SABAK BERNAM – Dua pemandu menanggung azab lebih 10 minit akibat tersepit di dalam lori dipandu mereka yang terbabit kemalangan di Jalan Tali Air 5, Sekinchan di sini, pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu melibatkan perlanggaran antara lori jenis Hino enam tan dan sebuah treler.
Kedua-dua mangsa iaitu Mohamad Azwan Nordin, 24, dan Chia Kim Hock, 53, bagaimanapun berjaya diselamatkan bomba dan hanya mengalami cedera ringan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, sepasukan 10 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.09 pagi.
“Pemeriksaan lanjut mendapati kemalangan itu menyebabkan dua lelaki tersepit dalam lori masing-masing. Anggota kita kemudian segera menyelamatkan kedua-dua mangsa dalam tempoh 10 mini, lapor KOSMO online
“Mangsa yang terselamat diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERPAUT PADA RODA PESAWAT SEBELUM TERJATUH ATAS RUMAH PENDUDUK
KABUL: Sekurang-kurangnya dua penumpang pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang digunakan dalam proses pemindahan penduduk di Kabul dilaporkan maut.
Berdasarkan rakaman video dan imej yang tular dalam media sosial, dua penumpang tersebut didakwa ‘terkeluar dan terjatuh’ dari pesawat dalam dua insiden berasingan.
Namun, media tempatan tidak dapat memastikan bagaimana insiden tersebut berlaku dan sekiranya dua kejadian itu saling berkaitan.
Agensi berita di Kabul sebelum ini melaporkan, terdapat tiga penduduk Afghanistan dipercayai berpaut pada bahagian roda pesawat ketika kapal terbang berlepas sebelum pegangan mereka terlepas lalu terjatuh di kawasan kediaman.
Beberapa saksi memberitahu, mereka terdengar bunyi benda jatuh yang kuat sebelum menyedari ada mayat terjatuh atas bumbung rumah.
Terdahulu, ratusan penduduk Afghanistan mengejar dan cuba memanjat badan pesawat tentera AS yang bakal berlepas di landasan.
Sehubungan itu, helikopter Apache digunakan untuk menyuraikan orang ramai yang disifatkan ‘terlalu terdesak’ untuk melarikan diri dari negara ini, lapor Agensi.
Kekecohan yang berlaku juga menyebabkan operasi penerbangan dihentikan buat sementara waktu bagi meredakan keadaan di lapangan terbang Kabul.
Tentera AS memaklumkan, operasi akan disambung semula selepas keadaan kembali reda dan tidak berbahaya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima surat peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada sesi menghadap pagi tadi di Istana Negara.
Menurut kenyataan Istana Negara, susulan daripada peletakan jawatan itu, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri “caretaker” sehingga perdana menteri baharu dilantik.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Agong hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti.
Katanya, pada hemat Yang di-Pertuan Agong, pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke -15 bukan satu pilihan terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat.
“Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa sehingga 10 0gos lalu, daripada sejumlah 613 kawasan Dewan Undangan Negeri, 484 kawasan (79%) adalah Zon Merah Covid-19,” menurut kenyataan.
Tambah kenyataan itu, pada masa sama Agong turut mengambil maklum fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi yang membimbangkan.
Fadil berkata, Agong turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan barisan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional (PN) bermula 1 Mac tahun lalu, khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.-FMT.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MENENTANG MUSUH KETIKA DARURAT DEMI TANAH AIR TANPA GAJI – MAT ARIFFIN (98 TAHUN)
LIPIS : Bekas home guard (pengawal kawasan), Mat Ariffin Mat Deris, 98, pernah bertempur dengan komunis dalam serangan hendap di kawasan kampungnya, berdekatan Rantau Panjang di kawasan Sungai Golok bersempadan dengan Malaysia-Thai.
Mat Ariffin dilahirkan di Kampung Kuin Merah, Rantau Panjang, amat berbangga kerana menyimpan banyak kenangan bermula sejak zaman pendudukan Jepun, era Darurat 1948 sehingga negara mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Mat Ariffin Mat Deris, 98 bersama sijil penghargaan yang diterima sempena hari polis ke-214 daripada Menterio Besar Pahang, tahun ini.
Warga emas yang tinggal di Kampung Tanjung Buluh, Kerambit kira-kira 25 kilometer dari bandar Kuala Lipis dipercayai antara bekas home guard yang masih hidup berbanding dengan rakan lain sudahpun lama meninggal dunia.
Katanya, usia sebenarnya 110 tahun, bukan seperti tarikh lahir yang tertera di kad pengenalan kerana bapanya lewat membuat pendaftaran kelahiran disebabkan tinggal di pedalaman, tiada kemudahan lojistik lagipun masih belum ada penguatkuasaan sepenuhnya oleh kerajaan British ketika itu.
“Pada zaman saya sebagai home guard, penugasan saya dan pasukan ditempatkan di Kampung Banggul Cik Wan dan kawasan berdekatan di bawah pentadbiran Balai Polis Meranti dalam kawasan Pasir Mas yang ditadbir oleh seorang pegawai British yang juga mengajarkan cara berkawad dan menembak.
“Komunis memang ramai bergerak secara gerila di hutan dan memberikan ancaman keselamatan ketika itu malah boleh dikatakan setiap hari berlaku serangan hendap di kawasan kampung saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanjung Buluh, dekat sini hari ini.
Mat Ariffin sukar mengingatkan kisah silamnya sambil dibantu seorang anaknya, Kamarulzaman, 47, berkata, penugasan bersama tujuh anggota dalam satu pasukan home guard daripada kira-kira 600 orang dalam kawasan itu berperanan membantu polis menjaga keselamatan kampung dan ketenteraman awan.
“Saya bersama penduduk lebih banyak memantau dan menjaga keselamatan di kampung termasuk sekatan jalan raya memeriksa kenderaan yang dikhuatiri menyeludup masuk makanan untuk dibekalkan kepada pengganas di hutan.
“Semasa bertugas, semua anggota home guard cuma dibekalkan senapang patah Johnson atau dikenali senapang Cap Burung Hantu untuk mengawal dan membedil pengganas ketika bertembung,” katanya.
Bersama anaknya, Mat Nawi (69), kiri dan Kamarulzaman (47), kanan.
Katanya, dia dan anggota sangat bersemangat waja dan patriotik, mempunyai disiplin yang tinggi, mematuhi arahan dan bersemangat sewaktu menentang musuh sehinggalah kami dititip nilai perjuangan yang tinggi walaupun tanpa dibayar gaji.
“Saya bersama rakan lain pernah bertempur dengan pengganas Komunis di daerah Weng, Sungai Golok dan semasa pertempuran itu kami berjaya menembak mati seorang serta mencederakan rakan pengganas lain.
“Semangat saya sejak dahulu tidak pernah luntur untuk berjuang melawan musuh dan nasihat kepada anak muda supaya mengikut semangat perjuangan pahlawan dan tokoh silam untuk mempertahankan tanahair di samping wajar taat setia kepada raja, pemerintah dan hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya.
Sempena sambutan Hari Polis ke-214 peringkat negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Amad Shah, di Kuala Lipis, tahun ini, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan telah memberikan penghormatan jasa kepada Mat Ariffin dengan menyampaikan cenderamata, wang tunai dan sijil penghargaan.
Sementara itu, Ketua Polis Lipis, Suprintenden Azri Mohd. Noor berkata, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis menjadikan tokoh home guard itu sebagai ‘bapa angkat’ kepada semua anggota polis di Lipis.
“Selagi dia ada hayat, kita akan menjaga kebajikannya dengan dipantau oleh seorang pegawai polis di sini dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Kemakmuran Kampung (JKKK) Tanjung Buluh.
“Pengorbanannya termasuk lima orang home guard yang masih hidup termasuk anggota polis di kampung ini sebagai teladan bagi IPD Lipis dan menjadikan Kampung Tanjung Buluh sebagai kampung angkat bagi tujuan membantu serta memantau kebajikan bekas anggota ini serta kerjasama kemasyarakatan dengan penduduk setempat,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
AMAN PALESTIN AGIH 300 PEK DAGING KORBAN SEJUK BEKU KEPADA ASNAF DAN IBU TUNGGAL
KUANTAN: Aman Palestin Pahang mengagihkan 300 pek daging korban sejuk beku kepada golongan asnaf dan ibu tunggal menerusi projek khas Prihatin Malaysia.
Pengurus Cawangan Aman Palestin Pahang, Farhana Mohd Ghani berkata, bungkusan daging itu diterima daripada ibu pejabat Aman Palestin yang merupakan hasil sedekah korban orang ramai yang menyumbang.
Beliau berkata, pek daging itu diserahkan kepada lapan buah masjid dalam daerah Kuantan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.
Wakil daripada Masjid Pandan menerima pek daging daripada wakil Aman Palestin Cawangan Pahang sebelum diagihkan kepada penerima.
“Antaranya di masjid Kampung Pandan 1 dan 2, Masjid Jamek Batu lapan, Masjid Taman Impianku, Masjid Saidina Osman Bukit Rangin.
“Program ini merupakan Tanggungjawab Sosial Karporat (CSR) Aman Palestin kepada rakyat Malaysia selain memberi bantuan kepada masyarakat Islam di Palestin.
“Ia turut mendapat kerjasama daripada Skuad Sahabat Orang Kurang Upaya (OKU) dan Kelab Sukarelawan Aman Palestin Malayisa (PERWIRA),” katanya ketika di temui di sini, hari ini.
Katanya, setiap penerima menerima daging seberat 1.5 kilogram (kg) dan berharap ia dapat menggembirakan hati penerima dalam tempoh pandemik ini.
Selain Pahang, Terengganu dan Kelantan juga turut menerima daging korban sejuk beku ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikatakan mengadakan pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.
Perkara itu didedahkan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin ketika ditemui di pejabat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bukit Gasing, di sini.
“Saya difahamkan ada pertemuan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.
Namun, beliau tidak tahu mengenai butiran pertemuan tersebut.
“Saya tidak tahu, tapi kita dapat maklumat,” katanya.
Anwar dilapor mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, lapor Utusan Online
Beberapa ketua parti dan pemimpin Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) turut bermesyuarat di pejabat Anwar termasuk Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DUA GOLONGAN BERISIKO TINGGI DIJANGKITI COVID-19 WALAUPUN SUDAH DIVAKSIN
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan golongan warga emas dengan sistem pertahanan badan lemah dan individu yang mengabaikan 5M berpotensi dijangkiti wabak Covid-19 walaupun sudah divaksin sepenuhnya.
5M adalah memakai pelitup muka, menjaga jarak, mencuci tangan, melakukan pergerakan dan menghindarkan tempat sesak.
Pengarah Jabatan Imunisasi, Vaksin dan Biologi WHO, Katherine O’Brien menjelaskan, suntikan vaksin sekarang adalah sangat efektif melawan Covid-19.
Katanya, hasil ujian klinikal mendapati sejumlah vaksin memiliki keberkesanan antara 80 hingga 90 peratus.
Jelasnya, WHO sendiri menggariskan keberkesanan vaksin untuk melawan penyakit adalah pada tahap 50 peratus ke atas.
“Namun, itu tidak bermakna 100 peratus individu akan dilindungi daripada sebarang penyakit.
“Tiada vaksin untuk apa-apa penyakit yang memberikan perlindungan sehingga 100 peratus,” tegasnya, lapor Agensi
Disebabkan itu, kata Katherine, individu yang sudah divaksin sepenuhnya tetap berkemungkinan mengalami penyakit tertentu.
Menurutnya, individu yang sudah divaksin tetap akan dijangkiti virus Covid-19 dan bukan bermakna vaksin tidak bekerja atau terdapat kesalahan pada vaksin.
“Maksudnya adalah tidak semua orang menerima vaksin memiliki perlindungan 100 peratus.
“Kami benar-benar tekankan kepada semua orang adalah sangat penting untuk divaksin kerana vaksin yang ada ketika ini sangat berkesan serta menghalang penyakit menjadi lebih parah,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Taktik sindiket menjadikan dua unit kondominium bagi menjalankan kegiatan pelacuran ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbongkar selepas diserbu pihak polis di Jalan Sungai Besi dekat sini semalam.
Dalam serbuan kira-kira pukul 4.45 petang itu,, seramai lima wanita berusia 19 hingga 46 tahun yang disyaki dijadikan pelacur berjaya diselamatkan oleh Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (D3) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintenden Basri Sagoni berkata, dua anggota bertindak sebagai ejen provokatur (AP) membuat pemerhatian dan mendapati wujud aktiviti eksploitasi seks wanita warga asing di dua unit kondominium tersebut.
Katanya, pihaknya menahan seorang lelaki dan menemui tiga wanita warga asing di ruang tamu.
“Polis kemudian ke sebuah lagi rumah dan mengetuk pintu beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki tempatan pada pukul 5 petang.
“Berpandukan lelaki itu, polis menemui dua lelaki dipercayai pelanggan di ruang tamu. Pemeriksaan di dalam dua bilik berasingan menemui dua wanita warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Basri berkata, hasil kedua-dua serbuan itu polis merampas barang dipercayai digunakan dalam aktiviti eksploitasi seks seperti minyak pelincir, tuala, kondom, telefon bimbit, wang tunai dan lain-lain.
Jelasnya, siasatan awal mendapati kesemua mangsa tinggal di lokasi itu sejak seminggu lalu dan bekerja sebagai pelacur.
“Mangsa mempunyai akses keluar masuk rumah, mempunyai telefon bimbit dan mendakwa tidak pernah dikasari sepanjang tinggal di rumah itu, lapor Utusan Online
“Dua suspek lelaki berusia 37 dan 41 tahun ditahan reman selama dua hari sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Atipsom),” ujarnya
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuala Lumpur: Kerajaan membenarkan 11 jenis aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran kembali beroperasi dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa 16 Ogos, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Aktiviti ekonomi itu adalah kedai cuci kereta; kedai elektrik dan elektronik; kedai barangan rumah dan peralatan dapur; kedai perabot; kedai peralatan sukan; kedai aksesori kereta; pusat pengedaran dan jualan kereta; pasar pagi dan pasar tani; kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas; kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan bagi perkhidmatan gunting rambut asas sahaja, katanya.
Bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas; serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja), terdapat prosedur-prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi, kata Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini.
“Ia termasuklah memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan bilik ‘fitting.’ SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan,” tambah Perdana Menteri.
Muhyiddin berkata, pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan individu berkenaan telah menerima vaksinasi lengkap.
Beliau menegaskan maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan 11 aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran dibenarkan untuk kembali beroperasi dalam Fasa 2, berkuat kuasa pada hari yang sama.
Kesemua 11 aktiviti ekonomi itu adalah tambahan kepada 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula dalam Fasa 1, jelas beliau, lapor Bernama
Aktiviti-aktiviti ekonomi ini adalah kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi; kedai barangan terpakai; kedai bunga dan nurseri; kedai kraftangan dan cenderahati; kedai antik; kedai alat permainan; kedai permaidani; kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif; kedai peralatan ‘outdoor’ termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain; kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi; serta kedai tembakau termasuk vape dan rokok elektronik.
“Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap,” tegas beliau.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Gombak: Berang gagal melarikan beg tangan, seorang penjenayah bertindak menikam paha wanita dalam cubaan ragut di Jalan 10, Taman Greenwood, Gombak, dekat sini, petang semalam.
Kejadian 4.24 petang itu menyebabkan wanita berkenaan cedera sebelum orang awam menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, ketika kejadian mangsa sedang memandu bersendirian menggunakan kereta milik abangnya.
“Ketika sampai di tempat kejadian, seorang lelaki membuka pintu kereta dan cuba melarikan beg milik mangsa.
“Suspek tidak berjaya melarikan beg berkenaan dan bertindak menikam paha kanan mangsa sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Zainal berkata, siasatan awal mendapati mangsa tidak mampu memberi gambaran jelas mengenai lokasi kejadian sebenar kerana kecederaan yang dialaminya.
“Mangsa juga tidak dapat mengecam muka dan kenderaan digunakan suspek kerana masih dalam keadaan trauma.
“Selepas kejadian, mangsa sempat menghubungi abangnya menggunakan telefon memaklumkan ada lelaki yang tidak dapat dipastikan bangsanya membuka pintu kereta dan cuba mengambil begnya,” katanya.
Menurutnya, mangsa dikejarkan ke Bahagian Kecemasan Hospital Selayang dengan ambulans dan kini masih berada di Zon Merah, namun keadaannya dilaporkan stabil.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil untuk membantu siasatan polis, lapor HM online
“Maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Azrul Amirul Mustafa di talian 03-61262222,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!