MANGSA TEMBAK ADA ENAM REKOD JENAYAH, PERNAH DIKEHENDAKI POLIS
SHAH ALAM – Seorang lelaki yang maut ditembak ketika memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh semalam didapati mempunyai enam rekod jenayah sebelum ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, semakan mendapati antara rekod jenayah dimiliki suspek termasuk berkaitan samun dan ugutan jenayah.
“Kita masih menyiasat penglibatan mangsa dalam kes dan juga apa jua aktiviti yang mungkin menyebabkan berlakunya insiden tembakan tersebut.
“Mangsa berusia 42 tahun juga pernah menjadi antara individu dikehendaki polis sebelum ini namun sekarang tiada,” katanya pada sidang akhbar secara maya hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini insiden tembakan melibatkan seorang lelaki di Jalan BRP 2/1, Bukit Rahman Putra di sini semalam
Menurut beliau, tiada tangkapan setakat ini namun kita menemui salah sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipercayai digunakan suspek dijumpai dibakar pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.
Arjunadi menegaskan semakan mendapati kenderaan itu dicuri di Klang pada 2019, lapor KOSMO online
“Selain itu, lokasi kejadian ada berhampiran dengan rumah mangsa dengan hasil pemeriksaan mendapati empat das tembakan pada badan mangsa,” jelasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEMBILAN PREMIS ZON BEBAS CUKAI BUKIT BUNGA TERBAKAR
TANAH MERAH – Sembilan buah premis terbakar dalam kejadian di zon bebas cukai Bukit Bunga yang menjadi persinggahan pengguna jalan raya Lebuh Raya Timur-Barat di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Rafain Mat Zin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.22 pagi.
Katanya, seramai 20 anggota bomba dari Balai Bomba Tanah Merah dan Jeli tiba di lokasi itu kira-kira pukul 9.44 pagi sebelum berjaya mengawal kebakaran lima minit kemudian.
“Kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. Peniaga-peniaga di situ tidak sempat untuk mengambil alat pemadam api yang berada di dalam premis mereka ekoran api merebak dengan pantas.
“Siasatan mendapati, sembilan buah kedai itu terbakar 80 peratus. Kebakaran merebak dengan cepat melalui bahagian atap zink kerana struktur premis adalah separuh kekal dan diperbuat daripada kayu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini, lapor KOSMO online
Menurut Mohd. Rafain, bomba masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang ditanggung oleh pemilik kepada sembilan buah premis itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JATUH GAUNG, PEMANDU LORI MAUT MANAKALA KELINDAN CEDERA
JULAU: Pemandu maut dan kelindan cedera selepas lori yang membawa muatan pembinaan terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Jalan Merurum, di sini, tengah hari tadi.
Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari itu melibatkan sebuah lori yang dilaporkan hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa dikenali Raddy Gudet berusia 37 tahun disahkan maut akibat tersepit ditempat duduk di lokasi kejadian.
Katanya, pasukan bomba mengambil masa hampir 3 jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, lapor KOSMO online
Manakala kelindan yang cedera dikenali Boniface Beruang, berusia 25 tahun, berjaya keluar sendiri dan dikejarkan ke klinik kesihatan Ng. Sekalong oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan Perdana Menteri bersama seluruh Kabinet semalam dijangka membawa ‘berita gembira’, pagi esok.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut tentang ‘berita gembira’ yang disebutkan dan menyerahkan kepada Muhyiddin untuk berbuat demikian.
Pun begitu, perkhabaran itu dikaitkan dengan perkembangan terkini politik negara dan sokongan ahli Parlimen untuk melantik seorang Perdana Menteri baharu.
“Ya, ada berita gembira. Tetapi tidak sesuai untuk saya sebut. Biarlah Tan Sri akan mengumumkannya. Jadi, mungkin pada esok pagi.
“Tidak pasti sama ada perkara ini akan diumumkan menerusi siaran televisyen atau kenyataan bertulis. Elok kita tunggu Tan Sri umum secara rasmi.
“Perikatan Nasional (PN) belum selesai lagi (berkenaan jumlah sokongan), UMNO sahaja baru selesai tadi,” katanya kepada malam ini.
Wan Saiful juga tidak menafikan berita tersebut berkait dengan pembentukan semula Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Apa yang pasti, kita semua sedang usahakan untuk kekalkan kerajaan PN,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat berita gembira untuk gabungan berkenaan ketika seluruh negara masih ternanti-nanti Perdana Menteri dan kerajaan baharu selepas peletakan jawatan Muhyiddin.
Sementara itu, Hizman Ahmad, Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zuraida Kamaruddin mengucapkan kesyukuran tanpa penjelasan lebih lanjut.
“Alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya sejam lalu.
Dalam perkembangan berlainan, terkini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO difahamkan sebulat suara menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri, lapor Utusan Online
Perkara itu dimaklumkan salah seorang ahli MKT ketika dihubungi Utusan Malaysia, bagaimanapun mesyuarat kini masih berlangsung antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Ahli Parimen Barisan Nasional (BN
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
AHLI PARLIMEN DIARAHKAN CALONKAN PM SECARA BERTULIS SEBELUM 4 PETANG ESUK
Semua anggota Dewan Rakyat diarahkan supaya membuat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri seterusnya.
Ahli-ahli Parlimen mempunyai masa sehingga jam empat petang esok untuk mengemukakan akuan secara bertulis. Surat itu mesti disahkan sebagai benar.
Perkara itu dinyatakan melalui surat Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kepada semua anggota parlimen pagi ini, atas titah Yang di-Pertuan Agong.
“Adalah dimaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam melaksanakan budi bicara baginda di bawah Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan perlu melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang di dalam hemat baginda mempunyai kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat sebagai perdana menteri.
“Pada pelaksanaan titah perintah Kebawa Duli Yag Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya dengan ini memberi notis kepada yang berhormat untuk menyerahkan satu surat akuan yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh yang berhormat untuk menjadi perdana menteri yang kesembilan,” kata Azhar melalui notis tersebut.
Jelas notis itu lagi, walaupun surat akuan tersebut tidak mempunyai format yang tertentu, namun ia perlu mempunyai butiran-butiran berikut:
Identifikasi anggota parlimen secukupnya.
Identifikasi yang secukupnya seorang sahaja ahli Dewan Rakyat yang yang diberikan kepercayaan, penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat.
Tandatangan.
Tandatangan atau cop rasmi saksi (sama ada seorang peguam bela atau peguam cara, pesuruhjaya sumpah, notari awam atau jawatan yang setanding bagi yang berhormat yang berada di luar negara) dan tarikh surat akuan.
“Serahan tangan adalah tidak dibenarkan memandangkan Istana Negara masih berada di dalam kawasan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 dan juga untuk mengelakkan penularan Covid-19 di Istana Negara,” katanya.
Tegas Azhar, perlu dijelaskan mana-mana surat yang tidak mematuhi perkara-perkara di atas ataupun yang diterima lewat tidak akan diambil kira.
“Ahli-ahli parlimen diingatkan supaya menjaga kerahsiaan surat akuan tersebut sehingga Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengenai perkara ini,” katanya dalam notis pemberitahuan yang dilihat Malaysiakini itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan bakal berdepan tindakan undang-undang kerana didakwa menghina mahkamah.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau menerusi peguamnya akan menfailkan saman berkenaan ekoran dakwaan Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana terdapat pihak yang ‘rakus’ kuasa demi jawatan nombor satu negara.
Najib berkata, Muhyiddin sebaliknya lupa siapa yang bersikap seperti itu dengan sanggup menikam belakang Tun Dr. Mahathir Mohamad dan mengkhianat gabungannya (Bersatu) untuk merampas kuasa selepas parti itu kalah kepada Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Tajung Piai, Johor, pada 2019.
“Siapa yang rakus untuk kekalkan kuasa sehingga hentikan Parlimen selama tujuh bulan dan selepas dipaksa bersambung, dia tidak benarkan Ordinan Darurat dibentang sehingga terpaksa menipu Yang di-Pertuan Agong?
“Siapa yang rakus kuasa sehingga sanggup sogok-menyogok ahli-ahli Parlimen? Ini bukan rakus kuasakah?,” soal Najib dalam hantaran di Facebooknya malam ini, lapor Utusan Online
Siang tadi, Wan Saiful berkata, Muhyiddin sejak awal lagi mendambakan kestabilan politik supaya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi tumpuan kepada usaha menangani pandemik Covid-19 namun keadaan bertukar malang disebabkan ada pihak tertentu yang rakus dan berniat untuk merosakkan kestabilan yang dikecapi.
4 Ogos lalu pula, Muhyiddin mendakwa menerima tekanan beberapa pihak supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah namun menegaskan, tidak melayan tuntutan itu dan mengorbankan prinsip serta membelakangi sumpah jawatannya.
Untuk rekod, beberapa ahli Parlimen dari UMNO ada yang berdepan tindakan mahkamah termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak turut berdepan kes mahkamah dan masih dalam perbicaraan.
Bagaimana, Muhyiddin tidak menyebut secara khusus berkenaan pihak yang dikatakan menekan beliau untuk mencampuri urusan mahkamah bagi membebaskan sesiapa yang terlibat dalam dalam kes mahkamah.
WAN SAIFUL WAN JAN
Wan Saiful pula dalam kenyataan Facebooknya sebelum ini mendakwa antara kes yang dimaksudkan oleh Muhyiddin dalam kenyataan berhubung campur tangan dalam urusan mahkamah adalah membabitkan Ahmad Zahid yang meminta Muhyiddin menggugurkan kes-kesnya di mahkamah manakala Najib pula didakwa pernah meminta Muhyiddin menukar hakim dalam proses rayuannya.
Mengulas lanjut, tambah Najib, Muhyiddin mendakwa jalan paling mudah untuk beliau mengekalkan kuasa ialah bersubahat dengan golongan kleptokrat’ tetapi beliau tidak berbuat demikian.
Sedangkan, kata Najib, Muhyiddin lupa golongan itu jugalah tempat beliau meminta untuk dinaikkan sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak Langkah Sheraton, Mac tahun lalu.
“Tidak cukup dengan itu, beliau kata dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh saya disebabkan isu 1MDB (1 Malaysia Development Berhad).
“Tidak benar, beliau dipecat kerana berkomplot dengan Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sejak tahun 2014 untuk menumbangkan saya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri – jauh sebelum isu 1MDB lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata, beliau bukan seorang yang suka melemparkan tuduhan tidak berasas jauh sekali bermain propaganda kerana ia dilakukan melalui pembuktian, kebenaran, sains dan data.
Beliau juga mencabar Muhyiddin untuk membuat laporan polis bahawa terdapat pihak yang ‘mengarahnya’ menganggu kes-kes utama namun tidak berani.
“Sampai kita perlu buat untuk kamu (seperti lampiran). Suruh kamu keluarkan bukti, kamu tak ada,” katanya. –
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BUENOS AIRES: Tisu yang digunakan oleh pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi untuk mengesat air matanya ketika majlis perpisahan, akan dijual pada harga AS$1 juta (RM4.24 juta).
Messi meninggalkan Kelab Barcelona dan kini menyertai Kelab Paris Saint Germain (PSG).
Lapor Gulf Today, seorang individu yang tidak dikenali mendakwa memperoleh tisu terpakai itu selepas majlis perpisahan tersebut, meletakkan iklan di sebuah laman sesawang yang popular.
Menerusi iklan berkenaan, individu tersebut mengumumkan tawaran menjual tisu digunakan bintang bola sepak itu yang juga disifatkannya sebagai `barangan berharga’ pada harga sejuta dolar.
Individu itu juga mendakwa tisu tersebut mengandungi genetik Messi yang membolehkan mana-mana pihak mengklon pemain bola sepak sepertinya.
Messi mempunyai kisah menarik yang dikaitkan dengan kertas tisu.
Sebelum ini, Messi pernah menandatangani kontrak pertamanya dengan Barcelona di atas sehelai kertas tisu selepas pertemuannya dengan pegawai pasukan kelab ketika itu Carles Rexach, yang amat mengagumi bakatnya.
Perjanjian tersebut hanya menggunakan kertas tisu kerana mereka tidak mempunyai kertas pada ketika itu, lapor Agensi
Kertas tisu itu menjadi dokumen paling penting dalam sejarah bola sepak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LELAKI MAUT, KERETA TERBABAS KE LALUAN BERTENTANGAN
SIBU: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan di Jalan Deshon, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa dikenali sebagai Jaszrel Julian Rantai Jeffery, 28, dan beralamat di Jalan Permai Timur, di sini.
Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 9.20 pagi ketika mangsa yang datang dari arah Hospital Sibu menghala ke arah Sungai Merah.
“Ketika tiba di tempat kejadian, kereta mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah van.
“Van tersebut kemudian dilanggar sebuah oleh lori tangki minyak di sebelah kiri yang bergerak dari arah yang sama (arah Sungai Merah),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Stanley, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan manakala pemandu van, 40, yang patah kaki kiri dibawa menaiki ke Hospital Sibu.
Katanya, pemandu lori tangki minyak terbabit tidak mengalami kecederaan dan kes masih dalam siasatan.
Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu Janggan Muling dalam satu kenyataan hari ini memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.30 pagi, lapor Sarawak post
“Pasukan bomba menggunakan ‘spreader’ untuk membuka pintu van untuk mengeluarkan pemandu dan serahkan kepada pasukan perubatan. Manakala mangsa dikeluarkan dari pintu belakang yang remuk teruk,” ujar beliau.
Katanya, setelah keadaan di lokasi kejadian terkawal dan selamat operasi itu ditamatkan sekitar jam 11 pagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SABAK BERNAM – Dua pemandu menanggung azab lebih 10 minit akibat tersepit di dalam lori dipandu mereka yang terbabit kemalangan di Jalan Tali Air 5, Sekinchan di sini, pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu melibatkan perlanggaran antara lori jenis Hino enam tan dan sebuah treler.
Kedua-dua mangsa iaitu Mohamad Azwan Nordin, 24, dan Chia Kim Hock, 53, bagaimanapun berjaya diselamatkan bomba dan hanya mengalami cedera ringan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, sepasukan 10 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.09 pagi.
“Pemeriksaan lanjut mendapati kemalangan itu menyebabkan dua lelaki tersepit dalam lori masing-masing. Anggota kita kemudian segera menyelamatkan kedua-dua mangsa dalam tempoh 10 mini, lapor KOSMO online
“Mangsa yang terselamat diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERPAUT PADA RODA PESAWAT SEBELUM TERJATUH ATAS RUMAH PENDUDUK
KABUL: Sekurang-kurangnya dua penumpang pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang digunakan dalam proses pemindahan penduduk di Kabul dilaporkan maut.
Berdasarkan rakaman video dan imej yang tular dalam media sosial, dua penumpang tersebut didakwa ‘terkeluar dan terjatuh’ dari pesawat dalam dua insiden berasingan.
Namun, media tempatan tidak dapat memastikan bagaimana insiden tersebut berlaku dan sekiranya dua kejadian itu saling berkaitan.
Agensi berita di Kabul sebelum ini melaporkan, terdapat tiga penduduk Afghanistan dipercayai berpaut pada bahagian roda pesawat ketika kapal terbang berlepas sebelum pegangan mereka terlepas lalu terjatuh di kawasan kediaman.
Beberapa saksi memberitahu, mereka terdengar bunyi benda jatuh yang kuat sebelum menyedari ada mayat terjatuh atas bumbung rumah.
Terdahulu, ratusan penduduk Afghanistan mengejar dan cuba memanjat badan pesawat tentera AS yang bakal berlepas di landasan.
Sehubungan itu, helikopter Apache digunakan untuk menyuraikan orang ramai yang disifatkan ‘terlalu terdesak’ untuk melarikan diri dari negara ini, lapor Agensi.
Kekecohan yang berlaku juga menyebabkan operasi penerbangan dihentikan buat sementara waktu bagi meredakan keadaan di lapangan terbang Kabul.
Tentera AS memaklumkan, operasi akan disambung semula selepas keadaan kembali reda dan tidak berbahaya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!