, UBAH SUAI TIDAK IKUT KRITERIA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melancarkan operasi besar-besaran ke atas penunggang motosikal melakukan kesalahan lalu lintas, dalam tempoh terdekat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu akan menumpukan motosikal berkuasa tinggi dan bawah 150cc.
GAMBAR HIASAN
Beliau berkata, ia akan memfokus kepada penunggang yang melakukan pengubahsuaian terhadap motosikal sehingga mengganggu ketenteraman awam, lapor BH ONLINE.
“Ramai orang mengadu bahawa golongan itu mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi ekzos terlalu bising apabila menghidupkan motosikal yang diubah suai.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador
“Golongan terbabit juga didakwa mengganggu lalu lintas sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain terpaksa memberi laluan kepada mereka kerana berkonvoi dalam jumlah yang ramai,” katanya pada sesi wawancara khas.
Malah, Abdul Hamid menegaskan, penunggang motosikal menyumbang angka kemalangan yang tertinggi di negara ini.
“Sudah-sudahlah mereka memulas pendikit motosikal yang diubah suai sehingga mengganggu orang ramai dengan bunyi bising itu.
GAMBAR HIASAN
“Saya sudah mengarahkan JSPT untuk melancarkan operasi besar-besaran. Tiada kompromi lagi.
“Motosikal yang diubah suai akan dirampas, dan pihak terbabit mesti mengubah kenderaan mereka itu seperti asal semula,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ASYRAF WAJDI PERLU MINTA MAAF: BERSATU TIMBANG TINDAKAN MAHKAMAH
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menafikan dakwaan parti itu cuba ‘membeli’ atau ‘mencuri’ ahli UMNO sehingga sanggup membayar sehingga RM5,000 bagi penubuhan cawangan parti berkenaan.
Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan menegaskan, perkara itu adalah tidak benar sama sekali selain menyifatkan ia adalah tuduhan liar tanpa bukti yang kukuh.
“Saya dengan tegas menafikan tuduhan liar tanpa bukti ini (dan) menuntut Asyraf Wajdi memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut serta-merta,” – Wan Saiful Wan Jan
Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut, lapor ASTRO AWANI.
“Saya memandang berat tuduhan Asyraf Wajdi bahawa Bersatu mencuri dan membeli ahli-ahli UMNO.
“Tindakan beliau menyebut ‘setiap yang menyertai BERSATU dibayar sehingga RM100, setiap cawangan yang ditubuh diperuntukkan RM3,000 hingga RM5,000’ tidak dapat diterima sama sekali.
“Saya dengan tegas menafikan tuduhan liar tanpa bukti ini (dan) menuntut Asyraf Wajdi memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut serta-merta,” katanya dalam kenyataan yang dalam akaun Facebooknya di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, beliau akan berbincang dengan pihak parti mengenai kesesuaian mengambil tindakan undang-undang dalam hal berkenaan.
Terdahulu, Asyraf Wajdi mendesak BERSATU agar menghentikan segera sebarang usaha untuk bersaing ahli di antara satu sama lain jika mahu meneruskan kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, tindakan itu tidak dapat memberi jaminan kerjasama kedua parti berkenaan akan kekal sekiranya perkara sedemikian masih berlaku.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!