BUNG MOKTAR GUNA PERKATAAN BODOH DI DEWAN RAKYAT MOHON MAAF
KUALA LUMPUR: Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat susulan tindakannya menyebut perkataan “bodoh” ketika membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong minggu lalu yang dipercayai ditujukan kepada wakil pembangkang.
Semasa perbahasan di Dewan Rakyat pada 22 September lalu, Bung mendakwa ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bajet pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah dipotong menyebabkan beberapa wakil pembangkang berang dan menyerangnya.
Bung kemudian membalas celahan wakil rakyat yang menyerangnya itu sebagai “bodoh”, lapor FMT.
“Untuk menghormati Dewan Rakyat ini saya tarik balik, akur dan mohon maaf kepada dewan yang mulia ini,” kata Bung.
Beliau kemudian berkata, ketika berucap beliau tidak menyedari wakil rakyat mana yang bangkit mencelah ucapannya menyebabkan beliau membalas celahan itu dengan perkataan “bodoh”.
“Saya pun tidak tahu semasa sedang berucap, tiba-tiba ada seorang wakil rakyat ‘tangkap’ pembesar suara tanpa berdiri, siapa makan lada dia rasa pedas,” katanya.
Bung membuat permohonan maaf itu selepas diminta oleh Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.
Azhar membuat arahan itu selepas menerima usul daripada Noorita Sual (PH-Tenom) supaya Bung membuat permohonan maaf di Dewan Rakyat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEBANYAK 2,000 BEG DARAH DIPERLUKAN SETIAP HARI DI SELURUH NEGARA
PETALING JAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) bekerjasama dengan Pusat Darah Negara menganjurkan Kempen Derma Darah CoopCare bagi membantu bekalan darah yang telah menurun ke paras bawah selamat berikutan pandemik Covid-19.
Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sebagai badan induk koperasi negara yang diiktiraf kerajaan, ANGKASA menyeru koperasi dan anggota koperasi di seluruh Malaysia untuk menganjur atau menyertai kempen derma darah demi meningkatkan stok bekalan darah negara sekaligus memastikan keupayaan rawatan pesakit yang memerlukan tidak terjejas.
Datuk Abdul Fattah (kiri) di program derma darah, kelmarin.
“ANGKASA sentiasa menjunjung prinsip ketujuh koperasi, Prihatin Kepada Masyarakat dan kempen ini dianjurkan atas dasar keprihatinan ANGKASA dengan kesulitan yang dihadapi oleh Pusat Darah Negara yang menghadapi cabaran hebat pandemik Covid-19, kini berlaku pengurangan kempen derma darah yang drastik oleh pihak swasta serta penurunan bilangan penderma yang tampil menderma darah.
“Mengikut statistik, sebanyak 171,106 beg darah didermakan pada tahun 2020 berbanding 199,721 beg pada tahun 2019, ini menunjukkan penurunan sebanyak 14.3 peratus,” katanya sewaktu sidang media selepas mengadakan lawatan ke Kempen Derma Darah CoopCare yang diadakan di ibu pejabat ANGKASA, kelmarin.
Katanya, berdasarkan maklumat daripada Pusat Darah Negara, sebanyak 2,000 beg darah diperlukan setiap hari di seluruh negara untuk kegunaan 1,000 orang pesakit termasuk di Pusat Darah Negara yang memerlukan sekurang-kurangnya 500 penderma darah setiap hari bagi kegunaan lebih dari 60 buah hospital di Lembah Klang.
Melihat perjalanan pentadbiran program derma darah, kelmarin
“Stok darah ini sentiasa diperlukan untuk merawat pesakit yang terlibat dengan kemalangan, pesakit yang menjalani pembedahan, individu yang mempunyai penyakit berkaitan darah seperti kanser dan lain-lain.
“Selain membantu menyelamatkan nyawa seseorang, penderma dapat mengesan masalah kesihatan sendiri kerana terdapat proses pemeriksaan dijalankan sebelum menderma darah, saya yakin dan percaya aktiviti menderma darah adalah selamat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) antarabangsa dan langkah keselamatan yang tinggi,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMA ALAM SEKITAR TAMAN NEGARA JADI INSPIRASI PELUKIS TEMPATAN, ALIZAN
Bakatnya dikesan oleh gurunya ketika berusia 12 tahun, bermula saat itu, dia terus memahirkan dirinya dalam seni visual dan memperolehi gred A dalam mata pelajaran ini dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Anak jati Kampung Pagi, Jerantut, Alizan Alias (39) menjadikan keindahan semulajadi dipersekitaran kehidupannya sebagai inspirasi untuk berkarya dengan tema dan motif lukisan keindahan alam sekitar hutan hujan tropika yang direalisasikan di atas kanvas menghasilkan pelbagai jenis lukisan secara komersil.
Alizan Alias menjadikan keindahan semulajadi dipersekitaran kehidupannya sebagai inspirasi
Alizan berkata, kali pertama pembabitan dalam seni lukis, apabila dia diberi kepercayaan oleh pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pagi, berdekatan rumahnya untuk melukis mural dinding bertemakan alam sekitar.
“Saya berjaya menyiapkan mural bertemakan pemandangan Kampung Pagi dalam tempoh dua minggu, keyakinan mula meningkat setelah mendapat maklumbalas berkaitan hasil seni saya.
Exco negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Saamsudin pernah melihat lukisannya di Kuala Tahan, baru-baru ini.
“Kemahiran melukis secara kontemporari menggunakan pelbagai warna air dan poster juga diperoleh menerusi tunjuk ajar seorang pensyarah bidang Senilukis dan Senireka, Universiti Teknologi Mara UITM), Shah Alam yang kerap mengunjungi kampung ini.” katanya.
Pernah berkelana selama sembilan tahun di Kuala Lumpur untuk ‘berguru’ dengan pelukis jalanan lain di sana.
“Saya kembali semula ke Taman Negara Kuala Tahan dan menetap di Kampung Pagi untuk melukis secara serius setelah mendapati karya bertemakan alam sekitar, flora dan fauna, sungai dan jeram mendapat permintaan yang tinggi daripada warga kota dan pelancong.
Dia sudah menyiapkan catan bertajuk ‘Perahu Sungai Tembeling’, ‘Lubuk Sungai Tembeling’ dan ‘Jeram Perahu’ serta beberapa hasil seni berasaskan tema sungai dan hutan,” katanya.
“Setiap buah lukisan termasuk potret akan dijual dengan harga antara RM500 hingga RM10,000 kepada peminat lukisan bertemakan alam sekitar termasuk pelancong yang singgah di Taman Negara Kuala Tahan.
“Peristiwa menarik yang tidak dapat dilupakan sepanjang kerjaya sebagai pelukis apabila hasil seni saya bertajuk ‘Jeram Perahu 2’ telah dibeli oleh salah seorang ahli keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan harga RM8,000 ketika mengadakan pameran di Shah Alam, Selangor tahun lepas,” katanya.
Alizan berkata, dia pernah terlibat dengan pameran bersama pelukis terkenal tanahair di Shah Alam, Selangor dengan menampilkan karya bertajuk ‘Sungai Tahan’, ‘Taman Negara Pahang’,’Sungai Keniam’, dan ‘Jeram Perahu Sungai Tembeling.
Antara hasil seni Alizan.
“Kini saya membuka galeri di rumah sambil menyiapkan karya baharu dan pada masa yang sama mengajar bakat baharu pelukis dalam kalangan pelajar dan belia seminggu sekali,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kerajaan komited kurangkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung- RMK12
KUALA LUMPUR – Penekanan terhadap Sabah dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) berupaya merapatkan jurang pembangunan antara negeri berkenaan dengan Semenanjung.
Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata segala perancangan yang dinyatakan itu juga mampu meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi kedua-dua negeri.
Datuk Seri Alexander Nanta LINGGI / Setiausaha Agong GPS
Selain daripada itu, ditekankan juga pembangunan sosio ekonomi, bukan sahaja dari segi infrastruktur asas, tetapi kita memerlukan juga pendapatan tinggi serta peluang pekerjaan, menyertai program keusahawan dan industri serta pelbagai lagi. Ini yang dialu2kan
Katanya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dalam sidang media di Parlimen pada Isnin.
Alexander berharap pelaksanaan RMK-12 dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Tegasnya, sebarang karenah birokrasi perlu dikurangkan bagi memastikan RMK-12 dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pembangunan Luar Bandar perlu sokongan diperingkat negeri -RMK12
KUALA LUMPUR – Penekanan terhadap pembangunan luar bandar oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Rancangan Makaysia Ke-12 (RMK-12), amat bersesuaian dengan falsafah Keluarga Malaysia yang diperkenalkannya.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tumpuan terhadap kawasan luar bandar itu juga disifatkan tepat pada masanya untuk kesejahteraan masyarakat luar bandar.
Datuk Seri Mahdzir Khalid / Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dalam RMK12 telah me akan beberapa buah negeri yang perlu di bantu di beri peruntukan secara serius, sabah, sarawak, Kedah, kelantan, Terangganu dan perlis,antaranya adalah mengenai jalan luar bandar yg di sebut tadi dan bekalan elektrik luar bandar.
Katanya pada sidang media di Parlimen semalam
Mahdzir berkata, antara yang ditekankan Perdana Menteri ialah mengenai merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar dengan menaik taraf Pusat Internet Desa serta Pusat Komuniti Desa sebagai Pusat Digital Keluarga Malaysia.
Menerusinya, ia membolehkan pelbagai latihan kemahiran dapat dilaksanakan selain memperkenalkan perkhidmatan e-dagang di kawasan luar bandar.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Video kenderaan timbalan menteri langgar peraturan jalan raya tular di media sosial
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan mengesahkan menerima laporan berhubung video tular yang menunjukkan kenderaan timbalan menteri melanggar peraturan jalan raya. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kelantan, Supt Suhaimi Jusoh berkata, laporan berkenaan diterima susulan penularan video berdurasi 38 saat di laman Facebook ‘Ana Tahu’.
“Melalui rakaman video tersebut terdapat sebuah kenderaan motokar jenis Toyota Alphard warna hitam dengan nombor pendaftaran P45 telah memotong kenderaan di hadapannya di garisan berkembar secara merbahaya di mana terdapat kenderaan lain di atas jalan tersebut yang datang dari arah bertentangan di Jalan Bukit Marak – Binjai berdekatan jambatan sebelum lampu isyarat Chabang 3 Gong Dermin,” memetik kenyataan tersebut, lapor kosmo online
Video Tular | Kenderaan Timbalan Menteri langgar peraturan
Beliau turut memaklumkan, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU – Sebanyak 82 buah motosikal dan enam penunggang yang berada dibawah pengaruh dadah ditahan dalam operasi Bersepadu Samseng Jalanan (Mat Rempit) di beberapa lokasi tumpuan sekitar bandar raya ini, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya turut mengeluarkan 75 keping saman dalam operasi tersebut.
Katanya, saman itu melibatkan 133 kesalahan antaranya tidak memiliki lesen dan ubahsuai struktur kenderaan manakala sebanyak 50 buah motosikal telah disita atas pelbagai kesalahan trafik.
“Operasi yang dijalankan bermula pukul 5 petang itu dibuat di beberapa laluan antaranya di Jalan Stulang Laut, Jalan Ibrahim Sultan dan juga di sekitar kawasan pentadbiran IPD Johor Bahru Selatan.
“Lokasi berkenaan dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ golongan remaja untuk berkumpul dan melepak sambil membuat bising bunyi deruman motosikal yang menggangu pengunjung lain yang berada di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini, lapor kosmo online
Operasi tersebut dijalankan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPK Johor, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Selatan dengan keanggotaan seramai dua pegawai dan 16 anggota.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEMPAT BELI SARAPAN UNTUK ISTERI SEBELUM MAUT KEMALANGAN
TANAH MERAH: Seorang warga emas sempat membelikan sarapan terakhir untuk keluarganya sebelum meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Batu 3, Kampung Belimbing, di sini, pada jam 9.45 pagi, hari ini.
Sebelum kejadian, mangsa, Zakaria Seman, 77, dari Batu 2/5, Bukit Merah menghantar laksa yang dibeli untuk sarapan pagi kepada isterinya yang mengalami angin ahmar, kemudian mangsa keluar semula untuk minum di kedai yang terletak 10 meter dari jalan utama.
Kemalangan berlaku selepas warga emas berkenaan selesai bersarapan dan mahu pulang ke rumahnya. Motosikalnya berlanggar dengan sebuah lagi motosikal yang datang dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas.
Anak bongsu mangsa, Nurbalaili Zakaria, 30, berkata, mereka sekeluarga mendapat tahu mengenai kejadian tersebut daripada orang ramai yang berada berhampiran kedai arwah bapanya bersarapan sebelum itu.
“Orang kampung menghubungi kakak saya memaklumkan kejadian itu sebelum saya dan suami bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati arwah ayah terbujur di tengah jalan.
“Hanya Allah sahaja yang tahu luluhnya hati saya namun saya kuatkan jua untuk melihat keadaan ayah. Ketika itu ayah sudah tiada,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tanah Merah, di sini.
Katanya, arwah bapanya tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh dan sentiasa ceria dan menjadi rutinnya membeli sarapan pagi untuk mereka kerana ibunya menghidap sakit angin ahmar dan tidak mampu berjalan.
Nurbalaili berkata, mereka sekeluarga belum memaklumkan perkara itu kepada ibunya kerana tetapi berharap ibunya dapat menerima ketentuan Allah.
Sementara itu, Ketua Polis Tanah Merah Deputi Superintendan Zainuddin Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mayat dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut.
Foto: Media Sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MENINGGAL DUNIA SELEPAS PULANG BERBASIKAL DI HADAPAN RUMAH
KULIM: Seorang lelaki berusia 52 tahun meninggal dunia di hadapan rumahnya setelah pulang berbasikal di Taman Mutiara, Sungai Kob, dekat sini pada jam 7.10 pagi, hari ini.
Lelaki tersebut dikatakan melakukan senaman ringan sebelum dia secara tiba-tiba jatuh dan pengsan dan beberapa ahli keluarga mangsa cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum mereka menghubungi ambulans.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, kakitangan hospital yang tiba mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
“Siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah kencing manis dan darah tinggi dan dia sudah menerima dua dos vaksin sebelum ini.
“Selain itu, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sebelum ini pernah dijangkiti Covid-19 pada 28 Ogos lalu dan sembuh selepas menjalani kuarantin selama 14 hari,” katanya.
Menurutnya, setakat ini siasatan mendapati tiada unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Jenazah dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian mangsa.- HM
Foto: Media sosial.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WASHINGTON: Dunia dipercayai mampu kembali kepada kehidupan normal daripada pandemik COVID-19, dengan syarat adanya vaksinasi secara tahunan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla.
“Saya setuju bahawa dalam setahun, kita akan dapat kembali kepada kehidupan normal.
“Ini tidak bermakna varian ini akan terhapus… Dan senario paling mungkin, vaksinasi tahunan. Namun, kita tidak tahu. Kita perlu menunggu dan melihat data,” lapor Sputnik memetik ABC News.
Beliau berkata, Pfizer akan menyediakan data kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dengan segera, berdasarkan percubaan vaksin syarikat itu dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.
Percubaan itu dikata telah membuktikan keberkesanan dan keselamatan suntikan vaksin COVID-19 untuk kumpulan umur berkenaan. – BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!