DUNGUN – Seorang suri rumah maut apabila motosikal jenis Demax DVS yang dinaikinya dikatakan bergesel dengan sebuah lori dalam kejadian langgar lari di Kilometer 99, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 8.40 pagi itu, mangsa, Rosnani Salleh dari Taman Murni Perdana, Paka dekat sini maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, motosikal jenis Demax DVS yang dinaiki wanita itu dikatakan telah bergesel sebuah lori di lokasi kejadian.
“Pemandu lori tersebut tidak memberhentikan kenderaannya sebaliknya dikatakan terus memecut laju meninggalkan mangsa yang terbaring di tengah jalan.
“Setakat ini tiada laporan polis dilakukan oleh pemandu lori berkenaan. Kita juga masih belum mengenalpasti jenis dan nombor pendaftaran lori itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini, lapor KOSMO online.
Sehubungan itu, Baharudin meminta mana-mana individu yang menyaksikan kemalangan maut itu agar tampil menghubungi atau tampil ke balai polis terdekat untuk menyalurkan maklumat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Jamaludin Ibrahim sebagai pengerusi kumpulan dan Mohd Azharuddin Mat Sah sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan yang baharu.
Lembaga Pengarah dan Barisan Kepimpinan Kanan Kumpulan Prasarana mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Jamaludin dan Mohd Azharuddin yang berkuatkuasa serentak pada 15 Julai ini.
Tan Sri Jamaludin Ibrahim
Pengalaman luas yang dimiliki oleh kedua-dua tokoh dalam menerajui syarikat-syarikat besar dari segi operasi dan pentadbiran serta penglibatan mereka di dalam merangka polisi dan inisiatif bagi sektor awam adalah satu kelebihan besar buat Prasarana.
Ini akan meneruskan agendanya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam khususnya dalam berhadapan dengan cabaran penularan pandemik Covid-19, kenyataan yang dikeluarkan oleh Prasarana hari ini.
Jamaludin merupakan Presiden and Ketua Eksekutif Kumpulan bagi Axiata Group Berhad (Axiata) sebelum persaraannya di akhir tahun 2020 dan dikenali sebagai tulang belakang yang mengemudi transformasi Axiata daripada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada gergasi telekomunikasi yang amat disegani yang beroperasi di 11 buah negara ASEAN dan Asia Selatan.
Manakala pelantikan Azharuddin pula akan memberikan sinergi dan perspektif dari sudut pengangkutan awam, selari dengan pengalaman beliau di dalam industri pengangkutan awam darat dan udara.
Mohd Azharuddin Mat Sah.
Terdahulu, Azharuddin berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Transformasi, Malaysia Airlines Berhad dari 2019 hingga 2021 dan bertanggungjawab bagi porfolio merangkumi pelan transformasi jangka panjang dan bahagian teknologi maklumat dan digital syarikat penerbangan tersebut.
Gabungan dan kerjasama rapat kedua-dua tokoh itu, Lembaga Pengarah Kumpulan Prasarana yakin misi Syarikat untuk melaksanakan transformasi strategik dalam sistem pengangkutan awam negara dan memacu pertumbuhan ekonomi serta menjadi pemangkin bagi merancakkan semula sektor komersial dan perniagaan dapat direalisasikan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
23,000 DOKTOR KONTRAK AKAN ADAKAN HARTAL PADA 26 JULAI INI
PETALING JAYA: Seramai 23,000 doktor lantikan kontrak di seluruh negara merayu agar pihak kerajaan segera memberi kepastian untuk melantik golongan itu ke jawatan tetap dengan segera.
Gerakan Hartal Doktor Kontrak berharap kerajaan menawarkan pelantikan tetap kepada semua pegawai perubatan kontrak sedia ada selain menjelaskan kriteria lantikan tetap secara terperinci.
23,000 doktor kontrak mahukan lantikan tetap perkhidmatan mereka disegerakan.-Foto hiasan
Jurucakapnya , Mustapha Kamal A Aziz berkata, mereka mahu kerajaan menyediakan pelan jangka panjang dan pendek untuk doktor kontrak dengan menawarkan pelantikan tetap selain menjelaskan kriteria lantikan tetap secara terperinci.
Beliau berharap isu yang berlarutan selama lima tahun itu masih tiada penyelesaian dan masih tiada perjanjian hitam putih untuk doktor kontrak.
“Isu pelantikan tetap pegawai perubatan masih menemui jalan buntu. Jika tuntutan ini tidak dilaksanakan dan tiada hitam putih dalam jangka masa tiga minggu, kami terpaksa mengambil tindakan drastik,” katanya dalam sidang media.
Sebelum ini, sebuah kumpulan yang mewakili 23,000 pegawai perubatan kontrak akan mengadakan hartal atau mogok pada 26 Julai ini jika masih tiada jalan penyelesaian dalam isu pelantikan mereka secara tetap.
Sementara itu, di Temerloh, seorang doktor kontrak yang ditemui yang enggan namanya disiarkan merayu agar pihak berkaitan segera melantik mereka ke jawatan tetap bagi memudahkan mereka merencana kerjaya mereka.
“Saya merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengkhususan perubatan, oleh kerana isu perlantikan ini masih di awang-awangan agak sukar saya dan rakan lain untuk merancang.
“Selain itu, kedudukan kami yang masih tidak menentu, ibarat telur di hujung tanduk dan boleh bila-bila masa akan ditamatkan perkhidmatan kontrak,” katanya ketika ditemui.
Katanya, oleh kerana sektor perkhidmatan kesihatan awam negara masih bergelut dengan pelbagai usaha untuk memerangi penularan Covid-19 sejak Mac 2020 sehingga sekarang dan dibimbangkan akan ditamatkan apabila wabak ini reda.
Seorang rakannya turut merayu agar kerajaan melantik mereka dengan segera kerana sektor perkhidmatan kesihatan ialah antara barisan terpenting untuk memerangi musuh pandemik, selain sektor keselamatan, ekonomi dan sosial.
“Diharapkan pihak atasan segera melakukan proses perlantikan ke jawatan tetap agar kami mendapat ‘tonik’ untuk lebih bersemangat menjalankan tugas, bukan itu sahaja, walaupun kami sudah memiliki ijazah, ada di kalangan kami daripada keluarga susah yang turut membantu keluarga,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENDUDUK PASANG BENDERA PUTIH SEBAGAI ISYARAT MINTA BANTUAN SALAH?
KUANTAN – Kempen untuk mengibarkan bendera putih sebagai isyarat memohon bantuan keperluan makanan dapat disalurkan kepada insan yang memerlukan menjadi isu kepada pihak tertentu dan mahukan bendera yang dikibarkan itu diturunkan.
Ini berlaku kepada 13 keluarga yang tinggal di Bukit Setongkol di sini apabila tindakan mereka menaikkan bendera putih untuk meminta bantuan tidak disenangi pihak tertentu hingga diarah diturunkan pada hari Rabu.
Perbuatan penduduk yang terjejas itu dikatakan satu kesalahan dan saman boleh dikeluarkan jika bendera yang dipasang gagal diturunkan.
Oleh kerana risau tindakan saman dikenakan, penduduk yang memasang bendera putih itu, tersu menurunkan bendera yang dipasang pada Selasa selepas diarah berbuat demikian oleh seorang individu yang datang bersama tiga anggota polis.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ana, 43, berkata, dia bersama penduduk di situ sepakat untuk menaikkan bendera putih selepas rata-rata mereka hampir terputus bekalan makanan.
Menurutnya, bendera itu dipasang sebagai tanda penghuni rumah tersebut memerlukan keperluan bekalan makanan dan berharap ada piahk tertentu menghulurkan bantuan.
“Hampir semua di sini sudah hilang punca pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini, kerana di sini ramai bekerja buruh, berniaga kecil-kecilan dan berkerja bergaji harian.
” Sebuah persatuan datang hulurkan sumbangan setelah bendera putih dipasang, namun selepas itu seorang pemimpin setempat datang menegur minta bendera itu diturunkan segera kerana menjadi kesalahan dan tidak dibenarkan polis,” katanya.
Ana berkata, dia dan penduduk di situ keliru kerana dikatakan mengibarkan bendera putih sebagai satu kesalahan sedangkan kempen kibar bendera putih yang tular di laman sosial berlaku di seluruh negara malah ada yang berbuat demikian mendapat bantuan sewajarnya.
Video kejadian itu tular di laman sosial selepas dimuat naik pengguna Facebook hingga mendapat pelbagai reaksi netizen.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) turut membantu pihak Kerajaan untuk menjayakan Program Mobilisasi Vaksinasi Komuniti (MOVAK).
Program itu dilaksanakan membantu proses pemberian vaksin kepada rakyat terutamanya masyarakat luar bandar sekali gus meningkatkan kadar vaksinasi Covid-19 di negara ini.
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Ismail Abd Mutallib berkata, program itu dilaksanakan selepas mengambil kira faktor penduduk yang belum mendaftar suntikan vaksin Covid-19 disebabkan kekangan capaian internet dan ketiadaan telefon pintar.
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Ismail Abd Mutallib
Katanya, terdapat tiga unit gerak kerja ditubuhkan di bawah MOVAK merangkumi unit panggilan, unit mobilisasi dan unit tindakan komuniti bagi membantu kelancaran program serta pusat pemberian vaksin bergerak (PPV).
“Intipati lawatan ini ialah untuk melihat dan memantau kerja-kerja yang dijalankan oleh para sukarelawan MOVAK di PPV berkenaan bagi mengenalpasti keperluan tambahan dan penambahbaikan gerak kerja sedia ada.
“Selain itu, sukarelawan MOVAK terdiri daripada Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT), ahli-ahli Pertubuhan Penggerak Komuniti Nasional (PKN) serta sukarelawan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), “ katanya.
Katanya, kawasan sasaran Program MOVAK meliputi beberapa buah daerah di lima buah negeri. Jumlah PPV mengikut maklumat daripada vaksincovid.gov.my adalah di Pulau Pinang , 11 PPV, Wliayah Persekutuan Kuala Lumpur (7), Johor (26), Pahang (53) dan Selangor 30 PPV
“Sukarelawan akan membuat panggilan telefon kepada bakal penerima vaksin keesokan hari yang belum membuat pengesahan temujanji. Penerima vaksin dos kedua yang belum membuat pengesahan temujanji.
“Penerima vaksin dos pertama yang telah tidak hadir pada tarikh temujanji akan mendapatkan input status keperluan kenderaan penerima vaksin dari kediaman mereka ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya..
Katanya, kemudian Unit Mobilisasi, kenderaan yang berpusat di Pusat Khidmat atau mana-mana lokasi sesuai yang bertugas mengambil dan menghantar penerima suntikan vaksin ke PPV.
“Ini termasuk memberi input diterima daripada Unit Panggilan, kenderaan mobilisasi turut dilengkapi seunit kerusi roda yang dibantu oleh Sukarelawan PKN.
“Kita mendapat kerjasama dengan Pihak Berkuas tempatan (PBT) melalui COB bagi mendapatkan senarai nama penduduk di kawasan berstrata, termasuk dengan KRT dan SRS bagi mendapatkan senarai nama serta melakukan tugasan jangkauan komuniti di kawasan-kawasan perumahan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENGUSAHA SUSUN STRATEGI DENGAN KREATIF UNTUK MENARIK PENGUNJUNG SEBELUM PANDEMIK INI TAMAT.
Daerah Jerantut yang terkenal dengan Gunung Tahan setinggi 2,187 meter (7,175 kaki) dari paras laut dan tertinggi di semenanjung, sudah terkenal kepada pengunjung dan penggemar kawasan tanah tinggi untuk pendaki terutama dari luar negara.
Antara puncak bukit yang menjadi penggemar pendaki bukit yang berada di daerah Jerantut
Selain itu, terdapat Bukit Merah, Bukit Seladang, Bukit Panau, Bukit Batu dan Ferrata Paya Gunung yang terletak tidak jauh dari bandar dan mudah untuk pergi boleh ditawarkan kepada pengunjung luar yang berminat untuk mendaki.
Bukit Merah atau Bukit Buluh yang terkenal dengan pokok kelat gelam berwarna merah atau nama saintifiknyaEugenia Cerina Hend berdekatan Felda Padang Piol menjadi produk bukit yang unik.
Pemandangan di BUkit Merah atau Bukit Buluh.
Pokok yang banyak di sepanjang permatang bukit dan sekitar lereng menjadikan bukit itu sangat unik dan bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang terletak pada ketinggian 331 meter khusus untuk peminat sukan lasak pendakian.
Jerantut turut mempunyai sungai yang bersih, cantik dan nyaman dan kebanyakannya berada di bahagian Hulu Tembeling, malah terdapat sungai yang belum diterokai atau tidak dipopularkan lagi.
Antara pemandangan di Gunung Senyum (kiri) dan Gua Gelanggi (kanan)
Daerah ini juga terdapat Gua Gelanggi yang perlu diaktifkan serta Gunung Senyum yang terletak di Jengka 24, perlu diperkenalkan dengan lebih agresif kepada orang luar.
Gua Kota Gelanggi di sini, sering dikaitkan dengan pelbagai mitos, termasuk kononnya ia berasal dari sebuah kota yang dibina di kawasan itu sebelum disumpah Sang Kelembai sehingga menjadi batu.
Namun, lebih penting daripada cerita itu, Kota Gelanggi menyimpan satu rahsia yang belum dapat dirungkai sehingga kini iaitu dipercayai adalah lokasi perkembangan Kesultanan Melayu selepas Kerajaan Melaka runtuh berikutan serangan Portugis.
Masakan ikan sungai seperti ikan patin, jelawat, kelah dan sebagainya perlu diperhebatkan sebagai menu tradisional Jerantut seperti masakan gulai masam tempoyak, pais tempoyak, gulai asam rom, sambal hitam dan juga menu seperti bubur liar.
Kalau di negeri Sembilan terkenal dengan gulai daging salai, di Jerantut, masak lemak cili padi patin salai boleh diperkenalkan sebagai salah satu menu yang menarik.
Menu popluar di Jerantut, gulai masam tempoyk ikan patin (kiri), gulai asam rom ikan jenahak (kanan)
Satu strategi pengusaha pelancongan perlu merancang dengan baik. Jadikan bandar Jerantut tempat persingahan sebelum ke Kuala Tahan.
Di sepanjang perjalanan bermula dari Lanchang yang terkenal dengan Pusat Pemeliharaan Gajah, Kuala Gandah, seterusnya ke Temerloh, Jerantut dan ke Kuala Tahan maka kluster pelancongan lain wajar diwujudkan.
Satu pakej perlu disediakan dengan membuatkan pelancong tidur semalaman di bandar dan dibawa ke Gua Gelanggi atau Gunung Senyum untuk mereka menikmati keindahannya di situ sebelum ke Kuala Tahan.
Secara tidak langsung, menghasilkan pendapatan kepada pengusaha di Gua Gelanggi, Gunung Senyum dan juga peniaga komuniti di sekitar tempat itu dan rumah penginapan di bandar Jerantut akan kembali segar.
Operator pelancongan di Kuala Tahan pula, selain fasiliti sedia ada, perlu kreatif dengan memikirkan aktiviti baharu di sana.
Mungkin boleh jadikan pokok tualang yang tinggi sebagai aktiviti memanjat dengan mempunyai prosedur keselamatan yang ketat. Aktiviti malam perlu difikirkan supaya pengunjung sentiasa mempunyai aktiviti yang menyeronokkan seperti membuat pondok atau ran di pokok.
Jambatan gantung di Kuala Tahan, antara terpanjang di dunia (kiri), pokok tualang (kanan)
Muzik tradisional Melayu Pahang, seperti gendang silat dan pesilatnya, kumpulan rebana atau mungkin membawa pasukan dikir barat dari Kelantan, tarian ulik mayang, caklempong dan gemelan boleh diketengahkan kepada pelancong semasa berada di Kuala Tahan untuk persembahan di waktu malam.
Kepada pengiat pelancongan iaitu pemandu pelancong seharusnya memikirkan satu prosedur yang standard dari sudut ketrampilan, komunikasi dan pengetahuan umum dengan persekitaran tempat kerja mereka.
Oleh itu, semua pihak perlu bertindak dan memikirkan dari sekarang untuk membuat persiapan “menyambut” pelancong selepas pandemik ini tamat, kerana pelancong sudah “resah dan gelisah” kerana berada di rumah atau negara masing-masing kerana tidak dapat ‘makan angin’.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JAKARTA: Penularan Covid-19 di Jakarta diramalkan boleh menembusi 100,000 kes sekitar 8 hingga 13 Julai ini jika tiada langkah-langkah sewajarnya dilakukan.
CNN Indonesia memetik laporan Antara menyebut, perkara itu dinyatakan dalam laporan pengembangan Covid-19 yang dikemukakan Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dalam pertemuan dengan pemerintah pusat, Selasa lalu.
Mesyuarat itu diketahui untuk membincangkan Pelaksanaan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Darurat yang mungkin dilaksanakan pemerintah pada awal bulan ini, lapor Agensi
“Jika tindakan tidak segera dilakukan, 100,000 kes aktif di Jakarta akan dicapai antara 8 hingga 13 Julai ini,” jelas laporan itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DISEBAT 100 KALI SETELAH DIDAPATI BERSALAH MELAKUKAN ZINA
LHOKSEUMAWE: Seorang wanita pengsan setelah menjalani hukuman sebat 100 kali ekoran didapati bersalah melakukan jenayah zina di bawah undang-undang Islam Aceh.
Wanita itu adalah antara lima orang yang dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai kerana melanggar kanun syariat Islam di Lapangan Tunas Bangsa, Lhokaseumawe hari ini.
Memetik laporan Tribunenews, salah seorang daripada pesalah wanita yang didapati bersalah melakukan jenayah zina itu terpaksa dipapah oleh para petugas kerana pengsan sebaik sahaja selesai menjalani hukuman sebat 100 kali itu.
Wanita tersebut kelihatan lemah dan tidak tak berdaya menahan sakit sebaik sahaja selesai disebat oleh tukang sebat.
Dia telah dipapah oleh petugas wanita untuk mendapatkan rawatan.
Selepas diperiksa dan dirawat oleh petugas perubatan wanita itu kembali normal.
“Diantara lima pelanggar kanun syariat Islam salah seorang perlu dipapah karena pengsan setelah disebat 100 kali,” wakil wali kota Lhokseumawe, Zulkifli.
Dia menyebutkan, kelima pesalah yang melanggar kanun syariat Islam tersebut iaitu Samsul Bahri dan Nurul Aini.
Keduanya didapati bersalah melakukan zina, dengan hukuman masing-masing 100 kali sebatan.
Kemudian, pesalah Mahatir dan Syakban Irham didapati bersalah melakukan kesalahan khamar dengan hukuman masing-masing 40 kali cambukan.
Seorang lagi, Ibrahim Muhammad alias Pak Geuchik disebat 75 kali cambukan karena menyediakan tempat untuk jenayah zina.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Lima individu berdepan detik mencemaskan apabila lif yang dinaiki mereka terjatuh dari tingkat dua di Wisma Elken, Jalan Klang Lama, dekat sini petang tadi.
Dalam kejadian itu, tiga wanita mengalami kecederaan pada bahagian kaki manakala dua mangsa lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.
Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II, Armdan Mahat berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 4.22 petang.
“Seramai 25 anggota pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dengan bantuan BBP Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, terdapat lima mangsa terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita yang berusia lingkungan 28 hingga 61 tahun berada di dalam lif tersebut,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi, lapor KOSMO online.
Jelasnya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 4.35 petang.
“Dalam kejadian itu, tiga mangsa wanita yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Taman Desa menggunakan EMRS,” ujarnya.
Gambar: Bomba
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pemain bass kumpulan terkenal, Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi pada Rabu.
Astro AWANI difahamkan Allahyarham meninggal dunia ketika sedang berehat di studio rakaman Luncai Emas milik seniman M. Nasir di Sungai Buloh.
Berita duka pemergian Tony turut dikongsi oleh pemain gitar kumpulan Exists, Along di akaun Instagram sekitar pukul 3.00 pagi, menurut Astro AWANI.
“Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah Swt tempatkan mu dikalangan orang beriman. Amin,” tulis Along.
Selain Allayharham Tony, Spider yang merupakan antara band popular di Malaysia yang mendapat didikan dan asuhan M Nasir turut dianggotai oleh Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar), Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass).
Antara lagu popular kumpulan Spider adalah Relaku Pujuk, Kasih Latifah, Laukku Cukup Masin dan Nazraku.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!