KUANTAN: Nelayan dikhuatiri lemas ketika berenang ke darat dipercayai akibat mengalami kekejangan dalam kejadian di pantai Cherating, di sini, hari ini.
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohd Shahrudin Remeli, 25, dari Kampung Seberang Sungai Ular, di sini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.57 petang sebelum 13 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng bergegas ke tempat kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Berdasarkan laporan awal, nelayan itu dikhuatiri lemas selepas terjun dari bot nelayan untuk berenang ke darat. Mangsa dikatakan mengalami kekejangan dan tenggelam, lapor Harian Metro.
“Operasi juga dibantu empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuantan bersama sebuah bot dan turut dibantu orang awam,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Katanya, operasi SAR ditangguhkan pada 7.08 malam dan akan disambung semula esok.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
CYBERJAYA: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Tasik Cyberjaya di sini tengah hari tadi.
Ketua Zon 5, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Abu Bakar Abd Kadir, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi, lapor FMT.
Berikutan itu sepasukan anggota bomba dari Balai Cyberjaya dikerah ke lokasi kejadian untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Sehingga kini 35 anggota bomba termasuk enam penyelam sudah dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat pada jarak antara 20 meter hingga 30 meter dari tebing Tasik Cyberjaya yang menjadi lokasi mangsa dikatakan dilihat timbul kali terakhir oleh saksi.
Anggota JBPM, Balai Bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Tasik Cyberjaya- Foto FMT
“Menurut saksi dia ternampak seorang lelaki berusia 30-an dipercayai lemas dalam Tasik Cyberjaya yang mempunyai kedalaman antara 4 meter hingga 6 meter,” katanya ketika ditemui di Cyberjaya di sini sebentar tadi.
Seorang pekerja pembersihan yang dikenali sebagai Supiyani berkata beliau terkejut apabila mendengar jeritan orang meminta tolong berkali-kali ketika sedang bekerja di Taman Tasik Komuniti Cyberjaya.
Terkejut dengan jeritan itu, Supiyani kemudiannya meminta bantuan rakan-rakan.
“Seorang rakan lelaki cuba mendapatkan sampan di sebelah sana, tetapi dayungnya ada di dalam stor berkunci. Jadi usaha ke tasik memakan sedikit masa.
“Bagaimanapun, tidak lama kemudian lelaki itu kemudiannya hilang daripada pandangan. Tidak lama… Belum sempat sampan sampai ke lelaki itu, dia tenggelam,” katanya.
Supiyani, 38, yang berasal daripada Lombok, Indonesia berkata, dia sangat terkejut dengan kejadian tersebut.
“Sepanjang enam tahun bekerja di sini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini,” katanya.
Tambahnya, dia tidak menyedari lelaki berkenaan tiba di taman berkenaan.
“Pagi tadi saya tidak nampak sesiapa berada di sini, tidak tahu dari mana dia masuk,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ROMPIN: Penanam padi di negeri ini disarankan menggunakan benih padi berkualiti tinggi bagi memperolehi hasil yang lumayan serta meningkatkan hasil pengeluaran padi negeri dan penanam padi bakal memperolehi pulangan yang terbaik.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, benih padi jenis Nuklear NMR 152, boleh menghasilkan sehingga lapan tan beras sehektar berbanding empat tan sehektar dengan menggunakan benih padi biasa.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
“Disarankan penanam padi di daerah ini menggunakan benih padi yang dibangunkan oleh Agensi Nuklear Malaysia.
“Kalau hasilnya lumayan, pastinya penanam padi turut mengecapi perolehan yang besar, secara tidak langsung meningkatkan ekonomi keluarga dan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Pembukaan Rasmi Kilang Padi Iktikaf Sepadu Sdn Bhd di Leban Chondong, hari ini.
Datuk Seri Wan Rosdy melawat sekitar kilang padi tersebut di Rompin, hari ini
Katanya, pembukaan kilang seperti ini turut membuka peluang pekerjaan dan sekali gus meningkatkan taraf hidup kepada penduduk setempat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Pertubuhan kami anak felda malaysia (KAF ) iaitu badan bukan kerajaan (NGO ) berkaitan FELDA, mengadakan kerjasama strategik dengan pusat bertauliah Hani D Unggul Sdn Bhd untuk mewujudkan kolej kemahiran hdusb-kopsk di FELDA Sungai Kemahal, dekat sini, bagi membantu anak-anak peneroka menceburi bidang berimpak tinggi sekali gus memudahkan mereka menjadi usahawan.
Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, program latihan itu adalah yang pertama dilaksanakan di felda dan untuk permulaan, kolej berkenaan mengambil pelajar terdiri daripada masyarakat FELDA sungai kemahal.
’ sememangnya kita mengalakkan lagi latihan latihan kemahiran kepada anak generasi dan pada kali ini terima kasih kepada kaf dan juga mbfm ..Baru kita baru habis latihan dron untuk melahirkan pilot pilot dron dengan aurodun ini adalah perkara yang dilakukan dan akan di perbanyakkan lagi .”
Jelasnya ,ini adalah projek perintis di FELDA yang mana untuk pengambilan pertama, seramai 15 pelajar berusia 16 hingga 45 tahun untuk dilatih selama enam bulan. Malah, kita juga beri elaun kepada pelajar-pelajar ini.
Mereka bukan sahaja diberi latihan kemahiran, malah diajar cara pengurusan sekali gus membolehkan mereka bersedia untuk menjadi usahawan sebaik tamat latihan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyampaian sijil dan elaun kolej kemahiran hdusb-kopsk di rumah rehat temerloh pahang.
Tambahnya, pada masa akan datang, beliau berharap program berkenaan dapat dikembangkan di kawasan penempatan FELDA lain di negara ini.
Kita memberi sokongan selepas tamat kursus, malah kursus ditawarkan juga ialah bidang yang mendapat permintaan tinggi.
Selain itu, kita mengharapkan lebih banyak lagi program seumpama ini diwujudkan dalam FELDA,” katanya.
Sementara itu, Naib Pengerusi KAF Wilayah Mempaga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Hani d Unggul sdn bhd, Mohamad Fairus Mohamad Talhah berkata, pihaknya mengambil inisiatif mewujudkan Kolej berkenaan selepas menyedari beberapa kekangan untuk anak peneroka FELDA keluar dari kampung halaman masing-masing.
Menurutnya, pihaknya mendapati terdapat kekangan untuk mereka keluar dari FELDA bagi menyambung pelajaran atau mengikuti kursus kemahiran di tempat berjauhan daripada keluarga.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mensasarkan kutipan sebanyak 30 juta ringgit pada Ramadan ini, daripada seluruh peneroka dalam negara menerusi program Jom Sedekah.
Program yang dilancarkan Oktober tahun lalu menggalakkan setiap peneroka bersedekah sebanyak RM300 ringgit untuk mencapai keberkatan daripada hasil pendapatan mereka.
Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sejak dilancarkan sebanyak RM7 juta telah dikutip dan sumbangan telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
” jika kita sentiasa memberi InshaAllah kita akan dipermudahkan segala urusan.sebab itulah kita lihat di felda kebelakangan ini banyak perkara yang telah dicapai dan saya galakkan warga felda untuk terus bersedekah, sebab tu kita ada program sedekah 300″
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Mencari Keberkatan Felda Wilayah Mempaga di FELDA Mempaga 1 di Bentong, Pahang.
Sementara itu katanya, senarai hutang peneroka FELDA akan diputuskan dalam tempoh terdekat antara sebulan ke dua bulan lagi dan perkara itu akan dimumkan Perdana Menteri.
Dalam tempoh terdekat ini juga katanya, setiap 317 rancangan FELDA akan dilantik seorang peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) yang akan menjadi penghubung antara FELDA pusat sehingga ke peringkat rancangan.
Sebelum ini, sebanyak 100 rancangan tidak dilantik JKKR dan ia telah diselesaikan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Bekalan air di semua 31 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual di wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam telah pulih sepenuhnya pada 6 pagi ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata pihaknya berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini, lapor FMT.
“Air Selangor ingin memohon kerjasama para pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera,” katanya dalam kenyataan.
Gangguan bekalan air berjadual itu berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam pada 30 Mac.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LUPAKAN PAS, UMNO BANGKIT DAN LAWAN – PENGANALISIS
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik melihat UMNO hari ini sebagai lemah dan ketakutan walaupun jumlah keahlian dan sokongan akar umbinya kuat.
Felo Majlis Profesor Nasional, Jeniri Amir berkata, untuk UMNO kembali menjadi kuasa politik dominan, pemimpinnya mesti mempunyai keberanian untuk menentang musuh parti itu walaupun bermakna ia harus berada di blok pembangkang, lapor FMT.
Beliau mengulas keengganan pemimpin Umno untuk meninggalkan jawatan mereka sebagai menteri dan timbalan menteri walaupun resolusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU2020) lepas adalah untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang.
PAS memutuskan untuk mengukuhkan kerjasama dengan PPBM dalam Perikatan Nasional (PN), sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kerjasamanya dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN).
Perwakilan PAU2020 baru-baru ini mendesak PAS supaya memilih antara MN dan PN.
Jeniri berkata, pemimpin UMNO dahulu lebih tegas dan berani menentang musuh mereka, tanpa mengira siapakah lawan tersebut.
“Sekarang PAS dengan jelas memihak kepada PPBM dan UMNO jelas bersendirian, jadi hadapi kenyataan itu. Bertindak, tinggalkan kerajaan dan bersedia untuk hadapi pilihan raya”.
Jeniri berkata, agenda peribadi pemimpin UMNO menghalang parti itu untuk terus maju.
“Jika kepimpinan parti kuat, mereka tidak akan takut untuk keluar kerajaan. UMNO juga tidak akan takut untuk mengadakan pemilihan parti,” katanya.
Penganalisis lain, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, kepimpinan UMNO seharusnya melupakan PAS dan terus bergerak ke depan.
“UMNO bukanlah parti yang biasanya menang hanya 10 ke 20 kerusi.
“Ia merupakan parti yang menang lebih daripada 50 kerusi. Ia mempunyai rekod dalam pentadbiran dan sentimen akar umbi kuat menyokongnya,” katanya.
Felo Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, kerajaan yang kini memerintah di bawah perintah darurat akan terus berfungsi walaupun UMNO menarik picu.
“Dalam pada itu, UMNO akan kehilangan jentera kerajaan serta sumber awam yang diperlukan bagi menghadapi PRU kelak,” katanya.
Oh menyifatkan keputusan PAS untuk memihak kepada PPBM sebagai jalan mudah dan oportunistik.
“PPBM terdesak untuk mencari rakan kongsi yang akan meningkatkan sokongan dalam kalangan orang Melayu.
“Sementara itu PAS pula terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang kondusif dan memberi manfaat kepada agenda teokratiknya dalam jangka panjang,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Pembabitan pengusaha Bumiputera dalam industri sarang burung walit menyaksikan peningkatan memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Jumlah itu turut menyaksikan pertambahan sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, sekali gus menunjukkan industri ini dijangka terus berkembang dengan lebih baik pada masa hadapan.
Pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Pahang, Datuk Ko Ah Kuan berkata, sebagai industri yang mempunyai potensi besar, sudah pasti pengusaha memerlukan latihan dan pengetahuan bersesuaian bagi memastikan pelaburan besar mereka memberi pulangan yang berbaloi.
“Industri ini adalah satu industri semula jadi dan memerlukan suntikan modal yang besar dan turut bergantung kepada kemampuan mengurus yang bersistematik.
“Pengusaha juga memerlukan rezeki yang baik untuk membantu mereka memperoleh hasil lumayan kerana kebanyakan spesies burung walit hanya hidup dalam ekosistem tropikal,” katanya.
GAMBAR HIASAN
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat persediaan kursus peningkatan produktiviti dan pemantapan Good Animal Husbandry Practices (GAHP) bersama pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Pahang.
Turut hadir Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, veterinar negeri, Dr Kamaliah Ghazali; Ketua Bahagian Pembangunan Industri Penternakan, Dr Hamdan Muhamed Hadi; Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Jerantut, Syarifah Faizah Syed Saidin dan Setiausaha Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Pahang, Lee Chung Seng.
Ah Kuan berkata, industri yang sebelum ini diusahakan oleh pengusaha bukan Bumiputera perlu dirangka semula untuk membangunkan dan memperluaskan lagi pembabitan pelbagai kaum memandangkan industri sarang burung walit mempunyai permintaan tinggi di pasaran antarabangsa.
“Oleh sebab itu jugalah kita perlu menambahkan jumlah penawaran kursus berkaitan industri sarang burung walit kepada pengusaha yang berminat dan mereka yang baru ingin mencuba mengusahakan sarang burung walit secara kecil-kecilan.
“Penganjuran kursus peningkatan produktiviti dan pemantapan Good Animal Husbandry Practices (GAHP) kendalian Jabatan Perkhidmatan Veterinar daerah Jerantut pada 8 April ini adalah satu permulaan yang baik untuk komuniti pengusaha sarang burung walit di Pahang.
“Semua tempat ditawarkan untuk peserta sudah pun penuh dan kita dapat lihat bahawa sambutan baik ini menunjukkan terdapat keperluan untuk menambahkan lagi jumlah penawaran kursus seperti ini pada masa akan datang,” katanya.
GAMBAR HIASAN
Sementara itu, Dr Kamaliah berkata, penganjuran kursus jangka pendek seperti ini sangat membantu pengusaha industri sarang burung walit mendapat maklumat lebih tepat mengenai kaedah sesuai untuk menjalankan perusahaan mereka.
Katanya, satu pameran berkaitan sarang burung walit juga akan diadakan pada hari kursus berkenaan dijalankan, bertujuan mendedahkan kepada peserta kursus mengenai potensi pasaran industri berkenaan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PRU15: SAMPAI MASA BN UMUM CALON PM – PENGANALISIS
Sudah tiba masanya Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon perdana menterinya bagi berdepan pilihanraya umum ke-15 (PRU15) kelak, kata beberapa penganalisis politik.
Jelas pemerhati politik, Arif Anwar Lokmanol Hakim, meskipun cadangan itu tidak mahu didedahkan kepada umum, keputusan harus dibuat dan dimaklumkan menerusi parti komponen.
“Perlu perbincangan calon perdana menteri dengan segera. Paling tidak pun sampaikan kepada parti komponen BN yang tertanya-tanya secara tertutup,” jelasnya ketika dihubungi Malaysiakini.
Tambah Arif, dia turut berpendapat, antara calon perdana menteri yang sesuai bagi mewakili parti tersebut ialah Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Prestasi beliau (Mohammad) ketika menjadi menteri besar Negeri Sembilan dijadikan contoh kerana bersih dan sudah tentu membawa faktor wow kepada rakyat di situ,” jelasnya.
Senada dengan Arif, penganalisis politik Dr Rusdi Omar turut menyifatkan pencalonan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat dapat membaiki imej BN.
“Tok Mat boleh baiki imej BN kerana secara beliau tidak mempunyai kes-kes mahkamah serta sering mendapat pujian di kalangan ahli dan rakyat,” tambahnya.
“Bagaimanapun, kedua-dua Arif dan Rusdi turut menambah, Mohamad Hasan harus lebih berusaha untuk menonjolkan diri di kalangan media, “Tok Mat ni belum cukup dikenali di segenap rakyat Malaysia lagi,” kata Arif.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Dia juga berkata pencabar terdekat Mohamad Hasan ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sebelum ini, Presiden MIC SA Vigneswaran berkata BN kini mempunyai satu masalah yang perlu diselesaikan sebelum menjelang PRU15, antaranya, calon perdana menteri bagi gabungan itu.
Vigneswaran mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dia akan memimpin BN, yang kini menyokong kerajaan Perikatan Nasional, dalam usaha solo untuk merampas kuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Baru-baru ini di Perhimpunan Agung Umno (PAU), timbalan presiden parti itu menjawab soalan mengenai calon perdana menteri Umno jika menang PRU15.
“Err…kamu sedang bercakap dengan dia sekarang,” kata Mohamad bergurau.
Sementara itu, Arif berkata sekiranya BN meletakkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon perdana menteri, ia hanya akan bawa padah kepada parti itu.
“Perlantikan Zahid hanya bawa padah kepada BN pada PRU 15.
“Ini kerana imej Zahid telah pun buruk dengan beberapa kes pendakwaan mahkamah,” jelasnya.
Penganalisis politik Ahmad Atory Hussain juga sependapat yang sama seperti Arif.
“Tok Mat juga adalah calon yang sesuai sebab kalau Zahid masih memegang jawatan dan end up jadi perdana menteri, sukar Umno dapat kepercayaan,” katanya.
Jelas Atory lagi, tanpa pencalonan perdana menteri, BN akan sukar menentukan hala tuju parti.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Petaling sedang mencari waris seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan di dalam kotak perlindungan bayi (baby hatch) di Petaling Jaya pada November 2018.
Kanak-kanak tersebut adalah Muhammad Nur Iman yang kini berusia dua tahun.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, P Nithiah berkata, pihaknya telah memohon kepada mahkamah untuk meletakkan kanak-kanak tersebut dalam jagaan penjaga sementara pada 2019 selama dua tahun.
Menurutnya, siaran akhbar dilakukan bagi mengesan ibu bapa atau waris kenak-kanak tersebut memandangkan tempoh jagaan itu telah tamat.
“Keluarga kandung kanak-kanak itu tidak pernah tampil. Usaha mengesan dilakukan untuk memberi maklum balas sebelum Perintah Kebenaran Pengangkatan dikeluarkan oleh mahkamah, ” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai di bahagian Pelindung Kanak-Kanak, JKM Petaling, Nor Asmanizah Ahmad di talian 03-78422584/87.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!