KOTA KINABALU: Pekarangan Rumah Yayasan Sabah menerima kehadiran pimpinan dan penyokong WARISAN Plus sejak jam 7.30 malam tadi.
Antara yang hadir ke kediaman tersebut adalah Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew.
Setakat jam 10 malam tadi, difahamkan kesemua pimpinan yang hadir bersama-sama Presiden WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menunggu kemaskini keputusan rasmi yang akan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Dalam perkembangan lain, menurut sumber terdekat kepada Astro AWANI terdapat beberapa buah trak Unit Simpanan Persekutuan FRU dilihat berada berhampiran Padang Merdeka dan jalan naik menuju Istana Negeri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan kerjasama Perikatan Nasional (PN), BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya merampas Sabah daripada Warisan.
Berdasarkan kiraan tidak rasmi Malaysiakini setakat ini, gabungan itu sehingga kini telah berjaya memenangi sekurang-kurangnya 37 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Setiausaha Agung BERSATU, Hamzah Zainuddin juga sebentar tadi mengumumkan kemenangan itu.
Untuk membentuk kerajaan negeri parti bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 37 kerusi.
Bagaimanapun keputusan ini masih belum rasmi memandangkan pengiraan masih lagi berjalan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Bagi mendekatkan lagi hubungan antara kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang dengan masyarakat, satu program dianjurkan di Kampung Bantal, dekat sini, hari ini.
Program berkonsep santai itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah.
Selain mendekati penduduk kampung berkenaan, KPDNHEP Pahang mengadakan sesi taklimat ringkas bagi memberikan gambaran sebenar mengenai peranan KPDNHEP dalam membantu masyarakat luar bandar yang berminat untuk membabitkan diri dalam kegiatan perniagaan.
Turut hadir Pegawai KPDNHEP Jerantut, Abd Mubin Ahmad.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN: Penderitaan empat keluarga mendapat perhatian Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah apabila berangkat bercemar duli menziarahi mereka.
Baginda berkenan melihat sendiri warga Pekan mengidap penyakit kronik, mengunjungi warga emas dan golongan memerlukan di Kampung Bentan, Kampung Siong dan Kampung Permatang Pauh.
Dalam lawatan itu, Tengku Hassanal berkenan mengurniakan sumbangan bagi meringankan bebanan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mengiringi kunjungan Pemangku Raja Pahang itu berkata, dua warga emas masing-masing menerima sumbangan RM10,000 daripada MUIP bagi membaiki kediaman mereka.
Katanya, lawatan Tengku Hassanal yang juga Yang Dipertua MUIP adalah sebagai tanda prihatin terhadap rakyat yang kurang bernasib baik.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penumpang dua bas ekspres untuk perjalanan dari KLIA2 ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 18 September dan dari TBS ke Kuantan, Pahang pada 19 September digesa menghubungi Jabatan Kesihatan Kuantan selepas seorang penumpang disahkan positif Covid-19.
Penumpang itu dilaporkan dari Sabah dan lebih 100 jangkitan wabak itu dikesan semalam.
Bagi perjalanan KLIA2 – TBS, melibatkan bas JetBus (Nombor Trip TBS 13) yang memulakan perjalanan pada jam 11.30 malam, 18 September dan tiba di TBS sejam kemudian.
Bas TBS ke Kuantan pula dikendalikan Rhinoairiel Ekspres (Nombor trip 292) yang memulakan perjalanan pada jam 2.00 pagi, 19 September dan tiba di pada jam 7.30 pagi.
Gesaan itu dibuat di laman Facebook Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan semalam, mereka yang terlibat diminta menghubungi jabatan itu di talian 09-565 9213 atau 019-399 4832.
Kuantan merupakan kawasan yang merekodkan peningkatan jangkitan melibatkan mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.
Difahamkan bahawa penumpang itu berada di Semporna, Sabah sejak 28 Ogos hingga 18 September atas urusan kerja dan menaiki bas awam dari Semporna ke Lapangan Terbang Tawau pada 18 September. Penumpang tersebut menaiki pesawat AK 5747 Air asia dan tiba di KLIA2 pada jam 10.15 malam.
Sumber : Malaysiakini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ALOR GAJAH: Kerajaan negeri menyediakan RM540,000 untuk 9,534 peserta e-Kasih, di negeri ini mencarum RM60 sebulan dalam skim Caruman Sukarela Insentif Suri (I-Suri) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tahun ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata peserta e-Kasih terbabit didaftarkan mengikut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan harus dibantu untuk mencarum dalam I-Suri bagi membolehkan mereka menerima insentif kerajaan sebanyak RM540 setahun.
“Dalam keadaan ekonomi tidak menentu sekarang berikutan pandemik COVID-19, kerajaan negeri prihatin nasib suri rumah, balu atau ibu tunggal yang kurang berkemampuan untuk dibantu, sekali gus menjamin kewangan masa depan mereka.
“Kerajaan negeri memberikan sedikit peruntukan dan selebihnya dibantu Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Pengurusan Kewangan Secara Cekap dan Pelancaran I-Suri Peringkat negeri di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Kuala Sungai Baru, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua KWSP (Operasi), Datuk Mohd Naim Daruwish dan Naib Canselor KUIM, Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora.
Sehubungan itu, beliau meminta pegawai JKM yang mengendalikan e-Kasih supaya berhubung dengan pegawai di pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) bagi membantu wanita mendaftar dalam I-Suri.
I-Suri diwujudkan kerajaan khas untuk wanita yang berdaftar dalam E-Kasih yang membabitkan isteri ketua isi rumah (KIR) dan KIR wanita, iaitu balu, ibu tunggal atau wanita bujang yang belum mencapai usia 60 tahun.
Mengenai program berkenaan, beliau meminta KWSP menganjurkan program pendidikan pengurusan kewangan secara cekap di 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meningkatkan pengetahuan anggota masyarakat mengenai pengurusan kewangan.
“Program ini mampu meningkatkan kesedaran masyarakat pentingnya pengurusan kewangan secara bijak setiap tahun pembayaran zakat kita bertambah, waris tidak menjadi miskin atau dapat menyumbang semula kepada masyarakat dengan lebih baik.
“Saya tidak mahu melihat rakyat mengalami masalah kewangan akibat tidak mampu mengurusnya dengan baik,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pembaca berita popular RTM dan pelakon Wan Chik Daud, 80, meninggal dunia di kediamannya tengah hari tadi.
Berita itu dimaklumkan anak lelakinya dikenali sebagai Shaizar atau Jat menerusi kiriman aplikasi WhatsApp kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).
Allahyarham Wan Chik menghidap kanser payu dara tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan lumpuh, membuatkannya hanya mampu terbaring di rumah.
Allahyarham mengalami serangan angin ahmar ringan dua tahun selepas pemergian suaminya yang juga pelakon, Allahyarham M Rajoli pada 2010.
Penderitaan Wan Chik mendapat perhatian beberapa pihak antaranya YKAT dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) yang melakukan kunjungan ke rumahnya awal tahun ini.
Allahyarham mempunyai empat anak yang mana dua daripadanya menetap di Amerika Syarikat dan Singapura.
Dua lagi anaknya menetap di Kuala Lumpur.
Wan Chik pernah berlakon dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi filem Do Re Mi ketika zaman kegemilangan Studio Merdeka di Kuala Lumpur.
Selepas itu, dia meneruskan kerjaya bersama RTM sehingga bersara.
Jenazahnya kini berada rumahnya di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
Sumber: Harian Metro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kebenaran melakukan ibadah umrah bagi negara luar daripada Arab Saudi tertakluk sepenuhnya kepada kejayaan bagi fasa pertama dan kedua yang akan dilaksanakan seawal 1 Oktober ini.
Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours, Datuk Md Daud Che Ngah, berkata satu perbincangan mengenai prosedur operasi standard (SOP) dengan kerajaan Arab Saudi sudah dilakukan dan berkemungkinan ibadah umrah rakyat negara ini dan negara terpilih lain dibenarkan bermula fasa keempat.
SOP yang dikeluarkan ketika ini hanya untuk fasa pertama dan kedua bagi penduduk di Arab Saudi saja dan fasa ketiga pula untuk negara di bawah Dewan Kerjasama untuk Negara Arab di Teluk (GCC) saja.
“Jadi agak sukar untuk agensi umrah menyediakan protokol dan SOP kerana masih terlalu awal memandangkan Kerajaan Arab Saudi juga mengatakan bahawa prosedur akan sentiasa berubah-ubah.
“Malah sukar untuk agensi umrah membuat persediaan memandangkan visa juga masih belum dibuka, hotel belum memberikan harga. Ketika ini, SOP ditetapkan setiap jemaah perlu mempunyai keluasan kira-kira sembilan meter persegi dalam bilik.
“Dinyatakan pada fasa keempat nanti, perancangan Kerajaan Arab Saudi untuk memberi kebenaran kapasiti penuh jemaah iaitu lebih daripada 100,000 jemaah sehari, pasti ada kesukaran membabitkan penjarakan fizikal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau menjelaskan, secara tidak langsung kos untuk ibadah umrah juga dijangka meningkat memandangkan banyak faktor lain terbabit seperti syarikat penerbangan yang mungkin mengurangkan jumlah penumpang dalam satu pesawat.
“Jadi atas beberapa faktor juga, kita masih (membuat) penilaian (kerana) Cukai Nilai Tambah (VAT) dulu hanya lima peratus, kini meningkat kepada 15 peratus. Bas yang sebelum ini memuatkan 45 orang, kini dibenarkan hanya 20 orang saja.
“Bagaimanapun, kebenaran untuk kita menunaikan umrah sekarang bergantung sepenuhnya kepada kejayaan fasa satu, dua dan tiga,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Qasswa Travel and Tours (M) Sdn Bhd, Datuk Mohd Najib Alwi, berkata beliau menjangkakan rakyat negara ini akan dibenarkan menunaikan ibadah umrah seawal Januari depan.
Ketika ini semua agensi umrah masih ternanti-nanti SOP daripada Kerajaan Arab Saudi dan mendorong pihaknya untuk tidak menerima sebarang bentuk bayaran bagi pakej umrah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Tiga pintu masuk ke kawasan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bandar Jerantut (410) ditutup dengan penghadang jalan dan satu pintu masuk dikawal oleh pihak polis ekoran seorang penduduk di situ disahkan positif Covid-19 setelah pulang dari Sabah bermula malam tadi.
Pesakit berusia 51 tahun itu telah pergi ke Sabah bersama seorang anak dan seorang saudara pada 19 September dan kembali ke semenanjung melalui penerbangan MH2631 jam 6.30 petang pada 21 September, pesakit telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk dikuarantin pada 24 September.
Jalan masuk ke PAKR Bandar Jerantut dihadang ekoran terdapat kes Covid-19 berlaku di kawasan itu.
Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terdapat dua kes melibatkan warganegara Malaysia yang baru pulang dari Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata diingatkan individu bergejala yang baru mengunjungi atau datang dari zon merah wajib melakukan ujian saringan COVID-19 di pusat kesihatan berhampiran
“Individu tidak bergejala yang baru mengunjungi atau datang dari zon merah amat digalakkan untuk melakukan ujian saringan dan kuarantin kendiri bagi melindungi ahli keluarga, rakan-rakan serta masyarakat di sekitarnya, sebarang perubahan kepada arahan ini akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa, selain itu elakkan mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau palsu,” katanya.
Sementara itu, makluman yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Jerantut (MDJ), pasar malam Sabtu dan pekan sehari Ahad ditutup kerana lokasi pasar malam dan pekan sehari itu berdekatan dengan kawasan Perumahan Awam Kos Rendah itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Menjelang hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok, Kementerian Kesihatan (KKM) meminta rakyat lebih berwaspada dan meningkatkan kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan susulan jumlah kes positif COVID-19 di negeri itu terus melonjak.
Risiko penilaian penularan COVID-19 di Sabah turut dikesan berikutan empat daripada lima kawasan di Malaysia yang bertukar sebagai zon merah terletak di Sabah iaitu membabitkan Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan 97 kes positif COVID-19 di Sabah hari ini dan terdapat 10 kes dikesan dijangkiti selepas kembali dari negeri itu menandakan kesiapsagaan perlu dipertingkatkan secara berterusan.
“KKM akan terus meningkatkan kesiapsagaan di lapangan, klinik, makmal dan hospital untuk berusaha membendung penularan COVID-19 di Sabah.
“Individu bergejala yang baru mengunjungi atau datang dari zon merah wajib melakukan ujian saringan COVID-19 di fasiliti kesihatan berhampiran.
“Bagi individu tidak bergejala yang baru mengunjungi atau datang dari zon merah juga amat digalakkan melakukan ujian saringan dan kuarantin kendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Noor Hisham turut berkata, KKM menggalakkan masyarakat di Sabah untuk keluar mengundi dengan memastikan langkah keselamatan bagi mencegah penularan COVID-19 dilaksanakan secara menyeluruh.
“KKM menggalakkan masyarakat keluar mengundi, namun dengan mematuhi sepenuhnya SOP ditetapkan di pusat mengundi.
“Amalkan penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun atau cecair pembasmi kuman, serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat.
“Selain itu, dapatkan bantuan kesihatan sekiranya anda bergejala,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!