IPOH: Seorang pembantu perubatan berusia 32 tahun meninggal dunia selepas terjun dari tingkat tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.
Difahamkan, lelaki berasal dari Chemor itu menderita masalah kesihatan.
Dia dilapor meninggalkan nota yang mengatakan tidak lagi dapat menangani masalah kesihatannya dan tidak dapat berfikir dengan jelas selain meminta maaf kepada keluarga dan rakan-rakannya, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pengawal keselamatan terjumpa mayat lelaki itu, berpakaian seragam hospital biru, di parkir motosikal hospital jam 6.45 petang.
Menurutnya, mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
“Salah seorang rakan mangsa mengesahkan lelaki itu adalah rakannya dan menjumpai nota itu di dalam beg si mati,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Penjual runcit dibenarkan untuk mengenakan had pembelian minyak masak pek polibeg 1 kilogram (kg) sebanyak tiga unit bagi setiap transaksi untuk setiap pelanggan, berkuatkuasa 19 Januari.
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata, kebenaran itu bertujuan untuk memastikan lebih ramai pengguna berpeluang untuk membeli bekalan minyak masak, yang diberikan subsidi kerajaan.
GAMBAR HIASAN
Minyak masak dalam bungkusan polibeg 1kg merupakan barang kawalan yang diberikan subsidi di bawah Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS).
“Kebenaran ini adalah terpakai kepada minyak masak pek polibag 1kg sahaja dan perlu dijual dengan harga RM2.50 sekilogram,” kata Azman dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.
Dalam pada itu, Azman berkata tiada had pembelian dikenakan ke atas minyak masak bukan dalam pek polibeg 1kg.
Azman berkata kerajaan komited dalam memastikan kestabilan bekalan minyak masak polibeg 1kg bersubsidi, untuk memastikan rakyat boleh mendapatkan bekalan minyak masak untuk kegunaan isi rumah dengan harga yang ditetapkan iaitu RM2.50 sekilogram, khususnya dalam cabaran situasi pandemik Covid-19.
Beliau berkata KPDNHEP konsisten mengawal selia aktiviti perdagangan dan pengedaran di negara ini, bagi memastikan rangkaian pengedaran pemborongan dan peruncitan tidak terjejas, sekali gus dapat memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa bekalan barangan keperluan asas dan penjagaan diri, adalah mencukupi di pasaran.
“Arahan ini juga memastikan tiada perlakuan peniaga yang mengambil kesempatan, memanipulasi harga dan bekalan minyak masak semasa pandemik Covid-19,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ULAMA ISLAM KANADA INGATKAN JANGAN TERPERDAYA TEORI KONSPIRASI
LONDON: Seorang ulama Islam terkemuka Kanada mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan teori konspirasi mengenai vaksin COVID-19.
Menurut Sheikh Mohammed Tahir Al-Qadri, apa yang dimomokkan oleh dakwaan konspirasi itu sudah tersebar dan viral di media sosial sebagai cubaan mempengaruhi orang ramai menolak suntikan vaksin COVID-19.
“Ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana menyelamatkan nyawa adalah satu ibadah dan ia dituntut dalam ajaran agama kita.
Sheikh Mohammed Tahir AAl-Qadri.
“Pada permulaan wabak ini, umat Islam seluruh dunia adalah antara yang berada di barisan hadapan bagi memerangi pendemik global ini, baik dengan menyelamatkan nyawa, mengedarkan makanan atau memberi sokongan.
“Kini, mereka juga harus berperanan meyakinkan umat Islam mengenai kepentingan menerima suntikan vaksin,” katanya dalam temubual bersama Sky News.
GAMBAR HIASAN
Beliau membuat kenyataan itu berikutan beberapa kumpulan di Eropah kini sedang ghairah mendakwa vaksin tertentu adalah haram di sisi Islam dan cuba mempengaruhi umat Islam di sana supaya menolak suntikan vaksin berkenaan.
Al-Qadri, yang berasal dari Pakistan, kini giat berusaha untuk meyakinkan pengikutnya dan umat Islam secara umum mereka supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan palsu mengenai vaksin terbabit.
“Beberapa individu mendakwa ia mengandungi alkohol di dalamnya atau bahan daripada babi atau lain-lain yang ditegah (dalam Islam).
“Ada juga yang mendakwa vaksin terbabit boleh menjejaskan bahagian tertentu pada otak. Apa boleh saya katakan? Semua ini dakwaan tidak berasas,” katanya.
Tambah beliau, suntikan vaksin itu sama seperti pengambilan ubat lain seperti paracetamol, antibiotik atau aspirin, yang mana meskipun ada kes sampingan, ia bertujuan untuk menyembuhkan.
Jelas Al-Qadri, mempercayai proses perubatan adalah satu daripada asas ajaran Islam.
“Islam dan ajaran al-Quran serta Nabi Muhammad SAW memberi tumpuan pada justifikasi, kepintaran, penyelidikan ilmiah dan pengembangan intelektual,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAWANG : Jurutera teknologi maklumat (IT) meninggal dunia akibat digilis lori selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan kenderaan terbabit di laluan selepas susur Plaza Tol Rawang Utara menghala ke Kuala Lumpur di sini, jam 7.55 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, ketika kejadian, lori terbabit yang dipandu lelaki berusia 57 tahun dalam perjalanan dari Rawang menghala ke Shah Alam, Selangor.
“Kemalangan berlaku ketika lori berkenaan yang berada di lorong kiri melepasi Plaza Tol Rawang Utara, tiba-tiba bergesel dengan motosikal ditunggang mangsa berusia 26 tahun.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan. Mayat dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat,” katanya pada kenyataan.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe
Harian Metro melaporkan, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS: Kumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dikuarantin sejak semalam selepas seorang calon didapati positif COVID-19.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, seramai 142 pelajar perempuan ditempatkan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi manakala dua pelajar lelaki ditempatkan di asrama.
“Pemindahan ke I-KPKT dilakukan untuk keselamatan selepas ada kes positif. Ia juga melihat situasi yang mana daripada 20 orang yang bergejala (bilangannya) meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.
GAMBAR IHSAN PDRM
AstroAWANI melaporkan, setakat pagi ini, terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif COVID-19 dan dihantar ke hospital,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, pemindahan pelajar perempuan ke I-KPKT dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Katanya, pemindahan pelajar terbabit dengan menaiki bas turut diiringi anggota polis bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan.
“Terdapat juga tiga guru pengiring dibawa bagi menjaga kebajikan pelajar sepanjang ditempatkan di pusat kuarantin,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WASHINGTON: Calon Demokrat, Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis.
Biden mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pada pukul 12.49 pagi (11.49 pagi hari Rabu waktu Washington).
Dalam Pilihan Raya AS pada November lalu, Biden dilaporkan telah menang 306 undi elektoral dan lebih 77 juta undi berbanding Trump yang hanya memperoleh 232 undi elektoral dengan 72 juta undi.
JOE BIDEN DAN KAMALA HARRIS DIPILIH MENGETUAI KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT
Majlis angkat sumpah Presiden AS yang ke-59 ini dilakukan dengan penuh bersejarah, selain menyaksikan ia dilakukan dengan keadaan norma baharu ketika penularan pandemik COVID-19, lapor Agensi.
Ia juga membawa keunikan apabila Naib Presiden, Kamala Harris turut diangkat sebagai wanita berkulit hitam yang pertama mengangkat sumpah di Capitol Hill.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Sebahagian jalan masuk ke Taman Negara Gunung Kinabalu runtuh sejauh kira-kira 150 meter di Kilometer 20 Jalan Ranau-Tamparuli akibat berlaku hujan berterusan selama seminggu, hari ini.
Seorang saksi awam mendakwa, jalan raya di hadapan gunung tertinggi di Asia Tenggara sebagai khazanah dunia itu telah menunjukkan tanda-tanda keretakkan dan berlaku keruntuhan pada 15 Januari lalu setelah bermula hujan lebat.
“Saya terkejut, saya terdengar bunyi bagai bumi ini runtuh oleh itu manusia jangan persenda alam sekitar,” katanya.
saksi awam
Pengarah Taman Negara Sabah, Maklarin Lakim berkata, sebahagian jalan masuk ke taman Negara itu dianggarkan sejauh 50 meter telah rosak sejak minggu lalu dan pihak berkuasa telah meletakkan tanda amaran kepada pengguna jalan itu, lapor Bernama.
GAMBAR IHSAN TAMAN NEGARA SABAH
“Hujan lebat berterusan memburukkan lagi keadaan dan jalan semakin menunjukkan rekahan dan saya terkejut berlaku keruntuhan kemusnahan dan sebahagian tempat letak kereta turut terlibat pagi ini.
“Jalan runtuh itu sebagai jalan perhubungan utama Kota Kinabalu ke Sandakan dan papan tanda amaran serta sekatan telah diletakkan untuk mengelakkan berlaku kecelakaan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANDAR JENGKA : Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Surau Nur Firdaus Taman Desa Jaya 2 turut menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Jengka yang mengalami bencana banjir baru-baru ini.
Pengerusi KRT Taman Desa Jaya 2, Nasharuddin Mat Nasir berkata, bantuan itu sebagai tanda prihatin masyarakat di taman perumahan itu yang sangat bersimpati kepada mangsa banjir.
Jawatankuasa KRT Taman Desa Jaya 2 dan sukarelawan dalam misi bantuan mangsa pasca banjir
“Semua mangsa banjir mengalami keperitan berhadapan bencana dan kehilangan harta benda serta keperluan harian di samping rumah masing-masing rosak yang memerlukan masa untuk dibaiki atau dibersihkan.
“Sumbangan yang dikumpul hasil daripada ahli kariah taman dan orang perseorangan yang turut memikirkan mangsa yang menghadapi keperitan untuk mengharungi kesukaran,” katanya.
Penyelaras program sumbangan itu, Bajuri Rabu berkata kami telah menyaksikan betapa sukarnya musibah itu buat mereka, terpaksa berpindah sementara, harta benda rosak dan musnah dan kekurangan makanan.
“Sayu sungguh hati kami, maka timbul rasa insaf untuk membantu, oleh itu kami mengumpul derma di kalangan ahli kariah dan perseorangan yang bermurah hati serta sukarelawan bagi membantu untuk meringankan beban mereka,” katanya.
Setiausaha KRT Taman Desa jaya 2, Hamzah Mat Ali berkata sebanyak RM5,000 dan bungkusan makanan telah disumbangkan kepada mangsa banjir di Chenor, Kampung Pulau Pasir Mandi, Kampung Guai, Kampung Redan dan Kampung Serunai.
“Kebanyakan penduduk di taman perumahan ini pernah mengalami bencana banjir dan oleh itu sangat memahami akan keperitan yang dialami mangsa,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEGAMAT: Capaian internet lemah yang menjadi masalah utama dalam kalangan pelajar di pedalaman, turut menjejaskan golongan sama di perkampungan kaum Asli di daerah ini.
Di Kampung Kaum Asli di Kemidak, Bekok dekat sini, sekumpulan pelajar dari beberapa sekolah berserta beberapa mahasiswa, mengikuti pembelajaran secara dalam talian di kebun sawit, lapor BH Online.
Suri rumah, Murni Muda, 39, berkata pelbagai langkah diambil bagi memastikan dua anaknya, Eqbal Daniel Edy Putera, 12, dan Eqzarra Sariesya, 7, murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bekok mengikuti kelas secara dalam talian.
Antara murid dan pelajar mengikuti kelas dalam talian di dalam kebun kelapa sawit. Foto Ihsan Berita harian
Mengakui talian internet menjadi cabaran utama, beliau nekad membawa anaknya ke kawasan kebun sawit milik penduduk kira-kira 15 kilometer (km) dari rumah seawal jam 7.30 pagi tadi.
“Pemilik kebun memberi kebenaran pelajar menumpang di pondok miliknya untuk sesi pembelajaran.
“Sejak pengajian dalam talian dilaksanakan beberapa bulan lalu, ramai pelajar termasuk mahasiswa menjadikan kebun sawit ini sebagai lokasi belajar dari pagi hingga tengah hari ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Murni berkata, seramai 15 pelajar termasuk mahasiswa berada di lokasi itu hari ini bagi mengikuti sesi pembelajaran masing-masing, malah turut membawa tikar dan bekal makanan sebagai persediaan.
Katanya, selain murid SJKC Bekok, ada juga pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekok dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kudung menumpang belajar di kawasan sama.
“Walaupun ramai yang belajar di kebun sawit ini, masing-masing tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Kami harap pihak berkenaan dapat memberi pertimbangan untuk menaik taraf capaian internet di kampung kerana ia sudah menjadi keperluan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Nasir Mohamed Yunus, menerima makluman berhubung kesukaran dihadapi pelajar dan tindakan sewajarnya sudah diambil menerusi pengurusan sekolah terbabit.
“Paling utama ialah pematuhan SOP seperti penjarakan fizikal dalam kalangan mereka sepanjang belajar,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUCHING: Hari pertama sesi persekolahan di SMK Petra Jaya di sini bertukar tragedi apabila salah seorang pelajar jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut.
Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi, ketika pelajar berkenaan berada berhampiran bilik darjahnya. Mangsa yang berusia 17 tahun dari Kampung Tupong Batu di sini kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak menggunakan ambulans dan keadaan dilaporkan stabil.
Tinjauan Astro AWANI sebentar tadi mendapati petugas forensik PDRM sedang melakukan siasatan di lokasi berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!