BAU, 14 September: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Bau-Kuching sekitar jam 9.30 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supritendan Alexson Naga Chabu berkata mangsa berusia 21 tahun yang bekerja sebagai pembekal makanan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata ketika kejadian, mangsa sedang memandu dari arah Kuching menuju ke Bau sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori,lapor cats
Katanya, impak kemalangan itu mengakibatkan kereta mangsa terbabas ke parit di sebelah kiri jalan manakala lori itu pula terbabas ke tengah jalan kerana tayar pecah.
Superintenden Alexson memberitahu pemandu lori itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengurangkan jumlah prosedur operasi standard (SOP) sebanyak 94.5 peratus bagi memudahkan pemahaman dalam kalangan masyarakat.
Pengurangan jumlah SOP daripada 181 ketika ini dijangka dapat dimuktamadkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi, dengan mengambil kira faktor tertentu selari peralihan negara ke fasa endemik, menjelang penghujung Oktober ini.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketika mengumumkan perkara itu mengakui bahawa rangkaian SOP sedia ada, sejak penularan jangkitan COVID-19 melanda Malaysia pada awal Januari tahun lalu mengundang pelbagai kekeliruan.
Sehubungan itu, katanya, jawatankuasa kuasa membabitkan empat kementerian yang ditugaskan memperincikan langkah penyesuaian dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) membendung penularan COVID-19 ketika negara menuju ke fasa endemik sepakat untuk merintis usaha ke arah memudahkan SOP sebagai persiapan beralih ke fasa berkenaan.
Jelasnya,lagi Perdana Menteri akan membuat satu pengumuman dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Turut hadir, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Hishammuddin berkata SOP baharu yang bakal dirangka dan dihebahkan kepada orang ramai itu akan selaraskan membabitkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesihatan.
Jelasnya, setiap kementerian kemudian akan mengeluarkan perincian sama, menggunakan platform masing-masing supaya memudahkan pemahaman dalam kalangan masyarakat.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERANG DITEGUR BAWA BALIK PELACUR KE RUMAH, LELAKI PUKUL ISTERI
KLANG : Seorang pengumpul besi buruk memukul isterinya selepas berang ditegur wanita itu kerana membawa pelacur pulang ke rumah mereka di Taman Sri Sentosa, Klang.
Dalam kejadian 12.30 tengah malam Sabtu lalu, suspek berusia 58 tahun turut bertindak mengacu sebilah parang ke arah isterinya berusia 60 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli, berkata berdasarkan siasatan awal mangsa dan suspek mendirikan rumah tangga sejak 27 tahun lalu.
Katanya, pada hari kejadian berlaku pertengkaran antara pasangan itu selepas mangsa menegur suspek membawa seorang pelacur ke dalam sebuah bilik di rumah mereka.
“Suspek kemudian mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama pelacur tersebut sebelum lelaki itu naik berang memukul isterinya di bahagian muka.
“Selain itu, suspek juga bertindak mengacu sebilah parang dan membuatkan mangsa melarikan diri kerana bimbang keselamatannya,” katanya menurut laporan Kosmo.
Katanya, mangsa membuat laporan polis pada hari sama dan suspek berjaya ditahan pada 5 petang semalam apabila pulang ke rumahnya.
“Semakan mendapati suspek mempunyai 21 rekod jenayah lampau termasuk meragut, rompakan bersenjata, menceroboh, mencuri dan dadah.
“Suspek kini direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan ugutan jenayah,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Empat lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 16 September ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad dalam kenyataan hari ini berkata, pelaksanaan PKPD di lokaliti tersebut bermula 16 hingga 29 September.
https://5fd3d32a426815ddef1e72e6d1095778.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD, lapor FMT
Pelaksanaan PKPD pada 16 hingga 29 September:
Sabah:
Dua lokaliti di Kota Marudu,melibatkan Kirangawan dan Kampung Pinatau.
Kampung Nuntunan Apin-Apin,Keningau
Kampung Lungkidau,Ranau.
Perumahan pekerja ladang di Ruku-Ruku Boustead farm,Telupid.
Pahang:
Kampung Tementong, Mukim Cheka 1, Lipis,
Kelantan:
Kampung Bahagia, Mukim Batu Mengkebang, Kuala Krai.
Pelanjutan PKPD pada 16 hingga 29 September:
Dua lokaliti di Mukim Bebar, Pekan, Pahang melibatkan Kampung Badong Dalam, Kampung Permatang Durian, Pekan.
Penamatan PKPD pada 15 September:
Sabah:
Kampung Labuan, Kampung Ambong Tolus dan Kampung Rampayan Laut, Kota Belud.
Kampung Narawang dan Kampung Mininsalu Baru (Pasir Putih), Ranau. Taman Ria Height, Tawau.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAWAU: Seorang lelaki maut dihempap kayu balak ketika cuba membuka ikatan lori yang membawa muatan itu di Kampung Kalabakan, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, Musa Baco Tang, 46, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan, lapor FMT.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja di premis berkenaan dikatakan sedang membuka ikatan di lori itu.
Bagaimanapun, sebatang kayu balak dari atas lori itu tiba-tiba tergolek dan menghempap mangsa yang tidak sempat melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Tawau, Peter Umbuas mengesahkan kejadian itu dan laporan sudah diterima untuk tindakan lanjut.
Katanya, kemalangan itu menjadi perhatian ramai selepas rakaman video yang dipercayai diambil rakan sekerja mangsa tular di media sosial.
Rakaman selama 12 minit itu menunjukkan sebuah jentera berat sedang mengalihkan kayu balak yang menghempap mangsa.
“Hujung minggu, hujung minggu. Astaghfirullahalazim Ya Allah Astaghfirullahalazim,” Itu yang kedengaran dalam rakaman menunjukkan kejadian ngeri itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemandu cedera kereta masuk longkang langgar lembu
PEKAN: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya melanggar seekor lembu sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Pekan-Batu Balik berhampiran Kampung Tanjung Medan, dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, mangsa berusia 27 tahun yang tersepit dalam kenderaan itu berjaya dikeluarkan pihaknya sebelum dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 4.35 pagi sebelum enam anggota dari BBP Peramu dikejarkan ke lokasi bagi operasi menyelamat.
“Anggota yang tiba di lokasi jam 4.45 pagi mendapati mangsa gagal keluar dan masih berada di tempat duduk pemandu.
“Operasi menyelamat segera dilakukan bagi membantu mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Wan Samsul berkata, operasi itu ditamatkan sepenuhnya jam 5.18 pagi.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Saya tak reda, datang jumpa saya minta maaf – Imam Masjid Putrajaya
PETALING JAYA – Imam Besar Masjid Putrajaya, Ikmal Zaidi Hashim menyifatkan perbuatan merakam dan menyebarkan video yang mendakwa seorang kenamaan (VIP) mendapatkan layanan istimewa adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.
Menerusi satu video yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya, Ikmal berkata, tindakan itu sengaja untuk memburukan seseorang serta mempunyai agenda tertentu untuk mencari salah orang lain.
“Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar tu, dia duduk macam tu “Bagilah masuk, bagilah masuk”.
“Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar, ha itulah perangai orang kita,” katanya di Facebook.
Ikmal berkata, dia tidak meredai perbuatan individu yang telah menularkan video tersebut.
“Saya nak cakap saya tak reda benda tu dan saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah tetapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf,” katanya.
Mengulas lanjut, Ikmal berkata, jumlah kuota untuk solat jumaat bagi masjid Putrajaya adalah seramai 300 orang yang mana 90 peratus darinya (270 orang) adalah untuk orang awam manakala 10 peratus (30 orang) untuk VIP.
“Kuota 10 peratus itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri.
“Jangan marah saya, itu ketetapan, kita nak beri peluang kepada VIP, untuk penuhkan kuota 30 orang, (berjawatan) pengarah dan ke atas,” katanya , lapor kosmo online
Tambah beliau, VIP 30 orang itu telah memberikan nama terlebih dahulu.
“Sudah ada nama dah pun, itu untuk dia (VIP), itu hak dia, yang lebihnya (270) untuk jemaah lain. Tapi dah dia lambat, dia tak nak balik,” katanya.
Terdahulu, tular video berdurasi 57 saat yang memaparkan sekumpulan lelaki dilarang memasuki kawasan sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Bagaimanapun mereka yang membawa sejadah sendiri hanya mampu menunggu di depan pagar yang ditutup dan dikawal ketat oleh kakitangan masjid tersebut.
Tidak lama kemudian individu yang baru tiba di masjid itu dengan menaiki kenderaan mewah dibenarkan masuk untuk menunaikan solat.
Pagar masjid turut dibuka untuk beberapa lelaki dipercayai pegawai dan pengawal individu tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari mengikirakan pencapaian Soh Wooi Yik yang memenangi pingat Gangsa dalam acara berpasukan lelaki pada sukan Olimpik 2020 Tokyo baru-bar ini dengan menyerahkan insentif wang tunai berjumlah RM50, 000.
Biarpun Wooi Yik tampil buat pertama kali pada sukan Olimpik 2020 Tokyo berganding dengan Aron Chia.
Dalam kejohanan itu gandingan negara itu tidak gentar menunjukkan bergu pilihan Utama bagi membolehkan pasangan itu merangkuk pingat Gangsa yang juga pingat sulung negara pada temasya itu.
Bakat Wooi Yik dalam sukan badminton bermula sejak dia di bangku persekilahan lagi dan atlet Wilayah Persekutuan itu mencipta nama di peringkat tempatan dan juga antarabangsa sehingga mencapai kejayaan terbesar di sukan Olimpik pada bulan lepas.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim menyampaikan insentif RM50, 000 hari ini sambil di saksi kan Timbalanya Datuk Seri Jalaludin Alias.
Penyampaian insentif ini adalah untuk meraikan dan mengikirakan usaha gigih pemain badminton, Soh Wooi Yik yang berganding dengan Aron Chia yang menghadiahkan pingat Gangsa buat Malaysia.
Ujarnya beliau amat hargai penghargaan ini dari Wilayah Persekutuan sebab dari kecil Wakil Wilayah sudah lama dekat 10 tahun so Wilayah bagi podium yang berkualuti banyak support sejak belum saya masuk ke nasional team dan amat terima kasih dan hargai.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAU, Sarawak: Seorang pemandu jengkaut, Anthony Kanna, 48 dilaporkan tertimbus selepas bongkahan batu dianggarkan sebesar 20 meter menghempap jentera berat itu di sebuah kawasan kuari di Jalan Tanjung Durian, Kampung Tanjung Durian, Bau, Sarawak, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Tawang Lingem, yang juga Komander Operasi berkata jentera penebuk digerakkan ke lokasi insiden bagi menebuk batuan besar untuk memasang bom bertujuan memecah batu-batu ke lokasi batu besar yang menghempap mangsa.
Ketika ini, mangsa belum ditemui, operasi bersambung semula pada 5.30 petang selepas ditangguhkan sementara pada 4.45 petang susulan hujan lebat di lokasi dan juga atas faktor keselamatan.
“Sebuah jentera penebuk digerakkan bagi menebuk batuan yang besar untuk memasang bom bagi memecah batu-batu ke lokasi batu besar yang menghempap mangsa,” katanya menurut laporan Utusan Borneo.
Terdahulu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar 3.18 petang.
“Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak terima panggilan daripada MERS 999 mengenai kes di alamat berkenaan dan telah menggerakkan keluaran jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi.
“Maklumat awal daripada pemanggil mengatakan kuari tersebut telah roboh dan menimbus sebuah jengkaut serta pemandu,” katanya.
Mengulas lanjut kejadian itu, katanya jengkaut terbabit yang dikatakan membuat kerja meratakan tapak batu telah tertimbus disebabkan runtuhan batu di kuari tersebut.
“Terdapat seorang mangsa (operator) bersama jentera telah tertimbus dihempap batu yang dianggarkan sebesar 20 meter,” katanya.
Katanya, aktiviti mengebom bagi memecahkan batuan di kawasan kuari dilakukan sebuah syarikat kuari pada sebelah pagi menyebabkan struktur batu tidak stabil dan telah runtuh.
Menurutnya, pada masa ini terdapat empat jengkaut dan jentolak milik syarikat berkenaan sedang membuat kerja pembersihan di tapak untuk ke lokasi jengkaut yang tertimbus dianggarkan 50 meter dari pos kawalan tempat kejadian (PKTK).
“Pihak bomba hanya membuat pemantauan keselamatan di lokasi bagi memastikan keselamatan daripada runtuhan susulan ketika kerja menyelamatkan mangsa dilakukan,” katanya.
Bagaimanapun, jelasnya, komander operasi melaporkan kerja pembersihan tapak ditangguhkan serta-merta pada 4.45 petang susulan hujan lebat di lokasi dan juga atas faktor keselamatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MAHASISWA PERLU AKTIF DALAM KOPERASI DI BAWAH DASAR KEUSAHAWAN NASIONAL 2030
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization, Datuk Abdul Fattah Abdullah mahukan penglibatan mahasiswa dalam koperasi siswa yang mempunyai hubungan dengan enam teras strategik yang telah dirangka bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan di bawah Dasar Keusahawanan Nasional 2030.
Datuk Abdul Fattah Abdullah
“Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hanya terdapat 208 buah koperasi siswa dengan keanggotaan seramai 161,662 orang pada tahun 2020. Kementerian Pengajian Tinggi merekodkan jumlah Institut Pengajian Tinggi Awam sebanyak 20 buah manakala IPT Swasta (437), kolej komuniti (104) dan politeknik (36) pada tahun yang sama.
“Ini membuktikan masih banyak IPTA, IPTS, kolej dan politeknik di negara ini yang belum menubuhkan koperasi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada webinar ‘Hala Tuju Gerakan Koperasi Siswa Institut Pengajian Tinggi’ yang diadakan melalui platform Zoom pada 10 September 2021 dan dihadiri oleh seramai 145 peserta.
Webinar ‘Hala Tuju Gerakan Koperasi Siswa Institut Pengajian Tinggi’ menampilkan Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik sebagai moderator dan barisan tiga panel yang mempunyai pengalaman luas dalam topik ini.
Barisan tiga panel terdiri daripada Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Shaharuddin Abu Sohot; Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Azam Sulaiman dan Pengerusi Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad, Muhammad Syahid Aiman Muhammad Bazlan.
Barisan panel dalam Webinar ‘Hala Tuju Gerakan Koperasi Siswa Institut Pengajian Tinggi’
Hadir sama ke webinar ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya.
Sementara itu, Datuk Shaharuddin Abu Sohot dalam perkongsiannya menyatakan matlamat penubuhan koperasi siswa mestilah berlandaskan objektif kemenjadian mahasiswa.
“Kemenjadian mahasiswa tidak boleh diukur dengan berdasarkan pencapaian kebolehpasaran graduan semata-mata, tetapi juga graduan mencipta peluang pekerjaan untuk mereka sendiri dan memberikan peluang pekerjaan kepada orang ramai,” katanya.
Shaharuddin turut menyatakan harapannya agar koperasi siswa memainkan peranan yang lebih agresif dalam membantu menjayakan rangka kerja Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021 – 2025.
Manakala Azam Sulaiman, selain memenuhi keperluan anggota seperti membuka kedai dobi layan diri, kedai runcit dan kedai alat tulis, koperasi siswa turut berperanan membantu anggota yang menjalankan perniagaan sendiri, antara intipati perkongsiannya.
“Terdapat anggota yang merupakan usahawan, maka koperasi boleh bantu dengan memasarkan produk atau perkhidmatan mereka di kedai-kedai milik koperasi,”katanya.
Muhammad Syahid Aiman pula berpendapat bahawa antara faktor yang menyebabkan koperasi siswa tidak begitu mendapat sambutan kerana pendekatan yang tidak efektif untuk meyakinkan mahasiswa supaya menjadi anggota.
Menurut beliau, koperasi perlu mengkategorikan mahasiswa kepada tiga golongan iaitu founder yang mempunyai perniagaan sendiri; joiner (baru berjinak-jinak dalam perniagaan) dan investor (mahu melabur dalam mana-mana perniagaan).
“Apabila koperasi dapat mengenal pasti tiga kategori ini, maka mereka tahu pendekatan yang sesuai untuk digunakan bagi mengajak mahasiswa menyertai koperasi,” katanya.SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!