KOMEN BERUNSUR PERKAUMAN TIADA TEMPAT DALAM BUDAYA MALAYSIA, KATA HALIMAH
KUALA LUMPUR: Komen berunsur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain badminton perseorangan wanita negara, S. Kisona, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dalam budaya Malaysia, kata Halimah Sadique.
“Komen berunsur perkauman kepada pemain badminton perseorangan negara itu tidak boleh diterima dalam budaya Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
“Sukan telah lama menjadi tapak integrasi perpaduan yang menyatukan kita semua tak kira bangsa, kaum dan agama,” katanya Menteri Perpaduan Negara itu ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, , lapor FMT.
Katanya, beliau menasihati kepada semua pihak dan pengguna media sosial, jangan bangkitkan api perkauman dan elak menggunakan kata-kata yang menghiris hati dan perasaan kaum lain demi menjaga perpaduan dan keharmonian Keluarga Malaysia
Beliau mengulas tindakan segelintir pihak, termasuk ahli politik, yang membuat komen berunsur perkauman terhadap S. Kisona yang bertanding dalam Piala Sudirman di Finland baru-baru ini.
Sementara itu, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang bersetuju dengan pendirian menteri itu, mencadangkan mana-mana pihak yang memainkan isu perkauman dihantar semula ke Tadika Perpaduan.
“Mereka yang komen nakal (berkenaan isu perkauman) patut dihantar ke Tadika Perpaduan semula,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAYUAN BAPA TIDAK DIENDAH, IBU TURUT DIBUNUH ANAK SENDIRI DI KAMPUNG KEMAHANG
LIPIS: Seorang penganggur telah mengelar leher bapa dan menetak serta menikam leher dan kepala ibunya dalam kejadian bunuh di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Jalan Benta, kira-kira pada jam 11.00 malam, semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Nor berkata, sebelum kejadian dikatakan lelaki (suspek) berusia 31 tahun sedang berbual dengan bapanya berusia 68 tahun dan ibunya (64) berkaitan dengan ilmu keagamaan dan ketuhanan kira-kira pada jam 10.30 malam, semalam.
“Tidak lama kemudian ibu suspek masuk ke dalam bilik dan suspek meneruskan perbualan dengan bapanya.
“Dikatakan suspek melihat mata hitam bapanya seakan hendak menyerangnya dan mengambil parang dalam bilik dan menetak bapanya sehingga ayahnya merayu ‘dah, dah, dah dan terus berlaku pergelutan,” katanya.
Katanya, sejurus mendengar bunyi di luar bilik, ibu suspek keluar dan melihat kejadian dan pergi menghampiri suaminya untuk membantu tetapi suspek terus menyerang ibunya dengan menetak dan menikam di bahagian di leher dan kepala.
“Ibu suspek terus melarikan diri keluar dari rumah dan rebah berhampiran pagar halaman rumah yang jarak kira-kira antara 100 hingga 150 meter dari jalan besar.
“Suspek turut keluar mencari ibu dan tidak menjumpai, suspek masuk semula ke dalam rumah dan berjalan kaki sehingga ke tepi jalan besar,” katanya.
Azli berkata, suspek ditahan oleh orang kampung dalam keadaan bogel dan berlumuran darah, sementara itu seorang penduduk kampung telah pergi ke rumah suspek untuk mengetahui apa yang berlaku.
“Dalam tinjauan tersebut , orang awam melihat ayah suspek terbaring atas lantai dan tidak benyawa serta lantai rumah itu dipenuhi dengan darah, mereka turut menemui ibu suspek terbaring atas rumput berdekatan pagar halaman rumah dan juga tidak bernyawa.
“Orang kampung menghubungi Balai Polis Benta memaklumkan kejadian tersebut dan menahan suspek sehingga anggota polis tiba, suspek menggunakan golok dalam kejadian ini , suspek ditahan di bawah Sek. 302 Kanun Keseksaan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Satu Dunia panik Facebook,WhatsApp dan Instagram 6 jam gagal diakses
AMERIKA – PLATFORM laman sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp kembali pulih selepas hampir enam jam gagal diakses pengguna platform tersebut.Ribuan pengguna berdepan kesukaran mengakses laman-laman tersebut sejak kira-kira 12 malam dalam apa yang disifatkan DownDetector sebagai “masalah teknikal terbesar pernah berlaku”.
Pada kira-kira jam 6.30 pagi ini, rata-rata pengguna menyatakan mereka berjaya memasuki ketiga-tiga aplikasi tersebut, namun penggunaannya masih tersekat-sekat.
Masalah berkenaan merupakan yang kedua dialami platform media sosial itu selepas dituduh tidak menyekat kenyataan berbaur hasutan dan benci serta berita palsu serta mementingkan “Saya memohon maaf kepada setiap perniagaan kecil mahupun besar, keluarga dan setiap individu yang bergantung kepada perkhidmatan kami,” kata Ketua Pegawai Teknologi Facebook, Mike Schroepfer menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya,lapor Awani
Tambah Schroepfer, syarikat itu memerlukan sedikit masa lagi bagi memulihkan keadaan sepenuhnya.
instagram-whatsapp-kembali-pulih-selepas-alami-gangguan-selama-6-jam-Pakar sekuriti menyatakan gangguan tersebut mungkin disebabkan oleh masalah teknikal dalaman, namun tidak menolak kemungkinan tindakan khianat oleh pekerja sendiri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Beberapa gambar karipap yang sedang tular di laman sosial Facebook semalam menjadi bualan orang ramai apabila kuih tersebut berintikan kuku manusia.
Menerusi perkongsian gambar oleh Mee di Facebook melalui kumpulan Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official, dia telah menjumpai kuku penuh berdaki yang berada di dalam inti kuih karipap tersebut.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh Mee di Facebook, dia sedang menjamah kuih berkenaan sebelum menjumpai kuku di dalam inti karipap itu.
“Maaf lari tajuk hari ini ‘bukan masak apa tak jadi hari ini’ tengah sedap-sedap makan karipap tiba-tiba terjumpa kuku, terus rasa mual dan nak muntah, dahlah kuku itu berdaki,” katanya.
Menurutnya, dia sudah melaporkan insiden terbabit kepada peniaga tersebut dan penjual itu menjelaskan mereka membeli karipap sedia ada yang dijual di pasar sebelum menjualnya kembali kepada orang ramai.
Sementara itu, rata-rata orang ramai berasa loya melihat kuku yang berada pada inti karipap tersebut, malah ada juga yang berkongsi pengalaman menghadapi situasi yang hampir sama.
“Pernah juga makan karipap terjumpa rambut, bukan sekali tapi dah berkali-kali nak bagitahu dekat orang itu, segan pula rasanya. Mungkin dia tak sengaja,” kata Norain Selamat.
“Nak berniaga kena potong kuku pendek dan bersih, ini panjang-panjang uli-uli isi karipap lepas itu kuku patah tak sedar, Allah kesian dekat pembeli,” jelas Puan Eja Aiman.
“Boikot sahaja peniaga macam itu, patut kita ‘viral’ kan sebab pengotor, benci betul orang berniaga simpan kuku panjang-panjang ini, tengok gambar sahaja dah rasa loya nak muntah,” ujar Hanafi Zamri.
Rata-rata orang ramai juga turut menegaskan bahawa peniaga sepatutnya menitik beratkan aspek kebersihan agar tidak berlaku perkara-pekara seperti ini lagi.
Sumber: K! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PROJEK TAMAN MAKANAN PILIHAN TAMBAH PENDAPATAN KELUARGA
JERANTUT : Tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkaitan dengan pandemik Covid-19 yang mencengkam kehidupan orang ramai boleh dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dengan menjalankan aktiviti tanaman di tanah kosong di kawasan rumah atau kawasan kosong.
Projek taman makanan atau edible garden adalah antara pilihan yang terbaik serta memberi pulangan yang terbaik untuk meringankan perbelanjaan penduduk dalam tempoh penguatkuasaan PKP yang sudah berlanjutan kira-kira dua tahun.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, taman makanan di persekitaran rumah adalah cara paling berkesan untuk menambah jumlah hasil tanaman jenis sayur-sayuran bukan sahaja untuk keperluan dapur dan turut boleh dikomersial untuk menambah pendapatan.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan, taman makanan di persekitaran rumah adalah cara paling berkesan untuk menambah jumlah hasil tanaman jenis sayur-sayuran bukan sahaja untuk keperluan dapur dan turut boleh dikomersial untuk menambah pendapatan.
“Sekiranya semua penduduk menyertai projek taman makanan ini, kerajaan boleh menjimatkan perbelanjaan import tahunan makanan sekali gus peruntukan berkenaan boleh disumbangkan kepada kemudahan ekonomi yang lain dan kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan.
“Negara telah mengimport bahan makanan berjumlah RM55.4 bilion pada 2020 dan peningkatan sangat ketara sebanyak 22.3 peratus berbanding pada tahun 2015 sebanyak RM45.3 bilion,” katanya di Kampung Kuala Tahan, dekat sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Edible Garden anjuran Zero Waste dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Tahan dekat sini,semalam.
Turut hadir, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin; Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd. Rahman.
Beliau turut menyumbang menyumbangkan dua guni tanah kompos, satu set peralatan pertanian, dua peket biji benih terung dan lada, bekas semaian dan lima keping polibeg, manakala Felcra Plantations Services Sdn. Bhd. turut menyumbangkan setengah tan (20 guni) tanah kompos untuk seramai 30 orang peserta yang juga penduduk di situ sempena majlis pelancaran tersebut.
“Penduduk di Kuala Tahan yang terjejas dengan pendapatan dan perbelanjaan akibat penguatkuasaan PKP ini menyertai projek tanaman makanan supaya dapat menambah barang keperluan dapur di samping pada masa yang sama boleh dipasarkan sebagai pendapatan sampingan.
“Saya amat prihatin dan tahu mengenai kesusahan penduduk di sini yang kebanyakannya bekerja di sektor pelancongan Taman Negara yang masih belum dibuka, jadi sebaik-baiknya ceburilah projek berkebun secara organik di rumah masing-masing untuk keperluan keluarga dan pendapatan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Program Edible Garden Kuala Tahan, Sabri Abdullah berkata, projek itu juga untuk mendidik penduduk setempat bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal dan pembuatan baja kompos berasaskan sampah organik serta bahan buangan pepejal sebagai bekas tanaman.
“Inilah satu pendekatan untuk mengekalkan kebersihan kampung ini daripada pencemaran bahan buangan dan mengekalkan kehijauan alam sekitar serta keceriaan kampung menerusi tanaman sayur-sayuran organik,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KAHAK PEKAT SUMBAT RUANG TENGGOROK PESAKIT POST COVID-19
Seorang doktor pakar Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Dr Hana Hadzrami menyatakan kahak separa pepejal yang menyelaputi ruang tenggorok seorang pesakit post Covid-19 yang sudah lebih 2 bulan dirawat di wad ICU berjaya diselamatkan.
Pesakit tersebut terlalu lemah untuk mengeluarkan sendiri kahak menyebabkan ia (kahak) itu kering dan menyumbat ruang pernafasan.
“Mujur ia boleh ditarik keluar semasa proses reintubasi. Sebaik tiub pernafasan dimasukkan, ada selambak lagi kahak yang pekat, likat dan kuning berjaya disedut keluar dari paru-paru pesakit itu,” katanya melalui Media Sosial, Medical Mythbusters Malaysia (M3).
Katanya, pesakit itu yang masih muda dan pada mulanya menyangkakan dia hanya mendapat flu biasa, sebaliknya dia mengidapi Covid-19.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Parti Gerakan menyelar tindakan warganet yang menyentuh sensitiviti perkauman terhadap atlet sukan negara.
Ketua Biro Perpaduan Nasional Gerakan, Puvaniten Helan Govan berkata, platform sukan adalah antara satu-satunya aktiviti yang selalu menyatupadukan seluruh rakyat apabila atlet-atlet sukan negara berganding di arena pertandingan sukan antarabangsa.
Katanya, semangat kekitaan amat jelas dalam kalangan rakyat Malaysia apatah lagi rakyat kini berada di bawah naungan Keluarga Malaysia, hari ini.
“Tindakan berbaur rasis terhadap atlet negara ini harus dikecam dan perlu dicabut dari peringkat akar umbi lagi agar menjadi pengajaran kepada netizen-netizen lain sebelum membuat sebarang tohmahan terhadap atlet negara yang berjuang untuk Malaysia di area antarabangsa.
“Kita harus menghapuskan unsur perkauman dalam sukan dan terus menyokong semua inisiatif yang mendukung pembangunan bangsa yang progresif dan inklusif,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata demikian selepas insiden tular di media sosial seorang pemilik akaun yang memuat naik status bergambar dengan kata-kata berunsur perkauman terhadap pemain badminton perseorangan wanita, S. Kisona.
Ia susulan kekalahan Kisona di tangan pemain Jepun, Akane Yamaguchi 7-21, 5-21 dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland.
Menurut Puvaniten, tindakan memohon maaf setiap kali selepas berlaku insiden isu perkauman tidak akan banyak membuat perubahan kerana ‘nasi sudah menjadi bubur’.
Beliau berkata, ramai lagi yang akan menjadi ikutan terus memprovokasi dan meminta maaf selepas masalah tersebut menjadi besar.
“Ini bukan cara terbaik untuk kita menyelesaikan masalah bagi pihak pihak yang cuba memecah belahkan perpaduan rakyat.
“Kerajaan patut mengambil tindakan tegas terhadap individu seperti ini untuk dijadikan satu pengajaran dan memastikan mereka tidak mengulanginya perbuatan terkutuk ini,” katanya.
Tambah beliau, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) sudah pun mengariskan 3R yang menyentuh isu Royalty, Race dan Religion di mana tindakan tegas harus diambil terhadap pihak yang memberikan komen berbaur kaum.
Maka katanya, organisasi pekerjaan dan parti politik yang sedang disandang oleh individu berkenaan harus mengantungkan keahlian parti individu berkenaan.
“Sebelum ini kita sudah pun menyaksikan beberapa GLC dan syarikat juga mengambil tindakan terhadap para pekerjanya yang menghina agama dan bangsa lain di laman media sosial.
“Tindakan seumpama itu harus dikenakan terhadap individu-individu yang menghina atlet-atlet sukan negara,” katanya.
Mengulas lanjut, Puvaniten berkata, sebelum kes Kisona, pada Julai lalu Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Lee Chong Wei turut berhadapan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan secara dalam talian terhadap pemain badminton negara.
Katanya, sebagai pemenang pingat perak Olimpik badminton perseorangan lelaki turut kecewa dengan jumlah komen dalam talian yang memberikan komen negatif terhadap pemain badminton, selepas kekalahan dalam perlawanan mereka di Tokyo.
“Jadi kita harus membela nasib atlet-atlet sukan negara agar tidak terus dibuli akibat kegagalan di sesetengah permainan yang mungkin keputusan tidak dapat dijangka,lapor utusan online
“Berapa lagi atlet-atlet negara bakal berhadapan menjadi bahan kecaman media sosial sekiranya kita tidak mengawal situasi ini mulai sekarang,” katanya.
Puvaniten juga menegaskan semua pihak semuanya adalah Keluarga Malaysia dan peristiwa ini wajar menjadi pedoman kepada kita semua.
“Hormati juga perjuangan bangsa lain dalam membantu membangunkan negara. Kalau kita hayati, saya yakin kehidupan kita akan lebih baik lagi,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KULIM: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah kereta di Jalan Bukit Karangan di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa, Mohd Saiful Hezri Mohmad, 37, dari Pondok Bukit Besar, Kota Sarang Semut dekat sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada muka dan kepala.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dan kereta jenis Proton Saga FLX dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil menghala Titi Karangan.
“Ketika itu keadaan lalu lintas agak sibuk dan kereta tersebut bergerak perlahan sebelum mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar bahagian belakang kereta berkenaan,” katanya di sini hari ini.
Sazalee berkata, akibat daripada pelanggaran itu, mangsa jatuh tersembam di atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah pada muka dan kepala.
Sumber: K! ONLINE.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Banjir: Lapan nyaris maut, bas pekerja dihanyut arus deras
BINTULU: Lapan individu nyaris maut setelah bas pekerja yang dinaiki mereka dihanyutkan arus deras lalu tersadai ke bahu jalan dalam insiden yang berlaku berhampiran Bulatan Bintulu-Samalaju di Jalan Samalaju-Bintulu malam Sabtu.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Bintulu, Wan kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota bomba dari Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bergerak ke lokasi dinyatakan sejurus sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.09 malam.
“Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sememangnya terdapat sebuah bas yang terbabas ke bahu jalan akibat dibawa arus deras sedalam antara 2 ke 3 meter di laluan berkenaan akibat dilanda banjir kilat,” ujarnya.
Sejurus itu katanya, pasukan bomba menggunakan tali khas bagi menarik mangsa satu persatu dari dalam bas dan membawa mereka ke lokasi selamat.
Katanya, mujur kesemua mangsa yang tererangkap dalam bas berkenaan termasuk pemandunya terselamat dalam insiden yang berlaku tanpa mengalami sebarang kecederaan.
“Kita turut difahamkan bahawa bahawa kesemua mangsa berumur 31 hingga 64 tahun itu merupakan pekerja di sebuah kilang perindustrian di Taman Perindustrian Samalaju,” jelas Wan.
Terdahulu katanya, sebuah lagi bas pekerja dan sebuah lori treler turut tersadai di laluan berkenaan akibat dibawa arus deras.
Difahamkan setakat jam 8 pagi ini, kawasan terbabit belum lagi dapat dilalui sebarang kenderaan berikutan paras air yang masih tinggi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUCHING : Sebuah bot dinaiki empat pemancing dan seorang tekong dilaporkan hilang di Tukun Bass semalam.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sarawak dalam satu laporan memaklumkan pasukan mencari dan menyemalat menemukan boya berwarna oren dipercayai milik bot yang telah dilaporkan hilang pada jarak 34.5 batu nautika dari Muara Sungai Santubong sekitar jam 5 petang, hari ini.
Operasi Cari dan menyelamat (SAR) kelima-lima mangsa diteruskan hari ini.
Mangsa yang hilang, Khamizan Saidi yang merupakan tekong bot manakala empat pemancing terdiri daripada Ng Ching Hui, Christoper Teo, Yap Tze Kang dan Leody Lee Kang.
Terdahulu, sebuah bot dinaiki 8 pemancing, seorang tekong bot dan pembantu tekong karam di perairan Pulau Satang pada Sabtu lalu.
Sembilan daripada mangsa ditemui selamat manakala pembantu tekong yang dikenali sebagai Awang Omar Awang Hamsawi berusia 59 tahun masih belum ditemui.
Operasi SAR memasuki hari ketiga turut diteruskan hari ini.-SAHIH.
Dipetik daripada Media Sosial.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!