KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan nama Jalan Raja Laut 1 kini dikenali sebagai Jalan Palestin.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata cadangan menukar nama jalan itu tercetus semasa Majlis Himpunan Hari Quds Sedunia yang di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei tahun lalu.
“Kementerian Wilayah Persekutuan memohon kepada DBKL untuk menamakan sebatang jalan di Kuala Lumpur sebagai Jalan Palestin.
“Pertukaran nama jalan itu adalah sebagai simbol sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penindasan dan seterusnya menubuhkan sebuah negara berdaulat,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata proses untuk mengenal pasti jalan yang sesuai sebagai Jalan Palestin mengambil masa agak lama kerana perlu dibuat secara teliti dan melalui prosedur ditetapkan seperti mana pertukaran nama bagi jalan-jalan lain.
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAMBAH KAKITANGAN BAGI PERCEPATKAN PROSES SARINGAN
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan situasi pengembara dari Sabah yang terkandas berjam-jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan (klia2) hari ini.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan perkara tersebut berkata, pihaknya telah menambah anggota bagi memastikan proses saringan COVID-19 berjalan dengan lancar.
“KKM sedang memantau pelaksanaan saringan di lapangan.
“KKM turut dimaklumkan, di klia2 penerbangan terus dari Sabah lebih daripada jangkaan pada hari ini.
“Bagaimanapun, KKM telah menambah kakitangan untuk membantu team di klia2 dan kakitangan tambahan seramai 80 orang telah dimobilisasikan pagi tadi apabila berlaku kejadian,” katanya kepada Astro AWANI.
Terdahulu, Astro AWANI menerima laporan daripada pembaca memaklumkan bahawa pengembara dari Sabah terpaksa menunggu lama bagi menjalani saringan COVID-19.
Ia selepas KKM mewajibkan semua pengembara dari Sabah menjalani saringan COVID-19 bermula hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Aktiviti dalam pub dan kelab malam terus menjadi kesalahan paling tinggi melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada 523 individu yang ditahan semalam, seramai 356 adalah kerana aktiviti dalam pub dan kelab malam.
“Seramai 523 individu ditahan polis atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu, seramai 483 individu dikompaun, manakala 40 direman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, 105 individu lagi ditahan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka (38), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (20) dan pendatang asing tanpa izin (4).
Katanya, pasukan petugas operasi pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan 45,847 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP, semalam.
Selain itu, Ismail Sabri memaklumkan, sebanyak 2,424 pasukan pematuhan membabitkan 11,244 anggota membuat pemantauan di 3,213 pasar raya, restoran (3,893), penjaja (1,017), kilang (1,011), bank (2,896) dan pejabat kerajaan (520).
“Sebanyak 903 terminal pengangkutan darat, 207 terminal pengangkutan air serta 99 terminal pengangkutan udara turut dipantau dalam operasi itu,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUCHING: Dua kes positif COVID-19 baharu dilaporkan di Sarawak hari ini dengan kedua-duanya berlaku di Lawas, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 706 kes.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, kedua-dua kes itu adalah lelaki warga tempatan yang juga petugas barisan hadapan di Pos Kawalan Sempadan Sarawak-Sabah di Merapok.
“Mereka disaring pada 20 September 2020 kerana disyaki mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 semasa bertugas di pos sempadan itu.
“Sampel saringan kes dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu, Sabah dan ujian rT-PCR pada 26 September 2020 mendapati sampel saringan mereka adalah positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, salah seorang daripada mereka menunjukkan tanda dan gejala awal jangkitan COVID-19 pada 7 September 2020, manakala seorang lagi tidak bergejala.
“Kedua-dua kes dirujuk ke Hospital Miri hari ini untuk rawatan lanjut dan siasatan awal menunjukkan mereka tidak mempunyai sejarah perjalanan keluar negara atau melawat kawasan berstatus merah di Sabah.
“Punca jangkitan kedua-dua kes itu masih dalam siasatan lanjut dan hasil siasatan awal menjurus kepada berkemungkinan mereka mendapat jangkitan ketika menjalankan tugas sebagai petugas barisan hadapan di pos sempadan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Orang ramai di Jerantut diharap berhati-hati setelah tiga lagi pesakit dikesan oleh pihak Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Jerantut yang positif Covid-19, yang turut melibatkan kes pertama positif pada 25 September lalu, hari ini.
Dua pesakit wanita berusia 25 dan 35 tahun serta seorang lelaki berusia 56 tahun merupakan ahli keluarga yang tinggal di alamat yang sama di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Peringkat 3 dan 4 dilaporkan positif setelah mendapat rawatan dan pemeriksaan susulan.
Gerai sepanjang jalan berdekatan PAKR Peringkat 3 dan 4 dan PAKR Bandar Jerantut (410) diarah ditutup. – FOTO: Ihsan
Semua yang terbabit telah pergi ke Sabah secara berkumpulan bersama 14 orang lagi dan melawat tempat pelancongan, Pasar Filipina, Balai Polis Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Dengkil dan Gombak.
Selain itu, dilaporkan tiga orang anak suspek telah hadir ke sekolah di kawasan Bandar Jerantut.
Masjid Tengku Ahmad, Jerantut turut disembur dengan cecair sanitasi oleh pihak bomba- FOTO : Ihsan
Sementara itu, Masjid Tengku Ahmad, Jerantut turut disembur dengan cecair sanitasi oleh pihak bomba dan gerai sepanjang jalan berdekatan PAKR Peringkat 3 dan 4 dan PAKR Bandar Jerantut (410) diarah ditutup.
Orang ramai dikehendaki mematuhi operasi prosedur standard (SOP) dengan mengekalkan pejarakan fizikal, memakai pelitup muka, sentiasa membasuh tangan dan cuba hindari keluar ke kawasan orang ramai tanpa tujuan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELBOURNE: Perintah berkurung di Melbourne akan ditamatkan pada Isnin, selepas hampir dua bulan dilaksanakan di bandar kedua terbesar Australia itu dalam usaha mengekang peningkatan mendadak COVID-19.
Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews, berkata penduduk Melbourne bebas keluar dari kediaman mereka pada bila-bila masa untuk bekerja, bersenam dan membeli barang keperluan.
Kelonggaran itu diberikan selepas 16 jangkitan baharu dan dua kematian dilaporkan di Victoria pada Ahad serta kes aktif negeri terbabit menurun di bawah paras 400 untuk pertama kalinya sejak 30 Jun lalu
Perintah berkurung dikuatkuasakan di Melborune pada 2 Ogos lalu, bersamaan dengan sekatan lain ekoran berlaku lonjakan kes COVID-19 di bandar yang memiliki populasi sekitar lima juta orang.
Andrew berkata keputusan itu tidak dibuat secara sewenang-wenangnya tetapi tiada mana-mana pihak berhak untuk meletakkan semua risiko terhadap warga Victoria.
Bagaimanapun pergerakan orang ramai masih terbatas dalam lingkungan lima kilometer (km) dari kediaman mereka dan denda bagi yang melanggar sekatan lain akan dinaikkan menjadi AS$3,515 (RM14,662) bagi menghalang perbuatan itu.
Melbourne, ibu kota Victoria menjadi pusat gelombang kedua Australia selepas virus tersebar dari hotel yang menjadi pusat kuarantin perantau pulang dari luar negara.
Menurut Andrews beberapa sekatan lain juga akan ditarik semula, sekali gus membolehkan pekerja di industri tertentu kembali dan majlis keagamaan dalam skala kecil disambung semula.
Murid sekolah rendah akan kembali ke kelas mulai pertengahan Oktober dan pusat jagaan kanak-kanak turut akan dibuka semula dengan segera.
Lawatan ke hospital dan kemudahan penjagaan warga emas dibenarkan dengan syarat yang ketat, namun lawatan ke rumah akan tetap dilarang serta perjumpaan di luar rumah terhad kepada lima orang dari dua isi rumah.
Andrews berkata kediaman adalah antara persekitaran yang paling berisiko untuk penularan virus.
Secara relatifnya, Australia berjaya membendung penyebaran COVID-19, dengan merekodkan lebih 27,000 kes dan 872 kematian daripada populasi penduduk seramai 25 juta orang.
Sumber: AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA BHARU: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta bagi melaksanakan 802 projek pemuliharaan sungai di seluruh negara, sekali gus mengurangkan risiko banjir.
Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata peruntukan berkenaan adalah tambahan kepada peruntukan sedia ada yang diluluskan Unit Perancang Ekonomi (UPE) sebanyak RM80.3 juta untuk pelaksanaan 615 projek.
Katanya, kesemua 802 projek itu adalah bertujuan menangani dan mengurangkan impak kejadian banjir kepada rakyat menerusi pelaksanaan projek pemuliharaan tebing sungai, naik taraf sistem saliran dan kerja kecemasan luar jangka.
“Kita menganggarkan seramai 500,000 penduduk di kawasan yang dikenal pasti akan menerima manfaat apabila kesemua projek berkenaan siap menjelang akhir 2020.
“Bagi memastikan pelaksanaan 802 projek ini dapat memacu pertumbuhan ekonomi setempat, kaedah perolehan digunakan adalah melalui sebut harga dan undian membabitkan projek berskala kecil.
“Bagi projek bernilai RM100,000 ke bawah, perolehan projek adalah melalui kaedah undian, manakala yang bernilai RM800,000 ke bawah, ia melalui kaedah sebut harga,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir majlis cabutan undi bagi kerja-kerja di bawah peruntukan KASA bagi jajahan Kota Bharu di sini, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, semua projek berkenaan membabitkan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak diharap dapat berjalan secepat mungkin dan mampu disiapkan mengikut jadual,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Belum ada keputusan muktamad untuk penetapan tarikh angkat sumpah Ketua Menteri baharu Sabah.
Berdasarkan maklumat dari Istana Negeri Sabah, tiada upacara angkat sumpah jawatan Ketua Menteri hari ini, lapor ASTRO Awani.
Difahamkan, terdapat sekurang-kurangnya tiga kumpulan daripada parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih berbincang untuk mencadangkan nama calon bagi jawatan Ketua Menteri.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana kumpulan daripada GRS berhubung perkara itu.
Keadaan di pintu utama Istana Negeri juga tidak kelihatan sebarang pergerakan mana-mana pemimpin sama ada daripada GRS atau WARISAN.
Awal pagi tadi, Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata pengumuman mengenai calon Ketua Menteri yang baharu akan dibuat sebelum upacara berlangsung di Istana Negeri.
Dalam sidang medianya kira-kira jam 2.30 pagi tadi, Hajiji berkata keputusan untuk melantik Ketua Menteri akan dibuat selepas perbincangan antara Perikatan Nasional dan GRS diadakan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka mengumumkan calon Ketua Menteri Sabah baharu sebelum mengangkat sumpah jawatan berkenaan hari ini.
Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata pengumuman akan dibuat sebelum upacara berlangsung di Istana Negeri.
“Kita akan maklumkan sebelum naik Istana (majlis angkat sumpah),” katanya pada sidang media di sini, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.
Turut hadir Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Ditanya sama ada calon Ketua Menteri adalah daripada Perikatan Nasional (PN), beliau mengatakan biarlah ia menjadi teka-teki.
“Sebab sekarang dalam keadaan sudah malam, kita akan umum esok hari (hari ini),” katanya.
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada semua jentera parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memenangi PRN Sabah, hari ini.
Ucapan Perdana Menteri itu disiarkan RTM sebentar tadi.
Muhyiddin menegaskan akan melaksanakan janji dibuat ketika kempen bagi PRN Sabah sepanjang dua minggu lalu.
Beliau turut berharap keputusan PRN itu menjadi permulaan kepada usaha untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sabah diberi keutamaan oleh semua calon yang dipilih oleh pengundi di kawasan masing-masing.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!