Kuala Lumpur: Stor logistik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, dua motosikal dan bot fiber terbakar malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 11.57 malam.
Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, Mohd Hafizan Hassan berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dan dibantu BBP Titiwangsa ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan jentera Water Tanker dengan kekuatan 15 anggota bergegas ke lokasi.
“Kebakaran membabitkan sebuah stor logistik, dua motosikal dan sebuah bot fiber,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.14 tengah malam dan api dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.33 tengah malam.
“Kejadian tidak membabitkan mangsa dan kemusnahan kebakaran dianggarkan 70 peratus, lapor HM online.
“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANGI – Seorang usahawan kosmetik dan rakannya yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini.
Perintah reman bermula hari ini sehingga Ahad ini itu dikeluarkan oleh Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret.
Sejurus selepas prosiding reman selesai, peguam Nursyafiqah Zamani yang mewakili kedua-dua suspek ketika ditemui memberitahu, mereka didakwa Seksyen 12 dan 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Terdahulu semasa gambar dirakam, usahawan kosmetik dan rakannya dan rakannya yang memakai baju lokap itu sempat berseloroh dengan pihak media mengatakan ‘tak baik tau’.
Semalam Kosmo! Online melaporkan polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berkenaan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’ yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, siasatan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada seorang pensyarah universiti awam.
Menurut polis, pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di laman Instagram milik ‘safieyillias94’ yang juga hos bersama pemilik IG ‘pipinatasha’.
Semakan mendapati individu itu turut berpakaian menjolok mata serta menunjukkan aksi penggunaan vape (rokok elektrik) kepada kanak-kanak di bawah umur itu, lapor KOSMO online.
Sebelum itu media melaporkan, bimbang aksi lucah dipamerkan Safiey Ilias membabitkan kanak-kanak bawah umur ditayang untuk tontonan umum, seorang pensyarah membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi.
Pensyarah itu berkata, laporan dibuat bertujuan menggesa pihak berwajib segera mengambil tindakan terhadap usahawan kontroversi itu yang menggunakan saluran Instagram Live miliknya sebagai platform untuk melakukan dandanan seksual ke atas pengguna media sosial yang dipercayai baru berusia 14 dan 15 tahun itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau ‘total lockdown’ di seluruh negara yang bermula 1 Jun lalu, disambung lagi selama 14 hari bermula 15 sehingga 28 Jun.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menjelaskan perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Jumaat.
“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871.
“Senarai positif/negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan harian PKP, pada Jumaat.
BACA: ‘Total lockdown’ seluruh negara bermula 1 Jun – Perdana Menteri Ismail Sabri menjelaskan, beliau berharap tiada lagi kekeliruan dalam pelaksaan penguatkuasan SOP memandangkan semua senarai positif/negatif adalah sama seperti sebelum ini.
“Saya tidak mahu rakyat terkesan dengan salah tafsiran berhubung SOP di lapangan oleh penguat kuasa,” katanya lagi, lapor Astro Awani.
Pada 29 Mei lalu, klerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LELAKI PUKUL ISTERI HAMIL SEHINGGA KOMA SUDAH DITAHAN
Kuala Lumpur: Lelaki memukul isterinya yang hamil sehingga koma pada 4 Mei lalu sudah ditahan polis, hari ini.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Dev Kumar berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, jam 11 pagi di Taman Bukit Angsana, di sini.
“Suspek yang ditahan kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan hari ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan di Johor bertarung nyawa selepas parah disyaki dipukul suaminya pada 4 Mei lalu.
Mangsa yang hamil empat minggu itu parah pada kepala sehingga sebahagian tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Pada 18 Mei lalu, polis mengedarkan gambar suspek bagi memudahkan orang ramai memberi maklumat lokasi keberadaan suspek selepas keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan, lapor HM online.
Maklumat peribadi suspek turut diedarkan membabitkan nama dan alamatnya iaitu Rosmaini Abd Raof, 38, beralamat di A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar di Kedah dan bekerja sebagai peniaga.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali 013-7290763.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU – Seorang pemuda berdepan detik cemas apabila dilarikan sebelum dipukul lima lelaki dalam kejadian di Taman Mount Austin di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu dibebaskan kira-kira sejam kemudian selepas dilarikan menggunakan kereta jenis Proton Persona.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, mangsa dibebaskan kira-kira pukul 7 malam hari yang sama di tepi jalan kawasan Mount Austin, dekat sini.
“Hasil siasatan mendapati ada penglibatan seorang wanita dalam kejadian ini. Bertindak atas maklumat polis berjaya menahan wanita terbabit, lapor KOSMO online.
“Motif sebenar suspek melarikan mangsa masih dalam siasatan, namun setakat ini tidak melibatkan kegiatan ah long,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SMK FELDA WILAYAH JENGKA CATAT KEPUTUSAN BAIK SPM 2020
KUANTAN: Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dalam Wilayah Jengka muncul terbaik dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 0.12 mata berbanding tahun 2019 yang diumumkan kelmarin.
SMK dalam Felda Wilayah Jengka memperolehi Gred Purata Sekolah (GPS) 4.95, diikuti Wilayah Kuantan (5.02), Wilayah Raja Alias (5.08), Wilayah Johor Bharu (5.14), Wilayah Trolak (5.16), Wilayah Segamat (5.17), Wilayah Gua Musang (5.31), Wilayah Terengganu (5.39), Wilayah Alor Setar (5.54) dan Wilayah Sahabat (5.90).
Manakala, SMK Jengka Pusat muncul 10 sekolah terbaik dengan GPS 3.21, diikuti SMK Bandar Baru Serting (3.73), SMK Sungai Retang (3.80), SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (3.90), SMK Cherul (4.11), SMK Trolak, Sungkai (4.18) dan SMK (LKTP) CHINI (4.21).
SMK Bera Bandar 32 mencatatkan GPS 4.31 dan diikuti SMK Jengka 24 (4.35) dan SMK Kampung Awah dengan GPS 4.41.
Seramai 7,330 calon SPM sekolah menengah di Felda tahun 2020 telah menduduki peperiksaan itu. 23 calon berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan itu berbanding hanya 16 orang pada tahun 2019
Calon yang meperolehi 6A ke atas seramai 417 orang pada SPM 2020 berbanding 286 orang pada tahun 2019. Calon yang layak mendapat sijil SPM 2020 seramai 6715 orang (91.6%).
Prestasi bagi lima daripada enam mata pelajaran teras dalam SPM 2020 meningkat dari tahun sebelumnya, iaitu Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik dan Sains. Manakala, mata pelajaran Bahasa Melayu menunjuk penurunan 0.16 mata berbanding SPM 2019.
Walaupun keadaan situasi persekolahan yang mencabar disebabkan pandemik Covid-19, keputusan SPM 2020 menunjukkan pencapaian keseluruhan calon SMK di kawasan FELDA meningkat.
Sementara itu, Siti Nurfatehah Zukafli bersekolah di SMK Felda Gelanggi Dua berkata, kesulitan belajar yang ditempuh semasa ancaman pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) yang bersilih ganti dengan PKP bersyarat dan PKP Pemulihan tahun lalu tidak mematahkan semangat untuk belajar.
Siti Nurfatehah Zukafli bersekolah di SMK Felda Gelanggi Dua berkongsi kegembiraan dengan ibunya, Mariani Ismail di Felda Gelanggi Dua, semalam
Dia memperolehi keputusan cemerlang tinggi (A) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Perniagaan, manakala Matametik Tambahan, Pendidikan Islam dan Sejarah memperoleh kepujian tertinggi (B+).
Seorang lagi pelajar dari SMK Felda Gelanggi Dua, Jerantut, Puteri Nurul Ain Nadhirah Mohd Zaid berkongsi kegembiraan datuknya, Wan Mahmud Wan Mohamad selepas mendapat keputusan SPM, kelmarin.
Puteri Nurul Ain Nadhirah Mohd Zaid, bersyukur kerana usaha bersungguh ketika pandemik melanda beroleh kejayaan yang baik.
Puteri Nurul Ain Nadhirah yang memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sains, Pertanian dan Perniagaan, dia tidak menyangka usaha yang bersungguh serta kewaspadaan berdepan ancaman pandemik COVID-19 membuahkan hasil pencapaian yang agak baik.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS : Seekor kerbau seberat 200 kilogram berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas terjatuh ke dalam lubang najis di belakang sebuah rumah di Kampung Bapong, dekat sini, hari ini.
Sebuah jengkaut terpaksa digunakan dengan memecah dan menggali tanah di bahagian lubang najis itu untuk melebarkan ruang bagi memudahkan untuk menggeluarkan haiwan tersebut.
jengkaut digunakan untuk melebarkan lubang najis untuk mengeluarkan kerbau oleh JPBM Lipis.
Ketua Zon 3 JBPM Negeri, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, seorang pegawai dan enam orang anggota Bomba dan Penyelamat Lipis menerima panggilan pada jam 9 pagi, hari ini, tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian dan mendapati haiwan itu terperosok ke dalam lubang najis.
“Kerbau jantan ini dipercayai terjatuh selepas terpijak penutup lubang najis ini dan pecah sehingga menyebabkan badan haiwan ini terperosok ke dalam lubang.
“Kami menggunakan tali untuk menarik haiwan ini, tetapi gagal kerana sukar untuk mengeluarkan kerbau jantan ini kerana badannya bersaiz besar malah ruang lubang tandas ini sangat sempit,” katanya di sini hari ini.
Katanya, oleh itu pihak JBPM mendapat bantuan sebuah jengkaut untuk menyelamat haiwan itu dan mengambil masa selama hampr dua jam untuk mengeluarkan haiwan itu daripada lubang najis itu.
Kerbau seberat 200 kg terperosok di dalam lubang najis diKampung Bapong, Lipis, hari ini.
“Kerbau jantan ini berjaya ditarik keluar dan cuma mengalami luka dan calar pada badannya kemudian beredar dari tempat kejadian.
“Kejadian ini adalah kali kedua berlaku di tempat yang sama, kali pertama pada 2019 turut seekor kerbau terperosok dalam lubang najis itu, “katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ADUN PULAU TAWAR AGIH BANTUAN UNTUK PENDUDUK FELDA JENGKA 24
JERANTUT: Kebajikan penduduk FELDA Jengka 24, dekat sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 30 Mei lalu, sentiasa diberi perhatian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah bersama pasukan petugas khas daerah Jerantut dan Majlis Tindakan Sosial Pahang mengagihkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar kepada 377 keluarga semalam.
Bantuan itu adalah susulan daripada penyaluran bantuan sebelum ini oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah dan pihak pengurusan FELDA.
Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, pengagihan bantuan itu juga dapat meringankan bebanan penduduk yang kini tidak bebas keluar dari kediaman masing-masing berikutan pelaksanaan PKPD sehingga 12 Jun ini.
“Ini adalah bukti dan tanda prihatin semua pihak, terutamanya ADUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah yang sentiasa tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk di sini.
“Kita harap wabak COVID-19 tidak terus merebak dan penularan wabak ini tidak terus mengancam penduduk di kawasan FELDA serta di seluruh negara,” katanya.
Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud
Sumbangan barangan keperluan asas itu juga adalah sebahagian inisiatif kerajaan Pahang dalam membantu penduduk di negeri ini yang terkesan akibat wabak COVID-19, sejak tahun lalu.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
3 TAMAN PERUMAHAN DI TEMERLOH ANTARA KENA PKPD; 907 DITAHAN INGKAR SOP
PUTRAJAYA: Sejumlah tiga taman perumahan di Daerah Temerloh, Pahang antara tujuh lokaliti bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Sabtu hingga 25 Jun ini iaitu Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah dan Taman Temerloh Makmur.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhan 38 kes hasil daripada sejumlah 407 ujian saringan dilakukan di tiga lokaliti ini.
“Turut dikenakan PKPD pada tarikh sama ialah Ladang Tereh Mill, Daerah Kluang, Johor dan Kampung Tajin, Kuala Berang, Daerah Hulu Terengganu, Terengganu, manakala di Sabah melibatkan Lorong Pasir Putih 1, Taman Pasir Putih Fasa 1, Daerah Putatan dan Kampung Kolong 2, Bahagian Kuching, Sarawak.
“Lima lokaliti ditamatkan PKPD secara serentak esok dengan tiga daripadanya terletak di sekitar Sabah antaranya ialah Kampung Sungai Langgas, Daerah Kunak, Bahagian Tawau yang sepatutnya berakhir pada Ahad ini, namun telah pun diawalkan daripada jadualnya itu,” kata beliau.
Baki dua lagi lokaliti di negeri itu ditamatkan seperti dijadualkan iaitu Kampung Mook, Kinarut, Papar, Bahagian Pantai Barat dan Kampung Baru Durok, Keningau, Bahagian Pedalaman serta Mukim Kuala Berang, Daerah Hulu Terengganu, Terengganu dan Mukim Sitiawan, Daerah Manjung, Perak.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam merekodkan 907 individu diberkas semalam dengan seramai 877 dikompaun, 28 direman dan dua lagi dijamin hasil pemantauan melibatkan 102,633 pemeriksaan oleh Task Force Operasi Pematuhan.
“Kesalahan tertinggi kali ini sebab tidak memakai pelitup muka sebanyak 208 kes diikuti gagal merekod butiran di premis sebanyak 148 kes disusuli rentas kawasan / makan di premis (147), tiada jarak fizikal (123), gagal mematuhi PKP (81), membawa penumpang berlebihan (79), aktiviti pusat hiburan (28) dan lain-lain (93),” katanya.
Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 548 individu telah tiba di tanah air semalam dengan kesemua dikuarantin bersama 9,015 individu masih lagi berada di pusat kuarantin di seluruh negara, selain 2,598 individu dibawa ke hospital, manakala 211,721 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah, lapor Utusan Online.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 580 peruncit, 160 pemborong dan 31 pengilang termasuk 1,817 pemeriksaan khas pematuhan SOP turut dilakukan dengan hanya sebanyak 10 premis yang terlibat dikenakan kompaun.
Beliau juga mengesahkan, tiada pekerja asing yang didapati positif Covid-19 daripada 119 daripada mereka melalui ujian saringan wajib kelolaan Kementerian Sumber Manusia di seluruh negara semalam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Malaysia kekal merekodkan kematian akibat Covid-19 yang tinggi iaitu 73 kematian melibatkan 44 warga emas dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus kekal menjadi penyumbang kes kematian tertinggi iaitu 29 kes, 11 kes di Johor, lapan kes di Negeri Sembilan, masing-masing empat kes di Kedah, Kuala Lumpur, Labuan, dan Pulau Pinang, tiga kes di Pahang, dua kes di Kelantan, serta masing-masing satu kes di Melaka, Sabah, Terengganu, dan Perak.
“Seramai 44 lelaki termasuk dua warga asing dan 29 wanita termasuk satu warga asing berusia antara 13 hingga 104 tahun dengan lima kes meninggal di rumah (BID) dan lima kematian tidak mempunyai latar belakang penyakit.
“Baki 68 pesakit mempunyai pelbagai penyakit antaranya limfoma, kencing manis, darah tinggi, kanser, hati, paru-paru kronik, jantung, tiroid, pituitar, buah pinggang kronik, kanser, asma, obesiti, Down’s syndrome, strok, tuberkulosis dan Systemic Lupus Erythematosus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Hisham berkata, Malaysia juga mencatatkan peningkatan kes sembuh Covid-19 iaitu 7,325 kes sekali gus mengatasi 5,671 kes positif manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 79,848 kes berbanding semalam, 81,575 kes.
Katanya, sebanyak 911 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 462 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala Selangor kembali merekodkan penurunan kes apabila mencatatkan 1,510 berbanding semalam, 2,291 kes.
“Selain Selangor yang menjadi penyumbang tertinggi kes positif harian, Kuala Lumpur (769), Sarawak (631), Negeri Sembilan (593), Johor (524), Kedah (309), Kelantan (262) dan Sabah (233).
“Baki negeri merekodkan kes bawah 200 kes iaitu Melaka (184), Pulau Pinang (166), Perak (143), Pahang (112), Terengganu (108), Labuan (106) manakala Putrajaya (18) dan Perlis, tiga kes,” katanya.
Mengulas mengenai 22 kluster baharu, beliau berkata, tempat kerja kekal tertinggi iaitu 18 kluster diikuti tiga komuniti dan satu keagamaan.
Kluster tempat kerja katanya, tujuh kluster di Selangor iaitu Industri Kampung Jaya melibatkan Gombak dan Petaling (19); Jalan Dua Olak Lempit di Kuala Langat (14); Jalan Perindustrian Balakong Jaya Dua di Hulu Langat (15); Jalan Tiga Salak Tinggi di Sepang dan Hulu Langat (70); Jalan Tanjung Klang melibatkan Klang, Kuala Langat, dan Petaling (31); Tapak Bina Alam Perdana di Kuala Selangor (24) dan Jalan SS Lapan Empat melibatkan Putrajaya; Gombak, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Klang, Sepang, Kuala Lumpur serta Lembah Pantai, Kuala Lumpur (71).
“Enam di Johor, Ploteknologi melibatkan Muar dan Tangkak (49); Jalan Besar Batu Enam di Muar (6); Jalan Bukit Satu Zink di Johor Bahru (30); Jalan Bandar Pasir Gudang di Johor Bahru (10); Jalan Seri Austin di Johor Bahru (9) dan Jalan Lee Bah Chai di Muar (46).
“Pulau Pinang tiga kluster, Jalan Perusahaan Maju Empat melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan (19); Lebuh Sungai Tiram Satu melibatkan Seberang Perai Tengah, Barat Daya dan Timur Laut (18); Jalan Besar Perai melibatkan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara (10),” katanya.
Tambahnya, dua baki kluster tempat kerja iaitu Tapak Bina Jalan Kolam Air di Kepong, Kuala Lumpur (131) dan Dah Pekan Baru di Kuala Muda, Kedah (29).
“Tiga kluster komuniti, Bali Pie melibatkan Subis dan Miri, Sarawak (62) dan Jalan Samarakan di Tatau, Sarawak (49) serta Kampung Lakai di Jelebu, Negeri Sembilan (50), lapor Utusan Online.
“Kluster terakhir adalah satu kluster keagamaan iaitu Kampung Lobou di Kota Kinabalu, Sabah (15),” katanya
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!