Foto atas: Beberapa individu ditahan dalam operasi main Judi Belangkas
Leka main judi belangkas 7 terkejut diserbu polis
MARAN – Tujuh individu leka bermain judi ‘belangkas’ di bulan Ramadan dikejutkan dengan serbuan polis dalam sebuah ‘pot’ perjudian di ladang sawit di Felda Jengka 6, pada jam 4.30 petang semalam.
Operasi itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Maran serta dibantu beberapa bahagian dari IPD turut berjaya merampas serta menahan 5 lelaki Melayu dan 2 lelaki Cina yang sedang leka berkumpul di 2 meja untuk berjudi.
Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat lokasi tersebut dipercayai kerap menjadi tumpuan kaki judi sekitar Jengka.
Antara barangan rampasan dalam operasi tersebut. Foto IPD Maran.
Malah ada yang cuba ‘cabut lari’ masuk ke dalam ladang untuk melepaskan diri daripada dicekup oleh, yang melakukan serbuan di sebuah ladang sawit di situ.
“Hasil pemeriksaan di atas meja dan beberapa individu terlibat, polis merampas perkakasan perjudian seperti 2 buah meja lipat, 2 buah dadu belangkas, kain kanvas, seutas tali putih, piring dan mangkuk kecil serta wang tunai berjumlah RM4,358.00.
“Kawasan itu dipercayai menjadi pot kumpulan itu dan dihadiri oleh kaki judi sekitar Jengka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini..
Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT). Kesemua tahanan dan rampasan telah dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuih 20 sen paling murah di Malaysia berada di Karak, Pahang
KARAK – Kenaikan harga barang tidak menjadi alasan kepada seorang peniaga kuih-muih di Jalan Karak – Temerloh, berhampiran SMK Sri Bentong dengan menjual kuih-muih pada pada harga 20 sen.
Muhd Haqim Mohamad, 27 tahun bersama Bersama pasangannya syahaida sobri 26 tahun tidak mengambil keuntungan berganda sebaliknya bersyukur dapat beramal dalam perniagaan..
“Bermulanya gerai kuih 20 sen ni adalah disebabkan ketika saya kehilangan kerja dan pada situ saya merasai kesusahan bukan saya seorang dan orang lain yang kehilangan kerja dari situlah saya mengilhamkan membuat gerai kuih 20 sen supaya golongan atasan dan golongan bawahan semua dapat makan…. … Macam saya cakap tadilah niat utama nak bagi orang makan kan lepas tu kita berniaga sambil bersedekah rezeki kita ada di mana-mana.
Menurut Muhd Haqim, meskipun menjual pada harga yang murah dia tetap menjaga kualiti produknya.
Muhd Haqim bersyukur walaupun dengan keuntungan yang sedikit ia dapat menampung perbelanjaan keluarga.
Muhd Haqim mula mengusahakan perniagaan kuih-muih sejak 2 tahun lalu selepas diberhentikan kerja sebagai jurutera di cyberjaya, selangor ketika Perintah Kawalan Pergerakan.
Gerai yang dibuka bermula 3 petang setiap hari bulan Ramadan, menjual pelbagai kuih antaranya karipap, cucur badak, kuih kasturi, donat dan pau goreng.
Lebih seribu biji karipap, pau goreng dan cucur badak dijual setiap hari, manakala kuih lain sekitar 400 hingga 500 biji sehari.
Sementara itu, pembeli Rauf dan Nur Alisha yang ditemui memuji usaha yang dilakukan pasangan ini dan ia patut menjadi contoh kepada peniaga lain.
“saya lalu saya nk g mancing pakai baju ni tengok ada macam ni memang terkejut la tak pernah dibuat memang satu benda yang mengejutkan Rauf Deraman itu yang singgah…. …. Dan kuih pun tengok puas hati je takde la kecik sangat, oklah.
Menurut Nur alisha beliau mendapat tahu daripada facebook terkejut juga dengar kuih 20 sen dekat karak mana ada kuih 20 sen zaman sekarang ni kan dengan barang mahal lagi terkejut juga lagi gerai ada jual kuih 20 sen.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PULAU PINANG – Seramai 528 tahanan Rohingya melarikan diri dari depoh Imigresen sementara Sungai Bakap, dekat sini, awal pagi ini.
Bagaimanapun, enam daripada mereka maut dalam kemalangan jalan raya ketika melarikan diri.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud, tahanan telah memecahkan pintu dan besi jeriji di depoh sebelum melarikan diri secara berkumpulan sekitar jam 4.30 pagi.
“Sehingga 10 pagi ini, 362 tahanan telah ditahan semula. Misi memburu mereka yang lain masih diteruskan,” kata Khairul dalam kenyataan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TANJUNG MALIM – Seorang lelaki maut setelah lori muatan cat yang dipandunya terbabas dipercayai akibat tayar pecah di Kilometer 381.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini, semalam.
Nahas sekitar jam 8.30 pagi itu mengorbankan mangsa, M. Mohan, 67, yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Difahamkan, kemalangan berlaku setelah lori dipandu mangsa hilang kawalan dipercayai akibat tayar pecah menyebabkan kenderaan tersebut terbabas ke kiri jalan sebelum terlanggar lereng bukit.
Akibat kemalangan itu, mangsa terhumban dan terkena cermin pandang hadapan. Mangsa cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 8.39 pagi.
Katanya, anggota segera menjalankan kerja-kerja menyelamat pemandu lori yang tersepit, namun, mangsa disahkan telah meninggal dunia.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Kelindan lori berusia 52 tahun bagaimanapun tidak cedera,” katanya.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Video/Gambar: Media Sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penunggang motosikal maut balik dari bercuti di Kota Bharu
LIPIS – Tidak siapa menjangka, selepas bersahur bersama keluarga pagi tadi di kampung, seorang penunggang motosikal pulang untuk menyambung kerja kilang di Shah Alam, maut dalam kemalangan jalan raya pagi tadi.
Kemalangan itu berlaku di KM37, Jalan Lipis-Merapoh, Centre Spine Road (CSR) pada jam 11.30 pagi, hari ini.
Mangsa, Ahmad Nazri Razani, berusia 25 tahun, beralamat di Kampung Ketapang, Jalan Hospital, Kota Bharu, menunggang motosikal berseorangan menghala ke Shah Alam selepas bercuti di kampungnya.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, mangsa bertolak dari kampungnya pada jam 7.30 pagi , apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.
“Punca kematian disebabkan cedera parah di bahagian kepala dan post-mortem akan dilakukan selepas mendapat keputusan saringan Covid-19.
“Ketika kejadian, keadaan jalan kering dan cuaca baik, sistem jalan dua lorong, satu hala dan terdapat konkrit tengah sebagai pembahagi jalan dan bahu jalan berturap, kedudukan motosikal berada di atas bahu jalan menghala ke Lipis,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: YRS menyampaikan sumbangan berbentuk barangan dapur kepada pusat tahfiz, di Jerantut, semalam
YRS sumbang barang dapur kepada Pusat Tahfiz dan asnaf
JERANTUT – Yayasan Raja Shamri (YRS) mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini dengan menyerahkan sumbangan barangan dapur kepada Maahad Tahfiz Darul Ihya Ad Diniah, Jerantut, golongan tahfiz asnaf dan yatim piatu yang berada di luar bandar.
Pihak pengurusan Maahad Tahfiz turut berterima kasih dengan sumbangan YRS kepada pusat itu serta cakna dengan golongan asnaf yang menuntut di situ.
Jurucakap pusat tahfiz itu berkata, golongan asnaf yang sedang menuntut ilmu dan bakal menjadi tahfiz dan ilmuwan agama tidak patut dipinggirkan.
“Suatu masa nanti golongan ilmuwan agama inilah yang akan menjadi pewaris dan seterusnya menyampaikan ilmunya pula buat generasi baharu,” katanya.
Wakil 3rd Force YRS berkata, pihak Yayasan Raja Shamri sentiasa komited membantu tidak kira di mana mengikut kemampuan dan keupayaan demi negara yang tercinta. Sumbangan disampaikan oleh wakil 3rd Force YRS di sini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anggota bomba BTHO turut diraikan KRT Suadamai dalam majlis berbuka puasa sebagai menghargai jasa pasukan itu.
KRT Hussein Onn agih gulai kawah
CHERAS – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Suadamai Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) di sini menyantuni komuniti dengan mengagihkan 100 paket gulai kawah daging dalam Program Iftar Ramadan, baru-baru ini.
Setiausaha KRT berkenaan, Che Nordin Ismail, berkata dengan sumbangan infak yang terkumpul itu KRT menggunakannya untuk membeli bahan mentah membuat gulai kawah daging berkenaan dan menu lain untuk empat minggu berturut-turut.
Che Nordin (tengah) turut membantu memasak gulai kawah daging di dapur KRT Suadamai sambil diperhatikan oleh seorang penduduk komuniti itu, Mhd Shah Abdul Hamid (kiri).
Katanya, penyediaan gulai kawah daging berkenaan adalah daripada wang peruntukan yang sedia ada dan sumbangan orang ramai selepas dilancarkan kempen infak mulai Mac untuk program itu sebagai memberi peluang komuniti berkongsi rezeki.
“Walaupun juadah iftar itu tidak seberapa tetapi besar ertinya kepada KRT kerana dapat memupuk budaya kongsi rezeki dalam kalangan komuniti kerana selagi situasi pandemik Covid-19 belum reda masih ada antara kita dihimpit masalah perbelanjaan harian.
“Sekurang-kurangnya juadah iftar itu dapat menampung menu berbuka keluarga tertentu yang mungkin tidak mampu untuk berbelanja di pasar Ramadan apabila harga makanan dijual terlalu tinggi bagi mereka apabila hilang sumber pendapatan kerana pandemik Covid-19,” katanya.
Tambahnya, sebagai menghargai sumbangan bakti pihak berkuasa di BTHO, pihak KRT akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama anggota pasukan berkenaan yang didahulukan dengan anggota bomba dan Polis Komuniti BTHO.
“Dalam tempoh dua tahun lalu KRT tetap meneruskan program ini walaupun dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pandemik Covid-19 bagi meringankan bebanan keluarga dalam komuniti Suadamai,” katanya ketika ditemui pada majlis ringkas agihan juadah iftar Ramadan itu.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Keselamatan KRT berkenaan, Ali Idrus yang turut hadir pada majlis berkenaan, melahirkan rasa gembira dapat berkongsi rezeki dengan keluarga dalam kalangan komuniti Suadamai untuk menikmati juadah iftar Ramadan.
Seorang komuniti Suadamai BTHO, Abdul Hamid Ahmad (kanan) menerima sumbangan iftar Ramadan daripada Ahli Jawatankuasa Keselamatan KRT Suadamai, Ali Idrus dalam majlis agihan Program Iftar Ramadan, baru-baru ini.
“Program ini juga secara tidak langsung menunjukkan KRT sentiasa prihatin terhadap permasalahan keluarga dalam komuniti Suadamai khasnya apabila dihimpit pelbagai kesulitan berikutan pandemik Covid-19 yang belum pulih sepenuhnya.
“Kami berharap program seperti ini sampai ke penghujung Ramadan dengan menyediakan pelbagai menu berbeza setiap minggu supaya ahli keluarga komuniti berasa gembira serta bersyukur menikmati juadah itu apabila berbuka,” katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BHARU – Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta kejutan dalam perlawanan kedua Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila menumbangkan juara dua kali dan naib juara Liga Korea Selatan (K-League), Ulsan Hyundai, 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.
Gol daripada Fernando Forestieri dan Bergson da Silva dalam babak berbeza memberikan Harimau Selatan kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Guangzhou FC, 5-0 Jumaat lalu.
Pasukan bimbingan Benjamin Mora itu berada di depan seawal minit keempat apabila Forestieri melepaskan rembatan jarak jauh gemilang susulan menerima hantaran Corbin Ong.
Menariknya, tiada sebarang petanda untuk wakil negara itu bermain secara bertahan, sebaliknya terus menguasai permainan dan berhasil melakukan beberapa percubaan, antaranya menerusi rembatan jarak jauh Nazmi Faiz Mansor dan lambungan tinggi Bergson.
Ulsan memperkemaskan aksi dalam babak kedua dan berupaya menyamakan kedudukan selepas Um Wong-sang melepaskan sepakan leret untuk menewaskan penjaga gol JDT, Haziq Nadzli, pada minit ke-52.
Bagaimanapun, JDT membuktikan betapa mereka sudah bersedia untuk bersaing di pentas tertinggi Asia apabila penyerang utama, Bergson yang menerima lorongan Safawi Rasid selepas Matthew Davies merampas bola daripada pemain lawan melepaskan rembatan kaki kiri lencong yang menerjah jaring lawan pada minit ke-80 untuk memastikan kemenangan pasukannya.
Dengan kemenangan itu, JDT kekal menerajui Kumpulan I dengan enam mata, dua mata mendahului gergasi Jepun, Kawasaki Frontale, manakala Ulsan pula berada di tangga ketiga dengan satu mata.
Sumber : Astro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Seramai 17 orang anak yatim Felda Jengka 24 menerima sumbangan sempena sambutan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah di Masjid Jengka 24, hari ini.
Datuk Nazri menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima anak yatim
Kerajaan negeri turut menyumbang karpet untuk masjid itu bernilai RM25,000.
Turut hadir, Tuan Kadi Daerah Jerantut, Tuan Haji Syaifuddin Mohammad Sa’ad , Pengarah Felda Wilayah Jengka Encik Termizi Mohd Lee, Pengerusi JKKR Felda Jengka 24, Pengurus Felda Jengka 24, Saiful Mohd Puzi dan Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud.
Selain penyampaian sumbangan, majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama penduduk setempat turut diadakan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Air banjir kilat menenggelami sebuah jambatan kecil di sebatang jalan masuk ke kawasan rumah penduduk di Kampung Keledek, Lipis, Pahang hari ini. – Foto BBP Kuala Lipis.
Hujan lebat berterusan Kampung Keledek banjir
LIPIS – Hujan lebat berterusan bermula jam 6 pagi hari ini, air mula melimpah ke kawasan kampung Keledek menyebabkan penduduk kampung itu dikejutkan dengan bencana banjir yang menyebabkan enam buah rumah penduduk dimasuki air.
Ketua Balai Bomba Lipis, Haslizan Ramli berkata, punca kejadian itu apabila air daripada anak sungai yang mengalir berdekatan kampung melimpah masuk ke kawasan kediaman berikutan hujan turun dengan lebat sejak semalam.
“Sebanyak enam buah rumah penduduk telah dinaiki air. Bagaimanapun tiada ada kemalangan jiwa atau kecederaan mangsa dan juga tidak melibatkan pemindahan ke PPS,’ katanya ketika di sini hari ini.
Menurut Haslizan, seramai enam orang pegawai dari Balai Bomba Lipis telah berada di tempat kejadian dengan membuat pemantauan keselamatan dan penilain risiko kesan banjir penduduk di situ.
Sementara itu, seorang warga emas, Che Minah Che Mamat berkata, ketika kejadian dia baharu sahaja selesai bersahur dan mula hendak menunaikan solat Subuh.
“Saya sudah menjangka hujan lebat malam tadi berkemungkinan akan berlaku banjir. Rupa-rupanya betul kerana air anak sungai berdekatan sudah masuk ke ruang dapur.
“Kejadian ini kerap berlaku apabila hujan lebat dan selalu air memenuhi kawasan ruang dapur dan akan akan surut dengan cepat selepas tengah hari,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!