HARAP AHLI PARLIMEN GUNA PERUNTUKAN BANTU RAKYAT TERKESAN TERUK
TEMERLOH: Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kome Cakna mahukan semua ahli parlimen yang menerima peruntukan sebanyak RM300,000 yang diluluskan oleh kerajaan pusat memberi bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan memberi bantuan bakul makanan dengan segera.
Pengerusinya, Jamil Yaakub berkata, wakil rakyat yang dipilih segera turun padang ke akar umbi untuk melihat kesukaran golongan yang terkesan kerana memerlukan bantuan bekalan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlarutan melebihi sebulan.
Pengerusi Kome Cakna, Jamil Yaakub mahu wakil rakyat segera santuni rakyat yang terkesan.
“Kebanyakan yang terkesan adalah golongan yang bekerja dengan mendapat upah harian, peniaga kecil-kecilan serta ada yang telah diberhentikan kerja oleh majikan masing-masing.
“Dengan situasi yang sedang berlaku, ada yang mengadu tiada bekalan makanan atau terputus bekalan di rumah kerana tiada pendapatan untuk membeli barang keperluan,” katanya.
Katanya, diharap wakil rakyat sentiasa menyantuni dan membuka ruang untuk rakyat sekitar kawasan parlimen masing-masing untuk mengadu masalah mereka.
“Dengan bajet yang diluluskan oleh kerajaan pusat, ahli parlimen boleh membeli barangan keperluan untuk diagihkan kepada yang sangat memerlukan.
“Bantuan itu diharapkan diberikan kepada orang ramai tanpa memikirkan fahaman politik, kaum dan agama untuk disalurkan kepada yang terkesan semasa darurat pandemik ini,” katanya.
Katanya, terdapat beberapa kumpulan anggota masyarakat yang berkongsi sesama sendiri mengumpul dana untuk membeli barang keperluan dan dihantar ke rumah yang sudah terputus bekalan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ORANG RAMAI SAMBUT BAIK UJIAN ‘SWAB’ SECARA PANDU LALU
DIADAKAN DI STESEN BAS DAN TEKSI JERANTUT
JERANTUT: Orang ramai yang menjalani ujian saringan ‘mass sampling’ RTK-Ag (swab hidung) secara pandu lalu, memuji langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jerantut untuk mencegah penularan wabak Covid-19 yang semakin berleluasa di negara ini.
Ujian itu dijalankan di Stesen Bas dan Teksi Jerantut bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang, bermula hari ini sehingga Jumaat kepada penduduk di 64 kawasan taman perumahan dan penempatan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Jerantut.
Seramai kira-kira 25 orang anggota PKD Jerantut termasuk doktor menjalankan ujian itu kepada orang ramai.
Seorang surirumah, Mariam Bahari (60) yang tinggal di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR), Bandar Baharu Jerantut berkata, program yang sangat bagus dan memudahkan secara pandu lalu serta cepat dan selamat untuk mencegah penularan wabak.
Sanggari (kiri) dan Mariam Bahari (kanan)
Penduduk (PAKR), Bandar Baharu Jerantut, Sharif Abu Bakar (64), menyokong program ujian calitan itu untuk mendapatkan ‘swab’ untuk mengetahui tubuh seseorang itu sihat selain mencegah, orang ramai sewajarnya memberi kerjasama kepada kerajaan melakukan ujian calitan serta untuk mendapatkan vaksin.
Ibu muda, Rosniza Muda (43) berkata, program itu yang dilakukan secara pandu lalu untuk keselamatan bersama dan mengajak orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan PKPD melakukan ujian ‘swab’.
Rosniza Muda (kiri) dan Sharif Abu Bakar (kanan)
Penduduk PAKR Bandar Baharu Jerantut, Sanggari (20) berkata, cara ujian pandu lalu sangat cepat serta selamat demi kesihatan khususnya penduduk di Jerantut.
Penduduk Taman Mutiara, Ahmad Nazri Arifin berkata, program secara pandu lalu memberi kemudahan dan tidak perlu turun kereta atau motosikal dan percuma, berharap penduduk merebut peluang untuk membuat ujian ‘swab’.
Program saringan itu dilakukan secara sukarela untuk penduduk yang berumur 18 tahun dan ke atas serta diutamakan kepada penduduk di kawasan ‘hotspot’ yang melibatkan ahli keluarga yang aktif bergerak seperti ketua keluarga atau isteri dan anak serta warga emas yang ada pergerakan keluar masuk dari kawasan kediaman.
Ujian calitan dilakukan secara pandu lalu kepada penunggang dan pembonceng motosikal di Stesen Bas dan Teksi Jerantut , hari ini.
Manakala penduduk di kawasan lain akan dipanggil dari masa ke semasa bergantung atas lokaliti kes Covid-19 dan akan dimaklumkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut secara harian.
Penduduk di dalam lokaliti PKPD yang lain yang mempunyai gejala ringan seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak juga dijemput datang untuk pengambilan sampel.
Disebabkan ini adalah saringan survelan, Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut akan menghubungi individu jika ujian mendapati positif. Jika tidak dihubungi oleh PKD Jerantut, bermakna keputusan ujian adalah negatif.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MISTERI BAU BUSUK DALAM RUMAH TERUNGKAI, MAYAT WARGA EMAS DITEMUI
IPOH, PERAK: Misteri bau busuk di dalam sebuah rumah di Taman Sri Sayang, dekat sini, terungkai apabila mayat seorang warga emas ditemui terbaring di ruang dapur rumah berkenaan hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai perkara itu kira-kira jam 8 pagi. Menurutnya, apabila tiba di lokasi, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai mengatakan terdapat bau busuk dari dalam rumah berkenaan.
“Pihak bomba menghubungi polis untuk tindakan kebenaran membuka pintu rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini., lapor Awani
Menurut jurucakap itu lagi, selepas dibuka menggunakan peralatan khas, didapati terdapat seorang mangsa terbaring di bahagian dapur. Katanya, mangsa seorang lelaki berumur 74 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LUMUT: Sebuah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis AS 555 SN Fennec melakukan pendaratan cemas di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.
Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari berlaku semasa helikopter berkenaan sedang membuat penerbangan operasi di dalam Pangkalan TLDM Lumut.
Katanya, semua kru berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.
“Insiden tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan kejadian terkawal,” ujar kenyataan tersebut.
Susulan insiden ini, TLDM akan menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.
Ini kejadian kemalangan pertama melibatkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM iaitu KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut, lapor KOSMO online.
Selain enam buah helicopter AS 555 SN Fennec, TLDM turut mengoperasikan enam helicopter tempur jenis Super Lynx yang kesemuanya memiliki rekod penerbangan yang cemerlang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH PACUAN EMPAT RODA
BACHOK – Seorang wanita warga emas maut manakala suaminya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Sentosa di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Khalijah Mat Zain, 70, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, suami mangsa, Abdullah Yaacob,68, kini dirawat di zon merah hospital sama selepas kakinya patah.
Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa dan suaminya dipercayai menaiki motosikal jenis Honda EX5 dengan tidak memakai topi keledar.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, suami mangsa telah membuat pusingan U sebelum memasuki jalan yang dilalui kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.
“Ekoran jarak yang terlalu dekat, pemandu kereta yang berusia 36 tahun tidak sempat membrek lalu merempuh motosikal mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut Mohamad Ismail, insiden itu menyebabkan pasangan suami isteri itu tercampak ke bahagian tepi jalan.
Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke HUSM Kubang Kerian, namun Khalijah disahkan meninggal dunia sejam kemudian selepas mengalami kecederaan parah pada paru-paru kanan,lapor KOSMO online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA NERUS – Buaya tembaga digelar ‘Mamat’ yang pernah mengemparkan selepas tersesat masuk ke bekas lombong di Kampung Tepoh di sini sejak empat tahun lalu, akhirnya berjaya ditangkap hari ini.
Buaya jantan berusia enam tahun seberat lebih 100 kilogram berkenaan berjaya ditangkap anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu pada pukul 5.45 petang.
Seramai 17 anggota Perhilitan negeri dengan bantuan 10 anggota polis terlibat dalam operasi menangkap ‘Mamat’ di kawasan bekas lombong berkenaan.
Buaya tembaga tersebut berjaya tangkap dengan teknik pemasangan jerat.
Operasi menangkap ‘Mamat’ selesai sepenuhnya pada pukul 6.30 petang dalam keadaan hujan lebat.
Kosmo! 22 Mei lalu melaporkan ‘Mamat’ yang disangka sudah terlepas ke Sungai Terengganu berhampiran kembali menggemparkan penduduk dengan memunculkan diri dengan fizikal yang jauh lebih besar, lapor KOSMO online
Kelibat buaya jantan yang naik ke tebing bekas lombong tersebut tular menerusi video berdurasi 20 saat dimuat naik di laman sosial Facebook.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
UJIAN CALITAN HIDUNG DIADAKAN SECARA PANDU LALU DI STESEN BAS DAN TEKSI JERANTUT
SARINGAN INI BERMULA 29 JUN DENGAN PENDUDUK PAKR BANDAR BARU JERANTUT
JERANTUT: Saringan ‘mass sampling’ RTK-Ag (swab hidung) untuk mengesan Covid-19 secara pandu lalu ‘drive-thru’ akan dijalankan di Stesen Bas dan Teksi Jerantut bermula esok, pada 29 Jun 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Jerantut.
Ujian calitan akan dilakukan secara pandu lalu di Stesen bas dan Teksi Jerantut,
Saringan itu dilakukan secara sukarela untuk penduduk yang berumur 18 tahun dan ke atas serta diutamakan kepada penduduk di kawasan ‘hotspot’ yang melibatkan ahli keluarga yang aktif bergerak seperti ketua keluarga atau isteri dan anak yang ada pergerakan keluar masuk dari kawasan kediaman.
Ini termasuk warga emas. Manakala penduduk di kawasan lain akan dipanggil dari masa ke semasa bergantung atas lokaliti kes Covid-19 dan akan dimaklumkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut secara harian.
Bermula 29 Jun 2021, hari Selasa, saringan ini difokuskan kepada lokaliti penduduk Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bandar Baru, Jerantut.
Penduduk di dalam lokaliti PKPD yang lain yang mempunyai gejala ringan seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak juga dijemput datang untuk pengambilan sampel.
Disebabkan ini adalah saringan survelan, Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut akan menghubungi anda jika ujian ini positif. Jika tidak dihubungi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut, bermakna keputusan ujian anda adalah negatif.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN: Seramai 541 orang peneroka Felda Jengka 7, termasuk masyarakat Orang Asli masing-masing menerima suntikan vaksin dos pertama di Sekolah Kebangsaan Jengka 7, hari ini.
Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, Felda Jengka 7 sudah dua kali dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), maka sesuai suntikan vaksinasi diberi kepada penduduk di Felda itu.
Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib
“Kali ini kita membawa pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Maran untuk menjalankan suntikan vaksinasi di sini sebagai memudahkan masyarakat di kawasan ini menerima suntikan tanpa bergerak jauh.
“Mereka tidak perlu ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang sedia ada kerana bakal mendatangkan kesukaran untuk bergerak serta mengambil masa yang lama,” katanya di lokasi pemberian vaksin di sini, hari ini.
Katanya, setakat ini daerah Maran masih tidak mencapai sasaran 80 peratus untuk mendapat suntikan, Maran mempunyai kira-kira 150,000 penduduk, diharap suntikan dapat disegerakan bagi menyekat penularan wabak menjelang bulan Julai ini.
“Saya gembira ramai masyarakat Orang Asli sudah memberi gambaran yang positif berkaitan dengan suntikan ini, malah mereka tidak sabar untuk mendapatkan suntikan kerana sebelum ini mereka banyak dimomokkan oleh golongan anti-vaksin.
Melawat pusat pemberian vaksin di SK Jengka 7, seramai 541 orang menerima suntikan vaksin hari ini.
“Terima kasih kepada semua anggota pasukan yang melaksanakan suntikan vaksin pada hari ini yang berusaha melaksanakan dengan baik,”katanya.
Katanya, semua anggota masyarakat diharap sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi membenteras penularan wabak supaya boleh hidpu seperti biasa.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KAJANG: Seorang lelaki didapati tergantung di jejantas Lebuhraya SILK yang menyambungkan Kampung Baru Balakong dan Amerin Mall pada jam 7.47 pagi, hari ini.
Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah terima panggilan MERS 999 daripada orang awam memaklumkan terlihat ada seorang lelaki tergantung di jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor.
Siasatan awal mendapati, simati ialah berbangsa Cina berusia 56 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di jejantas itu.
Maklumat awal daripada waris simati mendapati simati disyaki dijangkiti COVID-19 dan simati mengatakan beliau tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas.
Mayat simati berjaya diturunkan dengan bantuan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dan seterusnya mayat tersebut dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENARKAN KEGIATAN EKONOMI DAN PERNIAGAAN BEROPERASI DI NEGERI MEMPUNYAI KES RENDAH
JANGAN SEKAT SEMUA NEGERI DISEBABKAN KES TINGGI DI SELANGOR – NETIZEN
Selagi ada Selangor dalam situasi pendamik ini, selagi tu lah kes susah nak turun di bawah 4,000. Cuba keluarkan Selangor dari data kes baharu. Asingkan kes di Selangor itu. Buat prosedur operasi standard (SOP) lain khas untuk negeri Selangor sahaja.
Jangan campur aduk dengan negeri-negeri lain. Mesti kes harian negeri lain turun bawah 4000. Benarkan negeri yang mempunyai kes bawah 300 untuk merentas daerah dan hidupkan ekonomi negeri yang mempunyai kes aktif yang rendah..
Bila sakit jantung, doktor hanya rawat jantung, fokus pada jantung sahaja…bukan bila sakit jantung, doktor rawat seluruh anggota badan pesakit.. itu namanya buang masa dan buang tenaga. Bahagian tidak sakit, tapi pergi rawat benda yang tidak sakit, kerja sia-sia namanya!
Benarkan kegiatan perdagangan dan ekonomi di negeri yang rendah kes baharu Covid-19 untuk peniaga meneruskan kehidupan. – Foto hiasan
Paling kesian di negeri Perlis, hanya mempunyai 1, 2 kes sahaja, tapi kena ikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama seperti negeri yang mempunyai kes 2,000. Sepatutnya mereka boleh bebas rentas daerah dalam negeri itu sahaja. TIdak adil untuk negeri yang patuh dan kes Covid yang rendah. Jangan ambil sama rata untuk semua negeri, memang orang akan mengamuk.
Kalau dibenarkan pergerakan rentas daerah dan rantaian ekonomi negeri-negeri yang mempunyai kes aktif Covid yang rendah ini, maka ekonomi dalam negeri tu boleh berjalan dengan baik..
Kerajaan boleh kurangkan belanja untuk memberi bantuan kepada negeri-negeri yang boleh berniaga, buka kedai, buka restoran, boleh bekerja dan sebagainya… dengan syarat ketatkan pergerakan keluar masuk antara negeri. Jalankan swab test pada mereka yang hendak masuk negeri lain atas urusan yang betul-betul penting sahaja.
Kerajaan perlu lebih fokus pada negeri-negeri yang sedang PKP Penuh dan mempunyai kes masih tinggi. Bagi bantuan pada rakyat di negeri itu sahaja kerana mereka lebih memerlukan berbanding rakyat di negeri yang telah berlaku pergerakan ekonomi pada negeri mereka..
Duit kerajaan pun boleh jimat, tidak perlu pukul rata pada semua negeri..rakyat pun tidak marah. Selain itu akan berlaku persaingan sihat sebenarnya di antara negeri dengan negeri yang lain. Rakyat yang berada dalam negeri PKP Penuh mereka akan patuh SOP sebab mahu turunkan kes supaya dapat lakukan aktiviti yang sama macam negeri lain yang sudah bebas..
Paling penting, cepatkan pemberian vaksin supaya immuniti perkelompok (herd immunity) dapat dibina dengan cepat dan kurangkan kes kematian dan kes2 kritikal covid 19.
Jangan disebabkan kes di Selangor yang tinggi, semua negeri yang mempunyai kes rendah turut terlibat. -Foto hiasan
Pendapat saya, sekarang ni kita perlu fokus untuk banteras Covid-19 dan kembalikan pergerakan ekonomi. Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kes bawah 4,000 baharu, boleh buka sektor lain. Kalau kira sekali dengan kes di Selangor, 2 tahun lagi belum tentu boleh buka sektor lain.
Kedai baju, kedai cermin mata, kedai barangan bayi dan sebagainya perlu ditutup sebab bukan essential service, bukan di Selangor sahaja, tetapi negeri lain pun terpalit sama. Pekerja mereka nak makan apa? Ada mulut yang perlu disuap. Berapa ramai kes bunuh diri berlaku akibat tekanan kerana dibuang kerja, diberhenti atas sebab majikan tak mampu bayar gaji pekerja.
Itu menunjukkan ekonomi negara kita semakin teruk, rakyat semakin tertekan, bantuan diberi kerajaan tidak mencukupi untuk keadaan semua orang. Kalau negeri yang dibenarkan berniaga dan bekerja, pendapat saya, mereka tidak perlu dibagi bantuan pun tidak mengapa. Asalkan kedai mereka dapat beroperasi.
Bantuan itu boleh diberi kepada rakyat dalam negeri yang betul-betul terkesan kerana kes semakin tinggi. Kerajaan perlu bekerja dengan cara fokus pada masalah dan cari jalan penyelesaian dengan cepat. Setiap SOP, setiap arahan tak boleh diberikan sama untuk semua negeri, mereka kena banci kes aktif dan trend peningkatan Covid yang berbeza-beza mengikut negeri.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!