Foto : Ummul Ayuni Atiqah Mohd Khamis yang hilang sejak 9 November.
Polis, keluarga mohon orang ramai bantu cari remaja perempuan hilang
MARAN : Pihak Polis dan keluarga memohon orang ramai membantu mencari seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak menerima laporan kehilangannya pada 9 November lalu.
Ketua Polis Daerah Maran, Superitendan Wong Kim Wai berkata, remaja itu, Ummul Ayuni Atiqah Mohd Khamis beralamat di Kampung Paya Chedung, Maran.
“Kali terakhir, remaja tersebut memakai tudung warna hitam, baju kemeja lengan pendek corak petak-petak warna hitam-putih, seluar slack warna hitam dan memakai selipar jenis sandal hitam ketika kali terakhir dilaporkan.
“Ciri fizikal remaja (Orang Hilang) itu, berambut paras bahu warna hitam, berbadan sederhana, tinggi kira-kira 150 sentimeter (cm) dan ada tanda pengecaman mempunyai tahi lalat di bahagian pipi sebelah kiri.
“Pihak polis melakukan pencarian di keseluruhan kawasan Maran, Sri Jaya, Chenor, Pekan Awah, Bandar Jengka dan Sungai Jerik untuk mengesan dan mencari OH itu,” katanya.
Katanya, setakat ini, status OH ini masih belum dijumpai sehingga hari ini. Kepada yng mempunyai maklumat sila hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran dengan nombor 09-477 1222 atau hubungi man-mana balai polis terdekat. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Guru, murid dan ibu bapa berganding bahu menanam pokok sekitar kawasan sekolah..
SKFC jaga kebersihan dan lestarikan alam sekitar bersama komuniti
SEKOLAH Kebangsaan Felda Chemplak (SKFC), Segamat, Johor bukan setakat menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar, malah berjaya memupuk hubungan harmoni serta kesepakatan bersama komuniti setempat dalam memasyhurkan sekolah berkenaan dalam pelbagai program.
SKFC tidak pernahkan menafikan kerjasama pelbagai pihak khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti setempat, pemimpin masyarakat, ketua agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya amat penting dalam menjayakan sesuatu program yang dilaksanakan.
Perkara itu terbukti apabila pelbagai pihak berkenaan mengambil bahagian secara langsung dan tidak langsung dalam menyokong dan memberi galakan bagi menjayakan program Bumi Hijau dan World Cleanup Day (Hari Pembersihan Sedunia atau WCD) 2024 SKFC baru-baru ini.
Hashim (kiri) menunjukkan isyarat bagus selepas menanam sebatang pokok pada majlis perasmian program berkenaan.
Focal Person Persatuan Ibu Bapa Komuniti (PIBK) Daerah Segamat, Hashim Mohamad Kalang dalam ucapan perasmian program berkenaan, mengakui dan memuji usaha SKFC dalam menjayakan program itu apabila membabitkan pelbagai pihak komuniti masyarakat dan bukan setakat dengan penyertaan guru dan murid sahaja.
Menurutnya, sebagai satu-satunya sekolah di daerah itu menyertai program berkenaan beliau melahirkan rasa bangga dengan pembabitan semua pihak, sekali gus membuktikan bahawa seluruh warga SKFC serta komuniti Felda Chemplak mempunyai kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
“Paling penting program sebegini semestinya mampu memberi impak positif kepada murid kerana mereka didedahkan dengan sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam usaha menjaga kebersihan persekitaran.
“Selain itu ia juga merupakan salah satu proses pembelajaran yang akan mendorong kepada kemenjadian murid untuk menjadi lebih cemerlang bukan setakat dalam pelajaran malah pendedahan bermanfaat pembabitan mereka dalam program sekolah apabila disertai pelbagai pihak,” katanya di Majlis Focal Person Persatuan Ibu Bapa Komuniti (PIBK) Daerah Segamat.
Katanya, pPenglibatan komuniti setempat juga amat penting bagi memastikan usaha melestarikan alam sekitar akan tercapai malah dalam program lain pada masa akan datang kerana membantu memasyhurkan SKFC kepada pihak luar.
“Menerusi kolaborasi pihak sekolah, PIBG, komuniti setempat, pemimpin masyarakat, agensi kerajaan, swasta serta NGO beberapa aktiviti bercorak kemasyarakatan boleh dijalankan seperti gotong-royong, pembersihan kawasan awam atau penanaman pokok di sekitar sekolah.
“Usaha kecil sebegini dapat memberi kesan untuk jangka masa yang lama sekiranya dilakukan secara berterusan, alam sekitar ini adalah kurniaan Allah untuk kita jaga sebaiknya tanpa melakukan sebarang kerosakan supaya generasi akan datang turut memperoleh manfaat,” katanya.
Turut hadir pada majlis perasmian program berkenaan, Guru Besar SKFC, Mohd Ali Hadoon; Yang Dipertua PIBG SKFC, Hamrin Paimin; Pengurus Bank Rakyat Cawangan Labis, Mohd Aznan Harun; Pengurus Felda Chemplak, Muhammad Firdaus Mohd Yusof; Pengurus Felda Chemplak Barat, Wan Muzammi Wan Junus; Ketua Kampung Felda Chemplak, Abd Razak Abd Rashid; Kami Anak Chemplak, Maznah Othman; Pegawai Perhubungan Sekolah Polis Diraja Malaysia (PPS PDRM), Lans Koperal Mohd Hafiz Ismail dan ibu bapa.
Sementara itu, Mohd Ali berkata, pada program berkenaan 150 pokok berjaya ditanam hasil sumbangan dana daripada ibu bapa yang menyumbang satu pokok untuk sebuah keluarga dengan membabitkan penyertaan 218 murid prasekolah, pendidikan khas serta tahun satu hingga enam.
Menurutnya, program itu bermatlamat ke arah menyemaikan kesedaran dalam kalangan generasi muda sekarang khusus pada peringkat sekolah rendah yang akan mampu mendisiplinkan mereka di samping berasa bertanggungjawab memulihara alam sekitar.
Tambahnya, integrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam program itu juga dapat menyediakan kepada warga sekolah suasana serta budaya pengajaran dan pembelajaran berteraskan alam sekitar seperti mempraktikkan konsep kitar semula bahan disamping penanaman semula tumbuh-tumbuhan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Pelajar Program Saluran Bitara merakamkan kenangan selepas mendaftar.
Yayasan Bank Rakyat taja Pendidikan Bahasa Etnik bahasa Kadazandusun, Iban dan Semai di UPSI
UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, menerima kemasukan pelajar baharu Program Saluran Bitara di Kolej Za’ba, Kampus Sultan Azlan Shah, baru-baru ini.
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPSI, Profesor Dr Abdul Rahim Razalli, berkata 111 pelajar yang mendaftar adalah daripada 47 pelajar yang mengambil jurusan Bahasa Etnik iaitu Kadazandusun, Iban dan Semai.
Menurutnya, manakala 44 yang lain mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, 17 lagi Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan tiga pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di bawah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE).
Petugas menyantuni dan membantu pelajar Program Saluran Bitara membuat semakan pendaftaran.
“Ini adalah kali pertama diadakan pengambilan Saluran Bitara di bawah UPSI Holdings dan pelajar yang mula menjalani semasa minggu orientasi.
“Mereka mendaftar dan menghuni di Kolej Za’ba, Kampus Sultan Azlan Shah bersama-sama pelajar ijazah pertama yang lain,” katanya.
Sementara itu, Dekan Fakulti Bahasa dan Komuniksi (FBK), Prof Madya Dr Mazura @ Mastura Muhammad, berkata 30 pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Etnik Dengan Kepujian yang ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Bank Rakyat.
Menurutnya, sebelum itu FBK hanya menawarkan program pengajian Bahasa Kadazan Dusun dan Iban sebagai kursus minor yang kebanyakannya diikuti pelajar dari Sabah dan Sarawak.
Tambahnya, baru-baru ini FBK menerima sumbangan RM7.5 juta daripada Yayasan Bank Rakyat sebagai usaha menggerakkan program pengajian Bahasa Etnik dan bertujuan untuk kemampanan bahasa etnik.
Ketika menyampaikan sumbangan itu di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah baru-baru ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata pembiayaan pendidikan itu khusus bagi mahasiswa yang mengambil pengajian bahasa etnik Kadazan Dusun, Iban dan Semai.
Beliau berharap ia dapat memperlihat identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang berlatarbelakangkan bahasa yang berbeza. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – : Berpunca insuran cip kasino bernilai RM100 yang perlu dibayar oleh salah seorang suspek mencetuskan pergaduhan di dalam Kasino, Genting Highlands telah berlaku pada jam 3.15 petang pada 23 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan sebuah klip video berdurasi 52 saat memaparkan seramai tujuh orang terlibat dalam pergaduhan tersebut susulan laporan polis diterima daripada seorang lelaki warganegara tempatan yang bertugas sebagai polis bantuan di situ berkaitan kejadian pergaduhan itu.
“Kejadian tersebut telah menyebabkan beberapa orang (suspek) mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan di hospital dekat sini.
“Sejurus kejadian tersebut pihak polis telah berjaya menahan tujuh orang suspek bagi membantu siasatan,” katanya di sini, hari ini.
Zaiham berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
“Semua suspek terdiri daripada lelaki warganegara tempatan dan warganegara asing yang berumur antara 39 hingga 70 tahun.
“Tiga daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes kekerasan dan harta benda,” katanya.
Katanya, seramai tiga suspek telah dituduh di bawah Seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh dan sekiranya disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya pada 28 Oktober lalu.
“Manakala empat lagi suspek dibebaskan setelah mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Pahang.
“Orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes tersebut telah disiasat Polis Bentong dan yang terlibat telah ditahan serta didakwa di mahkamah,” katanya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pasangan suami isteri nyaris lemas, anggota polis turun ke dalam parit selamatkan mangsa
LIPIS – Sepasang suami isteri nyaris lemas apabila kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang dinaikinya terbabas ke dalam parit setinggi lima meter dari tepi tebing jalan di KM 4, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini pada jam 8.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man berkata, seorang anggota polis, Sarjan Mohd Affendy Suhaimi apabila tiba di tempat kejadian telah turun ke dalam parit tersebut untuk menyelamatkan mangsa yang hampir lemas.
“Semasa pihak polis sampai di lokasi kejadian, mendapati kedua-dua mangsa berada dalam kenderaan yang hampir tenggelam.
“Sarjan Mohd Affendy segera masuk ke dalam parit, namun, mangsa berjaya keluar sendiri dari kenderaan itu melalui cermin tingkap yang pecah,” katanya.
Katanya, punca kejadian apabila kenderaan 4×4 jenis Mitsubishi Triton itu telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan melanggar penghadang jalan lalu masuk ke dalam parit yang digenangi air sedalam kira-kira dua meter selepas hujan lebat.
“Kenderaan itu dipandu oleh suaminya berusia 55 tahun bersama isterinya (67) dalam perjalanan dari Machang, Kelantan menghala ke Selayang, Selangor untuk menghadiri mesyuarat.
“Akibat kemalangan tersebut, pemandu dan isterinya mengalami kecederaan luka- luka kecil di bahagian tangan, manakala isterinya yang duduk di bahgian penumpang hadapan kenderaan itu berusia 67 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Katanya, kes kemlangaan itu disiasat di bawah kaedah 10 ln 166/59 (kaedah – kaedah lalu lintas 1959).
“Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Lipis di nombor 09-3121999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Murid sekolah menengah keluar rumah selama enam hari masih tidak pulang
JERANTUT : Polis di sini sedang mengesan seorang remaja perempuan, Nur Farahana Abdullah berusia 17 tahun beralamat di Taman Sri Pedah, Jerantut Feri dekat sini.
Superintenden Zukri Muhammad
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, polis menerima laporan kehilangan remaja itu daripada ahli keluarganya pada 31 Oktober lalu berikutan mangsa keluar dari rumah pada 30 Oktober lalu.
“Remaja seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Temin, Jerantut mempunyai ketinggian 160 sentimeter, berat badan 50 kilogram, berbadan kurus dan berkulit putih.
“Ketika keluar rumah mangsa berpakaian baju T berbelang putih, seluar slack warna hitam, tudung hitam, berselipar dan beg sekolah,” katanya, di sini hari ini.
Katanya, orang ramai yang mengenali dan mengetahui remaja perempuan ini berada atau terjumpa diminta menghubungi IPD Jeantut menerusi talian 09 2662222.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KELOK Sembilan atau Kelok 9 adalah jalan yang berkelok atau berselekoh yang terletak kira-kira 30 kilometer (KM) sebelah timur dari Kota Payakumbuh, Sumatera Barat menuju Provinsi Riau.
Jalan ini sepanjang 300 meter di Jorong Ulu Air, Kecamatan Harau, Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat merupakan sebahagian dari jalur jalan penghubung Lintas Tengah Sumatera (LTS) dan Pantai Timur Sumatera (PTS).
Jalan ini memiliki selekoh yang tajam dan kelebaran sekitar 5 meter, berbatasan dengan jurang dan diapit oleh dua perbukitan di antara dua cagar alam iaitu Cagar Alam Air Putih dan Cagar Alam Harau.
Jambatan Kelok 9 iaitu jalan dan jambatan dibina dan dikelola oleh PT Waskita Karya (Persero) Tbk sepanjang 2.7 kilometer.
Jambatan ini menggantikan jambatan lama yang berusia 120 tahun yang dibina pada tahun 1904.
Di sekitar Jalan Kelok 9 turut ini dibangunkan jambatan layang sepanjang 2.5 km. Jambatan ini membentang menyusuri dua dinding bukit dengan tinggi tiang-tiang beton bervariasi mencapai 58 meter.
Binaan jambatan ini sebanyak enam kali menyeberangi bolak balik bukit dan dirasmikan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada Oktober 2013.
Pada awalnya, berdasarkan beberapa rujukan, diketahui bahawa saiz jalan di Kelok Sembilan jika direntang lurus hanya sepanjang 300 meter dengan lebar jalan 5 meter yang dibina oleh kerajaan kolonial Belanda pada tahun 1908-1914 untuk memudahkan pengangkutan dari Pelabuhan Teluk Bayur di barat Sumatera hingga ke kawasan timur.
Apabila masa berlalu, orang ramai dan kepadatan meningkat seiring dengan pertumbuhan ekonomi. Bagaimanapun, pertumbuhan ini tidak seimbang dengan kemudahan jalan raya sedia ada.
Ini berikutan keadaan jalan yang bercerun curam dan selekoh tajam, dan berbahaya kepada pengguna kerana banyak lori besar dengan muatan berat gagal mendaki bukit.
Selain itu, masa perjalanan semakin lama dan sibuk kerana laluan masih sempit menyebabkan sukar untuk memotong kenderaan di hadapan oleh itu Pemerintah Republik Indonesia pada masa itu mula membangunkan jalan dan jambatan ini.
Kementerian Kerja Raya mula melaksanakan pembinaan Jambatan Kelok Sembilan pada 2003 berkonsepkan pembinaan hijau atau mesra alam memandangkan lokasi itu berada di kawasan rizab alam semula jadi.
Projek ini menelan belanja kira-kira Rp 580.8 miliar yang dilakukan dalam dua tahap pembangunan dan memerlukan jangka waktu penyelesaian selama sepuluh tahun.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dua pesara guru terima sijil teknologi automatif di usia emas.
Jerantut : Dua pesara guru tidak mahu menjadikan usia warga emasnya tepu selepas bersara dari perkhidmatan dan mengisi masa usia emasnya dengan dengan mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang teknologi automotif selama enam bulan di Pusat Giat Mara Rompin.
Guru tersebut, Mohd Aziz Saad berusia 61 tahun yang telah memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang Pendidikan khas pada tahun 1998 dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan ijazah sarjana dalam bidang pengkhususan kepimpinan dan kepengetuaan Universiti Malaya pada tahun 2008.
Beliau yang telah berkhidmat dalam bidang pendidikan dan bersara pada tahun 2019 tidak mahu terlepas peluang mengikuti sijil kemahiran membaiki motosikal dan kereta
“Sebenarnya saya mengambil peluang belajar kursus ini kerana mahu mencuba sesuatu yang baharu dan berlainan dari bidang pendidikan yang dilakukan selama kira-kira 30 tahun.
“Apa salahnya, saya mencuba yang baharu dan boleh juga dimanfaatkan untuk diri sendiri, keluarga atau membantu orang yang memerlukan bantuan awal sebelum ke bengkel,” katanya ketika ditemui selepas majlis graduasi Giat Mara di Kuantan, baru-baru ini.
Beliau yang juga pernah memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Vokesional (SMKV) Jalan Sungai Lembing, Kuantan , mahu menunjukkan kepada generasi muda agar terus belajar tanpa mengira usia.
“Kepada generasi muda jangan jadikan alasan untuk terus berjaya, saya berbangga dengan SKM yang diperolehi demi menyahut seruan kerajaan ke arah kepentingan TVET demi pembangunan Negara,” katanya.
Seorang lagi pesara guru yang mengikuti kursus yang sama, Sh Khadri Sh Ibrahim (64) , mahu mengikuti kursus itu kerana minat dalam bidang automatif sudah lama ada di dalam dirinya.
“Jujurnya, saya memang meminati bidang automotif sejak sebelum menjadi guru lagi dan semasa usia remaja, saya sering ke bengkel motosikal kawan di kampung dan turut membantu melakukan kerja-kerja ringan membaiki motosikal pelanggan.
“Selepas berjaya mengikuti latihan perguruan, minat itu terhenti sejak saya mula berkhidmat di menjadi guru,” katanya.
Beliau memiliki ijazah sarjana muda Pendidikan khas dari UKM pada tahun 2002 dan tempat bertugas terakhir dan bersara pada tahun 2018 di SMK Gudang Rasau, Kuantan.
“Diharapkan generasi muda mengambil peluang mengikuti kursus kemahiran yang banyak ditawarkan seperti di Kolej Giat Mara, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan beberapa kolej lain.
“Kalau golongan muda gagal melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam, terdapat pelbagai kursus kemahiran boleh menjadi pilihan untuk terus berjaya dengan bermula kursus peringkat sijil dan diploma malah boleh dilanjutkan ke peringkat ijazah,” katanya.
Katanya, tiada syarat ketat untuk belajar di Giatmara, cuma memerlukan minat, menguasai 3M dan sihat tubuh badan serta tiada had usia..- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ada pihak perkecilkan peranan kerajaan Pahang kononnya tidak Islamik
JERANTUT – Ada pihak memperkecilkan peranan kerajaan negeri Pahang kononnya kerajaan sekarang tidak Islamik untuk meningkatkan syiar Islam.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kesal tohmahan pihak tertentu itu menyatakan beliau dan bersama rakan kerajaan negeri ini tidak berperanan begitu Islamik berbanding dengan pihak mereka.
Katanya, kerajaan sekarang sangat komited untuk meningkatkan syiar Islam bersama semua umat Islam tanpa mengira perbezaan latar belakang, fahaman politik atau pangkat.
“Pada tahun ini, kerajaan negeri mengeluarkan RM10,000 kepada 5,000 masjid dan surau bagi memperkukuhkan peranan institusi keagamaan itu.
“Selain itu, turut menyumbang sebanyak RM 2,000 kepada 200 Pusat Maahad Tahfiz yang ada di negeri ini,” katanya ketika menyampaikan Bantuan Prhatin Masjid dan Surau, hari ini.
Katanya, seramai 8,800 pelajar pusat Tahfiz juga tidak terkecuali dengan menerima sumbangan sebanyak RM100 setiap seorang.
“Golongan mualaf turut menerima sebanyak RM 200 setiap seorang yang seramai 5,000 orang.
“Bantuan dan sumbangan yang disampaikan itu menunjukkan kerajaan negeri sangat prihatin dengan meningkatkan Syiar Islam di negeri ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Motosikal yang ditunggang seorang lelaki yang meninggal dunia.
Penunggang motosikal meninggal dunia dan pembonceng kanak-kanak cedera dalam kemalangan melibatkan lori
MARAN : Seorang lelaki dewasa yang menunggang motosikal meninggal dunia dan seorang kanak-kanak lelaki yang membonceng tercedera dalam kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori yang berlaku di Persimpangan Ulu Luit, dekat sini pada jam 7.39 malam, hari ini
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM).
“Manakala, kanak-kanak lelaki yang membonceng motosikal tercedera telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM, pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
“Enam anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran menyerhkan mayat mangs kepada pihak polis tindakan selanjutnya,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!