Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut beroperasi 24 jam
JERANTUT – Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut akan mula beroperasi secara menyeluruh mulai 31 Disember, jam 12.01 pagi untuk menghadapi segala kemungkinan banjir berdasarkan ramalan cuaca semasa.
Orang ramai perlu peka dengan keadaan sekeliling kawasan masing-masing terutama kawasan yang sring dilanda banjir dan mudah dinaiki air.
Orang ramai boleh menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jerantut di talian 09-2608812 dan 09-2608679.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tular MB lambai hanya tangan kepada mangsa banjir adalah tidak benar
Foto atas: Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri sekali) bersama Adun Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah bersama bergotong royong membersihkan kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Tawar yang dilanda banjir, baru-baru ini
JERANTUT – Ketua UMNO Cawangan Jengka 24 terkejut dan merasa kecewa berkaitan laporan yang disairkan oleh sebuah portal yang bersifat fitnah dan provokasi terhadap Menteri Besar Pahang didakwa hanya lalu sambil melambaikan tangan kepada mangsa banjir.
Razak Daud yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut berkata, berita itu sangat bercangah dengan apa yang sebenar dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, baru-baru ini.
Ketua UMNO Cawangan Jengka 24 , Razak Daud
“Beliau sendiri telah turun padang membersih kawasan yang dilawati di tempat banjir terbabit, selain itu beliau (MB) turut mengeluarkan peruntukan untuk mangsa banjir yang terjejas bagi meringankan beban.
“Sebenarnya persediaan awal telah dilakukan oleh pihak Kerajaan negeri bagi menghadapi banjir dari segi peruntukan dan kesiapsiagaan namun perlu juga difikirkan dengan rasional cabaran lokaliti yang luas dan berskala banjir yang berlaku agak luar biasa terutama di kawasan yang sebelum ini tidak pernah mengalami banjir seperti di Mentakab dan Bentong,” katanya.
Katanya, kebebasan bersuara yang dicanangkan oleh portal itu sebagai isu sejagat perlu direnung kembali dengan teliti oleh rakyat terutama golongan muda yang menjadikan media sosial sebagai sumber rujukan.
“Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah turut mengiringi Datuk MB sempena lawatan ke tempat-tempat yang terjejas banjir di sekitar daerah Jerantut.
Wan Rosdy turut turun padang membersihkan kawasan yang dilanda banjir, baru-baru ini
“Datuk MB turut serta bergotong- royong pasca banjir membersihkan sekolah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini dan turut mencadangkan SMK Pulau Tawar yang sering dilanda banjir dipindahkan ke tempat selamat dan cadangan tapak telah disediakan,”katanya.
Razak berharap, orang ramai sewajarnya meneliti portal yang menyiarkan berita seperti itu samada benar atau tidak kerana berita palius boleh menjejaskan reputasi kerajaan negeri Pahang.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rezeki pemancing perolehi ikan kelah merah berharga RM3,100 selepas banjir
LIPIS : Seorang pemancing di Sungai Tanum di Kampung Chegar Perah, Mukim Batu Yon 2 dekat sini, Abd. Hadi Sulaiman, 47, memperoleh seekor ikan kelah merah atau nama saintifiknya Tor putitora seberat 12. 4 kilogram dan berharga RM3,100 menjadi rezeki ‘besar’ baginya.
Abd. Hadi berkata, banjir yang melanda kampung tersebut bulan ini membawa tuah di sebalik menanggung kesusahan yang menimpa dirinya serta penduduk di situ yang menjadi mangsa banjir akibat air Sungai Tanum yang mengalir daripada Ulu Jelai melimpah masuk ke rumah.
Katanya, kesempatan air sungai mulai surut dua hari lepas, dia turun memasang jaring sambil berharap sekiranya ada rezeki atau tuah memperoleh ikan liar dapatlah dia berjualnya untuk menampung pendapatan untuk membeli peralatan perlu selepas banjir
“Semalam pada jam 6.30 patang, saya turun memasang jaring 8 inci di sungai Tanum berdekatan rumah sambil berdoa serta mengharap ada rezeki (ikan liar) terperangkap dalam jaring ini.
“Ketika turun ke sungai ini pada jam 7 pagi tadi, hari ini untuk melihat jaring yang dipasang ternampak jaring bergoyang dengan kuat seolah-olah seekor ikan besar tersangkut di samping menggelepar sehingga air yang kuat berkocak di permukaan sungai,” katanya.
Katanya, doanya dimakbulkan Allah SWT apabila ditarik sahaja jaring ke atas ternampak seekor ikan kelah merah bersaiz besar iaitu satu-satunya spesies ikan liar di habitat sungai yang paling mahal di pasaran negara ini yang tidak pernah ditangkap sejak dia berkecimpung sebagai pemancing di Sungai Tanum sejak 20 tahun lalu.
“Saya menarik jaring perlahan -lahan ke atas bot gentian kaca bimbang sekiranya rezeki ikan kelah ini yang kuat menggelepar ini terlepas ke sungai semula, apabila dapat mendaratkan ikan dan dibawa pulang ke rumah, saya menimbang ikan ini seberat 12.4 kilogram menyebabkan saya terkejut seketika sambil membayangkan jumlah pendapatan hari ini.
“Saya bersyukur memperoleh rezeki ini dan bercadang untuk memasang jaring ini semula di tempat yang sama pada petang ini sambil berharap ada lagi ikan kelah merah atau spesies liar lain tersangkut pada peralatan ini untuk membeli peralatan untuk membaiki rumah sejak rumah dilanda banjir,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perubahan jalur lebar 4G, penduduk luar bandar terkesan tukar peranti dan liputan meluas
LIPIS – Penamatan rangkaian 3G di negara ini sepenuhnya pada akhir 2021 sebagai satu usaha ke arah peningkatan liputan jalur lebar yang lebih komprehensif dan berkualiti tinggi di bawah infrastruktur Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Sebilangan besar penduduk khususnya di bandar sangat gembira dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi mempersiapkan negara ke arah peralihan teknologi 5G.
Namun, penduduk atau pelanggan luar bandar masih berdepan dengan kesukaran seperti alat peranti yang masih menggunakan rangkaian 3G di samping kebanyakan lokasi pedalaman masih sukar diakses internet.
Ketua Kampung Chegar Perah, Lipis, Ahmad Awang Derani berkata, perubahan rangkaian itu akan memberikan manfaat kepada semua pihak dengan peningkatan kapasiti, kelajuan dan liputan jalur lebar.
Ketua Kampung Chegar Perah, Lipis, Ahmad Awang Derani berkata, perubahan rangkaian itu akan memberikan manfaat kepada semua pihak dengan peningkatan kapasiti, kelajuan dan liputan jalur lebar.
“Negara ini sudah memasuki pemulihan sektor ekonomi selepas pandemik Covid-19 dan memberikan banyak manfaat apabila beralih kepada liputan 4G dapat memperceptkan urusan masing-masing dalam bidang usahawan dan perniagaan.
“Cuma kemungkinan kebanyakan penduduk luar bandar masih menggunakan alat peranti dalam rangkaian 3G yang tidak dapat ditukar kepada liputan 4G sekali gus memerlukan (peranti) yang baharu serta mampu menyokong fungsi atau liputan 4G,” katanya ketika dihubungi di Kampung Chegar Perah dekat sini hari ini.
Rakannya, Ketua Kampung Tanjung Buloh, Lipis, Najid Abu pula menyokong peralihan tersebut yang dianggap signifikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai dari segi pengalaman yang lebih baik ketika melayari internet menerusi kelajuan jalur lebat 4G.
Ketua Kampung Tanjung Buloh, Lipis, Najid Abu pula menyokong peralihan tersebut yang dianggap signifikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai dari segi pengalaman yang lebih baik ketika melayari internet menerusi kelajuan jalur lebat 4G.
“Namun ada sesetengah kawasan di luar bandar dan pedalaman masih lagi belum ada capaian internet yang sempurna misalnya di kampung saya sendiri ada sesetengah lokasi masih belum boleh diakses dengan talian internet dan telefon,” katanya.
Selanjutnya Najid menambah usaha SKMM menerusi Jendela meningkatkan liputan 4G dan kapasiti untuk memasuki asas liputan 5G merupakan langkah terbaik kerajaan, tetapi kesan akan timbul kepada penduduk golongan B40 dan miskin yang menggunakan alat peranti yang kurang canggih.
Bagi Ketua Kampung Kuala Sat, Jerantut, Abdul Jabar Dollah berkata, penduduk luar bandar dan pedalaman masih keliru dengan peralihan liputan tersebut, tetapi dia berpandangan amat baik bagi negara sudah melangkah ke bidang teknologi komunikasi yang lebih tinggi serta peralatan yang canggih.
“Apapun terkesan juga bagi penduduk di luar bandar yang menggunakan alat peranti 3G yang murah memerlukan perbelanjaan untuk menyediakan peralatan yang baharu dan canggih yang boleh mengakses maklumat menerusi liputan 4G.
“Bagi pandangan saya, peralihan jalur lebar 4G memberikan kemudahan pembangunan sektor ekopelancongan dan pasaran makanan tempatan menerusi pusat internet sekiranya direalisasikan sepenuhnya pada 2022,” katanya di Kampung Kuala Sat, dekat sini.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Kadirun dari KRT Bandar Jerantut siap sedia bergabung dengan NGO di Mentakab membawa alatan keperluan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Taman Mentakab Indah
JERANTUT – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jerantut bersama badan bukan kerajaan (NGO) di Mentakab berkongsi rezeki dengan menghulur sumbangan berupa barangan kegunaan harian kepada mangsa banjir di Taman Mentakab Indah, semalam.
Wakil KRT Bandar Jerantut, Kadirun Mat Yatim berkata, dia mewakili KRT bersama NGO Mentakab telah mengagihkan set pinggan mangkuk dan cawan untuk kegunaan mangsa terjejas.
Antara NGO di Mentakab membawa sumbangan kepada mangsa di Taman Mentakab Indah, semalam
“Kebanyakan rumah mangsa di sini habis rosak kerana paras air banjir sehingga bumbung rumah dan banyak barangan dihanyutkan dan rosak.
“Kebanyakan mereka di kawasan ini amat memerlukan bantuan peralatan rumah untuk digunakan kerana sumbangan makanan sudah mencukupi,”katanya.
Katanya dia bersama KRT Bandar terpanggil untuk menghulur bantuan set pinggan mangkuk dan cawan kerana mangsa amat memerlukannya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kayu berselerakan pasca banjir hanya sampah sarap, bukan pembalakan – JPNP
KUANTAN – Kayu yang berselerakan bukan kayu balak daripada kegiatan pembalakan sebaliknya hanya sampah sarap selepas dihanyutkan air deras semasa banjir yang berlaku di Hutan Simpan (HS) Lentang, tanah kerajaan serta tanah milik berhampiran Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong, baru-baru ini.
Hasil pemantauan melalui udara menggunakan dron mendapati tiada sebarang aktiviti pembalakan secara sah atau haram di hutan itu.
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menerusi kenyataan malam ini, memaklumkan semakan di kedua-dua lokasi mendapati sisa kayu yang berselerak di atas jalan dan jambatan itu yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan menerusi media sosial, merupakan sisa sampah sarap daripada kejadian kepala air di Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul yang berlaku pada 18 Disember lepas.
Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Datuk Sr Mohd Hizamri Mohd Yassin (kiri) meninjau kawasan kejadian di jambatan Sri Telemong.
“Semakan mendapati berlaku kejadian kepala air di dua lokasi itu bermula di HS Lentang akibat hujan lebat berterusan selama tiga hari bermula 16 Disember hingga banjir besar di Bentong pada 18 Disember lepas.
“Ini turut disokong data taburan hujan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bentong dengan mencatatkan bacaan purata 155 milimeter (mm) pada 18 Disember serta dikategorikan sebagai sangat lebat mengakibatkan ribuan batang kayu hanyut berikutan banjir deras kuat yang melanda Karak,” melalui kenyataan itu.
Menurut JPNP, semakan udara juga mendapati banyak kesan tanah runtuh di kawasan berbukit di dalam HS Lentang, tanah kerajaan dan tanah milik yang membawa sisa sampah sarap terdiri daripada tanah-tanih, batu-batan dan pokok-pokok yang hanyut masuk ke dalam sungai-sungai tersebut.
“Melalui semakan itu di lapangan turut menemukan pelbagai sisa batang pokok dan kayu terdiri daripada pelbagai spesies antaranya pokok hutan, durian, getah dan kelapa sawit yang memberikan gambaran bahawa arus air sungai yang deras turut membawa sampah sarap dari kawasan luar HS Lentang.
“Kejadian kepala air di dua lokasi itu, menurut JPNP, tiada kena mengena dengan aktiviti pembalakan di tanah kerajaan Sungai Gapoi seperti dakwaan sesetengah pihak kerana jaraknya adalah sejauh 16 kilometer (km) dari Jambatan Telemong dan 23 km dari jalan Bentong-Karak,” melalui kenyataan itu.
JPNP juga memaklumkan bahawa HS Lentang telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air sejak 2002 menyebabkan tiada aktiviti pembalakan dibenarkan selain kawasan seluas 30 hektar dalam hutan itu telah dijadikan sebagai petak Hutan Pemuliharaan Bernilai Tinggi (HCVF) pada 2012 yang bermaksud kawasan Hutan Perlindungan yang tidak boleh dijalankan sebarang aktiviti pembalakan.
Berhubung sisa kayu itu, JPNP berkata, tindakan lanjut akan dilakukan bagi memastikan sisa itu dialihkan segera dan dilupuskan mengikut peruntukan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 selain tinjauan lanjut menggunakan helikopter akan dibuat pada awal Januari bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai isu dan lokasi kejadian kepala air dalam HS Lentang.
JPNP juga mencadangkan kawasan tanah kerajaan yang tidak diusahakan, yang bersempadan dengan HS Lentang diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah Seksyen 10 APN 1984 supaya kerja pemulihan seperti penghutanan semula dapat dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku di masa hadapan.
Selain itu, JPNP juga menyarankan pelaksanaan penguatkuasaan pematuhan zon penampan sungai di sepanjang sungai yang dibangunkan oleh agensi, syarikat atau orang awam bagi mengelakkan berlaku hakisan lebih serius.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Anggota ATM kekal berada di tahap tertinggi hadapi banjir
MENTAKAB – Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terkesan dengan kesan banjir diminta jangan bimbang soal bantuan dan hanya memerlukan kekuatan semangat, menjaga diri dan sentiasa menjaga kesihatan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamumuddin Tun Hussein berkata, semua bantuan akan disalurkan secepat mungkin kepada 104 keluarga yang terkesan dengan musibah banjir dan tinggal di Kuarters Kem Batu Tiga, Mentakab, di sini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamumuddin Tun Hussein menyerahkan sumbangan kepada anggota ATM yang terkesan musibah banjir di Mentakab.
Katanya, pihak Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) juga akan mendapatkan kediaman sementara untuk disewa di lokasi bebas banjir kepada 30 keluarga yang teruk terjejas dengan musibah banjir di dalam kem itu.
“Pihaknya juga akan menyalurkan bantuan awal berbentuk wang tunai RM500 kepada setiap keluarga selain peruntukan tambahan sebagai langkah persediaan sekiranya kem ini dilanda banjir gelombang kedua.
“Jangan bimbang soal bantuan hanya kuatkan semangat, jaga diri, dan jaga kesihatan,” nasihatnya semasa melakukan lawatan mangsa banjir di Kem Batu Tiga, di Temerloh Pahang, hari ini.
Selain itu, mangsa banjir di kem itu turut menerima bakul makanan serta kelengkapan asas rumah seperti peti ais, mesin basuh, periuk nasi, cerek, dapur, katil, tilam, selimut, cadar, dan bantal
Sementara itu, Pihak MINDEF juga turut menyumbang RM10,000 bagi membaikpulih kerosakan Sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di kem itu akibat banjir.
Pihaknya akan mengumumkan bantuan tambahan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), awam MINDEF, dan vateran ATM yang terjejas banjir di seluruh negara dari masa ke masa.
Turut hadir , Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin dalam sesi taklimat dan lawatan ke Kem Batu Tiga, Mentakab.
“Operasi ATM di kawasan banjir yang masih belum surut supaya kekal berada di tahap tertinggi dan bagi kawasan yang telah surut, anggota akan ditambah bagi memastikan kerja pembersihan dapat selesai dengan cepat,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
FGV Holdings sumbang RM250,000 bantu mangsa banjir di Pahang
TEMERLOH – Tabung Bencana Banjir Pahang 2021 menerima sumbangan sebanyak RM250,000 daripada FGV Holdings Berhad untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang terkesan dengan musibah itu baru-baru ini.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Seri Idris Jusoh berkata, bantuan disalurkan menerusi FGV itu juga merupakan sebahagian usaha membantu kerajaan negeri melaksanakan pengurusan kerja pascabanjir.
“Kita bersimpati dengan kesusahan mangsa banjir di Pahang yang cukup terkesan apabila semua peralatan perabot dan elektrik rosak dan musnah sehingga mangsa berdepan kesukaran untuk memulihkan semula kehidupan selepas musibah ini.
“Bantuan ini membabitkan juga petugas di bawah pengurusan Felda yang terjejas teruk sekurang-kurangmya diberikan tunai RM2,000 termasuk juga melibatkan kehilangan nyawa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh di sini hari ini.
Terdahulu, Idris menyaksikan serahan sumbangan berkenaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Mohd. Nazrul Izam Mansur kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Turut hadir, iaitu Ahli Mesyuarat Kerajaan Pahang, Datuk Nazri Ngah dan Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Ali Syahbana Sabaruddin.
Menurut Idris, Pahang merupakan antara negeri yang terjejas teruk akibat banjir dan sedikit sumbangan ini diharap dapat membantu kerajaan negeri menguruskan mangsa banjir dan sebagainya.
Selanjutnya Idris mengumumkan sebanyak 471 buah keluarga peneroka Felda negeri ini terkesan akibat banjir akan diberikan bantuan sewajarnya iaitu wang tunai RM100 atau barang keperluan dapur.
Sementara itu, Wan Rosdy menambah kerajaan negeri berterima kasih atas keprihatinan FGV yang tampil menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.
“Kerajaan akan menggunakan peruntukan berkenaan sebaik mungkin bagi menguruskan keperluan mangsa banjir bagi meringankan beban yang mangsa banjir tanggung selepas mengalami kemusnahan harta benda akibat musibah banjir yang hampir 10 hari,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
72 PPS di 6 daerah masih dibuka, PPS di 3 daerah telah ditutup
Foto atas: Gambar hiasan, laluan yang digenangi air baru-baru ini.
Kuantan – Seramai 7,730 mangsa daripada 2,307 keluarga masih ditempatkan di 72 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah yang masih beroperasi sehingga jam 10.00 pagi, hari ini.
Jumlah keseluruhan pada 18 Disember, sebanyak 438 PPS, 18,107 keluarga dan 65,174 mangsa telah dibuka di sembilan daerah sejak 18 Disember lalu.
Seramai 1,518 mangsa daripada 372 keluarga masih berada di 17 PPS di Bentong serta melibatkan 11 kematian, manakala 1,021 keluarga daripada 3,302 dan melibatan 4 kematian, masih berada di 13 PPS di Temerloh.
Satu PPS, 13 keluarga dengan 32 mangsa masih ditempatkan di sebuah PPS, selain itu di Pekan turut melibatkan satu kematian, 577 keluarga (1,802 mangsa ) masih ditempatkan di 14 PPS.
Sebanyak 3 PPS masih beroperasi di Kuantan dengan menempatkan 141 keluarga dengan 487 mangsa dan melibatkan 2 keluarga.
Kini, tiga daerah Raub, Jerantut dan Lipis telah menutup PPS masing-masing setelah keadaan banjir mula surut sejak 25 Disember lalu.
Sementara itu, beberapa batang jalan masih ditutup kepada semua kenderaan, di Pekan, Jalan Kuantan – Segamat dan Jalan Pelak – Belimbing, manakala di Bentong, Jalan Southern Loop masih tidak boleh dilalui.
Di Jerantut pula, Jalan Kuala Lipis- Jerantut; Maran, Jalan KL – Kuantan; RAUB, Jalan Ulu Dong; Daerah Temerloh, Jalan Temerloh – Jerantut; Jalan Paya Luas – Perlok dan di KUANTAN , Jalan Sungai Lembing serta Lipis, Jalan Bentong- Gua Musang masih tidak boleh dilalui.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Anak bekas homeguard era darurat terima alat persekolahan
LIPIS – Anggota polis wanita (AMANITA) dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis telah memberi sumbangan pakaian dan peralatan persekolahan kepada anak bekas polis Homeguard yang berkhidmat semasa era darurat, semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, majlis penyampaian barangan sekolah seperti baju sekolah, kasut dan beg sekolah kepada anak homeguard itu sebagai mengenang jasanya semasa bertugas mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan keamanan semasa era darurat.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor
“Dia (Kamarudin Li) telah berkhidmat sebagai anggota homeguard selama 10 tahun dan melalui tempoh darurat zaman komunis dan penjajahan Jepun di antara tahun 1950 sehingga 1959.
“Dia sekarang tidak mempunyai kerja tetap hanya membuat kerja kampung saja untuk menyara lima anak dan tinggal di Seberang Tanjung Buluh, Kerambit,”katanya di IPD Lipis, semalam.
Katanya, sumbangan barangan peralatan persekolahan dan belajar kepada tiga anaknya diharapkan dapat membantu meringankan beban beliau sekeluarga.
Ketua Amanita Daerah Lipis, Insp Dhiya Abu Hassin menyerahkan sumbangan kepada anak Kamrudin Li di IPD Lipis, semalam.
Turut hadir, Timabalan Ketua Polis Daerah Lipis, DSP Idros Ismail, Ketua Amanita Daerah Lipis, Insp Dhiya Abu Hassin dan tiga anak Kamarudin Li.
Sementara itu, Ketua Amanita Daerah Lipis, Insp Dhiya Abu Hassin berkata, sumbangan itu bakal menyuntik semangat anak-anak Kamarudin untuk terus berjaya dalam pelajaran.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!