AHMAD MASLAN TIADA KUASA TERHADAP AHLI PARLIMEN UMNO
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak akan memberi respons daripada surat yang dikeluarkan UMNO untuk menyatakan pendirian sama ada akur keputusan parti atau sebaliknya.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, ini kerana Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Ahmad Maslan dikatakan tiada hak untuk mendapatkan maklum balas daripada setiap ahli Parlimen.
Ia susulan UMNO pada Selasa lalu telah menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.
“Ahmad Maslan tiada hak kepada ahli Parlimen. Saya hanya akan jawab kepada keputusan Majlis Tertinggi Barisan Nasional.
“Saya Ahli Parlimen BN, walaupun saya bertanding mewakili UMNO, saya adalah Ahli Parlimen BN, dan BN perlu membuat sesuatu sebelum kami membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ENAM RUMAH ROSAK DIBADAI RIBUT DI KAMPUNG BAPONG, LIPIS
LIPIS : Sebanyak enam buah rumah rosak teruk di bahagian bumbung dan atap akibat berlakunya ribut di Kampung Bapong, Lipis pada jam 5.30 petang hari ini.
Dalam kejadian itu turut disusuli hujan lebat serta menumbangkan pokok buah-buahan, tetapi tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa penduduk di situ.
Mangsa ribut, Kamaruddin Mohamad, 60, berkata, ketika kejadian itu dia sedang berehat di ruang tamu selepas pulang bekerja sebagai pemandu lori di bandar Kuala Lipis.
Mangsa ribut, Kamaruddin Mohamad, 60, berkata, ketika kejadian itu dia sedang berehat di ruang tamu selepas pulang bekerja sebagai pemandu lori di bandar Kuala Lipis.
“Ketika sampai di rumah hujan mula turun lebat dan disusuli angin bertiup kencang,tetapi tidaklah menyangka bertukar menjadi ribut kuat setelah saya mula duduk berehat di ruang tamu.
“Tidak berapa lama angin bertambah kuat disertai hujan lebat dan nampak dahan dan daun pokok di sekeliling rumah bergoyang dan suasana ini kemudian bertukar menjadi ribut dan kami sekeluarga agak cemas,” katanya di Kampung Bapong dekat sini hari ini.
Menurut Kamaruddin, keadaan ribut yang mengganas itu menyebabkan bunyi bising dengan gegaran bumbung dan atap rumahnya serta mula nampak beberapa keping melayang jatuh dibadai ribut.
“Dalam keadaan kelam kabut ini, saya memanggil isteri dan anak berkumpul di ruang tamu, tiba-tiba keseluruhan bumbung dan atap di ruang dapur dan bilik tercabut dan diterbangkan ribut.
Seorang penduduk sedang melihat bumbung dan atap kediaman yang diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Kampung Bapong, Lipis, Pahang pada petang hari ini. – IHSAN PENDUDUK KAMPUNG BAPONG, LIPIS
“Selepas itu keadaan ruang dapur dan tengah rumah basah dengan air hujan termasuk peralatan dapur dan perabot. Kami hanya mampu mengucap serta berdiam diri sambil melihat rumah jiran juga mengalami nasib yang sama,” katanya.
Kamaruddin berkata, dia bersyukur kerana ahli keluarga termasuk jirannya tidak mengalami kecederaan dan kemalangan jiwa dalam kejadian itu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENIAGA YANG GAGAL PATUHI HARGA MAKSIMUM RUNCIT MINYAK MASAK SAWIT TULEN DALAM BOTOL AKAN DIDAKWA
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menguatkuasakan Harga Runcit Maksimum bagi minyak masak sawit tulen dibungkus dalam botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2021 bermula 1 Ogos 2021.
Penguatkuasaan Harga Runcit Maksimum ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat dan menangani isu kenaikan harga minyak masak sawit tulen botol 1 kilogram hingga 5 kilogram.
KPDNHEP telah menguatkuasakan Harga Runcit Maksimum bagi minyak masak sawit tulen dibungkus dalam botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2021 bermula 1 Ogos 2021.
Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam dalam satu kenyataan akhbar, pemeriksaan minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol telah dilaksanakan bermula 1 Ogos 2021 di seluruh Negara.
“Tujuan pemeriksaan dan pemantauan dilaksanakan adalah untuk memastikan peniaga mematuhi Perintah Kawalan Harga (Penentuan Harga Maksimum) (NO.6) 2021. Pemeriksaan memfokuskan pada minyak masak sawit tulen dibungkus botol berat 1kg, 2kg , 3kg dan 5kg di peringkat premis runcit.
“Pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis-premis runcit di seluruh Negara dan didapati sejumlah 563 premis menjual minyak masak sawit tulen botol pada harga lebih rendah daripada harga maksimum yang ditetapkan.
“Bagaimanapun, bagi lawatan pemeriksaan kali pertama ini sejumlah 73 amaran telah dikeluarkan kepada peniaga yang didapati gagal untuk membuat perubahan harga bagi mematuhi Perintah ini,” katanya.
Katanya, KPDNHEP menyambut baik kepada mana-mana peniaga yang hendak menawarkan untuk menjual minyak masak tulen botol pada harga yang lebih rendah daripada harga maksimum yang telah ditetapkan.
“Konsep penguatkuasaan harga maksimum ini adalah sebagai penanda aras atau harga siling kepada peniaga agar tidak menjual melebihi harga maksimum atau harga siling yang telah ditetapkan, ini seiring dengan hasrat Kerajaan untuk mengawal situasi kenaikan harga yang tidak terkawal terhadap barang keperluan tertentu rakyat.
“Sebagai maklumat kepenggunaan, pengguna boleh membezakan minyak masak sawit tulen dengan campuran dengan merujuk label yang ditandakan pada botol minyak masak sawit iaitu bagi minyak masak sawit tulen akan dilabel sebagai “minyak masak tulen” atau “minyak masak sawit”.
Katanya, kalau “minyak sayuran” atau “minyak sawit bertapis”,manakala bagi minyak masak sawit campuran dilabelkan sebagai “minyak masak campuran” atau “minyak masak sebatian”.
Azman berkata, peniaga perlu mematuhi sepenuhnya peruntukan di bawah Perintah Kawalan Harga (Penentuan Harga Maksimum) (NO.6) 2021 bagi minyak masak tulen botol, pendekatan pemeriksaan yang lebih deterent akan dilaksanakan oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP dengan mengambil tindakan di bawah peruntukan Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
“Kepada yang mendapati melakukan kesalahan dan boleh dikenakan penalti seperti berikut; Individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000; manakala syarikat yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.
“KPDNHEP turut menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP khususnya melibatkan harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran,” katanya.
Katanya orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada, Portal e-aduan.kpdnhep; Call Centre 1-800-886-800; Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my; Ez ADU KPDNHEP; Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245 atau Whatsapp ke nombor 019-279 4317.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Carta yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesiahatan Malaysia, hari ini
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEMUA 32,000 PENDUDUK CAMERON HIGHLANDS DIJANGKA SELESAI SUNTIKAN KEDUA, HUJUNG BULAN INI
CAMERON HIGHLANDS, 5 OGOS : Kesemua 32,000 orang di sini, yang layak mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dijangka melengkapkan dua dos mereka menjelang hujung bulan ini.
Ketika ini, sebanyak 70 peratus penduduk di tanah tinggi itu telah selesai menerima vaksin dos pertama sejak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Puncak Arabella dibuka pada Mei lalu.
Menurut ketua PPV Puncak Arabella, Dr Yu Kong Siong, perjalanan pemberian vaksin kepada penduduk di daerah itu mendapat kerjasama baik daripada semua pihak.
Salah seorang penduduk di Cameron Highlands yang menerima suntikan vaksin Covid-19.
“Bagi mempercepatkan had imuniti kelompok vaksinasi, KKM dengan bantuan sukarelawan MYVAC akan melakukan program outreach ke rumah penduduk yang belum menerima suntikan vaksin.
” Kami dengan pihak sukarelawan MYVAC telah mengambil inisiatif untuk ke rumah mencari orang yang belum menerima vaksin lagi.
“Hal ini supaya kita boleh mempercepatkan proses immuniti kelompok supaya semua aktiviti Cameron Highlands pulih secepat mungkin,” katanya.
Sementara itu katanya, seramai 2,000 daripada masyarakat orang asli di daerah itu telah menerima suntikan vaksin dos pertama hasil program outreach yang dijalankan di perkampungan orang asli.
Dalam perkembangan lain, seramai 10,000 warga asing yang bekerja di tanah tinggi itu dijangka akan turut menerima vaksin selepas selesai suntikan kepada semua penduduk.
Setakat ini, pihaknya telah menerima 500 permohonan warga asing daripada aplikasi mysejahtera untuk mendapatkan tarikh temujanji.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Pekebun di Kampung Damak dan sekitar berusaha untuk memperkenalkan baka buah durian yang dihasilkan menerusi cantuman dan biji benih oleh pekebun di situ sejak tiga dekad lalu telah menghasilkan buah (durian) yang bermutu tinggi setanding baka popular pada masa ini.
Antara buah durian yang dikenali sebagai Seri Damak, Mas Hijau, Kulit Buaya, Kepala Gajah, Damak King (Tok Merah), Tembaga Damak, Tangkai Panjang, Buloh Poh dan sebagainya tetap menjadi tumpuan pelanggan setiap kali musim terutama penduduk di daerah Jerantut.
Sejenis durian jenis baharu yang dihasilkan oleh pekebun yang mengusahakan tanaman raja buah ini belum ‘menamakan’ durian baharu dan hanya dikenali sebagai Durian Kampung Premium (DKP) yang mula dikeluarkan dan rancak dipasarkan musim ini.
Peniaga buah gerai RMZ Damak, Ahmad Mustafar, 42, berkata, baka DKP sehingga ini paling laris setelah berada di pasaran kampung tersebut kerana terdapat beberapa ciri kelainan yang dimiliki buah itu berbanding jenis lain.
Peniaga buah gerai RMZ Damak, Ahmad Mustafar berkata, Durian Kampung Premium mula dirintis oleh seorang pekebun, Aji Aziz menerusi kaedah cantuman antara baka atau jenis durian kampung yang terbaik dan mempunyai kualiti yang tinggi.
Katanya, tanaman sebatang pokok DKP mula dirintis oleh seorang pekebun, Aji Aziz menerusi kaedah cantuman antara baka atau jenis durian kampung yang terbaik dan mempunyai kualiti yang tinggi.
“Kita tidak menyangka buah DKP yang baharu dipasarkan sejak penghujung bulan lalu sudah mendapat perhatian malahan kebanyakan pelanggan yang datang semula atau menghubungi saya untuk mendapatkan buah berkenaan.
“Ini kerana kesemua pelanggan dan penduduk di sini yang pernah menjamah isi buah ini mengakui banyak ciri kelainan berbanding buah lain,” katanya di Kampung Damak, dekat sini hari ini.
Ahmad bersama saudaranya, Ramli Mustafar, 49, dan Zulkifli Mamud, 55, yang membuka gerai buah durian RMZ Damak di situ sejak 10 tahun lalu menjelaskan antara ciri buah DPK, iaitu ulas durian itu tersusun dengan cantik di pangsa serta kelihatan menarik apabila kulitnya dibelah.
Zulkifli Mamud, 55 menunjukkan isi buah Durian Kampung Premium muncul juara kategori durian kampung Pertandingan Durian Peringkat Daerah anjuran Jabatan Pertanian di bandar Jerantut semalam.
“Tesktur isinya tebal, krim berlemak serta manis, warna kekuningan bercampur oren antara daya pemikat setiap kali pelanggan dan penggemar durian baka baharu ini.
“Agak istimewa juga, ulas DKP ini tidak berair selepas lebih daripada 48 jam dibelah. Malahan, isinya bersih dan tidak melekit pada jari kita ketika dimakan,” katanya.
Katanya, sebiji DKP mempunyai berat antara satu hingga tiga kilogram (kg) difahamkan menerusi pekebun berkenaan hanya berbuah sebanyak 250 biji pada musim ini daripada sebatang pokok baka tersebut yang ditanam.
“Setiap hari saya memasarkan antara 20 hingga 30 biji buah DKP dengan harga RM18 sekilogram (kg) dan sehingga ini seberat kira-kira 120 kg telah dijual,” katanya.
Katanya, DKP bakal popular di kalangan pelanggan kerana keistimewaan teksturnya serta kelazatan juga turut mendapat penghargaan apabila dipilih sebagai pemenang pertama pertandingan baka durian kampung peringkat daerah anjuran Jabatan Pertanian di bandar Jerantut semalam.
Gerai RMZ dikunjungi peminat durian tempatan.
“Kemenangan ini merupakan pelantar bagi buah DKP dikenali ramai juga bakal menembusi pasaran luar pada musim akan datang selain memberikan galakan kepada pekebun durian Kampung Damak berusaha menghasilkan baka baharu yang berkualiti bagi tujuan komersial pada masa akan datang,” katanya.
Katanya, DKP dan baka yang sedia menobatkan Kampung Damak sebagai kawasan lembah durian di daerah ini sekali gus menjai tarikan pengunjung luar termasuk pengkaji bidang botani universiti tempatan serta peminat baka (klon) raja buah ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
“BANTU KAMI UNTUK PASTIKAN ANDA SELAMAT COVID-19”- RAYU JKNP
KUANTAN, 5 OGOS : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) terus menasihati rakyat di negeri Pahang agar tidak menangguhkan rawatan sekiranya bergejala.
Kenyataan di facebook itu berkata, tindakan itu penting untuk mengelakkan wujud Kluster baru dan mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
Menurutnya, rakyat juga diminta sentiasa mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan dan amalkan norma baharu dalam usaha mencegah penularan jangkitan COVID-19.
” Terus amalkan penjarakan fizikal yang selamat (physical distancing) iaitu sekurang-kurangnya 1 meter antara individu, kerap menjaga kebersihan tangan dengan mencuci tangan dengan air dan sabun atau guna ceiar pembasmi kuman.
“Pakai alat pelitup muka (facemask) dengan betul dan sempurna, elak sembang dekat-dekat, elak bersalaman atau bersentuhan.
“Disinfeksi permukaan yang kerap disentuh, jika bergejala atau tidak sihat segeralah dapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berhampiran.
“Bantu kami untuk pastikan anda selamat daripada COVID-19” katanya kenyataan itu.
Katanya, hanya dengan kerjasama semua lapisan dan peringkat masyarakat dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Dua orang lelaki ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut dalam Op Tapis di sebuah kebun durian di kawasan Felda Kota Gelanggi 3, di sini, pada jam 9.30 malam, semalam
Serbuan dilakukan ke kebun itu dengan kerjasama penduduk setempat dan telah berjaya menahan 2 orang lelaki berumur 30 dan 39 tahun bersama rampasan 14 gram dadah Heroin, dadah tersebut dianggarkan bernilai RM550
Ketua Polis daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, ketika serbuan dilakukan, pihak polis menjumpai satu beg, satu peket plastik lutsinar dan lima tiub straw yang berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah berbahaya jenis heroin seberat 1.06 gram dan 13.80 gram.
Ketua Polis daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan
“Kedua suspek dipercayai melakukan aktiviti pengedaran dadah di dalam kebun durian tersebut dan kesemua barang kes dirampas untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau dalam aktiviti dadah dan jenayah,” katanya.
Katanya, kedua-dua suspek beralamat di Felda itu dan bekerja sebagai buruh dan mekanik dan saringan urin mendapati positif (meth).
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah dialu-alukan menyalurkan maklumat tersebut ke IPD Jerantut di talian 09-2662222 sambungan 262,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAKA DURIAN TOK GELANG POPULAR DI FELDA GELANGGI 2
JERANTUT : Kawasan Felda Kota Gelanggi 2 yang dikelilingi dengan tanaman sawit turut mempunyai baka durian Tok Gelang dan popular di kalangan penggemar raja buah itu di kawasan di situ dan sekitar dekat sini.
Penduduk di situ beranggapan baka itu sebaris dengan Musang King, D24, IOI dan durian komersial lain kerana aroma, warna dan tekstur isinya mempunyai tarikan tersendiri.
Pemilik dusun durian Tok Gelang, Rohani Abdullah, 53, berkata, pokok durian Tok Gelang mula ditanam di belakang rumah oleh allahyarham bapanya, Abdullah Mohamad sejak 42 tahun dahulu daripada baka cantuman (kahwin) durian kampung.
Rohani Abdullah (kanan) bersama anaknya menunjukkan durian baka Tok Gelang di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut, Pahang.
“Buahnya agak sederhana besar dan mempunyai antara dua hingga tiga ulas yang tebal setiap pangsa serta berwarna kekuningan.
“Setiap ulas mempunyai tekstur isi yang agak tebal, beraroma dan manis di antara baka ini dikenali ramai di kalangan penduduk di sini sejak pokok ini berbuah,” katanya.
Katanya, sejak 10 tahun lalu, dia memanggilnya durian Tok Gelang apabila kadang-kadang terjumpa tekstur di ulasnya seakan-akan ada bentuk gelangan.
“Setiap musim, 10 batang durian itu berbuah dan pasarannya tidak pergi jauh cuma di sekitar Felda Kota Gelanggi Dua, Felda Tekam Utara dan ada penduduk kampung berdekatan yang gemar isi buah ini datang membeli.
“kami bersyukur setiap kali musim buah, jenama Tok Gelang sentiasa mendapat perhatian penggemar durian di kawasan Felda tersebut dan penduduk berdekatan,” katanya.
Rohani berkata, musim ini buahnya tidak begitu lebat, tetapi sudah menjual hampir 500 kilogram berbanding musim sebelum ini menghasilkan lebih dua tan dan habis dijual di kawasan Felda tersebut.
“Kebanyakan pembeli mendapatkan durian Tok Gelang untuk memasak juadah bubur kerana isinya tebal, beraroma dan kemanisan isi cukup menyelerakan termasuk ada pelanggan membeli untuk membuat tempoyak,” katanya.
Katanya, dia menjual dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, durian Tok Gelang cuma dijual cara selonggok yang mengandungi enam biji dengan harga RM10 berbanding sebelum ini menjualnya dengan harga RM6 sekilogram.
“Dalam PKP ini, cara jualan pun lebih mudah dan selamat serta tidak perlu menggunakan alat timbangan kerana untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP), iaitu pelanggan cuma datang membeli secara ‘pandu lalu’ di hadapan rumah atau saya sendiri menghantar ke rumah.
“Hasil pasaran Tok Gelang ini bolehlah menampung belanja keperluan dapur semasa tempoh PKP dan perbelanjaan lima orang anak yang masih belajar,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Cubaan seorang lelaki memberi wang sogokan berjumlah RM10,000 kepada pegawai polis supaya membebaskan rakannya yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang, semalam mengundang padah selepas dia turut diberkas.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pada mulanya, dua lelaki berusia 30-an ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSND) Sentul diketuai Inspektor Chee Seong Khoon di hadapan sebuah hotel di Jinjang, dekat sini, kira-kira pukul 3.45 petang.
Bagaimanapun, Eng Lai berkata, seorang lelaki tempatan yang juga kenalan seorang daripada suspek ke balai sebelum cuba menawarkan wang tunai kepada Seong Lhoon dan Detektif Sarjan, Mohd. Kharulniza Mat Kasim sebagai sogokan untuk membebaskan rakannya.
Beliau berkata, suspek diberi amaran supaya berhenti daripada meneruskan niat dan tindakannya, namun tidak diendahkan.
“Suspek ditangkap atas kesalahan menawarkan suapan kepada pegawai polis. Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM10,000.
“Tangkapan dan barang kes diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini, lapor Utusan Online
Eng Lai turut mengingatkan orang ramai supaya tidak sesekali cuba memberikan rasuah atau sogokan kepada anggota polis yang menjalankan tugas.
“Sebarang tindakan sedemikian boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009).
“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek, polis merampas 10 paket plastik berisi bahan disyaki dadah Methamphetamine seberat 130.50 gram bernilai RM13,000,” jelasnya.
Mengulas lanjut, ujar beliau,hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek pertama positif dadah Amphetamine dan Methamphetamine, manakala suspek kedua negatif dari sebarang pengambilan dadah.
“Semakan rekod lampau suspek pertama juga mendapati dia memiliki 25 rekod jenayah dan tujuh rekod jenayah dadah manakala suspek kedua tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Kedua-dua suspek kini ditahan reman seminggu bermula hari ini sehingga 10 Ogos ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!