MELAKA: Seorang kanak-kanak ditemui mati dalam sebuah tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, di sini, dengan kesan cedera dan lebam di beberapa anggota badan, petang tadi.
Mangsa berusia tujuh tahun itu dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kanak-kanak terbabit didakwa lemas di dalam tong air dirumahnya sebelum siasatan mendapati ada kecederaan pada fizikal badannya, lapor BH Online.
GAMBAR HIASAN
Beliau berkata, susulan itu pihak polis menahan ibu dan bapa tirinya masing-masing berusia 32 dan 38 tahun.
“Bilik Gerakan (DCC) Melaka Tengah terima panggilan kira-kira jam 4 petang tadi daripada seorang lelaki yang memaklumkan bahawa anaknya mati lemas di dalam tong air di rumahnya.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dan pemeriksaan fizikal terhadapnya terdapat kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut terhadap kanak-kanak yang tinggal bersama pasangan itu juga mendapati mangsa dicederakan dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh,” katanya.
Katanya, pihak polis akan membuat permohonan reman ke atas suspek di Mahkamah Ayer Keroh, esok,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEREMBAN: Isteri kepada seorang lelaki yang meninggal dunia dipercayai akibat disimbah asid dalam kejadian pada 3.31 pagi Sabtu lepas di Taman Pulai Impian, Sikamat direman bagi membantu siasatan kes.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim dalam kenyataan di sini, hari ini berkata selain wanita berkenaan, turut direman ialah enam lelaki.
“Kesemua tujuh suspek berumur 15 hingga 41 tahun itu yang ditahan menerusi beberapa siri tangkapan, direman hingga Selasa depan (2 Februari),” katanya, lapor Bernama.
GAMBAR HIASAN
Mohd Said berkata polis menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada 23 Januari lepas dan siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 43 tahun itu mengalami 30 peratus kecederaan akibat melecur disimbah cecair dipercayai asid.
Bagaimanapun, mangsa yang mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban disahkan meninggal dunia pada 11 malam, semalam.
Mohd Said berkata kes diklasifikasi sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pasar malam kini dibenarkan beroperasi di bawah prosedur operasi standard yang dikemas kini bagi perintah kawalan pergerakan kedua (PKP 2.0).
Kemas kini bertarikh 27 Januari itu menyatakan bahawa pasar malam dibenarkan beroperasi dari jam 4 petang hingga 10 malam.
Ini bagi membolehkan semua perniagaan beroperasi sehingga jam 10 malam berbanding 8 malam sebelum ini, lapor Malaysiakini.
Sebelum ini pasar malam tidak dibenarkan beroperasi di bawah peraturan PKP, namun pasar biasa dibenarkan menjalankan perniagaan pada sebelah siang.
PKP 2.0 dikuatkuasakan pada 13 Januari dan akan berakhir pada 4 Februari depan.
Bagaimanapun kerajaan memaklumkan PKP tidak akan dilanjutkan, sebaliknya diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atas alasan ekonomi.
PKP 2.0 dikuatkuasakan berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang telah melebihi empat angka sejak 10 Disember lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
STESEN Keretapi Tanah Melayu (KTM) Jerantut yang terletak di tengah bandar Jerantut lengang dan sunyi tidak sebelum ini, ia merupakan nadi penghubung antara bandar dari selatan bermula dari Johor Bharu dan Tumpat, di Kelantan.
Bandar Jerantut yang terletak mengikut jalan darat melalui Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) yang jaraknya kira-kira 200 kilometer (km) dari Kuala Lumpur dan 180 km dari Kuantan mengikut susur keluar ke Plaza Tol Temerloh.
LANDASAN MENGHALA KE TUMPAT, KELANTAN
Sejarah stesen ini berdasarkan dengan pembinaan landasan, laluan Pantai Timur bermula pada tahun 1907 daripada Gemas sehingga Bahau pada April 1910 dan seterusnya ke Kuala Tembeling pada tahun 1913.
Kemudian, laluan ini dipanjangkan ke bahagian utara sehingga Kuala Lipis yang merupakan pusat pentadbiran Pahang ketika itu pada tahun 1917, di Kelantan pembinaan laluan Pantai Timur bermula pada tahun 1906.
Pada tahun 1914, landasan kereta api antara Tumpat dengan Pasir Mas turut dibuka kepada awam. Laluan antara Kuala Lipis dan Tumpat dibuka secara berperingkat dan siap sepenuhnya apabila landasan kereta api Gua Musang-Kuala Gris siap pada tahun 1931.
TREK LANDASAN MENGHALA KE JOHOR BAHRU
Laluan kereta api ke pantai timur turut dikenali Laluan Hutan atau dengan nama Malaysia’s Jungle Railway, laluan di Pantai Timur ini bermula dari Stesen KTM Gemas, Negeri Sembilan dan berakhir di Stesen KTM Tumpat, Kelantan.
Stesen Gemas adalah tempat pertemuan laluan pantai barat dan laluan pantai timur.
Kedudukan stesen Jerantut yang dekat dengan bandar memudahkan penumpang yang tiba, khususnya pelancong luar untuk mendapatkan perkhidmatan penginapan di bandar dan pengangkutan untuk ke Taman Negara, Kuala Tahan.
Seorang penduduk Jerantut, Nasruddin Ramli (67), kereta api sangat diperlukan oleh penduduk Kampung Kuala Tembeling, Kampung Mela, Kerambit dan beberapa kampung lain ke bandar Jerantut untuk berurusan dengan pejabat kerajaan, membeli belah atau berniaga sebelum ada perkhidmatan pengangkutan lain.
“Ketika itu stesen ini sangat meriah dengan orang ramai yang datang membawa barangan jualan yang ada di pekan sehari yang ada setiap hari Sabtu malah menjadi pengangkutan jarak dekat untuk murid sekolah kerana banyak perjalanan jarak dekat khususnya antara Kuala Lipis ke Mentakab.
SEBAHAGIAN BANGUNAN LAMA STESEN KTM JERANTUT
“Kalau hujung minggu atau cuti perayaan, kereta api penuh, termasuk haiwan ternakan seperti ayam dan kambing turut berada di atas gerabak selain barang jualan,” katanya.
Katanya, beliau pernah bersekolah di Kuala Lipis pada 1970 dan 1971, kereta api menjadi pengangkutan utama dan pernah duduk di gerabak barang kerana penuh.
Seorang pendidik Anis Huda Amir (32) yang pernah menggunakan perkhidmatan kereta api mulai usia 13 tahun sehingga 17 tahun kerana bersekolah di Sekolah Tun Fatimah Johor Bharu selama 5 tahun mengganggap kereta api sangat diperlukan.
“Kemudian saya melanjutkan pengajian ke Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kota Bharu, selama lima tahun, kereta api menjadi pengangkutan untuk balik ke Jerantut termasuk rakan-rakan lain yang balik ke arah selatan.
“Lucu, pernah tertidur dan terlajak ke stesen Mentakab dari arah Lipis, mujur ada kereta api dari arah selatan menghala ke Tumpat berhenti seketika di stesen Mentakab dan terus tukar gerabak menghala semula ke Jerantut,” katanya.
PLATFORM KEDUA TERPANJANG DI MALAYSIA
Katanya, paling tidak suka kalau kereta api lewat dan menangguhkan perjalanan kadang kala sehingga 3 jam, walau begitu kenangan dialami boleh dijadikan cerita kepada anak dan cucu serta berasa dirinya tua dalam kereta api.
Kini, stesen itu lengang, hanya ada perkhidmatan keretapi Ekspres Rakyat Timuran yang tiba dari Johor Bharu di Stesen Jerantut pada jam 4.28 pagi dan Ekspres Rakyat Timuran dari Tumpat tiba di stesen ini pada jam 3.03 pagi.
PLATFORM SEPANJANG 410 METER YANG SANGAT MENGGAMIT NOSTALGIA MEREKA YANG MEMBESAR BERSAMA PENGANGKUTAN MODEN PALING UNIK DAN PALING AWAL DIPERKENALKAN DI MALAYSIA
Menariknya, stesen kereta api Jerantut mempunyai platform sepanjang 410 meter dan kedua terpanjang di Malaysia selepas Stesen Tapah di Perak.
Dikatakan stesen KTM Jerantut dibuka pada tahun 1946.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori dan dua kelindannya maut apabila lori yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di depan sebuah stesen minyak di Jalan Kluang-Batu Pahat dekat Batu Pahat awal pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam Penolong Penguasa Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan, lapor Bernama.
GAMBAR IHSAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT AYER HITAM
“Kemalangan berlaku pada 6.28 pagi, melibatkan sebuah lori tiga tan membawa muatan peralatan bengkel dan treler bermuatan simen,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata pihaknya membantu mengeluarkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa dan operasi ditamatkan pada 8.43 pagi.
Mereka yang maut dikenali sebagai Mohamad Azraai Mohamad Rizal, 24, iaitu pemandu serta dua kelindannya, Sadam Hussin Hamidon, 30, dan Deli Mustapha, 59.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KIRA-KIRA 5 TAN AL-QURAN DAN BAHAN AL-QURAN DIKUMPUL DARI 3 DAERAH
JERANTUT: Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan operasi pengumpulan al-Quran dan bahan-bahan Al-Quran yang terjejas akibat banjir yang berlaku di Temerloh, Jerantut dan Raub baru-baru ini.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang, Noridzuan Abdul Manan berkata program Pemuliaan Al-Quran mendapat kerjasama daripada Yayasan Hubbulquran dan Yayasan Maghfirah untuk melupuskan Al-Quran yang rosak disebabkan basah dan rosak.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang, Noridzuan Abdul Manan
“Setakat ini kira-kira 5 tan bahan tersebut dapat dipungut dan dikumpul dari tiga daerah yang terjejas akibat banjir dan menelan belanja kira-kira RM30,000 akan dibakar secara berperingkat menggunakan mesin pembakar (incinerator).
“Kita menggunakan khidmat pembakaran di Pusat Kraftangan Temin kerana memiliki kemudahan yang diperlukan, pusat pelupusan milik JAIP tidak mampu menampung begitu banyak untuk dilupuskan,” katanya ketika ditemui di tempat pembakaran di Pusat Kraftangan Temin, Jerantut, semalam.
Petugas khas menyusun Al-Quran dan bahan berkaitan di dalam pembakar
Katanya, bahan yang sama dari Maran, Chenor dan Pekan yang dianggarkan kira-kira 3 tan lagi belum dilupuskan kerana tempat pengumpulan dan pembakaran di Jerantut sudah agak padat dan semua yang sudah dipungut mengambil masa kira-kira 3 bulan untuk diproses
“Selepas proses pembakaran yang menggunakan alat pembakaran itu, debunya akan dibawa dan ditanam di tempat khas di kawasan Perkuburan Kampung Pisang, Jerantut.
Noridzuan (kiri) dan Syarifuddin (duduk) meletakkan debu ke dalam lubang khas di kawasan Perkuburan Islam Kampung Pisang, Jerantut, semalam.
“Sekiranya ada orang perseorangan yang ingin melupuskan sendiri bahan cetak Al-Quran dan berkaitan perlu membakar di tempat yang sesuai dan debu-debu tersebut ditanam di tempat yang dijauh daripada kemungkinan haiwan mengoreknya,” katanya.
Noridzuan berkata, kalau dekat dengan laut bolehlah menabur debu berkenaan di laut, usaha ini perlu dilakukan demi memelihara kemuliaan Al-Quran mengikut tatacara pelupusan yang telah ditetapkan mengikut kaedah hukum syarak seiring dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya.
Anggota APM turut membantu dalam proses pelupusan di Pusat Kraftangan Jerantut, semalam
Beliau turut berterima kasih kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut dan Pusat Kraftangan Temin yang menyediakan kemudahan alatan yang digunakan untuk melupuskan bahan tersebut.
Turut hadir di program itu, Pegawai Agama Islam Daerah Jerantut, Syarifuddin Mohamad Sa’ad dan jawatankuasa Masjid Temin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLANG: Seorang anggota polis Cawangan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, meninggal dunia akibat dijangkiti wabak Covid-19.
Menurut laporan polis yang dilihat Malaysiakini, anggota polis lelaki yang berusia 53 tahun itu meninggal dunia di kediamannya di Klang, Selangor, malam tadi.
GAMBAR HIASAN
“Arwah berumur 53 Tahun, bertugas sebagai Sarjan Pengawal Pengiring, cawangan pengawal pengiring IPD Klang Selatan, telah berkahwin dan mempunyai lima orang anak.
“Arwah telah menjalani ujian saringan Covid-19 pertama bertarikh 22 Januari 2021 kerana mengalami demam dan keputusan adalah positif Covid-19.
“Ujian saringan Covid-19 kedua telah dijalankan pada 23 Januari 2021 dan keputusannya turut positif Covid-19,” menurut laporan itu.
Selepas ujian pertama, menurut laporan itu lagi, arwah menjalani kuarantin di rumah dan tempoh itu dijadual berakhir 1 Februari ini.
“Sebab kematian yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang adalah kematian disebabkan Covid-19,” menurut laporan itu.
Menurut laporan itu lagi, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Sireh, Klang pada jam 5.45 petang tadi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GEORGETOWN: Seorang wanita berusia 63 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan kes penawaran wang tunai berjumlah RM28,150 sebagai sogokan kepada anggota polis untuk melepaskan individu yang ditahan.
Majistret Jamaliah Abd Manap mengeluarkan perintah reman itu, bermula hari ini, selepas membenarkan permohonan Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), G Jayarah, di Mahkamah Majistret di sini.
GAMBAR IHSAN BERNAMA
Wanita itu yang diwakili peguam, Zainal Akram Zainal Azahar, direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009, lapor Bernama.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang wanita warga emas didakwa menawarkan wang tunai berjumlah RM28,150 sebagai sogokan bagi melepaskan enam individu yang ditangkap kerana disyaki terbabit sindiket pengedaran rokok dan arak seludup di negeri ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kenapa tidak bincang dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dahulu?
Itu pertanyaan yang dilontarkan Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa ketika diminta mengulas mengenai tindakan bekas jurulatih KL United, Simon Elissetche yang bertindak membuat tuntutan berjumlah RM3.5 juta ke atas pasukan itu.
Tuntutan itu dibuat atas alasan penamatan kontrak yang dibuat tanpa alasan yang munasabah selain pengendali itu didakwa memiliki lesen profesional yang tidak sah.
Bagaimanapun, Nokman berkata tawaran kontrak sebagai jurulatih itu sebenarnya ditawarkan oleh KLFA dan bukannya KL United sekali gus menyaksikan Simon perlu berjumpa dengan KLFA untuk mengadakan perbincangan.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
“Kalau kata dia ada perjanjian, maka perjanjian itu dengan KLFA dan bukan dengan KL United sebab KL United sudahpun diswastakan. Kita pun tidak pernah cakap yang dia ditolak. Tiada masalah pun kalau kita ambil dia sebagai pengarah teknikal ataupun jurulatih skuad muda.
“Dulu kita tawarkan jadi jurulatih tetapi sekarang KL United sudah diswastakan. KLFA jadi persatuan negeri (FA), jadi tiada tempat untuk dia tetapi kita boleh cari tempat lain. Mungkin jurulatih bawah 21 tahun (B-21), B-22 atau pengarah teknikal, tengoklah pada keadaan.
“Tetapi dia kena datang berbincanglah dengan kita. Sepatutnya kalau dia ada masalah, dia hubungi kita dahulu dan itulah yang sebetulnya kerana kontrak itu daripada KLFA dan bukan KL United.
“(Saman) itu saya tidak tahu dan saya kena tanya peguam sama ada boleh pakai atau kalau dia mahu lawan, lawanlah. Saya tidak boleh mengulas lanjut sebab saya pun tidak tahu apa yang berlaku.
“Kalau dia mahu saman, biarlah. Kita pun boleh buat saman tetapi pada saya, salah. Sepatutnya datang berbincang dengan KLFA baru jumpa media. Jangan bincang kemudian sebab kalau sampai ke peguam, ada yang tidak kenalah,” katanya.
Semalam, arena bola sepak tempatan dikejutkan apabila KL United bakal diheret ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung kes Simon itu.
Peguam Simon, Zhafri Aminurashid menegaskan ia adalah kes penamatan kontrak sebelah pihak di mana KL United tidak mahu meneruskan kontrak bersama Simon dengan alasan tidak munasabah.
“Jadi, kita akan mengambil dua tindakan iaitu tindakan sivil atas kenyataan fitnah yang dikeluarkan mengenai kelayakan Simon yang memberi kesan kepada kariernya di mana ada pasukan yang mahukan khidmatnya tertanya-tanya kerana takut lesen tidak sah.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
“Tuntutan kedua adalah kepada FIFA di mana kes ini jelas menunjukkan berlakunya pelanggaran kontrak kerana kontrak sudah ditandatangani namun atas sebab yang hanya diketahui mereka, mereka tidak meneruskan kontrak bersama Simon, lapor BH Online.
“Kita akan meminta ganti rugi dengan anggaran RM500,000 untuk kes FIFA selain pampasan RM3 juta untuk tuntutan sivil. Simon begitu kecewa dengan perkara ini dan tidak mahu selesaikan di luar mahkamah,” kata Zhafri dalam sidang media.
Sebelum ini, laporan media menyebut KL United memutuskan mengambil jurulatih lain meskipun sudah mengumumkan pelantikan Simon selepas sijil kejurulatihan bekas pengendali Timor Leste itu didakwa tidak diiktiraf AFC.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Perjuangan Lee Zii Jia selama empat minggu di Thailand secara tidak rasminya berakhir selepas dia mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF yang berlangsung di Bangkok, sebentar tadi.
Peluang pemain perseorangan lelaki negara itu untuk ke separuh akhir sudah tertutup selepas tewas di tangan idolanya yang juga pilihan pertama kejohanan, Viktor Axelsen dari Denmark 15-21, 14-21.
Semalam, Zii Jia, 23, tewas dalam aksi pembukaan kumpulan di tangan pemain Taiwan, Chou Tien Chen, lapor BH Online.
Esok, dia akan melengkapkan baki perlawanan peringkat kumpulan menentang pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, yang juga sudah tidak berpeluang untuk ke separuh akhir selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie gagal mengekalkan momentum selepas menang aksi pertama Kumpulan B, semalam apabila tewas di tangan pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 17-21, 9-21.
Mereka perlu menang ke atas pasangan Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja dalam aksi terakhir kumpulan untuk layak ke separuh akhir.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!