JEMPOL: Seorang lelaki ditahan bersama 12 bungkus air ketum dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota polis di dalam sebuah stor di belakang sebuah rumah di Felda Lui Selatan 2 di sini kira-kira pukul 2.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol itu, suspek yang berusia 31 tahun berada dalam keadaan mencurigakan.
“Serbuan turut merampas 12 peket plastik lutsinar yang berisi cecair disyaki air ketum dengan jumlah anggaran isipadu 72 liter dan 44 botol setiap satu bertulis uphydyl forte expectorant 90ml berisi cecair dadah berbahaya dengan jumlah anggaran isipadu 3,960 ml
“Turut dirampas adalah peralatan seperti tong plastik, beg galas, tong gas, dapur masak, alat tapis kain, senduk besi dan jag plastik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, suspek telah mengaku mengambil daun ketum dari pokok ketum di belakang rumah dan telah memproses air ketum di rumahnya.
“Suspek turut mengaku mendapatkan ubat batuk jenis uphydyl forte expectorant dari sebuah farmasi di Kuala Pilah, lapor Utusan Online
“Berdasarkan siasatan awal, mendapati suspek tidak mempunyai rekod penglibatan dadah dan keputusan ujian air kencing juga negatif,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BEIJING: Seorang wanita warga emas dari Nanjing, China ditahan polis atas tuduhan mencetuskan wabak Covid-19 varian Delta di negara itu.
Menurut Biro Keselamatan Awam Bandar Yangzhou, wanita yang dikenali sebagai Mao didapati melanggar peraturan kawalan pandemik Covid-19 dan undang-undang pencegahan penyakit berjangkit.
Jelasnya, tindakan Mao itu menyebabkan 94 penduduk tempatan termasuk adik perempuannya dijangkiti varian Delta.
Dilaporkan, Mao melakukan perjalanan sejauh 100 kilometer (km) untuk ke rumah adiknya yang terletak di Yangzhou tanpa melaporkan kepada pihak berkuasa di kawasan perumahannya.
Mao bertolak dari Nanjing untuk ke Yangzhou pada 21 Julai lalu.
Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan notis yang mewajibkan semua penduduk untuk melaporkan sejarah perjalanan pada 21 hingga 27 Julai lalu.
Namun, Biro Keselamatan Awam memaklumkan Mao tidak berbuat demikian.
Mao ketika berada di Yangzhou dilaporkan telah mengunjungi beberapa tempat seperti restoran, kedai, klinik dan pasar sehingga menyebabkan penularan varian Delta.
Berdasarkan data dari statistik epidemiologi, kira-kira 64 peratus kes varian Delta di Yangzhou mempunyai kaitan dengan kawasan tersebut.
Bermula semalam, penduduk di Yangzhou menjalani ujian saringan COVID-19, lapor Agensi
Dibawah kawalan ketat, mereka juga dilarang keluar rumah untuk mengelakkan penularan varian Delta.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LAMPUNG: Seorang lelaki diperintahkan menjalani hukuman membersihkan kemudahan awam termasuk tandas akibat tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Lapor Kompas.com, hukuman khidmat sosial itu diperintahkan oleh hakim selepas Ardito Wijaya didapati bersalah melanggar protokol kesihatan ketika menyanyi dan menari di acara resepsi, 20 Jun lalu.
Menerusi kiriman foto yang diterima, lelaki itu dilihat menyapu lantai di Jalan Sri Tanjung dengan mengenakan jaket merah tertulis ‘Pelanggar Peraturan Covid-19’.
Ardito juga kelihatan membawa penyodok sampah dan sapu lidi untuk melakukan kerja pembersihan.
Selain menyapu kawasan jalan, Ardito turut membersihkan masjid dan menyembur cecair pembersihan.
Ketua Bahagian Kepakaran Lampung, Angga Mahatamasaat menjelaskan, hukuman khidmat sosial yang dikenakan adalah membersihkan kemudahan awam di Masjid Al-Hikmah di Sri Tanjung, Tanjung Ratu Village dan daerah Way Pengubuan, lapor KOSMO online
“Pesalah membersihkan bahagian dalam masjid, tempat wuduk, tandas, tanaman dan di luar pekarangan masjid,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PONTIAN – Orang ramai yang melalui Jalan Taib, di sini terkejut dengan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan siar kaki di bangunan sebuah bank di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, polis menerima laporan kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.
Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Ngeo Ah Lek berusia 66 tahun.
“Pemeriksaan dilokasi mendapati mayat dalam keadaan terbaring di bahagian tepi bangunan dengan kecederaan luka pada bahagian kepala dipercayai akibat terjatuh.
“Tiada sebarang saksi melihat kejadian tersebut yang tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan lanjut,” ujar dalam satu kenyatan di sini hari ini.
Tambah Mohammad Shofee, hanya maklumat daripada saudara mara yang menyatakan mangsa terjatuh.
Jelasnya, mayat dihantar ke Hospital Pontian bagi tujuan bedah siasat dan siasatan masih dijalankan, lapor KOSMO online
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian tersebut boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Mengikut sumber dari saudara-mara, lelaki terbabit masih bujang dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan,” jelasnya.
Katanya, setakat ini polis mengklafikasikan kes ini sebagai mati mengejut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Arau: Seorang penjenayah nekad memecah masuk sebuah pasar raya dengan melanggar pintu kaca premis menggunakan jentera pengangkut barang atau ‘forklift’ sebelum melarikan 30 telefon bimbit dalam kejadian di Kompleks Tok Arau, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku jam 4.06 pagi.
“Siasatan mendapati terdapat seorang lelaki memandu sebuah ‘forklift’ milik pasar raya berkenaan yang diletakkan di parkir motosikal lalu melanggar pintu masuk kaca yang menghubungkan tempat parkir berbayar itu sehingga ia terbuka.
“Suspek kemudian masuk dan menggeledah kedai telefon bimbit dan aksesori yang terletak bersebelahan pintu masuk utama pasar raya.
“Suspek mengumpil rak kaca kedai itu lalu mencuri 25 telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Katanya, suspek kemudian naik ke tingkat satu pasar raya dan menuju ke sebuah lagi kedai telefon bimbit dan aksesori.
“Suspek turut mengumpil dan mencuri lima telefon bimbit yang dihantar pelanggan untuk dibaiki dan wang tunai dianggarkan berjumlah RM600.
“Suspek kemudian melarikan diri dan kejadian hanya disedari jam 9.15 pagi semasa pengawal keselamatan masuk untuk memulakan tugasnya,” katanya.
Beliau berkata, nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM13,680.
“Siasatan awal mendapati suspek mengambil masa 15 minit untuk melakukan perbuatan berkenaan dan kawasan kejadian dilengkapi dengan CCTV, lapor HM online
“Kita tidak menolak kemungkinan perbuatan dilakukan oleh orang dalam dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENAMPANG – Seorang penghantar barang terkejut apabila menemui sebuah beg mengandungi mayat bayi yang ditinggalkan bersama sekeping nota di tangga sebuah bangunan di Bundusan pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.57 tengah hari itu, penghantar makanan dikenali sebagai Aaron Sydny, 28, berkata, dia menemui beg mengandungi mayat bayi itu di tangga bangunan berkenaan ketika mahu mengambil barang daripada pelanggannya.
“Terdapat sekeping nota bertulis ‘tolong call (hubungi) polis atau imam’ di dalam bungkusan berkenaan.
“Sebaik membaca nota itu, saya terus menghubungi polis tanpa melihat objek di dalam beg tersebut,” katanya.
Menurut Aaron, kejadian itu pertama kali dalam hidupnya sejak tiga tahun bekerja sebagai penghantar barang di kawasan berkenaan.
“Ketika itu, saya dalam perjalanan mengambil barang dan ternampak bungkusan bersama nota berkenaan.
“Sebaik membaca nota itu, dalam fikiran saya sudah menjangka ada bayi dalam bungkusan itu. Saya terkejut dan menggigil apabila dimaklumkan ada bayi di dalamnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Aaron memaklumkan dia kemudian diminta hadir ke balai polis untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu, lapor SINAR HARIAN
Penemuan bayi yang dikongsi di Facebook miliknya tular dan menarik perhatian warganet sejak tiga jam lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim mengesahkan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima maklumat berhubung penemuan seorang bayi lelaki itu.
“Mayat bayi lelaki itu dijumpai di dalam sebuah beg plastik yang diletakkan di tangga berhampiran sebuah premis di kawasan tersebut.
“Pasukan perubatan mengesahkan bayi tersebut baru dilahirkan dan meninggal dunia dalam tempoh kira-kira enam jam sebelum dijumpai dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Penampang di talian 088-723961 atau pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang, Inspektor Azerina Ali Omar di talian 014-6535238.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BOM SEBERAT 226 KG DITEMUI DI LADANG SAWIT FELDA TRIANG 1
BERA – Sebutir bom jenis UXO Arial seberat 226 kilogram sepanjang 0.9 meter dan separuh terkeluar dijumpai dan dipercayai daripada bom lama kesan daripada Perang Dunia Kedua di kawasan ladang kelapa sawit belakang sebuah rumah peneroka di Felda Triang 1 di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, bom jenis UXO Arial itu dijumpai seorang lelaki yang sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan ladang sawit belakang rumahnya kira-kira jam 3.30 petang.
“Siasatan awal mendapati mendapati bom jenis ini adalah berisiko untuk dialihkan dan hanya boleh dimusnahkan di tempat dijumpai.
Sebutir bom jenis UXO Arial seberat 226 kilogram sepanjang 0.9 meter dan separuh terkeluar dijumpai dan dipercayai daripada bom lama kesan daripada Perang Dunia Kedua di kawasan ladang kelapa sawit belakang sebuah rumah peneroka di Felda Triang 1 di sini kelmarin.
“Berdasarkan perancangan bom berkenaan dicadang untuk dimusnahkan esok selepas penduduk berhampiran dipindahkan ke kawasan selamat dan rumah paling hampir dengan bom berkenaan hanya dengan jarak 100 meter.
“Penduduk berhampiran akan dipindahkan ke dalam bangunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terletak kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian semasa operasi pemusnahan,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
AHLI PARLIMEN MARAN SOKONG PM DAN TAAT SETIA KEPADA AGONG
MARAN: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Seri Ismail Abd Muttalib tidak berbelah bahagi sokongannya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua kerajaan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Maran daripada UMNO Ismail telah berkhidmat selama empat penggal, menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri sebelum ini dan kerajaan kerana amanah dan tanggungjawabnya kepada agama, bangsa dan negara.
Beliau menyatakan sokongan tersebut selepas menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap nasib rakyat dan isu semasa yang melanda negara ketika ini.
“Sesungguhnya patik merafak sembah mohon menyembah taat setia patik yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku dan Raja Permaisuri Agong dari dulu sehingga akhir hayat patik.
“Patik juga akan sentiaa menjaga dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu selagi nyawa dikandung badan dan turut turut menzahirkan sokongan penuh patik kepada Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan Malaysia,” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan.
Beliau menyatakan sokongan tersebut selepas menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap nasib rakyat dan isu semasa yang melanda negara ketika ini.
“Sesungguhnya patik merafak sembah mohon menyembah taat setia patik yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku dan Raja Permaisuri Agong dari dulu sehingga akhir hayat patik.
“Patik juga akan sentiasa menjaga dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu selagi nyawa dikandung badan,” katanya.
Ismail menambah cara pemerintahan Al-Sultan Abdullah memberikan keinsafan kepadanya mengenai tanggungjawab yang dipikul.
“Segala sifat Yang di-Pertuan Agong mencerminkan bahawa Baginda seorang Raja yang berdaulat dan bermartabat tinggi,” katanya.
“Keprihatinan Tuanku terhadap apa juga isu telah membuatkan rakyat jelata turut terdidik dengan sifat-sifat mulia dan berhemah tinggi,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
USUL PERCAYA PERDANA MENTERI AKAN DIADAKAN DI DEWAN RAKYAT SEPTEMBER INI
KUALA LUMPUR: Suatu usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September.
Melalui cara itu, kedudukan sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.
Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, beliau telah menyembah maklum kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau akan menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.
“Semalam saya telah menerima warkah daripada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memaklumkan kepada saya terdapat lapan orang Ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa mereka telah menarik sokongan kepada saya.
Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. -Foto hiasan.
“Di dalam warkah ini, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memetik dua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya melalui perutusan khas yang dikeluarkan hari ini.
Katanya, pertama, Perkara 43 (2) (a) iaitu: “Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu”
Kedua, Perkara 43 (4) iaitu: “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.
“Sehubungan itu, saya telah dititah menghadap oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada jam 11.00 pagi hari ini,” katanya.
Katanya, dalam majlis menghadap pagi ini, beliau telah menyembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau telah menerima sejumlah surat akuan daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini.
“Oleh itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit.
“Namun, saya juga sedar bahawa kedudukan saya sebagai Perdana Menteri seringkali dipersoalkan. Alhamdulillah, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini,” katanya.
Sementara itu, Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.
Saya akan memastikan program vaksinasi yang sedang berjalan pada masa ini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual. Begitu juga bantuan-bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan akan dapat diterima oleh rakyat tanpa sebarang halangan. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENIAGA AYAM POSITIF HIV DIDAKWA ROGOL KEKASIH BAWAH UMUR
Pasir Mas: Peniaga ayam yang positif HIV didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan merogol remaja di bawah umur yang dipercayai kekasihnya, Mac lalu.
Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 24 tahun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kanak-kanak berusia 15 tahun tujuh bulan ketika kejadian dengan mengetahui bahawa dirinya menghidap HIV dalam sebuah Perodua Kembara di Jalan Kampung Laut 1, dekat Tumpat, pada waktu malam sekitar Mac 2021.
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (i) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.
Terdahulu, peguam bela, Mohd Khuzaimi Mohd Salleh memohon supaya anak guamnya diberi ikat jamin.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana bimbang tertuduh mengganggu mangsa yang sedang mengandung lima bulan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta untuk serahan dokumen laporan perubatan, lapor HM online
Difahamkan, keluarga tertuduh membayar wang jaminan itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!